Friday, April 30, 2010

Ladies, Coach A please, Gentleman, Coach B please..

semenjak dilanda berita kedukaan pagi semalam.
(Lihat di sini click )
aku terasa malas nak menaip,
walaupun ada idea,
Hari ini baru ada semangat sikit..
(hahahaha macam frust sangat je)

(credit to Istocphoto)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan supaya
penumpang lelaki dan wanita yang menggunakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT)
diasingkan di dalam gerabak tren berbeza bagi mengelakkan masalah yang boleh
menyebabkan ketidakselesaan penumpang.

Cadangan itu yang dibuat Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan disokong penuh
Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dikemukakan semasa Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Douglas Uggah Embas menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena perasmian sidang Parlimen,
bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad berkata masalah gesel-menggesel antara lelaki dan perempuan sering kali
berlaku khususnya pada waktu puncak, apabila penumpang bersesak-sesak di dalam
gerabak, menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penumpang itu sendiri.

"Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka minta saya
sampaikan pada Yang Berhormat," katanya.
Chong yang meminta penjelasan daripada Douglas turut menyokong saranan Mohamad
kerana perkara itu juga merupakan satu bentuk gangguan seksual dan membabitkan
maruah khususnya kaum wanita.

(sumber dari www.malaysianbar.org)


Pasti ada yang tahu mengenai hal ini bukan?
dan mereka akan membuat soal selidik daripada orang ramai tidak lama lagi
untuk mengasingkan perempuan dan lelaki di gerabak yang berlainan..

Aku memang tak kisah, memang lagi bagus....KALAU..

  1. Keretapi itu Tiba dengan masa yang cepat. terutamanya waktu puncak.
  2. Sudah mempunyai Gerabak yang Banyak.
  3. Tidak mempunyai masalah sekiranya ada keretapi yang rosak. Iaitu mempunyai backup train.
Cuma aku terfikir lah kan,
Kalau kat Jepun, Keretapi dorang kan mantap...
Gangguan Seksual lagi teruk berlaku di dalam keretapi mereka,
tapi, kenapa mereka tak mengasingkan lelaki dan perempuan?..



sini gerabak lelaki je ye, Hey yang couple  tu, no no nooo...(credit to Google)





Thursday, April 29, 2010

Hari ini...perlu ke aku tengok

Barcelona VS Inter Milan...

pukul 240 pagi di Astro...

Aku tak nak Inter menang...
jadi aku kena tengok...
konon-konon aku boleh bagi Barcelona semangat untuk menang...
ahakkkzxxxxx....

Tapi, yang penting, walaupun aku minum secawan kopi...
itu tidak dapat menghalang daripada kelopak mataku ini...
untuk jatuh perlahan-lahan menutupi mataku yang bundar bulat ....
Maka, perlukah untuk aku menambah secawan kopi lagi..
Meskipun kopiku yang satu ini belum pun habis lagi...

Ye, aku tengah Penat

Wahai Barca, kalau tak boleh ulang sejarah kemenangan, ulang sejarah ke Final pun, tak kisah lah..

Tuesday, April 27, 2010

Contest Baca London : Menang London

heheee, ini merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Coretan Perantau..
Dia ni Peminat Setia Arsenal dan sokong Inter tapi bukan peminat Inter,
hahkahka...jadi sesiapa yang Peminat setia Arsenal, Masuklah Pertandingan ni..
(Ini aku yang cakap hakhak)
saja2 aku nak masuk ni, nak memeriahkan ....



pertandingan ni kamu cuma perlu pilih satu entry daripada blog dia,
yang kamu paling suka, dan ceritakanlah kenapa kamu suka entry itu..
Aku dapat tahu Pertandingan ini pun secara terus dari blog Coretan Perantau ini...
Okey, habis dah membebel-bebel ni..

Dalam Blog dia, aku paling suka entry...
Jalan-Jalan Mencari Stadium Bola di London...(dipersilakan click)

kenapa aku suka?
sebab memang Impian aku nak pergi ke stadium bola Giuseppe Meazza (Ac Milan lah kan)..
Jadi bila aku tengok orang lain dapat pergi ke stadium bola sepak kelab yang mereka minat..
aku pun tumpang lah gembira, macam aku dah pergi ke Stadium Giuseppe Meazza tu..
walaupun pada hakikatnya mereka pergi ke Stadium bola sepak lain..
(aku kan kuat berangan)..

