Showing posts with label makan bola. Show all posts
Showing posts with label makan bola. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Lelong Lelong siapa nak Ronaldinho

Tapi bayar 8 juta Euro dulu..
wawawawawa ..

ok, memandangkan semua orang post pasal Malaysia menang Piala Suzuki,
aku pun malas nak post eheeeee...
Tapi aku nak cerita pasal Bola gak lah...
Oh ye sebelum tu, disebabkan Khairul Fahmi famous sampai masuk trend Twitter worldwide kauuuu..
Orang Mongolia pon google Khairul Fahmi okey, wawawa

Maka, dengan awek2 dia sekali famous kannnnn...
Tapi kat dalam blog ini tak ada kisah pasal awek dia si jejariruncing itu okey...
Awek Inzaghi ada dalam blog nih, wawawawaw

Baiklah Berbalik pada topik asal..
Ac Milan Tak nak bagi ROnaldinho secara percuma,
makanya si Galliani cakap kalau nak Ronaldinho bagi 8 juta Euro dulu..
No free free!..
Maka kelab yang nak free tu kenalah pergi carik sponsor okey..
(Ditujukan khas untuk kelab brazil Gremio yang nak free tuh)
sumber Football Italia

Berita lain tentang Ac Milan,
Cassano dipaksa untuk turunkan berat badan sebab dia dah gemuk
(tiba2 teringat ROnaldo)...

OK ini ajaa...

Monday, December 27, 2010

GOL!!!!!

Yeahhhh Malaysia menang 3-0 kann...
ohhh tidak tidak aku bukan nak mengulas..
hahaha sebab ramai kot dah ulas..
Pegi kat Gengblogger ramai mengulas di situ...
Cuma gembira Sebab menang...
Sebenarnya lagi syok kalau pergi tengok kat stadium..
sedih sebenarnya...tak dapat pergi atas hal2 tertentu..
dan, huuuu aku tak pernah tengok bola kat stadium..
sedih kan..heh!

Ok lah..Pengulas sukan sangat penting bagi penonton di rumah kan..
Kalau pengulas nya membosankan macam pengulas dubbing La liga kat Malaysia ni..
Boleh mengantuk okey...
Cuba bayangkan kalau pengulas Malaysia macam salah satu di antara 7 negara di dalam video nih


Yang ini terlebih lawak pulak,
tak fokus terus tengok bola...wawawa..
Apa-apa pun TAHNIAH MALAYSIA!!!!!!!

Kekalkan semangatmu pasukan Malaysia untuk Next Match.
don't be too confident...

Thursday, December 23, 2010

Bakal Dapat Budak Baru

Besar Kemungkinan Budak ni akan datang..
Pasti Beribu2 orang akan datang menyambutnya..
Press Conference dia pun 2,000 lebih orang yang datang...

OKey, aku nak cerita bola nih..
hahahaha Sila LAri Lariiiiiii...
(aku tau My Girl readers tak suka baca bola sepak kat blog aku ni hahaha)

BUdak baru yang bakal tiba di San Siro ini ialah ANtonio Cassano..kenal kann...
alaa Dulu pernah main kat Real Madrid kejap tuu..
Dia nih famous asalnya masa dia main kat As Roma...
aku pun tertawan tengok cara dia main,
especially bila De Rossi hantar ke Totti, Totti gelecek menyerang bagi cross ke Cassano,
Cassano berlari passing ke Montella dan Gol!!
TAPI itu zaman berabad dah berlalu pun...
Dia ni ada Attitude problem..sangat kritikal..
sebab dia bergaduh dengan orang Besar Besarr punya...
eheeee seperti Jurulatih Roma, paling teruk gaduh Besarr dengan Capello..
dan yang paling kelakar, gaduh2 pun dengan Capello nih,
Cassano masuk Real Madrid, Capello pun jadi jurulatih Madrid...
pastu siap cakap 'kami gaduh2 macam anak beranak', tak boleh blaaaaa...
credit                                    credit
Jadi, sekarang ni dia kat Sampdoria loan daripada Real Madrid..
Panas baran dia ni (ala2 Rooney), semakin berkurangan..
Mungkin sebab dah matang, sudah ada cinta di hati..
Walaupun tak handsome panas baran pulak tuh,
pastu pakai earring dengan punggung tonggek dah macam Gay aku tengok...(opps laser mulut mengutuk)
Tapi ohhhh Dia Bukan Gay dan Dia Okey...
Dia dah kahwin pun sekarang..aku baru tau, ada gak orang nak..Hot pulak tuh
Dan sekarang ini Ronaldinho mahu keluar dari Ac Milan..
Jadi, Cassano kira menggantikan Ronaldinho lah...
Yang paling best dalam Kontrak dengan Ac Milan siap ada syarat nih..
'Code of Ethics'...
kalau dia tak berdisiplin dan cuba cari gaduh, memang akan tamat terus kontrak dia..
hohohoooooo....
Nasib baiklah kau main Gempak, perangai teruk pun ramai nak ambil dia..
'ai aii captain'
Cepat2lah masuk Milan..
Tak sabar nak tahu dia dapat jersi nombor berapa...
Berani lah dia kalau cuba nak carik gaduh dengan ini
Dia Bukak Silat terus okeyy (gennaro gattuso)credit

