Friday, February 19, 2010

lagi sekali pasal Faizal Tahir

semua akhbar keluar cerita pasal konsert satu suara...
semua akhbar cuma mengulas konsert tu best n blablablabblabla...
tiba-tiba ada sangkut satu surat khabar ni,
yang menyebabkan semua orang pergi beli/tgk laman web paper nih,
sebab satu2nya artikel (mungkinlah), yang tiba2 kritik pasal faizal tahir..
hohoooooooooooooo...

peminat faizal tahir agak hangin gak lah...
tapi mereka cool lagi...(harap2 xada yang melentinglah)..
meh baca sini

mula2 aku ingat dia kritik faizal tahir, aku tak kisah ah..
dah namanya pun artis kan, jadi perkara biasa..
orang nak promosikan artis kesayangan kita, aku tak kisah..
wawawa...
tapi, aku agak hangin, sebab dia kritik (dengan ayat sarcastic) peminat faizal tahir
(maksudnya termasuk aku la tu kan)..
setiap perkataan walaupun mempunyai makna yang sama,
tapi mempunyai penekanan yang berbeza,
dengan kata lain, setiap perkataan ada maksud berbeza walaupun nampak luaran maksudnya sama..

Tidak keterlaluan juga kalau disebut pada ketiga-tiga malam konsert itu, majoriti yang hadir adalah peminat Faizal yang menggelarkan diri mereka sebagai Rockensteiners.
Tepukan dan sorakan yang diterimanya membangkitkan kuasa yang cukup luar biasa malam itu.
Sebaik Faizal muncul di pentas tanpa bertongkat menyampaikan lagu Sampai Syurga, peminatnya sudah tidak dapat dikawal lagi.
Mereka menjerit serta bersorak bagaikan terkena histeria dan itu sudah cukup membuktikan Faizal memiliki ramai pemuja.

penggunaan perkataan seperti 'menggelarkan', 'tidak dapat dikawal', 'terkena histeria', 'pemuja'....
perkataan2 ini semua menunjukkan kepada 'over'
(apa yang dia nak sampaikan sbenarnya??)
aku, minat faizal tahir,
tapi aku BUKAN PEMUJA...
penggunaan PEMUJA, agak keterlaluanlah, peminat je cukuplah..
'bagaikan terkena histeria'???..
kami jerit je okey..itu pun macam kene histeria ke???...
lainlah tiba2 ada antara kami yang pergi naik pentas tu...
itu memang 'bagai terkena histeria'...

haih, entahlah wei, aku ni bukan artis...
jadi, mestilah aku agak hangin kan..
nak kritik pun, janganlah babitkan peminat...
kesiannnnn peminat...
tapi tak tahulah, aku sorg je kot terasa...
tapi, biarlah...suka hatilah..

(tiba2 emo jap, dah lah kalah..sadis2...wawawawa)

p/s: aku malas nak letak kartun2 monyet aku tuh tuk post nih..

(click here, onegaishimas)
Vampire Knight, Vol. 9

7 Masuk GoaLLLL:

Fafa Rafa said...

faizal takde kaitan dgn ac milan ok? :D

ala kak ena.. biasa la tu.. sandiwara media.. cewahhh~

kalau semua paper nak puji, mesti orang bajet cerita sama je.. bila dia buat camtu, orang pun ramai la yg beli paper dia..

promotion tactic :)

rossoneri said...

hahahhaha...
ye kite pun paham dia nak promote paper..org len tak ckp pasal fans artis, dia leh lak wat statement mengancam sehhhhh...apa2 pon 'congratz' to the writer ah.. kasi gempar sehhh...hahahahah

rossoneri said...
This comment has been removed by the author.
Sanusi Din said...

wartawan hiburan cari makan dengan berita sensasi.. dah tentulah depa kena guna ayat sensasi..
Klu minat dengan vokal dan muzik TANPA memuja penyanyi itu namanya peminat matang.
Kalau terkinja-kinja memuja penyanyi itu peminat fanatik namanya.
Saya pon minat vokal dan muzik FT. Apa pon yg wartawan tulis ttg dia, tidak akan mengubah apa-apa sbb saya minat produk FT, bukan FT sendiri secara peribadi.

rossoneri said...

i just dun like the word 'memuja'.. bagi saya lah kan, tau kan peminat maradona mcm mana..itu barulah memuja..biasanya kan kite guna istilah 'fanatik'...itu sudah sinonim..tp tulah, bak kata kamu, wartawan nak 'cari makan' dgn guna ayat y hiperbola...wah..hahaha

FaTiN said...

tak kisah la rina apa dia cakap, yang penting kita masih minat faizal. dan faizal masih minat kite. wakaka :D

rossoneri said...

hahahah yeszaaaa, dia kan slalu ckp 'i love u too'...hahahha..