Monday, January 31, 2011

Tanggapan orang korea terhadap Gadis Malaysia..

Jeng Jeng!!!!...

dah lama aku tak menulis dalam blog ni..
Tiba2 je ada cerpen pulak kan..
Siapa yang tak baca sila baca di SINI...
sebenarnya cerpen tu segmen daripada Fariqscorpio...
setiap episode akan disambung daripada blogger yang berlainan...
dan aku kena buat episode 12,
episode 13, Sudah DISAMBUNG click SINI!!

video

Video ini credit pada Pikeyenny blog
Kalau ada masalah loading lambat boleh click SINI, untuk dibawa terus ke Youtube.

Bila aku tengok video nih, aku memang gelak guling2 ah..
Paling tak menahan siap ajuk cara kita cakap Korea...
Sebab itulah bila orang luar datang, kita kena buat perangai elok2..

Sunday, January 30, 2011

EP12: Aku Seorang Blogger

Sambungan daripada EP11: Aku Seorang Blogger

Pada masa yang sama, seseorang sedang tertawa berdekah-dekah sambil memerhatikan tingkah laku mereka berdua di sebalik langsir.

Fariq keluar dari tempat persembunyiannya. Fariq berdehem. Haqim menoleh ke arah suara itu. dia membesarkan sedikit matanya akibat terkejut. Fariq menunjukkan senyuman sinisnya. Mungkin dek penangan Muay Thai daripadanya menghasilkan kegusaran di hati Haqim ketika itu.

"Dia dah jadi tunangan orang. Tak perlulah kau berada kat sini lagi". Haqim merenung tajam ke arah Fariq. Tanpa membuang masa, tanpa perlu dia mengguriskan hatinya lagi, dia mahu beredar daripada rumah Ilya Suhana dengan segera. Keayuan Ilya pada ketika itu sudah tidak mampu lagi merawat hatinya. 

"Ilya Suhana, sebelum aku keluar daripada rumah kau ni, aku cuma nak kau tahu. Aku jahat, suka usik kau, guna taktik kotor. Tapi aku bersyukur, dalam hidup aku, aku dapat jumpa Ciptaan Tuhan Yang Maha Agung, betapa cantiknnya ciptaan itu. Mata ciptaanNya buat aku nak usik kau, Mulut CiptaanNya buat aku nak jadi jahat hanya untuk kau, Jelingan kau ditambah dengan alis yang panjang ciptaanNya, buat aku nak tarik perhatian kau. Maafkan aku sebab guna taktik kotor, dan aku tahu, hanya penyesalam dalam diri kau sebab jumpa aku". Haqim segera berlalu pergi. Dia mungkin jahat bagi pandangan Ilya Suhana, tapi kata-katanya tadi itu memang ikhlas dari hatinya yang pernah berbunga bagai taman itu.

Manakala Ilya Suhana, tergamam mendengar kata-kata Haqim itu.

                                                 -------------------------------------

"Oi, berangan!", sergah Fariq. Bahu Ilya Suhana terhenjut sedikit dek sergahan Fariq itu. Tawa Fariq meletus melihat wajah Ilya Suhana. Ilya Suhana geram, tetapi dia sekadar mencebik. Kata-kata Haqim itu telah meninggalkan kesan ke atas Ilya Suhana dan mungkin sebab itu dia malas hendak melayan kerenah Fariq. Fariq yang melihat adiknya itu masam dan tidak aktif seperti kebiasaanya, mula mengeluh. Dia duduk di hadapan Ilya Suhana.

"Jangan cakap kau dah termakan dengan kata-kata manis Haqim tu. Buat rugi je kita plan pasal pertunangan kau dengan Afiq tuh". Kali ini Ilya Suhana pula mengeluh. Pertunangan dia dan Afiq hanyalah palsu. Semuanya kerana untuk menghindarkan Haqim daripada mendekati dirinya. Afiq, yang melihat kejadian di rumah pada petang tadi mengatakan dia tidak patut berbuat demikian. Afiq sendiri dapat merasakan Haqim ikhlas. Gurauan kasarnya hanyalah untuk menarik perhatian Ilya Suhana.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Dia siap pukul aku lagi". Ilya Suhana merenung wajah abangnya. Baginya, Fariq adalah segala-galanya. Malah, dia akui dia lebih menyanyangi abangnya daripada kedua ibu bapanya sendiri. Fariq sanggup berkorban nyawa untuk Ilya Suhana. 

"Fariq, kalau........", Ilya Suhana teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya. Fariq menanti.

"Kalau.........."


Jika hendak membaca daripada mula, EP1 Aku Seorang Blogger (sila Click)

Hendak mengetahu lebih lanjut mengenai sambungan cerita ini Click Sini


Monday, January 24, 2011

Ac Milan 2-0 Cesena

YEahhh, Milan masih lagi menduduki takhta nombor 1 Serie A..
Abbiati juga sudah kembali...
aku sangat suka! mwahahaha...
tiada bola yang bolos...