ps/: Inilah rupanya kalau perempuan minat bola, bukan setakat corak permainan dia amek tau, dengan gosip2 sekali dia amek tau..mwahahahah..lelaki tau ke bini Kaka' siapa. Tak kan... cuma tahu bini Beckham je kan.

p/s: letak gambar banyak2 khas untuk tatapan My Girl Readers, tapi dia tak handsome, sorry ye hahahaha

Saturday, November 13, 2010

Review Ac Milan vs Inter Milan

Fuh, perlawanan untuk hari Esok..(bagi waktu Eropah)
MySpace
aku jarang buat review perlawanan bola nih..
biasanya selepas perlawanan, baru aku ulas..
sebabnya, sebab aku kurang yakin dorang akan menang..
hahahahahha...
terkejut gak lah bila Mr Fariq suruh review pasal perlawanan bola nih..
biasanya orang lain suruh buat pasal drama korea ke, bahasa jepun ke..

Okey,
  • Perlawanan terakhir dengan Inter Milan ialah ketika Serie A musim lepas. dan Ac Milan kalah 2-0
  • Kini Ac Milan berada di tangga pertama, Inter pula di tangga ke-4 dengan beza 3 mata. Perlawanan ini amat penting untuk menjaga kedudukan Ac Milan supaya kukuh berada di atas kerana jarak dengan Lazio hanyalah 1 mata.
  • Pato, Inzaghi, Oddo mengalami kecederaan dan tidak akan turun untuk Ac Milan. Pirlo pun berkemungkinan tidak turun.
  • Muntari, mcdonald Motta, D.Suazo, Maicon, W.samuel juga turut tercedera dan tidak bermain untuk Inter.
  • Berkemungkinan besar Ac Milan akan menggunakan serangan daripada Pak Berahim Ibrahimovic, Ronaldinho, Seedorf.
  • Inter pula Mungkin akan menurunkan Pandev, Sneijder, Eto, Milito untuk menyerang. (habislah macam ni campur dengan stankovic lagi. Cesar dah ada balik.)
pak berahim Ibrahimovic siap berlagak lagi tak takut dengan peminat Inter...(click baca)
(yelah, dulu kan dia pemain Inter)
Aku tau dia cuak gak tuh, silap2 kena baling mercun/botol kang...
 MySpace
okey, ini sahaja review untuk perlawanan Ac Milan vs Inter Milan ini..
Aku buat seringkas yang mungkin..
FORZA ROSSONERI

p/s: Ac Milan vs Inter Milan 15/11/2010 pukul 330 di channel 816

Thursday, April 15, 2010

Leonardo.....arrivederci???

Leonardo...Pengurus kelab Ac Milan..
bukan Leonardo de caprio okeyy..
baru satu musim je mengendalikan Ac Milan..
kini besar kemungkinan dia akan pergi..
mungkin ke Brazil...
mengikut arus-arus khabar angin..
menyatakan dia tidak sebulu dengan Silvio Berlusconi (Pemilik Ac Milan, bekas PM italy)

Jadi, siapakah yang bakal menggantikan Leonardo??
Mungkin Mauro Tassotti atau Filippo Galli
                                     Filippo Galli                      Mauro Tassotti
kedua-duanya Italy dan kini sebagai pengurus kelab bawah umur 
Paolo Maldini pula hendak dibawa masuk sebagai pengarah teknikal..
macam tugas Leonardo dulu...
kalau dulu, Leonardo lah yang uruskan pengambilan pemain brazil masuk macam Kaka'


Hmmm, tunggu dan lihat je lah...
bilakah zaman Renaissance akan menjelang tiba..
hendak tahu lebih lanjut di sini >>> CLICK

Tuesday, April 13, 2010

Ricardo izescon Dos Santos Leite

Kenal tak nama nih?
tak Kenal???
pergilah Google sendiri...

aku punyalah minat mamat nih,
sampaikan nama dia yang panjang tu aku hafal tau,
aku minat masa world cup 2002, dia yang paling muda main untuk Brazil..
tak tahulah kenapa aku minat dia masa tu..
comel kot...
Pastu tiba2 memang dia masuk Ac Milan..
memang lah aku excited  betul...

