Sunday, May 30, 2010

Akhirnya habis tengok Personal Taste

Punyalah susah aku nak tengok Episod terakhir Drama nih...
Disebabkan ada masalah teknikal di website Dramacrazy.net
Jadi aku tak dapat nak tengok episod 16...
berapa hari aku menunggu...
Hari ni barulah dapat tengok ...dengan JAYANYA...
mwahahahaah....
(yelah, kalau Jepun tu fahamlah sikit2.ini Korea 'labusayo' je aku tau)

Ending cerita ni memang Best...happy eppy ending...MySpace
sangat sweet~...
MySpace
Walaupun konflik dan beberapa orang dalam drama ni sangatlah menyampah...
Tapi pada masa yang sama Heroin cerita ni yang pada mulanya Lembik..
akhirnya sudah menjadi kuat dan mulutnya makin pandai membalas...
itu memang best...dia balas balik kat minah sorang yang annoying gila nih..

Antara lain sebab drama ni best..
 
credit to Anon at dramacrazy.net
  • adegan yang romantik antara hero dan heroin ini..
  • sangat kelakar...terutama sekali awal cerita nih...
Episod yang paling tak best...episod 15....
sakit jiwa aku tengok episod tuh...
oklah...ohh Lee min ho~
MySpace

Saturday, May 29, 2010

Deknon kena Tag dengan Kaknon~

dah lama tak ada orang tag....hehehe...
tag kali ni dari KakNon Midori...eheee 
maksud midori dalam bahasa jepun ni hijau...
blog Kaknon ni memang penuh dengan kehijauan..
walaupun url Blog dia 'pink' hahahahha...
 
1) Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Raut wajahmu bersih
Menyakinkan hati ini
Aku terpaut
Ohh.. Ohh..
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan

Sampai bila?
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat

Mahkotamu  drama Queen

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah
Ku kenal dulu


tak kisahlah orang buat kita macam mana..
tapi jangan sesekali kita buat orang macam tu...
 
2) 6 orang di hati anda 
  • Keluargaku~
  • kawanku 
  • kucing2 ku, keding, oren, kiki, putih, bubu
  • seterusnya Pakwe-pakweku iaitu Pippo Inzaghi
  • hmmmm Lee Hongki??? haish underage tak boleh hahahah
  • Kaka? oh dia dah kahwin...haha

3) Anda rasa anda comel?
SANGAT~~~ 
hahaha

4) Single or taken?
haish, Single, Available, Never married....anyone??
MySpace
hahahahaha

5) Blog yang saya suka?
banyak...kalau nak tahu dekat list 'WANTED' tuh

6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?
TIDAK! hahahahahha

7) Lagu terakhir yang anda dengar?
Lies - big bang...hahahah aku pun tak tahu kenapa aku asyik dengar lagu ni je..semua lagu bosan ah sekarang
MySpaceim so sorry sorry lalalalala

8)Last text message
ada orang tanya pasal Beryls punya kilang kat mana...hahahah..jangan sesat sudah..

9)Last phone call
orang tanya pasal Beryls tu lahhh...

10) Hari terakhir anda menangis?
ehhhh...manalah aku ingat...

11) List 5 kaler feveret anda
  • hijau
  • peach
  • merah
  • pink
  • purple (jaga hati ada orang tuh)

12) Orang terakhir yang anda berYM?
wah, dah berzaman kot tak YM...dengan Ayam kot....

13) Game yang anda paling suka?
DOTA...hahahaha...susah tahap cipan bagi aku..tapi aku suka main bila stress...memang sangat stress hahaha

14) Adakah anda peminat MCR?
suka lagu dia je. Famous Last Word...waaa sangat suka lagu tuh

15) Apa perasaan anda jawab tag ni?
gembira lah juga, dapat menghabiskan masa dengan tag nih

16) Anda rasa tag ni best?
ok lahh

17)Tagged lagi 10 orang
hmmm sape2 je lah..