Dijaringkan oleh Ibrahimovic pada minit ke 93, 
Tapi dijaringkan sendiri oleh Cesena pada awal minit ke 45..

Harap-harap Nesta tiada ada apa2 sebab semalam dia terpaksa keluar padang awal...
Dan digantikan oleh Sokratis pada minit ke 23...
Nesta, be strong! credit to acmilan.com
 
Apa-apa pun yang penting kekalahan Inter dan Lazio menyebabkan kedudukan Roma dan Napoli,
semakin kukuh, iaitu Napoli di tempat kedua beza 4 mata dengan Ac Milan..
Dan Roma di tempat ketiga beza dua mata daripada Napoli..

aku punyalah tunggu perlawanan Ac Milan ni sebab ingatkan pukul 2,
rupa-rupanya pukul 3:40, gilo apa...terus aku tidur..
Ibrahimovic, atau ibracadabra. credit acmilan.com

Sunday, January 23, 2011

Kepala terus Migrain lepas tengok nih..

Semalam aku punya aktiviti...
Tengok Paranormal Activity 2, wawaw..
sebab dah tak ada aktiviti nak buat...

Kawan aku kata Part 1 punya best..
Jadi walaupun aku tak tengok part 1,aku tengok je part 2 terus..
Kawan aku pun dah cerita pasal part 1 punya...
Mula2 tengok ni, aku tak sangkalah Filem ni cuma guna self camera dan CCTV sahaja..
wawawaw...
Filem ni sangatlah tenang, kalau tengok kat rumah gerenti tidur..
Tapi, Bila sampai part seram terkejut tuh, pergh menggigil badan aku terlampau terkejut..
hahah, ye lah korang tengok mula2 air tu tenang je, sekali tiba2 muncul buaya sergah..
(ini perumpamaan sahaja)...
Filem ni memang lambat sikit, tapi itulah kelebihannya..
Sebab sekali dia terkejutkan kita, aku rasa nak tercabut jantung aku..
Sekurang2nya cerita ni lain daripada lain...
Dan, Filem ini juga kisah benar sambungan daripada part 1..
Kalau part 1, kisah si kakaknya, part 2 kisah si adiknya pula...

Lepas tengok cerita ni terus kepala aku berdenyut2 macam urat nak tercabut..
(semuanya nak tercabut lepas tengok cerita nih)..
Mungkin sebab over terkejut wawawa...
Asyik tengok cerita hantu je, last2 aku yang tak boleh tidur..

baby ini sangat comellllll

Friday, January 21, 2011

Rasa nak sakit jantung lepas tengok nih..

Tengok cerita apa lagi...
Khurafat lerrr...
Filem ni memang fokus untuk Seram dan menakutkan penonton..


Kisah sepasang suami isteri,Johan(syamsul) dan Aishah(liyana Jasmay) yang sering diganggu dengan makhluk halus ini...
Anna, bekas kekasih Johan sering mengganggu Johan kerana dia tidak dapat menerima kenyataan,
Johan telah meninggalkan dia dan berkahwin dengan Aishah...
Perilaku Anna itu menyebab Johan merasakan, mungkin Anna yang menghantar 'benda-benda' itu..
Betulkah?...sila tengok sendiri..

Komen aku..

Filem ini terlampau menekankan eleman seram, sehingga lupa pada Plot cerita yang hambar, Skrip yang hambar sehingga watak tidak berkembang dengan baik.
terdapat adegan tidak logik sehingga satu panggung gelakkan adegan tersebut. Antaranya, waktu malam, dalam hospital, dalam bilik pejabat, boleh pulak pasang lampu meja je.
Ok,ini bukan salah filem ini, kerana terdapat budak2 dalam wayang tuh yang jenis suka buat bising, buat lawak sampai satu panggung dengar. Aku asyik gelak je, nasib baik korang buat lawak masa cerita ni, cuba kalau cerita Harry POtter, memang ada yang kena maki. Ada ke patut, masa tengah sunyi2 seram2, dia boleh terkejutkan kawan dia, kawan dia melatah 'Oh B*** Kau', satu Panggung gelakkan dia.
Tak pernah aku tengok cerita hantu, dia kendong mayat berkapan, sakit jantung aku tengok haha
Yang pasti disebabkan budak2 ni dok menjerit..
Lagi bertambah Sakit jantung aku dengar,
dengan sound effect terlebih kuatnya..

 p/s: pictures credit to google, sorry accidently closed the tab, forgot the link.
p/s: Syamsul, mengarah je lah, tak payahlah berlakon, Liyana Jasmay tu berlakon punyalah elok, nampak beza dengan Syamsul. wawawa
p/s: cik tom, Blockquote dah jadi, weeee

Kesimpulannnya :DIsebabkan ramai yang tanya
Seram + Menakutkan =5/5
Plot cerita = 2/5


Wednesday, January 19, 2011

Pengulas Sukan Lelaki, perempuan dan .....

Biasanya bila kita tengok perlawanan Bola Sepak kan..
Telinga kita ini sudah biasa dengan Ulasan daripada pengulas Lelaki..