Pastu aku siap kecewa patah hati dan lara tau,
MySpace
bila dapat tau dia nak tunang dengan Caroline..
Cun~ dan berpelajaran tinggi, tak ingat dia Universiti mana..
dan masa aku google gambar2 nih,
Tiba2 baru aku tahu dia dah dapat anak lelaki, Luca

Eh, aku dah tunjuk gambar dia rupanya, Jadi dah tau lah kan..
Kaka' lah empunya nama yang panjang nih..
biasalah orang Brazil kan nama panjang2..
Dia dulu rapat dengan Sheva (Shevchenko)..
masa Sheva pergi chelsea, dia kalau boleh tiap2 minggu nak cerita pasal Sheva kat press conference..
Dia berhenti cerita pasal Sheva bila Sheva diloankan ke Ac Milan 2008/09..

Lepas tu, masuklah Kaka ni ke Real Madrid..
dulu aku dah lah tak berapa suka Real Madrid..
(player gempak je ramai, tapi hampeh)...
tapi sekarang aku dah tak kisah sangat dengan Real Madrid..
(sebab dah tak gempak pun)..
apa-apa pun dia pernah bermain dan mendapatkan trofi kemenangan bersama Ac Milan..

(credit stated @ watermark, the other 1, already in my document hahah)

aku tak letak gambar dia bersama Real Madrid sebab sekarang kan dia main untuk kelab tu,
Jadi tengok je lah dia main untuk kelab tuh...
hahahahah..

oh ye, aku ada baca di blog Suaidah dan berita harian..
Mungkin Real Madrid nak datang Malaysia...
hohohohoooo...(sebenarnya ini benda utama aku nak bagitau haha)
agak2 mahal macam tiket Chelsea dulu tu tak ek?...
Nak sambut dia kat airport boleh??
MySpace
hahahahaha...



Thursday, April 8, 2010

Mimpi jadi Kenyataan

aku nak tengok 'match' malam tadi..
tapi disebabkan masalah tertentu, aku tak dapat tengok..
yang bestnya 'match' tu muncul dalam mimpi aku,
jadi aku tengok dalam mimpi je lah...
hahha...

apa-apa pun mwahahhaahahhaahahha...
maaflah terpaksa mentertawakan anda..
kerana mimpiku itu benar...
walaupun Manchester United menewaskan Bayern Munich pada 'match' malam tadi,
Tapi disebabkan Aggregate, 4-4 dan gol di tempat Manchester United melebihi,
Maka, Bayern Munich Mara ke peringkat Semi-finals Champions League...
                                   roben yang telah memusnahkan kegembiraan Manchester United

Bayern Munich akan bertemu dengan Lyon...

Wednesday, April 7, 2010

Inter Milan maju ke Semi-Finals

Inter Milan berjaya maju ke peringkat seterusnya..
dengan Aggregate 2-0...
Permainan malam tadi memperlihatkan Milito menjaringkan 1 gol

Pada peringkat Semi-Final nanti Inter Milan akan bertemu dengan Barcelona..
hohoooo, Mampukah??...
yang pasti mesti ramai yang menunggu permainan pagi nanti...
Manchester United VS Bayern Munich...
permainan lepas Manchester United kecundang 1-2...
Jeng Jeng Jenggggg..
 MySpace

Sunday, April 4, 2010

SUPERPIPPO

Dia kata, dia tidak akan berkahwin ....Kenapa???
.............bacalah sampai habis dulu.................
sekarang umur dia dah 36
(9hb 8 ni, nak masuk besday dia, jadila 37)
Dia sama zodiak dengan aku, Leo
dia suka lagu 'sei solo tu  daripada nek & laura pausini'

Dia ada seorang adik lelaki,
namanya Simone...
Simone pun main bola macam Dia juga,
Simone pernah main di Lazio,
juga posisi yang sama seperti abangnya..
Simone ada seorang anak lelaki, Tomasso...
Dia sangat sayangkan anak buahnya, Tomasso.
Dia juga ada seorang kawan baik...
nama panggilan kawannya, Bobo...
ataupun nama penuhnya Christian Vieri...

