Monday, April 25, 2011

Canggih pun ada tak gunanya

Sekarang bas Rapid KL dah canggih..
Sekarang siap ada TV Plasma kecil lagi..
Bolehlah tengok muzik video artis luar negara...
Menghilangkan sikit rasa bosan..

Sekarang dah ada Kad lagi..
Tak perlu kecoh cari duit kecil..
Boleh guna sama ada Touch&Go atau Smart Ticketing System (Click)

Canggih bukan?
Tapi bagi aku boleh jadi Tak Canggih apabila...
......................................................................

Di suatu petang...
Lenguh berdiri menunggu bas hampir setengah jam..
Mata asyik melirik ke jam handphone
(maklumlah jam tangan hilang)
Tiba-tiba hati berbunga apabila bas Rapid KL sudah sampai..
Duit syiling dikeluarkan siap-siap...
Bas sudah berada di hadapanku kini..
Beratur untuk bayar tiket...
Tapi......
'Bas ini hanya untuk Touch&Go Saja'

Memang masa tu aku nak maki je pemandu tuh...
Dah lah berabad tunggu, lepas tu boleh pulak tak nak terima duit syiling..
Nak kad je...

Persoalannya patutkah bas itu dibuang sebab tak boleh terima duit syiling...
Atau aku yang kena beli kad ikut peredaran zaman...
MySpace

Sunday, April 24, 2011

Pemikiran sempit.

Sesiapa minat lagu Korea boleh tercenderung untuk bunuh diri...
Hahahaha..
 Nak baca sila tekan kasi besar. Credit pada FB kawan aku mwaha

Aku tak tahulah nak cakap apa...
Sebenarnya tak patut dikhususkan pada sesetengah muzik dari negara tuh..
Sama saja, tak kiralah muzik US, UK, Hindustan ke..
Dulu kata lagu Hindustan mengkhayalkan..
Sekarang Korea pula..
Senang cerita, satu muzik pun tak elok sebenarnya...
hahaha..
Tapi tak perlulah cakap sampai boleh membawa untuk bunuh diri..
Malah, dalam surat khabar itu pun tertulis..
'Belum ada kes orang bunuh diri sebab artis Korea'..
(hahaha belum ada kes dah dibesar-besakan, baiklah)

Kita ada akal boleh fikir sendiri..
Bukan peminat Korea saja yang habiskan duit mereka ke arah itu..
Aku pun habiskan duit untuk Faizal Tahir...hahah..

Muzik dari US kebanyakan lirik dorang teruk..
Ke arah kehidupan dorang yang penuh gejala sosial..
Tapi tak semua begitu...
Sama seperti di Korea juga..Ada lirik yang sangat teruk..
Tapi masalahnya, bukannya dorang faham pun lirik tuh..
Tak ada terkesan langsung..
Adakah orang di Malaysia memandang rakyat Malaysia sangat bodoh hingga artis kesayangan bunuh diri, mereka pun mahu bunuh diri?..

Kadang-kadang kan, aku rasa macam kenapa isu ini ditimbulkan dengan satu spekulasi yang kelakar?
Ada banyak lagi isu tentang Korea yang mereka boleh isukan dan timbulkan..
Sebenarnya nampak sangat mereka tak kaji betul-betul..
Nak tarik perhatiankah?

Saturday, April 23, 2011

Laporan minggu ini.

Mwahaha dah lama tak tulis kat Blog nih..
Maka, aku buat kesimpulan teruslah untuk cerita minggu ini..
Sebenarnya tak ada apa-apa pun..
Cuma, Ashraf Muslim dah Tunang..
Cik Aliesha Kirana, macam mana ni? Kita berdua dah melepas..
Apa-apa pun, tahniahlah kat Ashraf, walaupun i tak berapa setuju u buat secara langsung kat TV..
Hohoho..Tapi itu lantak lah kan..



Selamat tinggal Ashraf, ohhhh. Credit

Yang penting sekarang, adalah hidup aku...bukan hidup Ashraf...lalalal...
Emm, aku dah dapat kerja....
Ini kerja betul-betul..
Tapi aku masih buat kerja terjemahan itu juga untuk hari minggu...
Rajin tak aku kerja? mwahahaha..
Aku kan boros, jadi kenalah cari duit setanding dengan keborosan anda..Okey?