'Perlawanan kali ini tidak disertai oleh Inzaghi kerana dia mengalami kecederaan di lututnya'
'Ya, Hantaran cantik daripada Nesta. Seedorf, gelecek yang cantik dapat melepasi pertahanan Roma. Oh, permainan yang kasar daripada De Rossi. Borriello, pemain yang dipinjam daripada Ac Milan, adakah dia akan menyumbatkan gol kelabnya sendiri'
 'oh, bola yang cantik daripada Totti, Borriello membawa bola dan sudah mara ke dalam kotak penalti. ya, GOOOOLLLLLLLLLLLL!'

Cuba kalau Pengulas perempuan yang sangat feminin, pengulas ini gila korea...kan sekarang perempuan Malaysia gila Korea...

'Eh, baju Pato nampak terlebih besar atau Pato sudah kurus. Wah, De Rossi rambut baru dan sudah ada jambang. Nampak dah matang sikit'
'Nesta,membawa bola, hantar kepada Seedorf. dan O.M.G, seedorf terjatuh akibat asakan daripada Materazzi. Seedorf kelihatan teruk, dia sedang meraung2, poor him. bad bad Materazzi!'
'Pirlo, yang bakal membuat sepakan sudut. Ibrahimovic sudah menanti di dalam kotak penalti. Oh oh ohhh moooo,  ottoke. Oh Oh, Boateng kembali mara ke dalam kotak penalti dan AAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa(jerit sekuat hati) gol!!!!!!!!!!! yeayyyyyyyyyy Boateng gempak lahhhhh, love u muah muah'

dan Kalau Pengulas Mak Nyah...mestilah kena guna dua orang pengulas mak nyah, baru meriah...
Nong Poy, nyah Thailand (credit)

'Perlawanan di antara Ac Milan dan Roma yang kendu2 gitu. Bahagian penyerang Ac MIlan termasuklah Cassano yang baru sahaja menyertai Ac Milan musim ini. Eh nok,cuba tengok Cassano jalan, memang kamben, hahaha.
'Nyah, kau nak jadi Kak Nam pulak kee'..
'Eh kau dengan helmet kau tuh duduk diam2 ye, ha kan dan terlepas laki kau tadi gelecek bukan main'
'Siapa pulak laki aku'
'Itu ha, si Ikan kembung. hahahah'

p/s: Malam ni nak tengok Khurafat.ngeeeeeeeee. esok kan Thaipussam, Jadi? Selamat menyambut hari Thaipussam kepada sesiapa yang menyambutnya.

kendu=kacak
kamben=jalan tonggek
kak nam=mulut jahat
helmet=rambut palsu
ikan kembung=perut buncit
perkataan ini, untuk mengetahui lebih lanjut, boleh Rujuk SINI dan SINI

Tuesday, January 18, 2011

Hammer Session...complete!

Disebabkan kelajuan internet tidak memberangsangkan..
al maklumlah sekarang musim sejuk di Malaysia...
Hari ni panas seciput...
Bolehlah menghabiskan drama jepun Hammer Session ini..
Walaupun hanya ada 11 Episode tapi jenuh nak habiskan...

Drama Jepun Hammer Session ni sudah ditayangkan tahun lepas..
Drama ni Sebijik macam cerita GTO...Great Teacher Onizuka..
Tau kan drama jepun tu cukup famous kat Malaysia nih..
Disebabkan persamaan itu aku pun tengok lah...
hehehehe..sebab drama ni lawak tu pasal aku tengok..

Bezanya, Otawa merupakan seorang penipu yang diburu polis..
Meskipun dia Penipu,tapi dia menipu duit orang2 kaya dan bagi pada orang miskin...
ketika melarikan diri daripada polis, Otawa dan seorang lagi penjenayah tiba di sebuah sekolah..
dan mereka ternampak seorang cikgu sedang membakar sekolah..
Mereka berdua cuba menghalang..
Kebetulan pengetua sekolah nampak kejadian tersebut dan membawa mereka ke pejabat Pengetua..
Polis yang mengejar Otawa itu tiba di sekolah tersebut...
Dari situ lah, Pengetua tersebut tahu Otawa adalah Penjenayah penipu...
Tapi pengetua itu tertarik dengan Otawa dan yakin Otawa dapat mengubah sekolah tersebut..
Pengetua itu menipu polis dengan mengatakan dia tidak kenal lelaki tersebut...
Maka, bermulalah misi Otawa menyamar sebagai seorang guru yang bernama Hachisuka...

