Thursday, December 30, 2010

Lelong Lelong siapa nak Ronaldinho

Tapi bayar 8 juta Euro dulu..
wawawawawa ..

ok, memandangkan semua orang post pasal Malaysia menang Piala Suzuki,
aku pun malas nak post eheeeee...
Tapi aku nak cerita pasal Bola gak lah...
Oh ye sebelum tu, disebabkan Khairul Fahmi famous sampai masuk trend Twitter worldwide kauuuu..
Orang Mongolia pon google Khairul Fahmi okey, wawawa

Maka, dengan awek2 dia sekali famous kannnnn...
Tapi kat dalam blog ini tak ada kisah pasal awek dia si jejariruncing itu okey...
Awek Inzaghi ada dalam blog nih, wawawawaw

Baiklah Berbalik pada topik asal..
Ac Milan Tak nak bagi ROnaldinho secara percuma,
makanya si Galliani cakap kalau nak Ronaldinho bagi 8 juta Euro dulu..
No free free!..
Maka kelab yang nak free tu kenalah pergi carik sponsor okey..
(Ditujukan khas untuk kelab brazil Gremio yang nak free tuh)
sumber Football Italia

Berita lain tentang Ac Milan,
Cassano dipaksa untuk turunkan berat badan sebab dia dah gemuk
(tiba2 teringat ROnaldo)...

OK ini ajaa...

Wednesday, December 29, 2010

Meh jadi Pengarah Drama Korea

Baiklah, hari ini entry aku sangat panjang dan penuh dengan gambar..
Aku nak berangan sat...
jadi pengarah drama korea

Bermula dengan Plot cerita...

Hero/Heroin miskin...
ada ibu/bapa yang berhutang dengan Ah Long...
Asyik kena kejar dengan Ah Long....
Berjumpa dengan Hero/Heroin yang kaya..
Gaya berlagak, muka cool  tak boleh bla...
Selalu kena buli dengan Si Berlagak n cool ini...
Oh, dan mesti ada Perempuan Gedik annoying Seksi lagi Hot daripada Heroin...
Lepas Hero dan Heroin ni bersatu bercinta sakan...
Mesti lepas tu dorang akan Bergaduh dan Heronya akan menjerit dengan lantang sampai korang terpaksa perlahankan Volume Tv atau Laptop..
Akhirnya, mestilah berbaik semula, habis!

Adegan Romantis..
Piggyback Ride Wajib ada..
Menyanyikan lagu untuk Heroin/Hero..

Naik basikal/motor sama2..

Backhug ..peluk dari belakang..


Okey Sekarang barisan pelakonnya pula..

Hero Mestilah kena Hot Handsome Macho. Gaya Berlagak.

Oklah, katakanlah Hero tak berapa nak Kacak, Pelakon Pembantunya Mesti kena Kacak..

dan kebiasaannya lebih terkenal seperti dari boyband Korea..

Heroin, Tak semestinya kena lawa, tak lawa pun tak pe,janji kena dengan watak, pandai berlakon..
Muka kena innocent,typical korean face...


Heroin mesti ada kawan, kawan yang bersusah senang dari awal cerita hingga akhir cerita, biasanya kawan ni jadi Pelawak je dalam cerita...Hero punya kawan pulak biasanya kawan tak guna..wawaw

lepas tu Mestilah ada Perempuan Gedik Seksi Annoying dan kadang2 lebih Hot dari heroin..
eh tersesat pulak si Perez ni wawawa korea kan maju,boleh lah pasni dorang amek pelakon gedik pakai seksi ada Laser, kelas tak?picture credit toHafiz


Lagu
Oh Lagu juga jangan lupa yeee,
Lagu memainkan peranan utama dalam drama..
(click pada tajuk lagu untuk mendengar,akan dibawa terus ke Youtube)
Gumiho - Tale of the Fox's Child 
Cinderella's sister - It has to be you
My Girlfriend is a Gumiho

Okey, habis!!!
hehehe inilah drama tipikal korea romantik komedi...
aku lagi suka tengok drama yang plotnya pelik2..
kalau jenis plot sama aku tengok pelakonnya siapa..(kalau hensem on je wawa)
aku lagi banyak tengok drama jepun daripada korea....
beza Drama jepun dan Korea..
Drama Jepun Terlebih Pelik! hahah kadang2 pening kepala aku...

p/s: the other pictures are from crunchyroll.com
p/s: Malaysia Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, December 28, 2010

Janin

Asyik bola je..
ok enough is enough with football...
wawawawaw
sampaikan Macy dan Ain Zulaikha yang selama ni tak pernah buat entry bola..
Tiba2 boleh bersemangat bola buat entry bola..
hehhe comel je..

