Sunday, April 17, 2011

Dah tua tak boleh beromantik eh??

Pasangan dah tua tak boleh romantik2 kah?
Geli kah?
Persoalan ni timbul bila...
Aku Tertengok drama Melayu di suatu petang itu..

Kakaknya suruh dia reserve restoran untuk buat kejutan kat suami dia..
Adik dia nih, mengadu kat kawan dia..
'Dah tua2 pun miang'....
Menyirap aku dengar ayat dia...hohooo
Memang malang ler siapa jadi isteri orang macam nih..

Lepas itu...
Aku ada tengok satu rancangan Korea, variety show untuk bakat2 yang gempak lah..
Star King, nama rancangan tuh..
Ada sorang Atuk nih, dia masuk untuk satu segmen khas...
'Ubah diri daripada tak pandai nyanyi, jadi pandai nyanyi dalam masa 100 hari'..
Atuk ni nyanyi Soprano gitu!
Pastu dia kata lah, isteri dia tak suka dia nyanyi dan tak pernah nak dengar betul2 dia nyanyi..
Pastu Atuk tuh kata dia masuk segmen ni, nak tunjuk kat isteri dia...
Dia nyanyi untuk isteri dia...
(Sweet wooooo)
Isteri dia pun ada dalam studio tuh, tengok Atuk nih...


Pastu Pengacara ni ceritalah, Atuk dengan isteri dia sangat romantik..
'Masa tengah makan, Atuk ambil isi ikan letak dalam sudu isterinya. Dia tak bagi isteri dia tercekik tulang'
Wooooooo...pastu ada lagi, isteri dia pulak cerita..
'Dia memang romantik, kalau kuar jalan2 dia akan pegang tangan saya, tak nak bagi saya jatuh'
hohohohohoho comelnya!



Bagi aku lah kan, orang Asia ni, kebanyakannya tak romantik begitu...
Orang Eropah yang romantik, memang dah ada dalam diri dorang, budaya dorang...
romantic is part of their life...
Pastu Pengacara tu pun pelik lah, memang Atuk nih semulajadi romantik ke..Pastu dia tanya..
'Atuk, memang romantik sebab cintakan isteri Atuk atau sebab Atuk pernah buat salah?'..
Pastu Atuk ni pun jawablah...
'Dua-dua'..
Hahah...Okey, lepas Atuk sedar kesilapan dia, terus dia baik gila2 hinggalah ke tua...

video

p/s: nak kena baru buat silap dulu kah, baru romantik? eheeeeeeeeeeee

7 Masuk GoaLLLL:

cik aiLebiu said...

betul la..kat mesia ni ja susah kot jumpa warga emas romantik dgn pasangan..

sarah mohamad said...

tak salah nak beromantik dengan isteri sendri. tua ke muda ke sama je. amalkan dari muda sehingga tua.

toyolkiut said...

betul tu..
jrang sangat jumpe pasangn yg dh lama kawen ni romantik..
wah, terharu la, klau TK d tempat nenek tu..

skandaLdariLangit said...

ska in future cm tu lah. hak2

ParkAir said...

aku pun esk2 nk lomantik2 sampai tua jugak.. pattern lama je xleh lomantik sampai tua..

diana said...

orang malaysia ni bukan tak romantik..
cuma malu tak kena tempat. .
kalau belum kawen nak pulak
gesel2 hidung kat depan orang..
tapi kalau dah kawen nak gesel2 dia tak nak pulak buat depan orang.
malu katanye..
jangan tak tau ada orang2 tua bila umur dah hujung2 boleh pulak berpisah tempat tidur..
pelik kan??

aLieF si Muncung ManiS said...

saya pun romantik juga..hehhe..:P..datuk dan nenek saya pun romantik..:D