Seterusnya sila tengok sendiri ya...
Drama ni ada hentai/pervert sikit hahahh..ala macam GTO gak..
Para pelakonnya ialah Hayami Mokomichi
mamat ni pernah berlakon Zettai Kareshi, Gokusen 2.kulit dia gelap kan, ada yang cakap mixed filipina, tapi dia tak mengaku..entah..credit
pastu ada Shida Mirai, budak kecik tu pernah berlakon seigi no mikata dan shokojo seira.
dan heroinnya Higa Manami,walaupun tak secantik Nanako,tapi bolehlah.. credit
Budak2 sekolah lelakinya pun kacak lohhhh..hahahah..

p/s:tak tahu nak tengok cerita apa. try layan Nagareboshi, tak masuk dalam jiwa ah. Dream High pun tak best, kualiti gambar drama tu kureng, low budget apa...lalalalaaaa..ingatkan gempak macam hana yori dango ke...

Monday, January 17, 2011

jangan asyik nak mengusik orang je

apa-apa pun sebelum nak mengusik orang,
silalah pandang kiri kanan atas bawah dahulu..

bermulalah al-kisah~
aku ada satu Ringtone Message yang aku suka,
Tapi annoying bagi telinga kawan2 aku...
dan untuk menambahkan sakit hati kawan2 aku tuh,
lagilah aku nyanyi dengan gediknya Ringtone message aku tuh...
'You're my hack hack hack hack breakerrrrrrrr mei ke mo ja na hei nenggg jiiii'
macam ni ler aku nyanyi, kalau nak dengar yang Real nyanyi tekanlah play di bawah ini...



Sedang kami bertiga (Aku, Tarzan dan Badak) duduk sementara menunggu tunang Badak ambil,
Kami berborak2 lah dulu di tempat menunggu bas/teksi..
Aku dan Tarzan berdiri, manakala kawan aku Badak duduk sebelah mamat sorang tuh..
Tiba2 bunyi Ringtone Telefon bimbit berbunyi...
Kawan aku Badak ni Naik Angin...
'Wei Ina, Boleh tak kau tutup lagu HODOH Kau tuh!!!'..

Lelaki yang duduk di sebelah Badak itu, mengambil telefon bimbit daripada koceknya...
dan 'Hello'..
MySpace 
si Badak errkkkMySpace

Aku dan Tarzan dah lari akibat malu
MySpaceMySpace
Si Badak tergamam, Malu dah tak tahu nak buat apa..MySpace
Dia duduk stay situ elok je sebelah mamat yang sudah jeling2 itu..

Dalam hati dia berdoa agar tunang dia cepat sampai..
 

Sunday, January 16, 2011

Situasi Menunggu Bas 2

Sambung cerita Situasi menunggu bas...
(daripada entry SINI )
Bagi orang yang tak ada kereta dan tak reti bawa kereta macam aku kenalah tunggu bas kan..
Takkan lah nak pergi kerja tiap2 hari naik teksi (kerja part time je pon)...
lebih2 lagi sekarang bahaya naik teksi sorang2...

Situasi 2
Aku tunggu sorang2 lagi di tempat tunggu bas..
Lepas tuh, ada mamat sorang ni datang..
(gigi dia tak lawa, lalalalal)..
Dia tanyalah bas sekian-sekian dah datang ke belum..
dari pukul berapa tunggu n sekian sekian sekian..
Kami pun mulalah berborak, pasal apa entah aku tak ingat..
sampailah bas ni datang,
aku pun naiklah bas tuh, aku duduk sebelah makcik sorang nih..
aku pun pasanglah lagu mp3 aku tuh sekuat2 yang mungkin,
saja nak bagi semua orang tahu aku tengah dengar lagu hahaha..
Dan, mamat tadi tuh duduk barisan sebelah aku..
(maksudnya, aku dan dia dipisahkan dengan satu laluan)
Walaupun dia tahu aku tengah dengar lagu,
Dia tak berputus asa untuk terus berborak dengan aku..
dah mula dah, dia tanya pasal adik-beradik aku lah, sekian2 lah..
aku dah mula tunjuk muka 'Tak Minat!!'
Nasib baikla aku turun dulu daripada dia dan dia tak turun di tempat yang sama..
FUh, lega..
Padan muka, siapa suruh layan lagi...ala, dah orang tanya aku jawab ah..