Tadi Aku pergi tengok Filem Janin..
Asalnya memang tak merancang pun nak pergi tengok..
Ini rancangan saat akhir tengok wayang, perkara biasa..
Sebab cerita hantu kan..On aja!
Walaupun kitaorang tak tahu ini cerita apa siapa pelakonnya,
wawawawaw...

Janin, Arahan Yeop Hitler...
Lakonan EJa, Hairie Othman, Sherie Merlis..
Serius aku cakap aku SUKA Filem nih..
sebab agak realistik, seram, ngeri, menyayat hati...
Jarang filem Melayu buat cerita Hantu, Seram + Ngeri..

Kisah Sutera (eja) dan Hisham (hairie) suami isteri,
mempunyai 3 orang anak..
Tiba2 kampung mereka dilanda musibah..
Dikatakan ada Toyol di kampung mereka..
Tapi Toyol ini seakan menjaga keluarga Sutera dan Hisham ini, Mengapa?
Saksikanlah DI Pawagam..lalalallala

Baru aku tahu Toyol itu di ambil dari mayat bayi..
Patutlah dia kecik...
Filem ni ala2 Ju On, tapi lagi best lah sebab tak ada ngensot2 wawawa...
OKey aku tak akan letak gambar dari Filem Janin nih,
sebab Ngeri ah muka dia...
wawawawa tetiba letak Casper..
kan aku cakap akuMySpaceMySpaceMySpace

p/s: Alah, tak ada apa nak takut kan. kan kan rilek ajaaaa 
p/s: ayat sedapkan hati

Monday, December 27, 2010

PANAS!..hate malaysia??

Siapa2 ada Twitter tu pergilah bukak...
Pergi buat trend ini #iheartmalaysia #lovemalaysia
SEBAB
Melampaulah kan siap jadi Trend Worldwide lagi..
TIba2 aku menyirap...
fuhhhhhh sabar!..
Semangat Patriotik Sudah TIBA!!

GOL!!!!!

Yeahhhh Malaysia menang 3-0 kann...
ohhh tidak tidak aku bukan nak mengulas..
hahaha sebab ramai kot dah ulas..
Pegi kat Gengblogger ramai mengulas di situ...
Cuma gembira Sebab menang...
Sebenarnya lagi syok kalau pergi tengok kat stadium..
sedih sebenarnya...tak dapat pergi atas hal2 tertentu..
dan, huuuu aku tak pernah tengok bola kat stadium..
sedih kan..heh!

Ok lah..Pengulas sukan sangat penting bagi penonton di rumah kan..
Kalau pengulas nya membosankan macam pengulas dubbing La liga kat Malaysia ni..
Boleh mengantuk okey...
Cuba bayangkan kalau pengulas Malaysia macam salah satu di antara 7 negara di dalam video nih


Yang ini terlebih lawak pulak,
tak fokus terus tengok bola...wawawa..
Apa-apa pun TAHNIAH MALAYSIA!!!!!!!

Kekalkan semangatmu pasukan Malaysia untuk Next Match.
don't be too confident...

Sunday, December 26, 2010

Leonardo jurulatih Inter Milan

Sekarang dengan rasminya Leonardo Nascimento de Ara├║jo bukan Leonardo Di caprio okey,
TElah menjadi Jurulatih Inter Milan,
INter Milan sebelum ini telah melepaskan Rafa Benitez,
kini ambil Leonardo ini pula..
Sebenarnya Leonardo ni Bekas jurulatih Ac Milan,
Dia lama gak lah bekerja dengan Ac Milan...
alih2 jadi jurulatih Inter menyebabkan si Galliani botak tuh Terkejut
MySpace
walaupun lepas tu dia kata, 'ohh saya gembira untuk dia'

p/s: wawawa bola lagiiii

Saturday, December 25, 2010

Saya blogger Kuala Lumpur

Memandangkan hari ini aku agak sibuk dengan kenduri kahwin,
Jadi aku nak buat ini lah.. eheeeeee
Boleh beramah mesra..
Sebarang maklumah boleh singgah Sini (click)