Ramai suka kutuk Dia
'Dia tu king of offside, kalau formation xmas tree lagi lah banyak offside'
'ah, dia tu sampai kat kotak penalti je nak jatuh, sikit2 jatuh'
'Dia tu, suka main sorang2 je tak nak turun bawah'

 biarpun telinga ku dan hatiku panas membara,
tapi aku tetap sabarkan diri..
sebab aku tahu kenapa aku suka Dia..
aku suka Dia di atas padang...
Dia langsung tak takut dengan penjaga gol..
Video
kalau kaka' berlari dari bawah laju giler, tapi bila berdepan dengan penjaga gol, dia tak boleh..
sebab itulah bergunanya Dia ini...
Kaka' gerenti hantar bola kepada Dia..
aku suka bila pemain lain hantar bola dari bawah, dan hantar pada Dia,
dan Dia akan lari dan terus masukkan GOL...
Video (minit 1:22)
Lepas itu dia akan berlari dengan ganasnya mulut ternganga kerana terlalu gembira...

Biarpun apa orang kata,
Dia tetap Top Scorer European Competitions, 68 gol..
Dia juga Top 6 dengan menjaringkan sebanyak 25 gol sepanjang bersama pasukan kebangsaan ITALY,
Dia berkongsi kedudukan dengan Adolfo Baloncieri dan Alessandro Altobelli,
Dia juga selalu menjaringkan gol di saat2 genting,
paling aku ingat ketika menentang Ajax yang melayakkan Ac Milan menang Champ league 2002/03,

Aku tetap suka kat Dia,
walaupun dia Playboy dan suka Party..


dan Walaupun suara dia tidak sedap..

apa-apa pun, aku sangat terharu...
sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin sebab nak tunggu aku habis belajar...
mwahahahhaha...
Fatin, ko ingat ko sorang boleh perasan...hahahah
MySpace

Saturday, April 3, 2010

Carlo Ancelotti

siapa tak kenal kan,
Manager baru Chelsea, (tak ada lah baru sangat pon)
setelah bertahun lamanya kami bersama...
akhirnya dia terpaksa jua pergi untuk bersama dengan Chelsea..
tak apalah..
asalkan dia bahagia...

Dulu aku suka tengok dia, sebab dia comel macam Santa Claus...
dan dia sangat sporting rilek je..

cuba tengok video nih >>>>>>> Ancelotti and Gattuso
tapi sekarang dia dah tak secomel dan seriang dulu...
dia asyik masam je, sejak prestasi milan jatuh dulu dan sampai la sekarang...

masam kan muka dia...tapi kan..
cuba bandingkan muka dia sekarang, dengan dulu2...
LAIN GILE...
tengoklah video ni >>>> ANCELOTTI

p/s: congratz to Chelsea...
(all pictures are not mine)

Sunday, March 7, 2010

Bola Sepak?AC Milan?kenapa???



satu persoalan yang sering diutarakan...
wawawawawa...
masa aku sekolah dulu,
ramai budak lelaki cakap macam neh..
'Ish gila lah perempuan minat bola'
'ko minat bola ke minat player dia je'
 
(sambil menyelam minum air, hot kan kan kan)MySpace

dan blablbalblablabla..

hari ini aku nak bercerita pasal sejarah
sejarah yang tidak diterbitkan dan diedarkan..
wawawawawa...

masa tu aku form 3, World Cup 2002, kalau tak silap,
abang aku memang akan bukak channel bola setiap kali aku balik sekolah,
abang aku ni tak ada kawan nak borak2 tengok bola,
dia pun ceritalah kat aku, pasal team ni team tu,
dia ni penyokong Italy dan Argentina, serta team2 yang berjersi biru yang lain,
jadi, disebabkan abang aku itulah, aku Terminat bola sepak,

dah dia suka Italy, aku pun sukalah gak,
masa tu aku minat Pippo Inzaghi, dan banyak pemain yang lain juga,
dah habis World Cup, oh tidak,
minatku tak habis di situ,
aku meneruskan kegilaanku dengan melihat match2 lepas, tapi bukan EPL..
SERIE A okeyyy,
tak kiralah team Chievo ke, Ac milan ke, Juve ke, memang aku LAYANNN
tapi mestilah yang paling aku minat AC MILAN..mwahahah..
liga lain pun layan gak, La liga dan beberapa match liga German (sebab astro tak bape tayangkan german punya)...
aku suka tengok Serie A sebab aku layan defensive..aku suka tengok tactical nye game,
memang tak banyak score,
tapi syok tengok dorang dok tackle orang wawawawa,
pastu aku suka tengok Roma main sebab kalau Totti, De Rossi, Cassano ada,
perghhh smart gila wa cakap lu,
dorang ni nak main nak stylo jer...