Coretan Perantau ini, dapat pergi bukan satu stadium sahaja okey,
Tapi EMPAT okeyy, dan mestilah salah satunya Emirates Stadium (Arseng lah eh Arsenal maksud aku)..
Stadium yang lain seperti Stamford Bridge (Chelsea), Craven Cottage (Fulham), St James Park (Newcastle)
Gambar yang aku suka tengok gambar di bawah ni...
Bersungguh-sungguh lah mereka ni nak buat huruf-huruf ARSENAL itu....

Yang paling membuat aku teruja kan..
Kalau kamu nak tahu lah kan, aku kan minat Ancelotti...
Dia dapat Jumpa Ancelottiiiiiiiiiiii.....










Punya Gambar...
Macho kan Ancelotti....

Bukan setakat tuh,
dia dapat jumpa pemain bola sepak kelab itu tau...
kelab apakah? pemain yang manakah? pergilah jenguk...
Boleh jadi teruja hingga melompat-lompat, sebab betapa ahhhhhhhh
MySpace
kacaknya pemain itu..

Yang Lebih membuatkan aku memang suka entry ni,
sebabnya....

DIa TIDAK pergi ke stadium Old Trafford, mwahahahahahhahaha...

Okeylah, Banyak lagi entry yang lain yang dapat menambahkan pengetahuan...
tentang kehidupan di UK itu...
sekian
MySpace

Monday, April 26, 2010

orang lain dah berkurun tengok...Adamaya

kesian aku kan,
aku baru nak tengok kat tv3 online nih..cerita Adamaya nih
Tapi, disebabkan Video tv3 ni memang semulajadi 'LEMBAP'...
(mereka memerlukan pakar IT, tolonglah siapa2 pakar tu pergi kerja kat Tv3)

aku baru je nak merangkak tengok episode 3..
nampak gayanya aku kena jadi kelawar kalau nak tengok kat web Tv3 ni,
(sebab waktu orang tidur baru laju)

aku rasa kan..
permulaan cerita ni memang sangat best, dan sweet..
ditambah dengan Lagunya yang sangat sesuai...
Yang terindah dari Dakmie
Menusuk kalbu...
Tapi kan, bila tengok hari ni punya episode..
aku dapat merasakan 'oh, drama ini akan jadi drama Sepanyol'...
Jadi, aku rasa, aku tengok mula2 je lah...
dan akhir episode je...
aku malas nak stresskan diri aku sendiri...

Pagi-pagi lagi dah jadi macam ni...

Sesiapa yang mengikuti perkembangan bola sepak liga Italy, Serie A,
pasti akan tahu ranking sekarang sudah berubah..

haish, pagi2 lagi aku buka blog, tiba2 nampak message di Cbox ni,
dari Coretan Perantau menyatakan Roma Kalah...
aku terus mengeluarkan kata-kata yang tidak terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka..
Maka, bermulalah penciptaan kata-kata yang baru dari mulut aku..
Yakni, kata-kata yang tidak suci...
oh tidakkkk~....

Setelah Empayar Roma mengalami kekalahan yang mengorbankan 2 bom masuk ke kawasannya,
dan Tentera rom hanya mampu mengebom SATU biji sahaja...
Maka, Inter dan juga si Mouren itu dengan bangganya menaiki Takhta nombor satu...
Tatkala itulah aku terus berdoa dan berharap...
'Oh Barca, tolonglah menang di Tempat kau sendiri kalau kau tak nak kena baling telur dengan peminat korang. Messi, tolonglah jaringkan 4 gol terus'...

Sunday, April 25, 2010

Berjantung lobang...

ingat tak aku ada buat entry pasal kawan aku...
yang dia sebut 'berjantung lobang'...
sila baca entry yang lepas...click...

haaaa, sekarang ni aku nak perkenalkan pada kamu semua,
yang baca blog aku ni lah kan...
dia baru Mengembalikan blognya...
aku panggil dia kepul-kepul awan, eh tak, panggil dia icecream...
sebab dia gila Baskin Robbins.
siap tahu ada Pinky Day... (hari rabu ye jangan lupa)
Gambar aku curi dari facebook dia hakhaka...
Dia baru lagi...
sila lah jenguk ke blog dia...
Click IceCream

kepada ah wan,
dah promote nih, jangan tak update pulak blog tuh...

p/s:aku kene paksa hkahakhakahka....

Alasan datang lambat...