Nama anda    >>> Panggil Rina je, walaupun dalam blog ni nama aku Rossoneri
Status anda    >>>erk perlu eh letak. Single!..
Cara hubungi  >>>Twitter - rina_rossoneri
Daerah/Jajahan >>Kuala Lumpur
Tempat Tinggal >>Dekat dengan kedai BB Corner. hahah
Apa Yang menarik di tempat anda >>> Penuh dengan Shopping Complex
mangooseeee (tak ada kena mengena)

Friday, December 24, 2010

Merry Christmas

Wah esok dah Krismas...
tak lama lagi dah nak masuk 2011 kan...

apa-apa pun,
I wish MERRY MERRY CHRISTMAS 
to my friends Mariya,Hailey and Minah Baskin Robbin (click) atau nama manja dia ah wan...ahaaaa..
mungkin sekarang ni ah wan tengah berlatih ber'Carol'...
(kalau hujan esok salahkan ah wan)

nah ambil pokok nih...hadiah tak ada gambar pokok je ada..

Thursday, December 23, 2010

Bakal Dapat Budak Baru

Besar Kemungkinan Budak ni akan datang..
Pasti Beribu2 orang akan datang menyambutnya..
Press Conference dia pun 2,000 lebih orang yang datang...

OKey, aku nak cerita bola nih..
hahahaha Sila LAri Lariiiiiii...
(aku tau My Girl readers tak suka baca bola sepak kat blog aku ni hahaha)

BUdak baru yang bakal tiba di San Siro ini ialah ANtonio Cassano..kenal kann...
alaa Dulu pernah main kat Real Madrid kejap tuu..
Dia nih famous asalnya masa dia main kat As Roma...
aku pun tertawan tengok cara dia main,
especially bila De Rossi hantar ke Totti, Totti gelecek menyerang bagi cross ke Cassano,
Cassano berlari passing ke Montella dan Gol!!
TAPI itu zaman berabad dah berlalu pun...
Dia ni ada Attitude problem..sangat kritikal..
sebab dia bergaduh dengan orang Besar Besarr punya...
eheeee seperti Jurulatih Roma, paling teruk gaduh Besarr dengan Capello..
dan yang paling kelakar, gaduh2 pun dengan Capello nih,
Cassano masuk Real Madrid, Capello pun jadi jurulatih Madrid...
pastu siap cakap 'kami gaduh2 macam anak beranak', tak boleh blaaaaa...
credit                                    credit
Jadi, sekarang ni dia kat Sampdoria loan daripada Real Madrid..
Panas baran dia ni (ala2 Rooney), semakin berkurangan..
Mungkin sebab dah matang, sudah ada cinta di hati..
Walaupun tak handsome panas baran pulak tuh,
pastu pakai earring dengan punggung tonggek dah macam Gay aku tengok...(opps laser mulut mengutuk)
Tapi ohhhh Dia Bukan Gay dan Dia Okey...
Dia dah kahwin pun sekarang..aku baru tau, ada gak orang nak..Hot pulak tuh
Dan sekarang ini Ronaldinho mahu keluar dari Ac Milan..
Jadi, Cassano kira menggantikan Ronaldinho lah...
Yang paling best dalam Kontrak dengan Ac Milan siap ada syarat nih..
'Code of Ethics'...
kalau dia tak berdisiplin dan cuba cari gaduh, memang akan tamat terus kontrak dia..
hohohoooooo....
Nasib baiklah kau main Gempak, perangai teruk pun ramai nak ambil dia..
'ai aii captain'
Cepat2lah masuk Milan..
Tak sabar nak tahu dia dapat jersi nombor berapa...
Berani lah dia kalau cuba nak carik gaduh dengan ini
Dia Bukak Silat terus okeyy (gennaro gattuso)credit

ps/: Inilah rupanya kalau perempuan minat bola, bukan setakat corak permainan dia amek tau, dengan gosip2 sekali dia amek tau..mwahahahah..lelaki tau ke bini Kaka' siapa. Tak kan... cuma tahu bini Beckham je kan.

p/s: letak gambar banyak2 khas untuk tatapan My Girl Readers, tapi dia tak handsome, sorry ye hahahaha

Boleh mengundi dah..