Friday, May 28, 2010

Faizal Tahir - showcase @ hard rock cafe

credit to faizal tahir facebook
Ehem, saja nak Promosi...
dah lama tak cerita pasal Faizal Tahir...
hahaha...
Mungkin ada di antara kamu yang tidak tahu,
Faizal Tahir akan buat showcase/mini concert di Hard Rock Cafe kuala LUmpur..
pada Hujung Minggu ini (30 may)..
pada pukul 11 MALAM...
dan hanya mereka yang berumur 21 tahun Ke atas sahaja boleh masuk..
(seperti aku)..
Tetapi tiket untuk dibeli secara online/telefon sudah habis dijual...
Jangan risau jangan Berduka Jangan Hampa...
MySpace
Kamu masih lagi boleh beli...dengan Syarat....
kamu kena pergi beratur di kaunter tiket Hard Rock Cafe itu yang buka pada pukul 9 Malam..
Pada hari ahad itu lah...

showcase ni sempena album baru Faizal Tahir, Adrenalin..
memang semua lagu dia dalam album ni sangat best..
kalau kamu pergi pun memang tak rugi...

p/s:tapi aku tak pergi.hahahaha. malas. tak ada mood. aku duduk dengar Adrenalin kat rumah je lah

Wednesday, May 26, 2010

Nodame Cantabile : The Final Score part 1

Mukyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
akhirnya keluar juga Movie Nodame Cantabile nih...
tapi keluar online je lah...
Lega sudah penantianku selama ini...
(seperti yang telah kunyatakan pada entry yang lepas click here)

Sesiapa yang nak tengok..
bolehlah melayari Dramacrazy.net (click here)
aku cuba gak cari DVD Movie ni, tapi belum jumpa lohh...
Tapi Movie yang keluar secara Online kat dramacrazy.net nih,
baru Part 1...Part 2?lambat lagi lah jawabnya...
sebab Part 2 baru ditayangkan di Jepun bulan April yang lepas...

Untuk Part 1, adalah kisah Chiaki Shinichi....
Chiaki sekarang ada kerja Tetap...Kerja apakah?
macam biasalah ada banyak masalah...
tapi itulah yang kelakar...
macam biasalah kalau dah cerita Nodame kan..
memang gelak pecah perut...

aku suka bila setiap kali Shinichi mula conduct...
mesti scene tu akan dikaitkan dengan Nodame..
Memang lawak lah..dengan gaya muka Nodame tu plus dengan Muzik lagi...
Pelakon2 yang ada dalam Movie nih sama seperti barisan pelakon Nodame Cantabile Special..
seperti Eiji Wentz
 dan ramai lagi lah...
 

Gila KPop??

Kpop atau Korean-pop yang sedang digilai orang rakyat Malaysia kini...
dan Aku bukan salah seorang daripadanya...
hahahaha...
Korean boyband siap datang Malaysia lagi...
menunjukkan betapa rakyat Malaysia (terutamanya perempuan) memang tengah gila dengan Kpop nih..
Nak aku sebut ke beberapa kumpulan korea tu?..
Super Junior, 2pm, Wonder Girls...tapi korang lagi tahu kannnn...

sebenarnya aku tengah gila dengar lagu F.T Island ni..
(band Lee Hongki, atau Jeremyyy dalam cerita You're Beautiful)
credit bak kata adik aku, muka dia macam Akim
F.T Island,semuanya comel2 (credit)
sebab tiba2 aku terjumpa dua lagu mereka yang best...
dan suara Lee Hongki sangatlaaa sedap
'i hope'
video

'Lovesick'


tiap-tiap hari aku dengar dua lagu nih...

Tapi paling Mengujakan, aku terjumpa satu video yang best..
dinyanyikan oleh Yuringsangja...
Tiga lagu Medley yang best...
'lies by big bang', 'tell me by wonder girls, 'lovesick by F.T Island'..

sangat comel okeyyy...

Tuesday, May 25, 2010

ada Header Blog baru...

selama ni kan blog aku ni tak ada kepala...
kesian kan...
nak suruh kawan aku, dia sibuk bekerja...
nak jadi 'pekerja solehah' katanya...
Jadi aku pun mintak tolong kat seniman nih...


eheeeee, sekurang2nya ada lah orang nak tolong aku..
buatkan kepala blog nih...
Terima kasih Bebanyak ye Seniman (sila click)

sekarang ni Seniman ni tak ada kerja nak buat (macam aku)..
jadi kalau ada sesiapa nak bagi kerja kat dia,
pergilah kat blog dia...
dia boleh tolong buatkan kepala (header blog), banner....
apa2 hal tanya dia ye....
sekali lagi...
Arigatoo gozaimashita Seniman san

Monday, May 24, 2010

Mimpi pelik

Kadang-kadang kita bermimpi sebab risaukan sesuatu...
contohnya bila peperiksaan bermula memang tiap2 hari aku mimpi pelik2...
tak pasal2 pensyarah aku masuk dalam mimpi aku..
tu belum lagi keputusan peperiksaan aku dah dapat walaupun peperiksaannya pun belum mula...