Mula-mula sekali, aku cuma nak cakap...
sejak balik rumah, aku memang tak boleh bertahan lama depan lappy nih..
mungkin sebab aku penat, dan
aku dah malas nak tengok muka si lappy nih, dah muak dah tak larat pun..
hari ni, baru aku rasa nak post dan berjalan2 di blog kamu-kamu lah..
bukan saya sombong yek, nanti saya jenguk, okey...

okey sekarang, Menuju ke Tajuk Utama...

Biasanya kalau dating kan...
pasangan kamu datang lambat..
mestilah keluar macam-macam alasan kan..

persoalannya:
Alasan apakah yang membuat pasangan kamu tersipu malu atau suka atau menjerit KYAAAAA...

aku pernah tengok ada satu video rancangan hiburan di Jepun..
Hey! Hey! Hey!, nama rancangan tuh..
malangnya video tu dah dibuang..huhuhuuu...
dalam rancangan tu ada seorang pelakon Jepun
 credit to Crunchyroll.com
Tegoshi Yuya

Dia diberi soalan ini lah...
nak tahu jawapannya?...
(lebih kuranglah macam ni dialog dia)

Awek: yuya, kan kita ada date. kenapa awak tak sampai lagi..
Tegoshi Yuya: oh maaf, saya terbangun lambat tadi sebab mimpikan awak, tu yang saya nak mimpi lama sikit...

masa mula2 aku dengar tuh, aku pun ikut sekali dengan penonton perempuan jepun tuh..
MySpace
menjerit 'kyaaaaaaaaaaaa'
hkahkahak...

kamu ada alasan yang lagi bagus ke..

Friday, April 23, 2010

Hari ni nak post Jiwang lah

tak apalah kalau kamu tak suka baca post jiwang2 ni...
Kalau tak sudi baca pun tak apa...
MySpace
(tapi post lain ada, baca lah haha)

Hari ini terasa sayu...
Tempat Ulu Kediaman Monyet ini akan kutinggalkan...
Lepas ni dah tak ada lagi Monyet yang berkunjung membuat mesyuarat tingkat di depan bilikku...
Tidak ada lagi senyuman yang menampakkan gigi mereka yang panjang2 tuh..
MySpace

Sejak akhir-akhir aku selalu berkaraoke dengan mereka..
yang digelar Geng Hati Kering
(taklah kering kontang, ada tahap2 keringnya tu, tapi yang paling kering Tauke nye lah)
Kalau aku ajak karaoke je, Selalu On.. itu yang best...
karaoke 4 atau 5 jam, memang tak ada hal bagi mereka...
hohohohoooooooo...

aku pasti rindu akan ayat 'berjantung lobang',
Lagu Karma dari Cokelat tu
Kalau tengok orang-orang yang kecil dan kaki bersaiz 4,
Gelak yang tak ingat dunia tu...

Tak lupa juga pada kawanku yang paling rapat kat sini,
sejak mula2 masuk kat tempat yang menakutkan aku ni...
(mula2 lah)...
Miss Pau dan Cek yang sangat penyabar..hahahah...
Pergi ke Zabaa semata2 untuk makan dengan mereka..
dan tidur di bilik mereka juga...
walaupun mereka berdua ni lain bilik..
tapi bilik sebelah-sebelah dan boleh main ketuk2 buat mesyuarat dinding..
hahahaha, lepas tu memekak dalam bilik air dan boleh dengar orang bilik sebelah...
Selalu buat kerja berkumpulan dengan mereka, sangat syok ....
Berpenat lelah mengeringkan otak...
Paling best waktu pergi melancong buat kerja lapangan ke Pulau Pinang...
akan ku ingat sampai bila2 akan ayat ni..
'muat ke kereta naik feri'
(boleh rujuk pada entry ini >>> click )

Geng hati koya..hhahaha bak kata Kacang...
Geng satu kos dengan aku gak...
Kacang yang selalu baca dan comment kat blog aku..
walaupun blog dia sudah dia mansuhkan..
tapi dia tetap baca blog aku ..heheheh....

Ok lah, barang2 aku pun belum kemas ni...

Penat oiii...

aku rasa semalam macam nak pengsan je,
hahahaha..
korang bayangkan...
aku ada exam  jepun pagi, pukul 830..
Malam sebelum tu aku tidur 4 jam sahaja, bagi aku dah cukup pun sebenarynya
Lepas tu, pergi keluar  meronggeng dengan Minah hati kering dua orang nih,
pukul 12...

