Sunday, February 28, 2010

Menunggu ATAU Ditunggu

"hari ni jangan lupa, pukul 2, tunggu kat train"
"Ok"
apabila jam menunjukkan tepat pukul 2.

"kau kat mana. aku dah sampai"
"on the way"
Dia menunggu. setelah masa berlalu, dia melihat jam di tangannya.
sudah pukul 215.
sudah pukul 230.
sudah pukul 245.
sudah pukul 300.
yang ditunggu sudah tiba.

"Yo, jom kita pergi", sambil berlalu pergi meninggalkan Dia yang menunggunya terpinga-pinga di bangku
.MySpace

baiklah, berdasarkan cerita di atas, cuba berikan tajuk yang bersesuaian.
wawawawawa...
ok lah, mesti ramai yang mengalami macam ini kan.
adakah anda si Menunggu atau si Ditunggu??
(bukan Penunggu okeyyyyy)
MySpace

kalau macam aku, aku adalah yang Menunggu.
(ye, aku sangatttt penyabar, terima kasih)
berapa lamakah tahap kesabaran aku untuk menunggu.
sebenarnya aku pun tak tahu,
tapi kalau setakat 3 jam tu perkara biasa,
nak buat macam mana, dah aku dikelilingi dengan manusia macam itu,
manusia tak sempurna, jadi kita redha je lah
(konon2 baik)
dan aku akan lagi sabar kalau aku ada kawan bersama yang menunggu,
selalunya yang menunggu dengan aku sekali ni LANGSUNG TAK penyabar,
dan siap mencarut-carut, maki-maki, membebel dan sewaktu dengannya,
bila aku tengok kawan aku yang menunggu ni macam ni,
aku rasa macam kesian,
lagilah aku sabar menanti.
ye lah, takkan kawan kita nak mengamuk, kita pun nak mengamuk.
MySpace

biasanya apa yang aku buat bila menunggu orang seorang diri?
  1. dengar lagu (kalau boleh radio sebab ada DJ bercakap & kadang2 buat lawak & akan buat kite gelak dan boleh hilangkan bosan, walaupun nampak macam orang gila gelak sorang2)
  2. main game (walaupun lepas itu bateri hp habis)
  3. telefon kawan (itupun kalau aku ada kredit)
  4. berangan (ha, yang ini best hahahahah)
  5. tengok mamat handsome yang berdekatan (tapi biasanya tak ada)
  6. bercakap dengan orang yang berdekatan kalau boleh yang tua2 (aku akan terlebih peramah kalau mood aku bosan)
  7. main dengan kucing (ha, yang ini memang banyak walau di mana2 tempat)
  8. kacau semut (tak, aku bukan pendera. aku acah2 je)
  9. pandang langit, tengok awan tu membentuk apa (sakit tengkuk aku)
mesti ramai yang pelik kan kenapa aku ini penyabar menunggu,
dan tertanya-tanya macam mana aku boleh menunggu sebegitu lama,
kan kan kan kan
(alaaa angguk je lah)
MySpace

  1. sebab dah janji nak keluar bersama (walaupun dia tak tepati masa)
  2. sebab dia mungkin ada alasannya tersendiri (walaupun dia memang sentiasa lambat)
  3. sebab aku sayang kawan aku hahah (walaupun aku tak tau dia sayang aku ke tak)
  4. sebab manusia sentiasa ada kekurangannya (walaupun dia tak cuba hendak memperbaikinya)
  5. sebab aku penyabar walaupun aku hangin gak tapi bila dia dah datang je, terus hilang marah aku (baik kan aku neh, kan kan )
cuma satu sahaja yang boleh buat aku meledak kalah gunung berapi, lava kemarahan aku pun lebih panas daripada lava gunung berapi. aku tak suka orang yang batal saat-saat akhir.

post aku ini dah lama aku fikir, dan aku tak tujukan untuk siapa-siapa pun. memang daripada sekolah, aku kene macam ini. alah bisa tegal biasa (betul ke?). apa-apa pun, daripada menjadi orang yang ditunggu, baik kita menjadi yang menunggu kan.
MySpace

 
korang tafsir lah sendiri gambar ni
(credit to dewabenny.com/wp-content/uploads...ting.gif)