Tapi kan, secara jujurnya kerja baru aku ini memang sekadar untuk hidup saja..
Untuk hidup? bukan setakat untuk cari makan, tapi juga untuk Hidup..
Malah, kerja baru aku ini, merupakan bidang yang aku paling benci dalam hidup aku sejak kecil lagi....
Tapi, Aku dah biasa hidup dengan sesuatu yang aku benci...
Senang cerita, benda yang aku tak suka itulah yang aku dapat...
Sebab itu aku dah biasa..
Dan sebab itulah, aku susah nak benci-membenci..

Walaupun aku masih dalam kekeliruan, tapi aku redha je lah..
Hidup ini tak pernah menentu...
Kadang-kala benda yang kita tak suka itulah, yang kita paling suka...
(Macam dulu aku benci Korea sebab Korea main kotor masa lawan dengan Itali masa World Cup dulu, mwahaha tak ada kena-mengena)
Jadi, manalah tau kan..aku suka pulak kerja yang mencabar ketahanan jiwa ini...

Yang kelakarnya, senior-senior tempat kerja aku tuh siap cakap lagi...
'Kalau dapat kerja baru, bla je'...
Hahah....aku baru je keje oiiii....

Dan, aku rasa penat sekarang....

Monday, April 18, 2011

Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

Haaaaa, tajuk tuh memang aku copy paste dari Cik Ailebiu (lab u too haha)
Sebenarnya kan..apabila dunia kita tak bergerak, meskipun masa pantas bergerak..
Lama-kelamaan, kita dah lupa kita ada perasaan..
perasaan gembira, marah, sedih semakin lama semakin hilang...
Yang tinggal cuma kecewa dan bosan....
Ini semua boleh terjerumus ke arah, yang kita tak sangka...(lol)
Jadi, bersyukurlah kamu ada perasaan,
bersyukurlah jika kamu rasa marah, sedih, sekarang..

Ketika aku bosan, aku suka dengar lagu rancak...
Iaitu apa-apa lagu Faizal Tahir dari Album Adrenalin..
Contoh seperti lagu Adrenalin, Bencinta, Karma..

Paling suka lagu nih, walaupun lirik dia sedih...

Kalau aku Stress aku dengar lagu
Tonight-Big Bang

Kalau aku Kecewa/Frust, aku dengar lagu
Nell- Time spent walking through memories
G-dragon- Obsession

Kalau aku rasa Lonely coz no love hahaha
Ai Otsuka- Planetarium


Sekarang Aku sedang Tertekan Berdebar Menanti Hari Esok..
Aku dengar Lagu yang boleh aku menjerit dan melalak...
Bruno Mars- Just The way you are
Taeyang- Only Look at Me & Wedding Dress

Kesimpulannya: All negatives mood hahahah

Sunday, April 17, 2011

Dah tua tak boleh beromantik eh??

Pasangan dah tua tak boleh romantik2 kah?
Geli kah?
Persoalan ni timbul bila...
Aku Tertengok drama Melayu di suatu petang itu..

Kakaknya suruh dia reserve restoran untuk buat kejutan kat suami dia..
Adik dia nih, mengadu kat kawan dia..
'Dah tua2 pun miang'....
Menyirap aku dengar ayat dia...hohooo
Memang malang ler siapa jadi isteri orang macam nih..

Lepas itu...
Aku ada tengok satu rancangan Korea, variety show untuk bakat2 yang gempak lah..
Star King, nama rancangan tuh..
Ada sorang Atuk nih, dia masuk untuk satu segmen khas...
'Ubah diri daripada tak pandai nyanyi, jadi pandai nyanyi dalam masa 100 hari'..
Atuk ni nyanyi Soprano gitu!
Pastu dia kata lah, isteri dia tak suka dia nyanyi dan tak pernah nak dengar betul2 dia nyanyi..
Pastu Atuk tuh kata dia masuk segmen ni, nak tunjuk kat isteri dia...
Dia nyanyi untuk isteri dia...
(Sweet wooooo)
Isteri dia pun ada dalam studio tuh, tengok Atuk nih...


Pastu Pengacara ni ceritalah, Atuk dengan isteri dia sangat romantik..
'Masa tengah makan, Atuk ambil isi ikan letak dalam sudu isterinya. Dia tak bagi isteri dia tercekik tulang'
Wooooooo...pastu ada lagi, isteri dia pulak cerita..
'Dia memang romantik, kalau kuar jalan2 dia akan pegang tangan saya, tak nak bagi saya jatuh'
hohohohohoho comelnya!