Apalagi aktiviti kitaorang kan, mesti Karaoke...
mwahahahaha...
Kali ini dari pukul 3 sampai pukul 8..
hahahah sebab karaoke tu tak nak habis-habis...
cuma kami yang muslim ni, Berhenti Karoke kejap lah..
Yang Tokei seorang itu, sambung sampai pukul 8...
boleh dia bertahan sampai pukul 8...
Lepas tu pergi jalan-jalan cari makan...
yang sorang nak makan sushi yang sorang nak big apple yang sorang nak famous amous
pergi Mid Valley memang best untuk cari makan..
aku rasa macam semua aku nak makan, tapi perut aku je tak larat
gambar ini diambil oleh Tauke Ah wan hahah ini dia lah yang melantak 'donut warna warni'

Dan aku sampai di bilik, nak dekat pukul 11...
aku rasa macam tulang belakang aku nak patah,
Langsung aku buat dek kat blog nih...
hohohoho poor my blog...

Wednesday, April 21, 2010

My version of grooming tips

Tajuk kali ini, serius aku memang bukan jenis suka melawa...
adeiiii...
Grooming kali ini adalah aku punya version, okey..

sekiranya anda ada sesuatu majlis yang anda ingin pergi,
malam sebelum itu,
terutama sekali sekiranya wajah anda ditumbuhi jerawat yang tak comel itu..
letakkan di muka anda Yougurt (tak kisah yougurt apa2 pun),
selama setengah jam...
Kemudian bilas...

keesokkan harinya, wajah anda pasti akan terasa lembut seperti kulit bayi..
Sebelum meletakkan foundation atau sebarang make up di muka anda,
pastikan anda meletakkan Krim muka terlebih dahulu,
agar sapuan bedak itu nanti nampak serata...
seterusnya, teruskanlah dengan meletakkan foundation, bedak asas dan make up...
jangan tebal-tebal sangat ye, nanti hilang kecantikkan semulajadi anda...

Lepas dah make up, dah pakai baju cantik-cantik..
letakkan deoderant Adidas, 
yang pastinya akan kekal lama dan badan anda akan segar daripada...
segala bau badan yang tidak menyenangkan..
Hari anda pasti akan terasa lebih menyakinkan dengan deoderant adidas!

Oh ye, Untuk lebih menceriakan hari anda...Tontonlah bersama Project Alpha season 2...
Di sini, akan dipaparkan episode 1-3.... Enjoy!







Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, April 20, 2010

Peristiwa dalam bas

Tahu tak bas mini tu macam mana?..
 credit stated @ mark
kecik comel, sangat laju, tak ada air-cond, pintu tingkap semua terbuka, kannn..
hahaha..
kat tempat aku belajar ni, ada perkhidmatan bas yang disediakan..
tapi tak semua bentuk bas tu sama..
ada yang besar macam bas persiaran, ada yang kecik macam bas mini..

sekarang, aku nak cerita kisah aku dan bas ala2 bas mini nih..
masa tu aku tengah tunggu kat tempat bas,
aku nak balik rumah, biasalah tiap2 minggu balik rumah..
(jangan jeles, ngeeeeeeeeee)
Biasanya aku bawa dua beg, satu beg sandang satu beg sederhana besar aku pegang..

Pada masa tu, tangan kanan aku pegang handphone,
tangan kiri aku pegang Mp3, dan aku kepit beg aku..
Aku tengah terkial2 nak pasang earphone...
Tiba-tiba aku nampak lah ala2 bas mini dah datang pulak..
awallah pulak dia sampai, aku pun kelam-kabut lah nak simpan Mp3,
nak simpan handphone lagi, dengan beg yang aku pegang lagi..
tapi malangnya tak sempat nak simpan semua tuh,
aku pun terus naik je lah, aku fikir bila ada dalam bas baru aku nak simpan..
Tapi malangnya, bas tu penuh, okey, dah la kecik..
dan aku kene berdiri betul-betul depan pintu yang tak ditutup tuh,

korang bayangkan, bas tu laju....lepas tu berdiri depan pintu...
pintu tu terbukak, kedudukan korang pulak agak tak stabil..
dahlah, memang kita ni tak stabil...dengan barang yang penuh kat tangan tuh...
Tengah aku kelam-kabut tu kan...aku nak jugaklah simpan barang nih,
dua-dua tangan aku tak pegang apa-apa tempat pemegang lah, dah dok simpan barang...