Tapi, aku pelik kalau aku mimpi benda yang aku tak terfikir pun pada hari tu..
atau pun memang tak pernah terfikir lah...
kadang2 orang yang kita dah berzaman tak jumpa,
tiba2 muncul dalam mimpi....

itu belum lagi kalau mimpi tu siap bersambung...
hmmmmmm tapi kebanyakan mimpi aku selalu lupa bila dah bangun...
meh sini aku senaraikan mimpi pelik yang aku pernah mimpi...

  • aku mimpi aku pregnant! ini memang tak boleh bla lah kan. banyak kali okey aku mimpi walaupun tak berturut2. dan dalam mimpi tu mesti aku akan pegang je perut aku. masa mula2 mimpi perut aku dah besar pastu takut nak berjalan (takut meletop haha),baru2 ni mimpi, perut tu kecil lagi. Tapi kan, aku tak pernah tahu siapa bapak budak dalam perut tuh.hahahah. oh ye, im still single, available and never married and still pure. lol
  • lepas tu aku pernah mimpi aku bunuh orang. aku bunuh orang yang aku tak kenal, tak ingat sangat mimpi tuh.tapi yang aku paling ingat aku bunuh adik aku sendiri. hohohohohoooooo.
  • selain membunuh orang, aku pernah mimpi aku bunuh diri sendiri. woooo ini memang ngeri sebab memang real mimpi nih. aku siap boleh rasa mata aku perlahan2 tutup pastu pandangan makin kabur, dan aku tak rasa sakit apa2 pun, tapi aku rasa diri aku makin lama makin jauh...woooooo..
  • Yang ini best. aku mimpi hantu, tapi memang real ah. aku mimpi kat bilik hostel aku. yang aku ingat aku nampak bayang2 hitam pastu memang takut gila ah. pastu aku pun terjaga. hari dah siang. aku pun bersiap2 lah. sedang aku bersiap2 tiba2 aku ternampak dua bijik lebam kat kaki aku. dan memang aku tak langgar apa2 pun. bila aku tekan lebam tu, lebam tu tak sakit pun. lebam Ungu gitu. hohohoooo. lepas tu beberapa hari kemudian, aku pergi Pulau Pinang dengan budak2 kos aku, kitaorang buat kerja lapangan. kitaorang naik Keretapi. Dalam keretapi tu aku tidur dengan berselubung muka aku (maklumlah lampu tak tutup dalam keretapi tu). walaupun kejap je aku tidur aku boleh mimpi hantu lagi. dan bila dah sampai kat rumah tumpangan Mengkuang Titi, tiba2 aku nampak lebam bertambah lagi satu. hohohohoooo 
 (tak payah tunggu vampire datang pun hahaha)

Bukan selalu lah aku mimpi teruk2 ni.
biasanya aku mimpi, aku boleh kawal lagi..
macam dalam mimpi tu, kalau aku mimpi hantu..
aku boleh siap cakap kat diri sendiri lagi..
'ala ini mimpi je, sudah, bangun, bangun!!!' pap aku bangun...
tapi kalau mimpi terlebih pelik macam dalam senarai tu memang real  lah..

mungkin otak aku tak berapa betul masa tuh..
ahahhaahahha tu yang mimpi pelik2...

(all pictures are not mine, and can't state the source coz its already saved in my document)

Sunday, May 23, 2010

Bayern Munich Vs Inter Milan

Apabila bermulanya perlawanan ni,
aku siap confused lagi...hahahah
tiba-tiba aku Tersokong Inter...
lupa pulak, aku kan memang tak nak dorang menang..
(yelah, selama ni Champions League, aku sentiasa sokong kelab Itali)
Tapi tiba-tiba rasa pelik pulak tak sokong Inter..
masa aku tengok tu boleh pulak timbul serba salah nak sokong mana...
hahahaha, last last dengan tak ada perasaannya aku tengok perlawanan ni..