Bagi aku lah kan, orang Asia ni, kebanyakannya tak romantik begitu...
Orang Eropah yang romantik, memang dah ada dalam diri dorang, budaya dorang...
romantic is part of their life...
Pastu Pengacara tu pun pelik lah, memang Atuk nih semulajadi romantik ke..Pastu dia tanya..
'Atuk, memang romantik sebab cintakan isteri Atuk atau sebab Atuk pernah buat salah?'..
Pastu Atuk ni pun jawablah...
'Dua-dua'..
Hahah...Okey, lepas Atuk sedar kesilapan dia, terus dia baik gila2 hinggalah ke tua...


p/s: nak kena baru buat silap dulu kah, baru romantik? eheeeeeeeeeeee

Monday, April 11, 2011

Tak jadi teruskan tengok cerita Jepun

Korang semua kenal tak Ikuto Toma..
Kalau korang tengok cerita Hana Kimi versi Jepun, watak Nakatsu..
(Yang mula2 suka heroin tuh)
Mesti korang tahu kan..

Aku suka tengok dia dalam cerita Hana Kimi..
Sejak tuh, aku suka tengok dia berlakon sebab selalunya dia berlakon watak kelakar..
Lepas tu aku jumpalah ada satu filem jepun, Hanamizuki..
Heroinnya Aragaki Yui, (Aku suka)..
Tapi, aku tengok separuh je..
Sampai sekarang tak tengok walaupun intenet memberangsangkan..

Kenapa aku tak tengok?
Sebab setiap kali aku tengok muka Ikuto Toma,
Aku teringat mamat nih..



Zizan!!
(Hidungnya tuh sama)

Aku tahu ramai dah tahu sejak kemunculan Zizan,
Muka dia ada iras-iras Ikuto Toma
(walaupun ramai menafikannya sebab tak dapat terima hakikat)

Jadi, perasaan aku dah jadi pelik..
Terutama sekali lepas aku tengok Maharaja Lawak, aku pergi tengok cerita Hanamizuki..

Bila tengok muka Ikuto Toma aku nak gelak..
Bila tengok muka Zizan, aku terjatuh cinta pulak..
Haish, kenapa terbalik entah...


p/s: Gambar Zizan tak banyak boleh dipaparkan sebab asyik muka lawak je, pastu tiba-tiba ada sesat gambar Nabil, bila dah keluar gambar Nabil, korang tahu sajalah keluar gambar apa..haish..

Sunday, April 10, 2011

Lagu baru Siapa?

Mestilah bukan lagu aku kan..
Aku buntu nak post apa..
Fitri dan Kak kalamhati punya tag pun tak ada idea nak tulis..
hehehehe..sorry aaaa...
nanti ada idea, cek buat aaaa...


Baiklah, lagu terbaru adalah dari Big Bang..
seperti aku katakan dulu-dulu, Big Bang punya lagu aku memang boleh layan..
Lagu baru kali ini dari album Speacial Edition mereka yang baru dilancarkan..
Antara lagunya Love Song..
Lagu nih aku boleh layan sebab macam lagu Faizal Tahir album Adrenalin..
Bila aku dengar Love Song nih, aku rasa macam familiar je..
Lama-lama dengar, aku rasa macam lagu Faizal Tahir..
Hahah, jangan marah aaa fans Big Bang...

Ini terjemahan Inggeris untuk lagu itu..
Translation credit to youtuber Toptonight

(TOP) One woman is becoming a disaster
Even though a man is still singing
I'm tearing up at the thought of break up

(Daesung) I can't touch you, I know yeah eh
I'm falling, catch me (hello)

(GD) I hate this love song... I hate this love song..
I hate this love song... I hate this love song.. x2

(Taeyang) I hate this love song, I'll never sing it again
So I can stop thinking of you, so I can finally forget you

(Seungri) I hate this love song, I'm going to sing it with a smile
In order to cure your loneliness, I'm going to you now
ooh ooh ooh ooh ooh-hoo

(GD) I'm scared, this world is meaningless
Take me to where you are, a place with the moon and stars

(Daesung) We were so beautiful, you know
You taught me what love was, hello

(Taeyang) I hate this love song... I hate this love song..
I hate this love song... I hate this love song..

(GD) I hate this love song... I hate this love song..
I hate this love song... I hate this love song..