tiba-tiba pulak, bas ni boleh nak berhenti mengejut kan, biasalah bas..
tangan aku secara refleksnya, peganglah tempat pemegang tuh,
dan Dengan TIDAK sengajanya, aku telah terpegang tangan seorang lelaki....
...................................................................................................................
okey...........................................................................................................
dan lelaki itu agak handsome, Cina Mixed.............................................
aku tak tahu nak cakap apa...................................................................
dan budak lelaki tu sama hostel/kolej dengan aku................................
dan aku selalu jumpa budak lelaki tu, rasanya dia junior aku............
dan setiap kali itulah, aku teringat peristiwa ni, dan mesti aku melarikan diri...............
harap-harap dia tak cam muka aku ni...........
I am Not A pervert okeyyyyyyyyyyy

sekian... 

Monday, April 19, 2010

Perempuan...jadi Lelaki??

erk, apa yang korang fikir?...
ini mesti tak lain tak bukan..
Pengkid atau Tomboy..kannnnnn...

tak lah, aku bukan nak cerita pasal tu..
Cuma saja-saja nak letak gambar...
gambar apa kah...
jeng jenggg...hahaha, saje je aku nak panjangkan entry..
okeyyy, kan sekarang ada banyak drama kisah perempuan menyamar jadi lelaki, kan..
memang pun agak tak logik lah, sebab sangat ketara kita boleh kenal pasti kan..
Tapi, boleh juga jadi logik, sebab kalau tengok Jepun, Korea atau Taiwan dan yang sama dengannya..
muka Lelaki dah macam perempuan, sebab buat style ala-ala comel..
kalau dalam Jepun, digelar Lolita style...duh..

lihat lihat ke dalam gambar ini~...
alaahai, membuatkan aku tertanya2 wujud ke lelaki macam ni?..
imaginasi Manga, macam ni ler jadinya...

okey, back to the topic..
yang mana satu kamu rasa, memang best mereka ni berlakon jadi lelaki..
credit stated @watermark
yang mana satukah..
pilihan kamu.....????
ngeeeeeeha

Ueno Juri.... Twitter

Siapa yang tak kenal?????...
ye, memang ramai yang tak kenal..
Tapi, kalau kamu tengok cerita..
Nodame Cantabile
Dia lah yang berlakon jadi Nodame chan~...
Dia juga berlakon dalam cerita Last Friends
aku memang minat sangat dengan Ueno Juri..
sebab dia boleh berlakon jadi Hentai (pelik dan gila2),
dan dia jugak boleh jadi ala2 tomboy/Pengkid...

Ueno Juri (24), memang berlakon sangat best!!!..
Sekarang ni, ada Drama terbaru dari Ueno Juri chan~..
Sunao Ni Narenakute...
aku tak tahu sejak dua menjak ni, tajuk drama semua panjang2.
jenuh aku nak ingat...

Sunao Ni Narekute ni, menceritakan mengenai Twitter...
ya, sekarang tengah hot pasal Twitter kan..
(walaupun aku tak reti guna, walaupun aku ada akaun Twitter haha)
Kehidupan di antara mereka yang saling tidak mengenali tetapi berhubung melalui Twitter..
dan akhirnya mereka berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat...
Macam chatting juga lah kan, tak semuanya bercakap benar kan..
mesti ada di antara mereka yang menipu...
Drama ini agak 'drama', serious juga lah..
sekarang baru episode pertama dan sedang ditayangkan di Jepun...
aku hanya review untuk episode pertama je lah yek...
apa yang aku lihat berdasarkan permulaan drama ini...
agak tidak boleh dijangka tindak tanduk mereka ni..
kiranya terdapat scene  yang tidak dijangka....
tak adalah terlalu predictable kan...