first half, Diego Milito tu boleh pulak nak sumbat satu gol...
apa lagi makin naiklah semangat Nerazzuri (inter) ini kan...
serius aku cakap, Pertahanan Inter kuat gila...(dah lah attack pun mantap)..
sampai satu tahap tuh,
pemain2 Bayern boleh berlegar2 luar kotak penalti passing2 bola sesama sendiri..
lepas tu nampak sangat masing2 tengah fikir..
'macam mana aku nak tembus niii'...
semua pemain bayern tak tau nak buat apa,
boleh pulak berlegar2 selama beberapa minit kat luar kotak penalti tuh..
masa tu aku rasa malunyaaaaaaa...memang tak ada harapan dah macam nih...
(nasib baik goalkeeper Bayern mantap, kalau tak dah berapa kosong aku pun tak tahu)

masuk 2nd half....
Mamat ni sumbat lagi, tak ada muka lain ke ...
Milito sumbat lagi satu Gol.....
dan si Mourinho dengan gaya POyonya weiiii aku tak tahan nak tengokkkkkk...
masa tu aku rasa nak terjun sungai je....
korang nak tau dia buat gaya apa...
semua orang bersorak2 kan sebab Inter gol..
Mourinho ni boleh buat gaya..
'cool down beb cool down', dengan tangan2 dia 'cool down beb'...
ya ampun!!!!!!!!!!!! sakitnya hati aku tengok...
lepas tu terus aku mengadap Blog....
dah malas nak tengok aksi poyo Mourinho...

Maka sampai situ sahajalah aku boleh ulas...
dan keputusannya
Bayern 0-2 Inter Milan..
kedua-dua gol ini dijaringkan oleh Diego Milito...
sekian...
(benci benci Serie A pun Inter angkut gak)

credit to goal.com

Saturday, May 22, 2010

Yeay Shahir menang...

yeay mamat handsome menang...
mwahahahahhaha....
terus buat post okeyyyy....
walaupun persembahan dia biasa je, hahaha..
tapi dah rezeki dia kan..
ada aura buat gadis2 menjerit...mwahahha...

persembahan paling best sebenarnya persembahan Adira...
Lagu aku ada kamu, memang memukau ah...
best best...ok lah, Adira dapat naib juara
tapi lagu yang aku paling suka lagu V.I.P dari Iwan..
eheee sangat KRU...hahaha...

Shahir Juara AF8 (credit to facebook fanpage shahir af8)


Friday, May 21, 2010

Love story - Instrumental version

Korang selalu pergi karaoke tak??
mesti ada yang selalu kannnn...
jangan tipu, tak baik...ahaxxx...
kalau korang karaoke lagu apa lagu wajib yang mesti kena nyanyi jugak...

kalau aku, banyak...
mwaahahahah...nampak sangat selalu menghabiskan duit kat situ...
antaranya lagu Love Story dari Taylor Swift...
hakhkahak...
aku pun tak tahu kenapa aku suka nyanyi lagu nih kat karaoke...
dah lah lagu ni semput nak nyanyi...
memang tak cukup nafas kalau nyanyi lagu tuh...
tapi yang penting lagu tu jugak aku nyanyi...
hohohohooo...

aku ni, kalau dah suka satu lagu tuh..
mesti aku akan cari instrumental version dan live version...
dan, aku ada jumpa instrumental version baekkkk punya...


aku sebenarnya tak ada mood nak buat post...
orang tanam anggur kan...
jadi ini sajalah mampu...mungkin esok ada mood kot...
wah, esok final konsert akademi fantasia!!!...
uhuuu, aku tengok ke...aku kenal shahir je sebab dia handsome....
ok,dah melalut...
hoping u guyz enjoy the video...

Thursday, May 20, 2010

video....apakah??

disebabkan kepala aku pening nak memikirkan isi untuk post hari ini..
jadi, aku rasa aku letak video sahajalah,
untuk hiburan anda semua...eceh~

Greyson Chance..siapakah?
dikatakan bakal menggantikan Kepopularitian Justin Bieber...
Budak Lelaki yang baru berusia 12 tahun ni, menggegarkan dunia Hollywood ketika ini,
apabila dia menyanyikan lagu Paparazzi dari Lady Gaga bersama iringan Pianonya...

terbaru Greyson berada dalam rancangan Ellen DeGeneres click video...
disebabkan ramai mengatakan dia lebih baik dari Justin Bieber,
maka ramailah peminat Justin tu mengamuk,
dikutuk-kutuk lah pulak si Greyson yang tidak bersalah ni...
Greyson ni sebut nama Justin Bieber pun tidak...
kesian dia...
apa-apa pun suara dia sedap...