Situasi 3...
Ada satu bas ni, waktu malam dia suka skip jalan..
Maksudnya satu jam atau lebih baru dia akan lalu kat tempat aku tunggu tuh..
(sengal kan..tapi sekarang bas tu dah tak buat macam nih.. harap2lah)
Bila dah lama sangat tunggu, semua orang macam angin lah..
lepas tu ada lah Mamat sorang ni tanya aku pasal bas tuh...
dia kata selama ni dia tak naik bas, tiket bas tu pun abang dia belikan..
Jadi dia tanyalah,betul ke bas sekian sekian ni dia kena tunggu..
Aku pun jawablah YA...Lepas tu borak apa entah..
Sampailah bas ni datang..
Aku pun duduklah, tiba2 dia menyibuk duduk sebelah aku.
Aku ingatkan dia tak ada lah nak duduk sebelah aku..
Aku fikir dia orang bekerja tak layan budak2 kerja part time yang tunggu keputusan IPTA macam aku nih..
Maka, perkara memalukan berlaku...
Dalam bas tu senyap sunyi je, MySpacemungkin semuanya penat...
tiba2 Mamat ni sibuk tanya aku..
Pasal Universiti...(dahlah gigi tak lawa)..
AKu cakaplah aku ada pilih USM, dia pun Nak jugak, dia kata dia pernah belajar kat USM..
Mulalah dia bercerita..
kalau korang nak tahu Suara dia kuat, satu bas tu boleh dengar..
Dan, orang sekeliling aku Pandang aku Macam kesian kat aku...
MySpace
Hahahhahaah, malu weiii, semua orang Pandang Okeyyyy...
yang paling best dia kata dia punya destinasi akhir sekali...
dan aku pulak hampir2 destinasi akhir...Kesian Kan...
Okeylah itu aja...
Nanti aku cerita kisah Bas dan Orang Gila pulak...
Aku peliklah, bila perempuan buat muka Tak Berminat,
kenapa lelaki terus dan terus bercakap...
Lagi satu, kalau perempuan tu jalan sorang...boleh tak jangan,
'Hai awak, jalan sorang ke,amboi masam muka'
yang paling best boleh pulak mengekor dari belakang kan..
'awak awak, nak pergi mana tuh,tunggulah'...
Kalau kamu lelaki berfikiran Rasional,
sila jangan lakukakan perkara tersebut, sebab Saya Trauma...

Saturday, January 15, 2011

Lagu Pelik....Obsession

Lagu2 korea ni aku boleh layan dari kumpulan Big Bang dan 2NE1 sahaja..
Sebab lagu dorang pelik sangat wawawa...
G-Dragon, salah seorang member Big Bang, keluar lagu baru..
Tajuknya Obsession...
muzik disusun oleh G-dragon dan Kush, lirik ditulis oleh G-dragon sendiri



Mula2 dengar lagu ni ternganga jap...
Rock + Techno= gempak lah
(aku hentam je genre lagu ni,ingat aku reti ke? wawawa)

G-Dragon ni, tak kisahlah korang nak komen dia gay ke apa ke..
hahahaha aku pun tak boleh nak cakap apa..
dah memang stail dia pelik..
Dia mengingatkan aku kat penyanyi Jepun, Gackt..
Mamat ni semua orang ingat dia gay, tapi akhirnya kawin gak..

Maksud lirik lagu ni dalam bahasa Inggeris, kalau nak tahu boleh rujuk SINI (click)

Situasi Menunggu Bas

Ada banyak jenis bas kat Malaysia nih..
Metrobas, Rapid KL, bas mini (kat bangi ada lagi tau),
Tapi aku lagi suka naik Rapid KL...
Semua driver bas mesti bawak Bas Rapid laju gila...
rasa macam naik Roller Coaster..
(Naik Rapid je, bayar RM1/2 je, membazir duit pergi Sunway lagoon buat apa wawawa)
Tapi, bila tengah tunggu bas, lama jugak..
ye lah, kita kan kekurangan bas..
kalau jalan raya sesak lagi lambat..

Menunggu bas adalah suatu aktiviti yang membosankan..
kadang-kala boleh membuatkan diri menjadi stress dan marah...
Bila aku dah penat, aku penat nak marah..
Apa aku buat bila tunggu bas?aku layan sekali orang yang menunggu bas tuh..
wawawawawa...
Memanglah sebenarnya agak bahaya lah bercakap dengan orang kita tak kenal...
Tapi aku tawakkal je lah..
AKu pun tak tahu kenapa orang suka tegur aku..(muka aku sweet kot waaaawawa)
Kalau kat bas stop ada buaian tak pe gak,cuba teka gambar ni betul ke ada buaian credit
 
Situasi 1
aku sorang2 je tunggu bas..
TIba2 ada makcik dari Indonesia nih datang tunggu sekali..
Memang lama bas ni kitaorang tunggu..
 eh,makcik ni bukan menggerunkan okey, dia sweet kecil molek je.credit

Akhirnya makcik tu pun bosan, makcik tu bercakaplah dengan aku..
Rupa-rupanya dia bukan tunggu bas, tapi tunggu suaminya..
Lepas tu dia tanya nak beli tiket hari ni tak daripada dia,
Dia kata esok boleh jimat belikan tiket untuk anak dia ...
(aku pun belilah dari dia,kebetulan aku memang pegang RM1 masa tuh)
(elakkan membuka beg duit depan orang yang tak dikenali ye kawan2)..
Kemudian, bermulalah kitaorang bercerita..
Kitaorang cerita apa?
cerita kucing, hahahah, dengan excited nya cerita okey...
bukan main rancak..menceritakan betapa sedihnya kalau kucing kitaorang mati..

Setelah puas menunggu, suami makcik itu pun datang..
(bas aku tak sampai2 lagi, bertuah tak grrrrrr)
Aku pun salamlah makcik tu, ucap selamat hari raya (masa tu raya lagi)...

Yang ini biasalah kan, kita borak2 dengan orang yang baik..
Sebelum ni aku pernah borak dengan pensyarah UM, dari Iraq..
kat tempat bas je, macam2 jenis orang boleh jumpa..
Aku ada peristiwa annoying masa tunggu bas..
Lain kali lah aku cerita...Ciao!