Dan yang bestnya juga barisan pelakonnya...
heheheh, mesti peminat Korea suka..
sebab ada mamat sorang tuh..
aku pun pelik macam mana aku boleh kenal mamat Korea nih.
baru aku ingat ada sorang kawan 'berforum' aku minat gila dia..
(jaejoong, macam mana nak sebut ntah, aku sebut 'jejong' je haha) credit
Eita, dia mesti selalu ada dengan Ueno Juri..credit


dan mestilah Ueno Juri...dia berlakon ala2 cikgu yang innocence je..

oklah, itu sahaja Drama Jepun yang terbaru...bolehlah menjenguk di www.dramacrazy.net okey..
MySpace

Sunday, April 18, 2010

Kenapa dengan Faizal Tahir??

erk, Faizal Tahir okey je, 
yang tak okey aku punya entry ini, click Lagi sekali pasal Faizal Tahir,
aku tak tahu kenapa,
Mr Spam tu, suka sangat dengan entry ni,
dia tak habis2 hantar spam kat entry ni..



yang bestnya, entry lain dia tak hantar anak2 buah spam dia..
entry  Ini Sahaja, yang dia bagi...
kalau sekali je cukuplah,
ini dah banyak kali wooooo...
kenapa ek...
Mr Spam pun boleh pilih entry mana yang dia suka nak hantar anak2 buah spam dia ek?..

p/s: Sekarang tersebar pasal video kemalangan arwah Achik Spin..hmm tak sanggup nak tengok..

Metroseksual...kamu sanggup??

Anda sanggup berteman lelaki seorang yang Metroseksual..???
Memang kebanyakan mereka, kacak dan bergaya, seperti ini..

(mereka ini sendiri mengaku mereka Metroseksual)

Tapi, Jika kamu seorang wanita yang biasa (seperti saya yang comel nih hahakha)...
Sanggupkah anda menghadapi kalau .....

  1. Ketika keluar dengannya, bukan sahaja wanita yang memandang dia, tetapi Gay juga sering memandangnya malah mengorat dia. Tapi jangan risau, dia bukan Gay.
  2. Dia lebih shopaholic daripada anda.
  3. Dia mengambil masa setengah jam untuk membeli Stokin sahaja. sedangkan anda mengambil masa satu saat sahaja, iaitu nampak sahaja jenama yang anda selalu beli, terus kamu ambil, bukan?
  4. Barang Penjagaan Muka dan rambut dia lebih banyak daripada kamu. (kamu guna syampu, conditioner dan vitamin je untuk rambut, dia guna lebih daripada itu)
  5. Ketika kamu keluar membeli baju bersamanya, dia akan memberikan pandangan pada setiap baju yang anda ingin beli.
  6. Ketika keluar bersamanya, mungkin dia akan memberi pandangannya terhadap pakaian yang kamu pakai pada hari itu.
  7. Kamu hanya ada dua pasang kasut, dia ada 10 pasang kasut.
  8. Dia bersiap sama lama dengan kamu..satu jam! atau lebih.
  9. Dia mungkin lebih stylo daripada kamu
 Kalau aku??...
Saya Tak KISAH!!!!!!!!!!!...
mwahahahahah...
Asalkan dia boleh terima saya, sayang saya, jadi saya memang tak kisah!..
ahakahkahk.. betullah, itu yang penting sebenarnya..
Tak perlu lah cakap, 'tak nak lelaki macam ini macam itu,nak yang ini itu'..
Biasanya apa yang kita tak nak tu lah yang kita dapat..
Jadi sebelum termakan kata2 sendiri, baik aku Redha je..
MySpace

Saturday, April 17, 2010

Wah~ dah siap laaaa

ngeeeee...setelah nak hampir setahun jugalah aku buat kerja gila nih..
hahahah....
kenapa aku kata kerja gila??

Gila, sebab aku pergi Lorong Haji Taib..
 credit at sri_merah photo

dan konon2 nak pergi temu ramah 'mak nyah' dan juga pekerja seks di situ...
dapat jugak aku cekup sorang...
Tapi itu hanyalah Pilot Study je..
Kajian yang betul2 aku buat kat Pink Triangle Foundation..
Pejabat tu betul2 dekat dengan Lorong Haji Taib...
hohohooooo...

Lepas dah temu ramah dan dapat data...
satu kerja lagi nak kene analisis data, taip, buat ayat,
waaaaaa pening pening...MySpace
seksa jiwa raga lah jugak...

Bila dah siap, dah Jilid ni ha...tiga buku aku jilid..
nasib baik bukan Sepuluh!...

aku rasa macam tak percaya je,
rasa macam betul ke aku buat nih...
hohohohoooo
hari Isnin dah mahu hantar kat Penyelia dan Pejabat...
kepada kawan-kawan, bayangkan buku berjilid warna hijau harga rm12 nih..
Naikkan semangat siapkan tesis...
sebab bila nak print nanti mungkin akan lagi tension...
bersiap-sedialah, harap2 semuanya berjalan lancar....
MySpace

Tesis ini pasal apa...ada dalam entry ini>>> CLICK HERE

Friday, April 16, 2010

secara rawak...

 baiklah, disebabkan tak ada masa nak post entry hari ini..
sebab hari ni ada exam....
nak selidik-selidik pasal benda nak post memang tak sempat,
jadi hari ni, aku ceritakan apa yang terjadi hari ni...

hari ni aku exam Stilistik..
apa itu Stilistik ??
telah aku jelaskan sedikit dalam post ini..click here
Jangan ditanya 'macam mana exam'...
hahahahah, malas aku nak pikir dah..