Wednesday, May 19, 2010

eheee dah lama tak dapat Award



award ni diberi oleh Mr Shameel.
walaupun kita baru berkenalan(baru berkunjung sekali je).
eheee,tapi dapat mengeratkan silaturrahim kan selepas ini
MySpace




soalannya dan jawapanku

Suka melukis tak?

tak, tapi kalau bosan (kena dengar ceramah ke),memang tangan ni automatik melukis.

macam ni,hahahaha muka orang je aku reti.


Bosan2 suka buat apa?
tengok Drama Jepun online.itulah kerja aku sekarang. kesian kan..haish..

Kenapa Siput Babi berjalan lambat?

lumrah hidup

Cute tak org yg bagi award ni?
cute lah gak (bodek sat hakahka)

Dengan ini diumumkan 5 orang penerima award dan
penjawab tag yang seterusnya. 

adeq farah

Tuesday, May 18, 2010

Wah....Pengapit??

Ada sesiapa yang pernah jadi pengapit??...

Tidak pernah dalam seumur hidup aku terfikir nak jadi Pengapit...
MySpace
Memang Langsung tak terlintas...
dan apabila diberitahu aku kena jadi pengapit..
Nak tahu apa yang aku fikir??...

  • aku kena berdiri macam robot sebelah pengantin di atas pelamin!..
  • kamera akan bertalu2 menangkap gambar walaupun aku bukan fokusnya, tapi tetap kena tempias.
  • setiap 5 minit aku kena lap peluh si pengantin.
  • kena jadi kuli sehari pengantin (hakhakhakahkahka)
  • selain pengantin yang mendapat perhatian, pengapit pun akan dapat perhatian juga.
  • ala-ala bodyguard pengantin juga
bila fikir itu semua rasa malunya yang amatttttttttttttttttttt....MySpace
Banyak kali juga rundingan dibuat untuk membuat penukaran jawatan pengapit nih..
tapi ditolak...
dua-dua belah pihak pengantin punya majlis aku kena jadi pengapit...
tak boleh tukar shift yeh?...
si pengantin cakap 'Tak Boleh'....MySpace
jahat kan...
MySpace

credit
kenapa pengapit tak boleh ramai2 macam nih

Monday, May 17, 2010

Who will win the World Cup?

eheeee, wow kebanyakan liga tempatan sudah habis...
dan kini semuanya berdebar menanti World Cup 2010!
yeahhhh!!
yang tidak lama lagi akan berlangsung di South Africa..
pada 11 Jun hingga 11 Julai...

siapakah yang akan menang???
FORZA AZZURI!!!!!!!...
(credit to google)
harap-harap italy akan mengulangi sejarah kemenangannya...
eheeee....

Italy berada di kumpulan F...
dan bakal berdepan dengan Paraguay, New Zealand, dan Slovakia...

Sempena World cup ini juga,
Barangan Adidas pun ada buat promosi...
Seperti perfume, shower gel, deoderant dalam pakej tertentu..
untuk mengetahu lebih lanjut, layari ke laman web http://projectalpha.com.my/promo/
Untuk mengisi masa lapang,
tontonlah Project Alpha season 2!!!!!
episode 26-28






Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Apabila si Dia sudah bertunang...

isk, rasa tak caya beb....
aku rasa macam berada di alam mimpi je...
Adakah semua ini benar2 terjadi....
*cubit pipi.sakit.

Setelah sekian lama aku setia bersamanya..
melepak McD berjam2,
berjalan sampai sakit kaki, melecet kaki,
Berkaraoke walaupun sakit tekak...
Tapi kini dia sudah terikat....sedikit...
mak aku pun siap bilang lagi
'Dia dah bertunang. kau janganlah asyik keluar dengan dia je'...
sedih aku dengar...
nak buat macam mana kan...

walaupun mak aku tegah,
Tapi Kami Tetap Bersama...
mwahahahahahahahaha....

apa korang fikir huh...MySpace
my very very best 'enemy' lah tunang...
plus, dia perempuan okey...
plus, i'm straight okey mwahahahha...
sebenarnya dah lama dia bertunang, (hampir sebulan dah)
cuma aku menunggu gambarnya tak upload2...
susah betul kalau jurugambar sibuk nih...