Friday, January 14, 2011

Fantasi dan Realiti

Bermula dengan mimpi,
Mengharapkan sebuah impian,
untuk menjadi suatu kenyataan..
Tapi, kadang-kadang apabila terlebih mimpi,
ia akan menjadi angan-angan..
angan-angan mat jenin?
yang boleh membuatkan kesan buruk ke atas diri kamu..
yang akhirnya jatuh dari pokok kelapa..

ahaaaaaaaaaaaaa, tiba2 merepek jap..
baru2 ni aku habiskan novel Ramlee Awang Murshid..
(tak kenal??ohhh maknanya kamu bukan peminat novel)...
Aku suka baca novel dia,terasa dekat di hati...eheeeeeeeeee
novel dia mesti kisah antara dunia khayalan dan realiti..
yang kadang2 susah untuk dibezakan oleh sesetengah manusia..
akibat kecelaruan otak, atau tekanan yang dialami...
bila dah masuk dunia khayalan susah nak keluar...
hanya dengan kasih sayang, kaki mereka boleh berpijak kembali ke dunia nyata...
oh hooooooooooo...
atau dalam bahasa mudahnya, Cerita Orang gila..

Sebenarnya aku lagi suka baca novel yang kelakar2...
Tapi, hanya Ahadiat Akashah je yang mampu buat aku gelak guling2...
Aku tak minat baca novel cinta2 jiwang2, sebab aku daripada kecik..
HIdup aku dengan novel..dan aku dah baca bermacam jenis novel..
sejak aku sekolah rendah...
Malangnya sampai ke besar, semua novel cinta2 adalah klise...
sebab tu aku suka baca novel Ramlee Awang Murshid..
lain daripada lain..
memanglah dari segi penulisan dia agak straight forward tak ada puitis2..
tapi apa aku kisah, janji aku suka..
Kalau nak mengharapkan kisah romantik dalam penulisan beliau nih..
Jangan haraplah..novel 'Satu Janji' je yang berkisarkan romantik..
itu pun tak berapa...haha...

credit karangkraf
Rayyan Fantasi,
Novel terbaru daripada Ramlee Awang Murshid..
The Lord of The ring + Twilight + Narnia + Harry Potter...
hohohohohohoooo..itu lah perasaan aku bila baca novel nih..
Aku suka! kakak aku kata dia pening..lol...
Kisahnya, Ibrahim lari daripada negaranya iaitu suatu dunia fantasi yang sukar digambarkan manusia..
Dia berlari bersama anak kecilnya Aiddin,
Mereka berdua tinggal bersama Supinah dan ayahnya yang membantu mereka termasuk dari segi agama..
Akhirnya Ibrahim berkahwin dengan Supinah..
Aiddin sudah dewasa dan belajar di UKM..
(yang ni aku rasa kelakar, sebab dia belajar sama tempat dengan aku, hostel yang sama, siap komen 'makanan kat situ sekadar mengalas perut je' sebab makanan memang tak sedap!hahaha, nasib baik dia tak cerita pasal beruk sekali)
Aiddin tak tahu dia bukan manusia dan ada kuasa...
Jadi bermacam peristiwalah yang jadi...
untuk cerita lanjut sila beli novel ini.....wawawa...

Aku suka masa dia pergi berperang dengan bapak dia..
Pergh, memang terbayang dalam kepala aku The Lord Of the ring..
aku membayangkan Aiddin ni macam Legolas..sebab dia memanah wawawa...

p/s: Nama blog aku ni pengaruh daripada baca novel Ramlee Awang Murshid.hehehe..


Tuesday, January 11, 2011

Giveaway Edy : Awak busuk!

Oh moooo kesian aku...Tun Teja kata aku busuk...
Nak buat macam mana...
walaupun aku wangi Teja kata aku busuk gak...
wawawawa..
Ok lah, ini ada Giveaway, Tun Teja tag aku nih..
sebelum aku lupa baik aku buat..
Tarikh tutupnya pun esok ngeeeee

Syarat2 Giveaway ini

1. Buat 1 entry pasal giveaway ni dengan tajuk "GiveAway EdY : Awak Busuk!"...
(letak banner giveaway pada entry dan pastikan kat entry korang ada link terus ke entry contest ini)

2. Jadi follower blog The beauty in Ugly ini...
Okey

3. WAJIB TAG sekurang-kurangnya seorg blogger LELAKI dan seorg blogger PEREMPUAN dan make sure dieorg tahu...

4. Tinggalkan link entry korang kat ruangan comment entry ni...
okie dokie

Itu sahaja..mudah kan??memang mudah tapi jangan ambil mudah...

Apa tunggu lagi..
sesiapa pun boleh join...
tak kira anda dah menang sebelum ni, anda masih berpeluang untuk menang lagi... 