Tapi, sebelum nak mula exam tu, lagi seminit je nak bermula..
Ada seorang mamat nih, pipi dia luka berdarah,
dia kesat darah kat pipi dia dengan tisu pink..
Dia jalan jengket-jengket,
bila dia membelakangkan aku,
aku nampak baju dia terkoyak sikit...
oh, dia kemalangan rupanya,
tapi masih datang ambil exam...
hmmm, macam manalah dia jawab sakit-sakit macam tuh...

Hari ini jugaklah, pertemuan terakhir antara kami satu kos..
haish, rasa sedih pulak...
rasa macam tak percaya je kena berpisah dengan dorang..
ye lah, selama 3 tahun bersama satu kelas, asyik2 muka tuuuuuuu je..
hahahahahah...
hmmmm...berpisah jua akhirnya separuh daripada kita..
heheh sebab ada lagi yang belum balik..
maklumlah nak siapkan tesis...
aku ada lagi satu subjek...
JEPUN!...haish, Ganbatte!

Thursday, April 15, 2010

Group Facebook..'awark adew kew'

okeyy, kat facebook ni ada macam-macam group yang pelik,
kadang-kadang aku tak faham apa motif group tuh,
nak mengeratkan silaturrahim kah?
MySpace

Mesti ada di antara kamu yang suka buat ayat macam ini..
'arwak chumeyl lah, arwak nak taw, kitew yindu syangat syame awak'..
ada ek orang taip macam ni??
MySpace
(saje buat2 tak tahu)
Siapa-siapa yang suka buat ayat macam tuh, mesti tersentap bila nampak group nih

Biasanya yang buat ayat macam ni budak-budak sekolah je kan?..
ke yang besar pun ada buat jugak?..
dalam Group ni, memang semuanya tak suka lah orang yang buat ayat macam tuh..
aku pun tak tahu apa motif dorang tak suka dan buat group nih..

'Elakkan perasan benci agar hidup lebih dirahmati dan bahagia~'
MySpace

Leonardo.....arrivederci???

Leonardo...Pengurus kelab Ac Milan..
bukan Leonardo de caprio okeyy..
baru satu musim je mengendalikan Ac Milan..
kini besar kemungkinan dia akan pergi..
mungkin ke Brazil...
mengikut arus-arus khabar angin..
menyatakan dia tidak sebulu dengan Silvio Berlusconi (Pemilik Ac Milan, bekas PM italy)

Jadi, siapakah yang bakal menggantikan Leonardo??
Mungkin Mauro Tassotti atau Filippo Galli
                                     Filippo Galli                      Mauro Tassotti
kedua-duanya Italy dan kini sebagai pengurus kelab bawah umur 
Paolo Maldini pula hendak dibawa masuk sebagai pengarah teknikal..
macam tugas Leonardo dulu...
kalau dulu, Leonardo lah yang uruskan pengambilan pemain brazil masuk macam Kaka'


Hmmm, tunggu dan lihat je lah...
bilakah zaman Renaissance akan menjelang tiba..
hendak tahu lebih lanjut di sini >>> CLICK

Wednesday, April 14, 2010

Peristiwa dalam keretapi 2

Kalau hari minggu, mesti budak2 U dan budak2 sekolah berduyun tiba~..
pergi ke shopping complex kan..
Maka, aku dan kawan2 satu kos aku pun termasuk juga dalam kumpulan...
pergi Enjoy...MySpace
mwahahahahahah...