TARAAAAA

Thursday, May 13, 2010

Apabila tahap maksimum sudah mencecah

aku telah tengok sesuatu yang selama ni aku tak pernah tengok..
dan aku makin lama makin ketagih dengan video itu...
Sudah beberapa hari aku begini...
Pagi Petang Malam, berterusan duduk depan lappy...
tanpa mempedulikan Blog aku yang makin lama makin tidak terurus...
terus sudah tidak mempedulikan ranking ke nuffnang ke duit ke...
yang penting aku nak tengok video itu berterusan dan berterusan...
Entah bila nak habis aku pun tak tahu...
Adik aku sampai angin tengok aku dah macam orang tak betul...


Sudah! MySpacejangan fikir bukan-bukan..
Otak kasi suci sikit....







Rancangan Cartoon Kat-Tun...
serius aku tak percaya aku tengok variety show nih
Padahal aku dah lama dengar pasal rancangan ni...
dah lama kot keluar, 2007 okeyy...
Aku buat dek je..sebab aku tak minat sangat group nih..
Kat-Tun...
Kameneshi Kazuya (pelakon femes yang tengah hangat sekarang, tetamu undangan selalu nak pengsan tengok dia)
Nakamura Yuichi (walaupun tak berapa femes tapi dia memang pandai kendalikan rancangan nih, dia paling banyak cakap dan handle situasi)
Akanishi Jin (Hot!walaupun muka ala2 perempuan, cuma dia senyap sikit dalam rancangan nih, pandai cakap Inggeris)
Junnosuke Taguchi (mamat buat lawak yang selalu tak jadi dan selalu kena buli,memang kelakar)
Koki Tanaka (mamat ganas rappers selalu buli Taguchi)
Tatsuya Ueda (dia jarang cakap,tapi sekali dia cakap buat orang tak faham dan terus jadi lawak)

Jangan pandangan rendah rancangan nih...
Ada artis undangan dari luar negara okeyy...
Avril Lavigne, Neo, Rihanna, Alicia Keys...
Kalau artis undangan tak kenal pun, still best tengok gak..

p/s:tak percaya aku post pasal group J-pop!

Monday, May 10, 2010

Dia muntah, kamu muntah tak?....

Biasanya, kalau aku naik keretapi...
aku akan dengar Mp3..(layan rock2, jiwang2, syahdu2 sorang2)..
Kalau ada tempat duduk kosong, aku pun duduk lah kan..
Sambil menikmati pemandangan hijau di luar tingkap...
(sebab tak ramai orang boleh lah tengok pemandangan)

Kadang2 tu mata aku ni akan tengok orang sekeliling macam mana..
MySpace
ada yang tidur, ada yang borak2 dengan kawan, ada yang baca buku...
Kat depan aku ni, ada dua orang minah duduk sebelah menyebelah,
sedang berborak2...
tapi tiba2, posisi kedudukan minah dua orang ni berubah..
minah A ni siap angkat kaki sikit, badannya mengadap kawan nih..
sambil menyorok2kan muka dia...
kawan dia minah B ni pun sama..
siap buat ekspresi muka yang sukar untuk dijelaskan...
(apa kebendalah dorang dok borak sampai begitu sekali terujanya tuh)...

Selepas beberapa ketika,
ada seorang wanita ni, duduk di hadapanku juga
menghulurkan tisu kepada seorang lelaki yang duduk selang satu kerusi dari tempat aku..
aku pun memandang lelaki tu..
pelik lah kan, kenapa?lelaki tu menangis ke..
Kemudian keretapi pun berhenti di stesen Serdang...
Lelaki itu pun bangun...
dan menjinjit sebungkus plastik..
yang berisi Muntahnya yang berwarna Oren..................
...................................................................................
MySpace

Sunday, May 9, 2010

Sepanjang masa Drama niiiii je

Kalau internet tak laju aku tengok drama ni,
Kalau dah tak ada cerita aku tengok drama ni,
Kalau Video lambat loading aku tengok drama ni,
Kalau bilik sunyi, aku tengok drama ni,
Kalau tak boleh dengar radio, aku tengok drama ni...
Kadang2 tu aku bukak je Video drama ni,tapi aku tidur..
asalkan aku dengar suara ...

hahaha, sampai macam tu sekali okey...
itu dah bosan tahap gila..
Selalunya aku buat macam tuh bila kat hostel...
Yelah,aku duduk sorang-sorang, tak ada partner...