18 Masuk GoaLLLL:

F U N F A B U L O S I T Y said...

wohhoooo-satu entry yg menarik-forever lah-mmg terfikir dua kali-kadang2 jadik sepuloh kali kot bila membacanyew-hahahaha-dex try kasik title dia-TIK TOK JAM MEMBAZIR BERLALU,KE-TOK KEPALAMU- ;D

fitri oh fitri said...

tik tok tik tok. masa beb!~ haha






http://fitridzulkifli.blogspot.com

Sanusi Din said...

Tajuknya ialah "janji nuraka"..ahaks

rossoneri said...

hahaha..sgt kreatif anda semua

FaTiN said...

janji nuraka? apa tu encik?

*aku berlakon jadi owner blog ni jap*

hahaha

Adila Ady said...

kebiasaannya sayalah penunggu itu..tp saya tak dungu sangat..setelah datang orang y ditunggu..berbakul2 jugaklah maki hamun dia terpaksa dengar..hehe.

saya orang jahat..=)

KaCaNg87 said...

waahhh..baeknye momo..mcm kte gk..salu je tggu tettt nk p cls..tp kte redha..sbb memg p cls ngn dye pon..huk3..

rossoneri said...

haha patin, ye aku bg can ko'berlakon' jap...

adila,kite penat marah org sbenarnya.bg kite xada gunanya sbb dia akan buat gak..

kacang, tettttttttttttt..hahah,bkn pasal baik ke xbaik ..sbenarnya keterpaksaan..hahaha...xpelah, training jd org penyabar,manala tau jodoh kite dgn hot temper (tiba2 msk tajuk lain) hahahha

KaCaNg87 said...

hahaha...aah..memg terpaksa kn..belasah jela tjok laen pon..tp btolla, org ckp kalu kte jns penyabar cmni(penyabar la sgt)..nt dpt jodoh ngn org yg sebaliknye..hehe.. x taw la btol ke x..huhu

rossoneri said...

haih,betullah tu kacang.pernah dgr gak, n pernah tgk gak..sbb kalau pikir logik,susah la nak kekal rumahtangga kalo dua2 hot temper kan..tp pasangan yang cool pun ada gak..cuma kite xtau kan, siapakah prince charming kita (wah,msk tajuk rumahtangga)

KaCaNg87 said...

wahaha..momo la ni stat dl..da terpesong dr tjok..tp x saba la nk taw sape la prince charming kte 2..kt ukm ni kompem x de da..da nk abis..ngeee~

rathiqah azmira rosli said...

3 jam?


kalau kita jadi awak

memang dah nyanyi lagu sheila on seven da


'caci maki saja dirimu,...haha"

rossoneri said...

kacang, gaya ang mcm ang mau kawin cepat je neh..kursus kawin dah g kan..hahahhahaha...

rathiqah,hahahah bagus gak idea tu..curik bley?..hahah..itu masa kita skolah,biasa ah bdk2 sekolah smua perangai mcm cili, best gila kene tunggu 3 jam..hahaha..

KaCaNg87 said...

haha..aah..da p da kursus kawen..thn lps..awai 2..wkaka..momo da p kursus kawen ke?

rossoneri said...

mestilah...........belum!!!
wawawawa

aNoZ said...

gmba plg bwh tu plg klaka. haha.. nice entry

Fafa Rafa said...

yup! lebih baik jadi yg menunggu. lagipun, rasa tak sedap je bila orang tunggu kita.

if fara pernah buat camtu kat kak ena, sorry ye.. :(

sayang kak ena sangat2!! mwahh3!!

*cepat2 la pergi kursus kahwin! fara dah! :P

rossoneri said...

fara xpenah wat kite cam tu okey, mmuahhh juga..ceh awal2 dia da pegi, hampeh je..malas la,lgpon petoq kata kalo kat selangor still kursus kawin sehari je..

anoz heheh tq :D