waktu tu aku geram dengan Inter, sebab mereka suka carik gaduh bila main dengan ac milan
wawawawa...
(tapi sekarang lagi ANNOYING okeyy)...
aku serious tak layan EPL...
aku hanya boleh tengok 1st Half sahaja, lepas tu aku tidur
hahahahhaha...
dan aku paling tak suka MU,
hahahahah sebab kawan aku semua suka MU,
dan mereka ini suka buli aku,
plus aku tak suka beckham..dan sila jangan tanya mengapa..

kegilaanku sampai ke tahap semua group/forum kelab ac milan, inter, juve, roma aku join..
hahhahahaha..
aku aktif gila,
kalo group yahoo tu, budak2 neh rajin upload gambar2 dorang training, time match,
sebab ada antara mereka yang photographer kat sana,
jadi memang aku kumpul gambar gila2 weh, 
penuh satu folder
(walaupun aku minat Faizal Tahir pun, aku hanya ada satu gambar dia sahaja hahaha)
tapi sayangnya, aku dah tak tahu aku letak gambar tu kat dalam website yang mana satu,
hahahhaha, adeiiii
lepas tu aku pantang nampak keychain ke poster ke yang ada gambar acmilan,
aku beli...
kat beg sekolah aku, aku letak pin2 ac milan, keychain ac milan,
aku siap beli vcd sejarah ac milan..(tapi abang aku yang tengok)
hahahahahahhaha...
terbaru, aku beli ketip kuku ac milan
(gila tajam ketip kuku neh),


kegilaanku ini telah menyebabkan parents aku tak senang duduk,
anaknya yang comel lemah lembut ni tiba2 minat macam lelaki,
lepas tu berjaga 3 pagi sampai pukul 5, lepas tu pukul 6 bangun pergi sekolah,
ayahku pernah berjaga sampai pukul 1,
semata-mata tak nak suruh aku berjaga,
aku pun pura2 tidur sampai pukul 2 aku bangun tengok bola,
aku kejutkan abang aku,
kami tengok sama2,
dan menjerit perlahan sama2...
aku ingat lagi, masa perlawanan champ league 2002/03,
masa tu perlawanan sengit antara AcMilan dan ajax kot,
masa tu masa tambahan, aku tak sanggup nak tengok,
aku naik atas dulu,
beberapa minit kemudian,
abangku menjerit,
'INA, INZAGHI GOL!!!',
pergh kelam kabut aku turun bawah
menangis kegembiraan (ok tipu je tak adalah menangis)
dan keputusannya ialah,
mak kami turun dan kami kene marah...
hahahhahaha

sepanjang aku bersama Ac Milan,
banyak kegembiraan dan kedukaan yang kami kongsi bersama,
kegembiraan berteriak kerana memenangi
DUA Champions League (2002/03, 2006/07), 

Serie A 2003/04,
Fifa Club World cup 2007,
meskipun kini AcMilan dilanda zaman kegelapan,
dengan Ancelotti yang berpindah,
setelah sekian lama bersama kami,
tapi aku tetap menyokong AcMilan...MySpace
(ye, perenggan ini ayat sangat poyo)


sekarang, sejak duduk di hostel bangi,
yang tidak ada astro,
ada astro pun di kafe yang tidak buka pada pukul 2 pagi,
dan tiada siapa yang nak bawa aku tengok bola kat kedai mamak,
maka, sudah sekian lama hampir 2 tahun lebih ni aku tak tengok bola,
pergh gila kesian,tapi ada la tengok sikit2,
abang aku la yang tolong update news wawawa,
masa aku 1st year student lagi lah langsung tak tengok beb,
sebab sibuk dengan kokurikulum, teater (wah i masuk teater tau hahahha perlu ke nak cerita)
jadi, memang aku tengok berapa kali je pato main,
Beck main pun aku rasa macam sekali je aku tengok dia main...
(aku tak tahu kenapa semua player aku benci masuk AcMilan, hahaha tapi aku redha je)

kebaikan aku minat bola ini ialah,
Bahasa Inggeris aku bertambah baik,
termasuklah Geografi aku yang selama ini aku tak tahu Ukraine atau Romania itu eropah,
hahahhaha nasib baik ada Mutu dan Sheva

begitulah cerita aku,
yang tidak berapa menarik dan agak berjela ini,
saja nak tulis2 menghilangkan tekanan ditambah dengan panas yang membahang..
wah..hahahha
arrivederci