(Taeyang) I hate this love song, I'll never sing it again
So I can stop thinking of you, so I can finally forget you

(GD) I hate this love song, I'm going to sing it with a smile
In order to cure your loneliness, I'm going to you now
ooh ooh ooh ooh ooh-hoo

(TOP) The warm rays of the sun are of another world
The field of reeds are dancing all alone
I remain paused at a green hill, holding a conversation I've yet to finish with her
The sky is of an expressionless face that holds no answers
You're probably hiding behind the clouds, you're probably a star

(GD) I close my eyes and feel your breath, I dream of you
A smile spreads across my lips, you're breathing with me now
Time, please stop, don't divide her and I
Wind, stop blowing, this is my last letter to you

(Taeyang) I hate this love song, I'll never sing it again
So I can stop thinking of you, so I can finally forget you

(Seungri) I hate this love song, I'm going to sing it with a smile
In order to cure your loneliness, I'm going to you now
ooh ooh ooh ooh ooh-hoo
P/s:
tatkala masa terhenti, dunia terhenti, tiada apa nak dihentikan,
maka tiada apa nak diceritakan..
tatkala masamu bergerak, masaku terhenti..
jadi, hentikanlah ambil tahu pasal diriku..
(Boleh buat lirik lagu tak? mwahaha)

Friday, April 8, 2011

Internet laju.

Disebabkan kerja aku sangat perlukan kelajuan internet..
Kalau internet tak laju boleh mengundang pada masalah mental aku..
Jadi, apabila mental aku bermasalah boleh mengundang bahaya kepada orang lain..
Maka, untuk mengelakkan malapateka melanda...
Jadi, kami memutuskan untuk putuskan Streamix...
Mwahahaha...
Baiklah, kami memutuskan untuk guna UNIFI...

Aku agak terkejut sebab kelajuan internet yang melampau..haha..
Selama ini aku terpaksa download file kerja aku selama 2/3 jam..
Dengan adanya UNIFI, Hanya setengah jam saja berjaya aku download...
Abang aku pun terkejut sebab download Naruto sangat sekejap...
(Aku tahu korang pun download Naruto)

Cuma, disebabkan nombor rumah lama tak boleh dikekalkan..
Maka, terpaksalah bayar sewa kepada TM untuk kekalkan nombor lama..
Jadi, aku ada Dua nombor Rumah..
(Korang ingat nombor Hp je boleh banyak-banyak)

Lepas itu, ada pakej channel TV baru..
Aku belum tengok2 jenguk2 lagi..sebab aku pening tengok banyak2..
hahaha...
Yang pasti, lepas ini kalau Astro ada masalah..
Ada backup channel dari UNIFI...

Sama seperti Streamix, bil telefon lebih kurang saja rate dia...
Dari rumah ke rumah free, telefon Hp murah sikit...

Buat masa sekarang, aku tengah bahagia internet laju..
Tiada lagi gangguan mental..
Mwahahah..
(Telefon dia bagi, yang hitam untuk telefon, putih untuk wifi, kelabu tu untuk TV)

p/s: Hari mulia ini, buatlah kerja yang mulia seperti mempromosikan barangan untuk keuntungan mereka.

Monday, April 4, 2011

Nobita and The Green Giant Legend

Siapa yang tak pernah minat Doraemon kan..
Semua suka Doraemon, sebab anime Doraemon ni ada Pengajaran di sebalik ceritanya..
Bukan sekadar imaginasi yang tinggi...
Aku sampai sekarang suka Doraemon, setiap kali keluar kat Channel 611, Aku mesti Teruja..
Mwahaha..Cuma sekarang tak beli komik je..
Adik aku dulu, Sebelum dia mencapai Usia Keayuan..
Setiap kali pergi ke Kedai VCD, aku dan kakak aku pergi cari CD Lagu,
Yang Adik aku pergi cari CD Doraemon..
Senang cerita setiap Kali masuk kedai VCD, setiap kali itulah beli CD Doraemon..
Jadi, bayangkanlah berapa banyaknya CD Doraemon...
Malangnya CD itu semua hancur dah...