Tarikh Tutup : 11.59AM pada 12/1/2011
baikkkkkkkkk

Monday, January 10, 2011

Faizal Tahir sudah hanyut dalam tidur selepas ucap Selamat Malam

ahaaaaaaa, tajuk tak ada kena mengena..
Cuma nak tunjuk Video Faizal Tahir buat persembahan malam tadi di Anugerah Juara Lagu ke 25,


Aku paling suka lagu Hanyut..
Mungkin sebab lirik dia,
walaupun liriknya tak ada kena mengena dengan hidup aku...
dan ohhhh Faizal Tahir tak terjun dalam kolam ye kat atas pentas tuh..
dia cuma simbah2 air je kat kepala dia tuh hahahah...


Aku suka lagu selamat malam ni,
cuma sebab banyak kali aku dengar,heheh..
Faizal Tahir pun macam dah bosan asyik bawa lagu ni je..
Persembahan dia pun simple je...
Susunan muzik pun dia dah pernah buat pun macam nih..

Aku tak kisah pun pasal Keputusan AJL nih...
Kebiasaannya bila Faizal Tahir dah habis buat persembahan,
Aku tukar channel lain..
Tapi mak aku pulak nak tengok dari mula sampai habis..
bola bola,arrivederci je lah...

p/s: Kalau youtube ni tarik balik video nih, boleh layari ke Twitter daku.. Video dan Video


p/s:Bila tengok AJL semalam, rasa bangga sebab Muzik kita lagi bagus daripada Korea, lalalalalaaaaa...Muzik itu tidak perlu bergantung pada teknologi semata2,dan jangan kerana teknologi, seni itu terhapus..lalallaa

Ac Milan 4-4 Udinese

Ha amek kau seri 4-4 gitu...
Lapan2 gol ni aku tak tengok..sedih kan..
ni semua sebab Anugerah Juara Lagu..haishh..
Aku nak tengok Faizal Tahir je, mak aku nak tengok semua..
hahahahaha...

barisan pemain
Milan: Amelia; Abate, Bonera, Thiago Silva, Antonini; Gattuso, Seedorf (Cassano 69), Strasser; Robinho; Pato, Ibrahimovic

Udinese: Handanovic; Benatia, Zapata, asamoah, Inler, Pasquale, Barbe, Domizzi (Coda 73); Isla, Abdi

Minit ke 35 - Di Natale (udinese)Jaringkan Gol
MInit ke 45 - Pato (milan) Gol!
Minit ke 53 - Sanchez (udinese) Gol...
Minit ke 66 - Di Natale lagi sekali jaringkan Gol..
(masa ni aku tengok kejap, nak pengsan aku tengok Milan tertinggal)
Minit ke 77 - Gol sendiri dari Benatia Udinese memberikan Ac Milan 1 gol..
Minit ke 84 - Pato menyamakan kedudukan..
(aku tengok lagi sekali wahhhh tiba2 dah seri,gembira kejap)
Minit ke 89 - Denis udinese Gol...4-3 sudah..
(tiba2 aku bukak Udinese dah tambah Gol,masa tu rasa nak pengsan lagi)
Minit ke 93 - pak berahim Ibrahimovic telah menyelamatkan maruah Ac Milan
 (Tengok dalam Facebook Pak berahim jaringkan gol penamat)

Kesimpulannya, satu Gol pun aku tak dapa tengok..hampeh..tengok Highlight je ler...
Abbiati tak ada loh, tak best..

Kelab Serie A yang lain, 
Lazio,roma,Juventus yang menduduki tempat ke 3,4,5 semuanya Kalah..
Tempat kedua Napoli menang dengan Juventus 3-0..
Dan Inter juga turut tersenyum kerana menang tapi tak boleh senyum lebar sangat,
sebab tempat KeTUJUH punnn..

p/s: yang penting Faizal Tahir Best!!

Saturday, January 8, 2011

Wahai lah Nick Irfan..

Nick suka bagi aku award..
Nick suka Tag aku..
hahahaha aku tak kisah,
masalahnya banyak sangat....hahahahaha...
Dia memang rajin bab2 bagi award dan tag...

Sebenarnya ada Banyakkkkk lagi..
Tapi tak larat nak ambik eheeeee
Sebelum dia kecik hati dengan aku, sebab dulu2 punya aku tak buat...
sebelum aku lupa baik aku buat tag dia..
Yang atas tu Awardss kan..yang ini Tag pula..
Tag Makan! ohhhhh aku suka!!

Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut
Nasi ramuan mak aku..
Kek cheese kakak aku..
Pai nenek aku...

Jenis air apa yang korang paling suka?
Teh O panas...betul,tak caya tanya kawan aku, dorang suka cakap aku macam orang tua,
sebab asyik mintak Teh O panas je bila gi kedai makan, tapi tak adalah kat Pizza Hut pun aku nak mintak Teh O kannn..

Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
Melayu, Jepun, Itali (ini kan negara my Pippo of course lah)

Apa makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah,gila sedap!
Nasi Goreng, lalalalaaaaa
  
Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
Biasanya kawan aku belanja..lalalalaaaaa  

Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap?
Alaa, ada satu restoran Arab tu kat Jalan Ampang tuh, lupa lah namanya, selalunya keluarga aku suka pergi situ... 

Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list,gtaw ek.
 Ayam

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan.
Aku pernah dating ke? lalalalala  

Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?
Ingat Pizza Ingat Inzaghi!  

Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?
Tak kisah pun...
Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.
Makanan kucing... 
 
Menu raya paling disukai..
Kuah kacang dan ketupat..
 
Jajan yang korang suka..
roller coaster ek namanya tuh,paket biru tuh, setiap kali stress study aku makan benda nih, sebab makanan lain tak sedap kat kafe tuh..
 
Beri 2 makanan yang emak korang masak yang paling korang suka..
Spaghetti, nasi ramuan
 
Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?
sambal belacan, aku buat sendiri tumbuk sendiri..
 
Korang klu jumpa orang yang TAG nie, apa agaknya yang korang akan hidangkan?
Coklat cadbury je lahhh.. hahaha
 
Korang bolehlah pergi blog dia Nick Irfan..
Dia suka post gambar pelik2 yang dia simpan sendiri dalam laptop..
aku pun tak faham kenapa dia simpan gambar pelik2 tuh...
Kalau nak dapat award banyak2 ni follow lah dia ahahaha..
gerenti semua award dia bagi ...
Dia peramah, jangan takut terjah okey...

p/s: Thanx ye Nick tag blog ini banyak2...

Friday, January 7, 2011

Hai Cassano!

Malam tadi ada perlawanan bola sepak Serie A (liga Itali),
dan aku boleh terlupa pulakkk...
Apa2 pun Ac Milan 1-0 Cagliari
wuhuuuuuuuu....

Gol yang satu itu datangnya dari Strasser 
(siapa mamat stress ni aku pun tak kenal,midfielder, umur 21)
dan yang membantu Strasser ini dalam menjaringkan gol ialah...
ANTONIO CASSANO...
wuhuuuuu...walaupun ini baru perlawanan kedua bersama Ac Milan,
dia sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan..
(perlawanan pertama ketika perlawanan persahabatan kat Dubai)
hi cassano (credit acmilan facebook)
ini ketika perlawanan di Dubai vs kelab al-ahli, nombor jersi dia 99! 
credit ac milan facebook
Allegri mengamuk (credit acmilan facebook)

Ini barisan pasukan malam tadi
Cagliari: Agazzi; Pisano, Canini, Astori, Agostini; Nainggolan, Conti, Lazzari (Biondini 48); Cossu; Nenè, Matri (Acquafresca 84)

Milan: Abbiati; Abate, Bonera, Thiago Silva, Antonini; Gattuso (Strasser 58), Seedorf, Ambrosini; Merkel (Cassano 74); Pato, Robinho

Bagi perlawanan lain pula,
Lazio seri dengan Genoa 0-0 tetapi kekal di tempat kedua dengan mata 34...
Inter pula menang besar 3-1, merupakan perlawan pertama(kot) bersama Leonardo,
namun Inter berada di tempat ke 7 dengan 26 mata..
As Roma juga menang besar 4-2, dan kini berada di tempat ke-4,
(entah bila masa roma naik aku pun tak tahu)
YAng PEnting, Ac Milan berada di tangga pertama dengan 39 Mata!
aku suka gambar ni, si Totti main2 dengan kamera. comel!! credit to footbalitalia


Thursday, January 6, 2011

Dream High


Saya bukan demam Korea okey cik Nora..
hahahaha..
walaupun entry aku asyik cerita pasal Korea je..
dan walaupun kat KL hari nih seharian sejuk macam kat Korea je..
dan walaupun matahari tak muncul hari nih...
dan walaupun walaupun...hari ni pun aku nak cerita pasal Korea..
lalalalalaaaaaaaa...

Ada drama Baru..
Dream High namanya...
credit to dramacrazy.net

drama ni kisah pasal apa?
Pasal budak sekolah yang nak jadi artis...Noktah!..
hahahahaha..
tak ada apa menarik pun kan..
Tapi menarik bagi budak2 yang minat k-pop sebab pelakonnya daripada boy group/girl group..
Juga ada mamat handsome! dan awek cun..
mamat handsome, Taecyeon dari 2pm credit
mamat ala2 apek ni, wooyong dari 2pm credit
Suzy dari Miss A,suka tengok muka dia,typical korean face yang ayu credit
Ham eun jung dari T-ara
dan ohh, mamat handsome di atas itu bukan pelakon utamanya...
hahahahah..Heronya aku tak kenal lalalaaa..
Kim soo Hyun, credit
Drama ini sudah pun ditayangkan di Korea,
di Intenet pun kamu sudah boleh tengok..
cerita Marry me Mary (Mary stayed out all night) dah habis kan,
tunggulah tayang kat kbs world nanti..

p/s: aku ada kerja nak buat nih..entry pantas je nih.ciao!