Ada Dua Drama yang beratus-ratus kali aku ulang...
dah boleh hafal dialog aku rasa

Hana Yori Dango...
Drama wajib yang semua orang tengok...
heeeee....
Filem cerita ni pun ada,siap ditayangkan kat Malaysia,okeyyy...
Dan aku siap pergi tengok lagi okeyyy...
mwahahahah...
Thankx to Miss badak purple...
walaupun dia tak pernah tengok drama nih,
dan terus teman aku tengok movie, masih boleh gelak lagi walaupun dia tak faham apa2..

Ini lagu daripada Arashi sepanjang cerita Hana Yori Dango...


Drama lagi satu drama Korea...
Ingat senang ke aku nak tengok cerita Korea..
aku hanya tengok kalau best je okey...
You're beautiful....
Tiga mamat hensem ada dalam nih...hohohoooo..
yang pasti mestilah Jang Geun Suk paling hot...

Soundtrack You're beautiful by Lee Hongki


Ketika sebelum sesi bergambar


Antara adegan yang dipotong


sebenarnya sekarang ni aku dah tak tahu nak tengok cerita apa nih...
MySpace

Saturday, May 8, 2010

Anime pulak....

Persoalan Adakah mereka yang minat tengok kartun itu kebudak-budakan?...
sebenarnya persoalan ini tak sepatutnya timbul..
Persoalan Adakah kartun ini sesuai untuk kanak2 tonton?
Adalah persoalan yang patut sentiasa timbul...
eheeeee...
Ingat kartun untuk budak-budak ke...
Cuba tengok Anime Jepun..(salah satu contoh)

Anime Jepun ada yang untuk kanak-kanak,
ada yang untuk remaja dan dewasa...
Kadang-kadang Nampak pada dasarnya sahaja macam untuk kanak2..
tetapi sebenarnya tak...
sebab anime tu cuma mengajar kanak-kanak untuk menjadi pervert dan budus
seperti Shin Chan dan Hagemaru...

Jadi, tolong jangan memperbuduskan diri anda,
dengan berkata begini pada orang lain..
'eee tengok kartun macam budak-budak je'...
MySpace

sebenarnya aku nak cerita...
aku baru habis tengok anime...heheeh
Kimi Ni Todoke...
Jangan risau, anime ini sangat clean and clear...
tetapi untuk peringkat remajalah...
kisah lovey dovey remaja...
sweet dan kelakar...

cerita ni macam ala-ala Yamato Nadeshiko Shichi Henge..
Perempuan yang nampak menakutkan dan semua orang takut nak dekat..
dan yang kelakarnya perempuan ini iaitu Sawako, sangat naif dan lurus bendul..
orang nak buat jahat dengan dia pun tak jadi..
sebab dia lurus sangat..
ada satu ayat tu ...
'aku akan tulis nama kau kat dalam buku timpa bala (ala2 death note)', kata si perempuan ni dengan marah..
maka Sawako pun balas...
'Waaahhhh terharunya, awak nak tulis nama saya kat dalam buku awak'...
MySpace

Cerita ini kelakar sebab kelurusan Sawako..
cerita ni suci lah juga, sebab 'cinta mereka' tu tahap budak2 ala2 malu je..
jadi, siapa rasa diri tu remaja yang suci,
kalau nak tengok anime ni, boleh lah ye...
anime ni baru keluar tahun lepas...
credit to ayhab from dramacrazy.net

Thursday, May 6, 2010

Aktiviti tengok drama...

AKtiviti Ini khas untuk orang yang tak ada duit nak keluar berjoli...
Untuk orang yang tidak berapa nak bersosial..
dan Untuk orang yang tidak bekerja...
hahahahaahmwahahaah...


Okey, cerita seterusnya yang aku tengok...
Mr Brain...
sebenarnya cerita ni dah lama aku tengok..
tapi aku tengok balik...sebab tiba2 je ada dalam lappy aku..
ngeh ngeh ngehhhhh...

Drama ni dibintangi oleh Takuya Kimura..

mesti semua orang kenal kan....
walaupun umur dah meningkat, masih jadi hero tau..
Tapi yang bestnya dalam drama ni..
watak dia ala2 happy go lucky guy...
ini pertama kali tengok dia berlakon watak macam ni..
biasanya aku tengok dia berlakon watak serius je..