Aku nak cerita aku pergi mana semalam..
walaupun tak penting sebenarnya..(bagi korang)
Tapi aku kena catit dan ingat nih...
Bahawasanya 22/12/2010 aku dah mendaftar untuk mengundi...wawawa
(ye ah masa umo aku 21, besday aku lom sampai, pilihanraya dah buat dulu)
Pastu mak aku kata pergila daftar, nanti boleh undi..
(bolehlah tambah undi untuk ayah aku,ehhhhhhh sejak bila ayah aku Ancelotti masuk politik)

Aku pun Daftarlah..kat sini
 ni bukan pondok buruk ye hahah. ini Pejabat Pos. oh lupa ni guna kamera cabuk tu pasal korang tak nampak papan tanda tuh.
ha tuu ada orang duduk menunggu.

Cuma Bagi Kad Pengenalan, tunggu dia key in butir2 peribadi aku...
pastu dia cetak apa yang dia key in tadi, suruh aku tandatangan,
lepas tu, Dah Balik!...
owh senang jeeeee..
Tadaaaaa

p/s: entry tak ada idea. lalalaaaaaaa.

Wednesday, December 22, 2010

Bahang Bola sepak Piala Suzuki

Nak tunjuk gambar je nih..
Pastu nilaikan sendiri...

Adik2 jangan buat macam ni ye...
Walaupun Kat Twitter je pun...

ok..chill

Tuesday, December 21, 2010

Contest gambar sekolah kenangan dulu-dulu

Aku nak masuk contest lagi...
hehehe sebab contest ni menarik,
jadi aku masuk lah...
Kali ni dari Blog HIkayat kisah si gadis orem
 
Contest ni lambat lagi tutupnya sehingga 11 Januari 2011..
Segala maklumat mengenai contest ni boleh lah ke Sini

Dan Ini pula Gambar sekolah aku zaman Dulu-dulu...
eheeeeeee

Mana satu aku?jangan ditanya hehe

Ini masa Tingkatan 5, Banyak kenangan masa Tingkatan 5 nih..
Tapi aku tak dapat nak imbas balik kenangan tuh hahaha
(kan aku dah cakap aku Pelupa tahap kritikal)..

Yang aku ingat Penuh dengan Bergaduh hahaha...
sangat kelakar..
Sebab bertikam lidah bukan depan2, tapi jauh2...
sorang kat hujung pintu,sorang kat tengah, sorang kat tepi tingkap..
Jadi memang bingit hangit lah kelas aku nih..
Kami juga selalu buat Cikgu menangis..
Tak tahulah kenapa cikgu tu menangis..
MySpace
kitaorang cuma tak buat kerja sekolah je..okey tipu
ada lah sikit2 ketua segala gaduh nih bagi ayat sentap..
Tapi naik tingkatan 5 kitaorang jadi baik eheeee..
(sebab ketuanya dah baik)...
CIkgu pun dah pandai handle kitaorang..
Hati cikgu ni pun dah keras dan no need to expect that we'll listen to her..
dan dia pun jadi CIkgu Rock! ehehehe layannnnn je..
 
Kat kelas aku ni..
ada Raja Ponteng dan Permaisuri Ponteng sepadan kan
Ada Britney Spears yang selalu main sms dalam kelas, ringtonenya Toxic..
Petoq 'Sebentar ya' yang suka bertanya...
3 orang kaki Games yang kuat tidur dalam kelas, sampai sekarang gila game
Nuar kuat bodek yang disayangi cikgu, dan Meor bersuara merdu..
ada Azriza si Cermin, Minah bola, Minah-minah Grunge.. 
Epit ketua kelas dan ketua segala gaduh..
tidak dibantu oleh Penolongnya yang pandai math dan segala kira2 tuh..
Oh ye, kat kelas aku ni ada kumpulan dari Indonesia Moluccas tuh..
wawawawa (ala tak ingat ke Moluccas ni kena banned dengan Malaysia sebab apa entah)

Dari sini juga bermulanya nama panggilan Badak, ayam, cicak kerang, kurap..ehhh..
(Boleh baca di entry INI)
Nama ni melekat sampai laaa sekarang, sesuka hati dorang je bagi nama..
Semuanya sebab kerja Dua orang ini
Meor suara merdu ni dan Nono fergalicious ...WANTED!
(saja bagi kabur padahal memang gambar ni kabur)

Okey, itu sajalah kot kenangan bersama kami,
masih lagi keluar dengan mereka, walaupun tak sekerap zaman dulu2..
Tapi masih berhubung...
oh ye, nama sekolah ye, Sekolah Menengah Tepi Kubur...
hahahahahaha...
Aku memang sangat bangga dapat belajar di sekolah menengah taman keramat INI

Monday, December 20, 2010

Borriello balas dendam??

