Showing posts with label champions league. Show all posts
Showing posts with label champions league. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Tua-tua pun gempak tau

Tulah jangan asyik cakap 'dia dah tua, pergi bersara lah'...
Ha, sekali dia turun padang, amek sekali dua bijik GOL okeyyy..

Ala, ini mesti cerita Bola lagi...
hahahahah maaflah, aku betul2 tak ada mood ni sebab laptop aku kat 'kedai' lagi..
Jadi, tengah ada semangat bola nih, cepat2 aku taip...

Malam Tadi perlawanan Real Madrid vs Ac Milan
(tengok tak?aku TERtidur lagi hahah)

Keputusannya ialah seri 2-2..
nasib baik aku tak tengok sebab gerenti mulut aku akan mencarut2 pasal si Mourinho itu..
aku baca review perlawanan ni pun dah sakit hati..huhuhu..
Tak apalah, Yang penting aku suka sebab SUPERPIPPO masuk masa kedua je (tukar dengan ronaldinho),
terus dia berjaya jaringkan DUA gol!!!! thats why i love u pippo mwahahahah

oklah, Ac Milan masih lagi tempat kedua bawah Real Madrid bagi kumpulan G

Wednesday, October 20, 2010

Mereka kalah sebab aku tak tengok..

agaknya dorang ni lemah semangat...
sebab aku tak tengok..
 MySpace
bukan apa..aku memang dah set dalam otak nih..
pukul 240 bangun..
Tapi nak buat macam mana dah terlajak tidur..
konon2 nak baring2...
alih2 tertidur betul2 dengan nyenyaknya...
MySpace
Dalam pada aku sedang tidur itu...
Tiang gol Ac Milan telah diceroboh oleh Real Madrid..
DUA gol pulak tuh...
MySpace
(dijaringkan oleh Ronaldo dan Ozil)
Aku tahu Thiago SIlva cedera sebab chievo lah nih..
tapi tak tahulah pula Abbiati ni boleh pulak ikut sekali cedera,
entah bila masa dia cedera..
Maka jawabnya dia digantikan oleh si AMelia ini (dia lelaki okey)..
susahlah jawabnya tak ada Abbiati...

Allegri nih asyik tukar2 pemain je...
dia masih lagi dalam experiment mood....
tak ada pemain handal pun susah...
terlebih pemain handal sampai tak tahu mana satu nak pilih, punnn susah...
MySpace

sekarang ni Ac Milan berada di tempat kedua dalam kumpulan G Champions League

Sunday, May 23, 2010

Bayern Munich Vs Inter Milan

Apabila bermulanya perlawanan ni,
aku siap confused lagi...hahahah
tiba-tiba aku Tersokong Inter...
lupa pulak, aku kan memang tak nak dorang menang..
(yelah, selama ni Champions League, aku sentiasa sokong kelab Itali)
Tapi tiba-tiba rasa pelik pulak tak sokong Inter..
masa aku tengok tu boleh pulak timbul serba salah nak sokong mana...
hahahaha, last last dengan tak ada perasaannya aku tengok perlawanan ni..

first half, Diego Milito tu boleh pulak nak sumbat satu gol...
apa lagi makin naiklah semangat Nerazzuri (inter) ini kan...
serius aku cakap, Pertahanan Inter kuat gila...(dah lah attack pun mantap)..
sampai satu tahap tuh,
pemain2 Bayern boleh berlegar2 luar kotak penalti passing2 bola sesama sendiri..
lepas tu nampak sangat masing2 tengah fikir..
'macam mana aku nak tembus niii'...
semua pemain bayern tak tau nak buat apa,
boleh pulak berlegar2 selama beberapa minit kat luar kotak penalti tuh..
masa tu aku rasa malunyaaaaaaa...memang tak ada harapan dah macam nih...
(nasib baik goalkeeper Bayern mantap, kalau tak dah berapa kosong aku pun tak tahu)

masuk 2nd half....
Mamat ni sumbat lagi, tak ada muka lain ke ...
Milito sumbat lagi satu Gol.....
dan si Mourinho dengan gaya POyonya weiiii aku tak tahan nak tengokkkkkk...
masa tu aku rasa nak terjun sungai je....
korang nak tau dia buat gaya apa...
semua orang bersorak2 kan sebab Inter gol..
Mourinho ni boleh buat gaya..
'cool down beb cool down', dengan tangan2 dia 'cool down beb'...
ya ampun!!!!!!!!!!!! sakitnya hati aku tengok...
lepas tu terus aku mengadap Blog....
dah malas nak tengok aksi poyo Mourinho...

Maka sampai situ sahajalah aku boleh ulas...
dan keputusannya
Bayern 0-2 Inter Milan..
kedua-dua gol ini dijaringkan oleh Diego Milito...
sekian...
(benci benci Serie A pun Inter angkut gak)

credit to goal.com

Thursday, April 29, 2010

Hari ini...perlu ke aku tengok

Barcelona VS Inter Milan...

pukul 240 pagi di Astro...