Kami pergi Berkaraoke di The Gardens sebelah Mid valley...selama 4 JAM 15 Minit! hahahahah...
MySpace
Itu pun kitaorang mintak bil terus padahal tak habis lagi..
kami ingatkan 3 jam je...tapi karaoke tu tak nak habis2...
Pekerja tu cakap, 'u keep continue je' hahahah...
aku tak tahulah nak sambung sampai bila...
Tapi memang best gila wa cakap lu....
sebab Miss Kueyteow ni selama 4 Jam 15 Minit ni tak RETI PENAT...
sekarang baru aku faham macam mana artis boleh nyanyi buat konsert dengan lamanya..
MySpace

Lepas dah Melalak tu kan,
tibalah masa untuk kami pergi balik ke tempat Ulu Kediaman Monyet itu...
MySpace
setiba di Komuter...Macam biasalah kalau waktu petang kan..
Mestilah ramai manusia2 yang dah dapat kesedaran diri nak balik rumah..
Makanya, bila Komuter sampai, Kami pun menyelit2 lah masuk...
NASIB BAIK DAPAT MASUK....
Tapi...sepadat2nya lah dalam tu kan..
(macam biasa)
dan seperti biasa juga, tiada tempat untuk pegang...
Maka, kami jadikan Miss Kueyteow nih Tempat Pemegang...
(sebab dia maintain boleh berdiri tanpa jatuh, gempak kan, diri dia pun memang macam tiang, hahahahah)

Sedang Kami bersesak-sesak tu kan..
tiba-tiba nampaklah satu pasangan kekasih ini,
nampak macam budak2...awek dia Comelllll sangat, lelakinya boleh lah comel juga...
TAPI...sekarang kan tengah ramai2 orang bersesak berpadat kan...
budak couple nih, boleh main GIGIT-GIGIT pulak...
main NGAUM-NGAUM pulak...
main GESEL-GESEL HIDUNG pulak....
hahahahahhaha...
aku dan Miss Kueyteow apa lagi kan..
kitaorang pun BERNGAUM2 la dan eh tidak bergesel hidung dan bergigit2 okey,
TAK KUASA NOK...hahahahhaha
lepas tu, Awek nih, perasan kitaorang ajuk dorang berdua tuh,
dia pun berhenti buat aksi2 tuh...
Tahu pun Kau MALU...

haish, kat dalam Komuter tu tengah ramai2 manusia tuh,
boleh pulak nak buat aksi-aksi terancam tuh..
aku tak tahu lah nak cakap apa...

Tuesday, April 13, 2010

Ricardo izescon Dos Santos Leite

Kenal tak nama nih?
tak Kenal???
pergilah Google sendiri...

aku punyalah minat mamat nih,
sampaikan nama dia yang panjang tu aku hafal tau,
aku minat masa world cup 2002, dia yang paling muda main untuk Brazil..
tak tahulah kenapa aku minat dia masa tu..
comel kot...
Pastu tiba2 memang dia masuk Ac Milan..
memang lah aku excited  betul...

Pastu aku siap kecewa patah hati dan lara tau,
MySpace
bila dapat tau dia nak tunang dengan Caroline..
Cun~ dan berpelajaran tinggi, tak ingat dia Universiti mana..
dan masa aku google gambar2 nih,
Tiba2 baru aku tahu dia dah dapat anak lelaki, Luca

Eh, aku dah tunjuk gambar dia rupanya, Jadi dah tau lah kan..
Kaka' lah empunya nama yang panjang nih..
biasalah orang Brazil kan nama panjang2..
Dia dulu rapat dengan Sheva (Shevchenko)..
masa Sheva pergi chelsea, dia kalau boleh tiap2 minggu nak cerita pasal Sheva kat press conference..
Dia berhenti cerita pasal Sheva bila Sheva diloankan ke Ac Milan 2008/09..

Lepas tu, masuklah Kaka ni ke Real Madrid..
dulu aku dah lah tak berapa suka Real Madrid..
(player gempak je ramai, tapi hampeh)...
tapi sekarang aku dah tak kisah sangat dengan Real Madrid..
(sebab dah tak gempak pun)..
apa-apa pun dia pernah bermain dan mendapatkan trofi kemenangan bersama Ac Milan..

(credit stated @ watermark, the other 1, already in my document hahah)

aku tak letak gambar dia bersama Real Madrid sebab sekarang kan dia main untuk kelab tu,
Jadi tengok je lah dia main untuk kelab tuh...
hahahahah..

oh ye, aku ada baca di blog Suaidah dan berita harian..
Mungkin Real Madrid nak datang Malaysia...
hohohohoooo...(sebenarnya ini benda utama aku nak bagitau haha)
agak2 mahal macam tiket Chelsea dulu tu tak ek?...
Nak sambut dia kat airport boleh??
MySpace
hahahahaha...