Okey, sekarang ni nak cerita bola!!
lari larii...mwahhaha

Disebabkan kepenatan hari sabtu tuh,
aku missed tengok perlawanan Ac Milan vs As Roma ni...
Tapi nasib baiklah aku tak tengok...
sebab Ac Milan tak menambahkan 3 mata..
Sebaliknya As Roma berjaya menambahkan 3 mata..
dengan bantuan Marco Borriello yang merupakan pemain Milan yang di loan kan ke Roma..
Disebabkan itu, peminat Ac Milan di San Siro tidak begitu gembira dengannya..
Aku tak tahulah apa akan jadi bila dia kena balik ke Milan nanti..
Inilah Marco Borriello (credit)

Perbezaan mata di antara Milan dan tempat kedua Napoli pun sudah tidak jauh..
hanya beza 3 mata sahaja...
Manakala Inter Milan pula sibuk dengan perlawanan Club World Cup..
dan Inter Berjaya mengalahkan Mazembe dengan keputusan 3-0...

Sekarang aku nak paparkan Funny Quotes, yang aku ambil dari web Football Italia..
Mereka buat lawak dengan kata2 Si Pemain bola/Jurulatih kelab/President...
*FI=football italia

Ibrahimovic: “Materazzi speaks a little too much about me, as does Moratti. You see that I am still very important for them. I instead never speak about them. You see that they are not important for me.”
FI: Zlatan Ibrahimovic thought the message was clear when he defriended them on Facebook
 (eh eh pak berahim ada FB ke mwahaha) 

Mihajlovic: “Udinese are a good team. They have players who can massacre you if you give them space.”
FI: Sinisa Mihajlovic accidentally watched 300 rather than his research DVD

Inzaghi: “Jose Mourinho calls me every three or four days to check on my condition.”
FI: Pippo Inzaghi feels like the Special One now 
  (Okey,yang ni aku tak puas hati, kenapa Mourinho ni kacau my Pippo, ohhhh sangat menyibuk)

p/s: tajuk tak boleh bla kan...
 

Sunday, December 19, 2010

Orang Kahwin

bukan aku lah, orang ye orang lain

Hari ni aku nak cerita hidup aku sekejap...
yang tak berapa Teruja nih..
Hari ni je (sabtu),aku pergi 4 Kenduri kahwin..
dah lah jauh2...
kat kawasan rumah aku, bangi, putrajaya, kundang....
walaupun bukan aku yang drive, tapi kepala pening sudah..
yang bestnya sekarang dah tak bagi telur,
kerepek,muffin,cookies,gula2,kuaci
dalam 4 buah rumah,1 rumah je bagi telur

Ada pengantin perempuan nih,
ada kena mengena dengan abang ipar aku lah..
pengantin perempuan ni sebaya aku...
pastu kakak aku cakap...
'Dia ni sebaya kau, tapi muka dia matured.Apsal muka kau macam budak2'...
sedih aku dengar...

Oh ye, Minggu2 lepas,
aku ada pergi kenduri sedara aku nih..
dia buat kat Taman Botani Putrajaya...
ohhhhhhh sangat lawa!!!!..
tapi tak berapa nak amek gambar sangat sebab masa tu panas terik tak hingat!
kepala aku dah weng2..
anak2 buah aku bergambar sakan.
(heh mereka kecik2 pun dah pandai pegang kamera)

 Ini ha dua orang anak buah aku
 pandai kan posing,baru 8 tahun nih
 sangat comel dua orang ni,dua2 pipi boyot
 Tahniah kak Lily
Oh mooo, tak nak kalah budak kecik yang berat nih,siap ada bunga terselit di rambut

Aku nak kahwin kat Taman Botani, putrajaya tu boleh tak??
boleh laaaaa...lawaaaaaa...
MySpace

p/s:tolong vote anak buah aku ye,click kat sidebar blog ni tuuuuuuuu...eheee

Saturday, December 18, 2010

Zairie Perlukan 50 Bloggers

Kali ni nak masuk senarai Gempak Blogger Zairie 2011 pulak..
maaflah ye, asyik buat entry untuk mempromosikan blog ni je...
heheheheh...pasni habis dah buat sementara waktu...