(all pictures are not mine)

Tuesday, February 23, 2010

Mourinho banned...(OM, thank u so much!)

want to know what this is all about...
click here...
well, thankx to all the nerazzurista(suke ati je ak cipta nama),the club have to pay a lottttt of money
(count urself, my math got c in spm haha)
also, thankx to The One(daa)..there's a possibility the squad can lose...
hahahahaha..im waiting for that...hohohohoooo

also, i've got my favourite quotes of from football italia..


“In England, you're shown respect if you're a foreign Coach who comes in and offers his experience and knowledge. But in Italy, this respect only comes if you're born as an Italian. Someone like me, the foreigner, isn't considered worthy of being here.” 
It’s not xenophobia, Mou(mourinho). The Italians just don’t like you

Wednesday, February 17, 2010

pagi2 lagi....dikejutkan dengan satu BERITA GEMPAR

pagi2, seperti biasa aku tengok jam...
dan macam biasa, dah nak tengah hari baru aku bangun...
(haih, anak dara apa mcm ni,ye aku tau korg akan ckp mcm tu)
aku melihat di hp ku sudah ada message baru masuk,
aku bukak,
rupanya abang aku,

'milan kalah, bengangnya aku'....

pada pagi2 yang tak berapa nak pagi ini,
sepatutnya kite mulakan dengan ayat-ayat suci,
supaya hari kita akan lebih tenang,
tetapi ayat-ayat tercemar pulak yang keluar dari mulut aku...
memang tak tenanglah aku hari ni,
kemudian, ayat-ayat tercemar itu makin bertambah,
apabila abangku membalas message ku dengan ayat,

'gol bodoh pulak tu, dida ah bangang'
ampunilah hambaMU pada hari ini,
kerana telah mencipta pelbagai perkataan yang tercemar,
yang tidak pernah wujud dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
serta mempunyai unsur-unsur 18PL...

lagi bertambah membara apabila aku membuka http://innit.nuffnang.com/,
dan terlihat post 'video highlight acmilan 2-3 MU'..
lepas ni mesti terpampang dalam suratkhabar,
gambar MU besar-besar...
tak baca kot suratkhabar esok

p/s:aku malas nak tengok sebab lambat sangat 3:40am, kalau kul 2 boley lah tahan lagi...

AC Milan 2009 Essentials Soccer Track Top (Black) 

Sunday, January 10, 2010

Rossoneri VS The Old Lady

siapakah yang akan merebut tangga yang ke-2??...
(nantikan pagi esok 3 pagi di channel 816)

jeng jeng jeng!!!!!...

kedua2 kelab ini hanya berbeza satu mata
dengan ac Milan di tangga ke-2..
yang pasti,
aku inginkan AC Milan menang...
tapi aku tak kisah seandainya Juve menang...
asalkan ada yang menang...
sebab yang penting sekali...
AKU TAK NAK INTER NO 1...

vs

aku letak yang hot je...hahaha...alahai lama siot aku tak tengok bola...
match ni pun aku tak dapat tengok..
tapi, aku dah biasa ah....
mula2 dok bangi ni, memang tak tahan jugak lah..
rasa nak nangis...
sampaikan sejak aku dok bangi,
aku tak pernah langsung cite pasal bola..
melainkan cite dengan abg aku(msg)..

bulan dua nanti champ league dah bermula..
ac Milan vs Man UTd...hohoho musuh lama ...
aku rasa mmg aku sanggup blk umah nih..hahaha

apa-apa pun match pagi nanti..harap-harap..
MR Leonardo, katte kudasai (please win)

Last five in Serie A: Juventus (L W L L W) Milan (W W W L W)
Juventus (probable): Manninger; Grygera, Cannavaro, Chiellini, Grosso; Salihamidzic, Felipe Melo, Poulsen, Marchisio; Diego, Amauri

Milan (probable): Dida; Abate, Nesta, Thiago Silva, Antonini; Gattuso, Ambrosini, Pirlo; Beckham, Borriello, Ronaldinho
(source: football-italia.net)

p/s:kejap2, gila lah roma no 4 skrg...bila masa pulak roma ni kejar dari belakang, beza satu mata je dr juve...pergh