Aku tak nak Inter menang...
jadi aku kena tengok...
konon-konon aku boleh bagi Barcelona semangat untuk menang...
ahakkkzxxxxx....

Tapi, yang penting, walaupun aku minum secawan kopi...
itu tidak dapat menghalang daripada kelopak mataku ini...
untuk jatuh perlahan-lahan menutupi mataku yang bundar bulat ....
Maka, perlukah untuk aku menambah secawan kopi lagi..
Meskipun kopiku yang satu ini belum pun habis lagi...

Ye, aku tengah Penat

Wahai Barca, kalau tak boleh ulang sejarah kemenangan, ulang sejarah ke Final pun, tak kisah lah..

Thursday, April 8, 2010

Mimpi jadi Kenyataan

aku nak tengok 'match' malam tadi..
tapi disebabkan masalah tertentu, aku tak dapat tengok..
yang bestnya 'match' tu muncul dalam mimpi aku,
jadi aku tengok dalam mimpi je lah...
hahha...

apa-apa pun mwahahhaahahhaahahha...
maaflah terpaksa mentertawakan anda..
kerana mimpiku itu benar...
walaupun Manchester United menewaskan Bayern Munich pada 'match' malam tadi,
Tapi disebabkan Aggregate, 4-4 dan gol di tempat Manchester United melebihi,
Maka, Bayern Munich Mara ke peringkat Semi-finals Champions League...
                                   roben yang telah memusnahkan kegembiraan Manchester United

Bayern Munich akan bertemu dengan Lyon...

Wednesday, April 7, 2010

Inter Milan maju ke Semi-Finals

Inter Milan berjaya maju ke peringkat seterusnya..
dengan Aggregate 2-0...
Permainan malam tadi memperlihatkan Milito menjaringkan 1 gol

Pada peringkat Semi-Final nanti Inter Milan akan bertemu dengan Barcelona..
hohoooo, Mampukah??...
yang pasti mesti ramai yang menunggu permainan pagi nanti...
Manchester United VS Bayern Munich...
permainan lepas Manchester United kecundang 1-2...
Jeng Jeng Jenggggg..
 MySpace

Wednesday, March 10, 2010

ESOK..........hari yang MENDEBARKAN

aku tahu apa yang korang fikir,
dan ia bukan seperti yang korang fikir,
wawawawawawa,
korang ingat untuk budak2 yang lahir pada tahun 1992(betul kan) je ke boleh berdebar
untuk hari esok???...MySpace
hahahahahah...
maaflah kalau permulaan post ini agak menyakitkan hati...

UNTUK AKU,
esok berdebar kerana...
  1. MATCH CHAMPIONS LEAGUE (ye ye jangan hangin, bertenang, okeyMySpace)
  2. aku ada presentation esok dan aku masih lagi tak siap (boleh pulak aku buat post baru, hahahah aku tension macam ni lah)
  3. album Faizal Tahir dah keluar esok!!!!!!!!!!!!!!!!MySpace
ok lah tu je sebenarnya...
nah, pegi dengar lagu ni jauh2...


-TAMAT-

Wednesday, February 17, 2010

pagi2 lagi....dikejutkan dengan satu BERITA GEMPAR

pagi2, seperti biasa aku tengok jam...
dan macam biasa, dah nak tengah hari baru aku bangun...
(haih, anak dara apa mcm ni,ye aku tau korg akan ckp mcm tu)
aku melihat di hp ku sudah ada message baru masuk,
aku bukak,
rupanya abang aku,

'milan kalah, bengangnya aku'....

pada pagi2 yang tak berapa nak pagi ini,
sepatutnya kite mulakan dengan ayat-ayat suci,
supaya hari kita akan lebih tenang,
tetapi ayat-ayat tercemar pulak yang keluar dari mulut aku...
memang tak tenanglah aku hari ni,
kemudian, ayat-ayat tercemar itu makin bertambah,
apabila abangku membalas message ku dengan ayat,

'gol bodoh pulak tu, dida ah bangang'
ampunilah hambaMU pada hari ini,
kerana telah mencipta pelbagai perkataan yang tercemar,
yang tidak pernah wujud dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
serta mempunyai unsur-unsur 18PL...

lagi bertambah membara apabila aku membuka http://innit.nuffnang.com/,
dan terlihat post 'video highlight acmilan 2-3 MU'..
lepas ni mesti terpampang dalam suratkhabar,
gambar MU besar-besar...
tak baca kot suratkhabar esok

p/s:aku malas nak tengok sebab lambat sangat 3:40am, kalau kul 2 boley lah tahan lagi...

AC Milan 2009 Essentials Soccer Track Top (Black)