Untuk menyertai Gempak Blogger Zairie 2011 ni, kena letak Header di atas ni dalam entry

dan buat entry pendek kenapa nak berada dalam senarai Gempak Blogger Zairie 2011 ini..

Kenapa?Kenapa ek...
  • Sebab nak famous mwahahahahah..
  • Saja nak letak link blog ni kat semua blog orang..hahaha
  • tak adalah, kita sesama blogger yang sudah saling kenal mengenali walaupun kat blog je, jadi sokonglah sesama blogger untuk menambahkan lebih informasi dan eratkan hubungan lagi
Owh, jangan lupa letakkan link entry ini di Blog Zairie(click sini)


p/s:Ngantuk, kenapa karoke mesti lagu jiwang
p/s:...tengok video 2pm kat music bank hari nih,tapi tengok muka dorang yang tak bersemangat tuh, aku pun terus ngantukkkkkk...

Friday, December 17, 2010

BlogLarian..walking walking ...run!!!

Baiklah, sebelum aku lupa baik aku buat benda nih...
Cik Macy ni Tag aku...
Sebelum aku kena marah, baik aku buat cepat...
mwahahahahha...


  •  Letak Banner ni dalam satu Entry (banner atas niiiii),dan link terus ke http://bloglarian.blogspot.com
  • Lengkapkan Slogan 'Saya suka berblogwalking kerana....' (tak lebih daripada 30 perkataan)
Saya suka ber'blogwalking' kerana dapat tahu banyak informasi, tambah pengetahuan,maka tak adalah jadi katak bawah tempurung dan tambah kenalan.
  • Follow BlogLarian
  • Tag TIGA rakan atau lebih. Maka aku tag, Fariq, Balqees, Kalamhati. Maaflah kalau ada yang dah buat. Saya ni Pelupa tahap kritikal, kadang2 dah baca entry korang, tapi boleh lupa baca kat mana..heheh
  • Sila beritahu rakan anda yang anda tag, melalui komen
  • Tinggalkan Link entry anda beserta nama Blog anda di blog Saudara Padel (click sini)
  • Peserta akan disenaraikan di BlogLarian mengikut Turutan
  • Tiada tarikh Tutup buat masa sekarang.

Thursday, December 16, 2010

Rasa dah tua bila....

Walaupun kamu baru berumur 23 Tahun...
Tapi terasa tua apabila...

Kawan kamu ramai yang dah tunang.

Kawan kamu bagi kamu kad kahwin.

Kawan kamu suruh kamu jadi pengapit 
(hahahahaha)

Kawan kamu suruh bagi hadiah untuk baby dia baru lahir.

Bila mak kamu tanya 'kenapa tak ada boyfriend lagi' 
(memanglah best sebab dapat green light,tapi kalau tak ada pun, tak guna jugak)

Bila Artis yang kamu minat dah Tua. 
(Baru aku sedar My Pippo dah 37 rupanya, rasa macam 27 je umur dia. Leonardo Dicaprio pun dah 36??? aku rasa macam dia baru 21)
credit                        credit

Bila tengok Artis2 yang kacak dan Hot semuanya lahir pada tahun 90-an. ohhhhhhhhh

dan juga Bila kamu kena bawak anak buah pergi main buaian di Taman permainan...
ahaaaaaaaaaaaa, anak buah aku dah balik...
Pelik tetiba tak ada budak kecik nak duduk atas pangku nih...
dia ingat dia ringan (walaupun baru 4 tahun)

aku bosan nih...
Tiba2 teringat topik ni bila tengok ada satu rancangan tuh..
Jadi,aku karanglah benda nih...

p/s: apa2 pun semua orang akan jadi tua

Jom Kita berkenalan

Pertama kali join segmen Blogger Ben Ashaari...
eheeeeeee

Bila Mula Buat blog...
Untuk blog Dreamy nih, tahun 2009...

Jumlah FOllower sekarang ini..
316....

Berapa trafik harian...
Kurang 100 lebih 50...eheeee

Sehari berapa entri...
1, paling banyak 2..

Berikan satu blog yang best dibaca...
Banyakkk, macam2 ada..tapi kali ni nak promote Blog Zairie pulak...
sebab mudah dibaca, kemas..Kalau nak tanya dia apa2, gerenti dia jawab..