Drama ni kisah mengenai mencari kebenaran dengan melihat otak..
heheheheh...
Biasanya korang pernah dengar mesin alat pengesan si penipu kan..
kali ni boleh dikesan dengan menggunakan melihat otak..
tapi bukanlah kena bedah otak tuh...
Guna Mesin FMRI...
credit (no metal allowed ye)
caranya, dia masukkan penjenayah tu kat mesin nih..

pastu mesin ni scan otak dia..
pastu suruh dia tengok beberapa gambar..
sama ada dia kenal tak gambar2 tuh...
dan Parahippocampal Gyrus si penjenayah ni akan menunjukkan kesannya..

kalau dalam komputer tuh, Parahippocampal Gyrus ni bertukar merah,
maknanya dia pernah tengok gambar tersebut...
kalau si penjenayah ni menipu dia tak pernah tengok gambar tuh,
tapi otak dia menunjukkan sebaliknya, kan dah tertangkap...ngehhhhhhh..

Selain Takuya Kimura, yang berlakon cerita nih...
Mizushima Hiro, dia berlakon budus2, kelakar..

Ayase Haruko, ala2 blur...

Satu lagi yang menariknya,
Drama ni menggunakan ramai pelakon undangan yang best2 untuk episode tertentu..
Siapakah??? Tengok lerr sendiri...

Wednesday, May 5, 2010

Apabila kebosanan Melanda

Rasa tak ada rasa...
Macam orang tak ada perasaan je..
Begitulah tahap kebosanan aku sekarang...
dan sebab itulah blog aku ni tak terusik untuk beberapa hari...
sebab bila dah bosan macam tak ada perasaan je..
tapi bila tengah ketekanan melanda, atau tengah sibuk,
memang sesempat yang mungkin aku post ....

sekarang, sudah masuk minggu ke 2 kalau aku tak silap...
bermulanya kehidupan sebagai penganggur...
Aku rasa macam tersekat di tengah jalan...
Hahaha...Rasa puas dah habis belajar, Tapi rasa penat tak habis lagi nak mula kerja...
hohohohoooooo...
dan sekarang memang aku bosan tahap cipan...

Jadi, nak tahu apa aktiviti aku?...
Memantapkan Vocabulary Jepun ...wah mwahahahha...
Dengan Tengok cerita Jepun...
Tapi kadang-kadang tengok cerita Korea jugak..
dah tahu sikit-sikit bahasa Korea...
'wei' 'a tu kajo' 'byanei' 'kamsamida'
hahahahah aku nak eja pun tak reti sebab nak menyebutnya pun boleh tercabut lidah aku..

Makanya, blog aku ni buat sementara waktu,
Pasal Drama atau anime sajalah yeeee..

Personal Taste/Personal Preference
Drama Korea...
ala, peminat cerita korea mesti tengah hangat tengok cerita ni kannn...
sebab heronya Lee Min Ho (nasib baik nama dia senang nak sebut)..
Dia ni pernah berlakon cerita Boys Over Flower...
dan dia sangat Hodoh dalam cerita tuh..
Mula2 aku malas nak tengok cerita Personal Taste nih..
sebab  aku membayangkan muka Lee Min Ho yang hodoh dalam cerita Boys Over Flower tu,
Tapi sebab jalan cerita drama ni terlalu menarik...

Jadi aku pun start to play!!!..
Kisah seorang Mamat ni yang disalah anggap oleh si Heroin ini,
iaitu, Mamat ni Gay...
dan disebabkan dia fikir mamat ni gay,
jadi dia pun tak kisah untuk bagi Mamat ni sewa bilik di rumah Heroin nih..
tapi, Mamat ni ada tujuan lain kenapa dia nak sewa bilik kat rumah Heroin nih..
padahal dia ada rumah...
Nak tahu tengok lah...

cerita ni serious aku cakap,
aku gelak memang macam orang gila..
sebab gelak pagi2 buta kan..
serius ah lawakkkkk gila...
( ada adegan Gay..hakhakahk )
Tapi, macam biasalah Drama korea kan..
kalau dah mula drama ala2 drama Melayu campur drama Sepanyol sikit..
memang menyampah tak ingat dunia...
jari aku asyik lajukan cerita je...
ye lah, konflik yang sama yang terlalu mudah untuk dijangka..
bosan okeyyyyy..
nasib baik cerita ni lawak dan sangatttt sweet...
dah boleh cair tau... sebab Lee Min Ho sangat comelllllll
Drama ni belum habis ditayangkan di Korea..
sekarang episode 10..
cerita ni ada 16 episode kesemuanya..
okeylah, cerita lain yang aku tengah tengok ni,
post seterusnya lah ye...weeeee