Aku ingatkan apabila Adik Aku dah meningkat mencapai Usia Keayuan nih,
Semangat Doraemon dia dah hilanglah kan..
Rupa-rupanya Semangat Doraemon tak pernah luntur..Kan aku dah cakap, Sekali Doraemon dah masuk...
Pintu Suka hati pun tak dapat bantu Doraemon keluar dari badan korang...
(Aku dah mengarut kan)

Baiklah, sempena Hari ini, Iaitu hari Adik aku mencapai Usia Keayuan..(20 tahun yoooo)
Happy Birthday Adikku...
(Tak boleh letak gambar sebab adik aku cun kalah Fatin Liyana haha)
(Kalau Adik aku baca mesti dia mencarut, aippp tak baik mencarut)
(Tapi sebenarnya aku pernah je letak gambar dia, cuma korang kena cari sendiri)

Baiklah, disebabkan itu aku nak Review Filem Doraemon ini..
Sebab cerita ini dia yang ambil dari mana entah, pastu aku pun ambil dari dia..
Filem Nobita and The Green Giant Legend di keluarkan pada 2008...
Kali ini, filem ini membawa tema Cintai Tumbuh-tumbuhan..

Nobita telah selamatkan Pokok kecil ini daripada mati dek hujan di kawasan pembuangan sampah di dalam hutan. Ya, manusia buang sampah dalam hutan.
Tapi, mak dia tak kasi Tanam pokok sebab rumah mereka kecil..
Maka, dengan bantuan Doraemon, Pokok kecil itu dijadikannya boleh berjalan tapi hanya mampu sebut 'Ki' sahaja. 'Ki' bermaksud Pokok.

Nobita pun menamakan dia Kibo.
Adik aku pun kecil2 dulu suka tanam pokok. (Okey aku tipu)
Adik aku sangat mencintai Tumbuh-tumbuhan sebab tu dia tak pernah tanam sebab takut pokok tu mati..
Anggap je itu Adik aku bersama Kibo wawawawa

Kemudian, adalah satu planet Tumbuh-tumbuhan ni marah dengan orang Bumi..
Sebab orang Bumi menghancurkan tumbuh-tumbuhan..
Tapi, Bukan semua kesalahan perlu dihukum,
kadang-kala ia perlu diberi peluang untuk menebus kesalahan itu dengan membaik pulih..
Disebabkan penduduk Planet Tumbuh-tumbuhan ni tak percaya Orang Bumi nak tebus kesalahan..
Mereka pun melancarkan Perang..
Apa terjadi seterusnya? Silalah beli VCD tengok sendiri
Oh ye,kalau korang selalu tengok cerita Doraemon Yang versi Negara Atas Awan tu..
Kalau korang perasan akhir sekali masa dalam dewan pengadilan negara Awan..
Doraemon dan rosak,tiba2 ada pokok besar masuk..Itulah Kibo, dah besar..

Makhluk coklat tu boleh bawa orang lain ke tempat lain
dengan guna Asap Kentut dia..mwahaha

Kesimpulan cerita ini ialah, Happy Birthday Adik Aku kerana sudah mencapai Usia Keayuan tetapi tetap setia dengan Doraemon mwahahah..
Rate Filem ini : 5/5 (Sebab Adik Aku Hardcore fan Doraemon)

Ini lagu dalam Filem, Dinyanyikan oleh AYaka


p/s: Lupa nak bagi cerita ni kat Abang aku..ala minggu ni ko balik lagi kan...

Sunday, April 3, 2011

Lelaki, boleh buat ke?

Sempena, Ac Milan menang 3-0 lawan Inter Milan..
2 Gol dari Pato, 1 Gol dari Cassano...
Dan disebabkan aku bengang aku tak tengok..
Maka, video di bawah, bawah lagi ni, walaupun tak ada kena mengena langsung..
Sekurang-kurangnya aku rasa woooooo....
Tak pelah aku tak tengok, yang penting AC Milan Menang...
Kekal tempat pertama yoooooo
 "Yeah"
"Apsal awak tak datang. Saya dah sediakan kerusi untuk awak duduk sebelah saya"
"Oh, i'm sorry Pippo"

Berbalik pada tajuk..
(Panjang introduction ye)
Ditujukan khas buat lelaki yang pandai main bola sepak..
Korang boleh buat ke trick nih...



Nampak tak? Tak nampak tengok ler kasi besar..
Gempaklah Messi...aku kagum..
Ti amore Messi..
Tapi saya lebih Ti amore Pato eh Pippo...mwahaha..

p/s: Pictures all from AcMilan.com
p/s: I'll Be Back~ hahahahahaha. Semalam kawasan rumah aku sesak woo gara-gara AF..