Friday, January 14, 2011

Fantasi dan Realiti

Bermula dengan mimpi,
Mengharapkan sebuah impian,
untuk menjadi suatu kenyataan..
Tapi, kadang-kadang apabila terlebih mimpi,
ia akan menjadi angan-angan..
angan-angan mat jenin?
yang boleh membuatkan kesan buruk ke atas diri kamu..
yang akhirnya jatuh dari pokok kelapa..

ahaaaaaaaaaaaaa, tiba2 merepek jap..
baru2 ni aku habiskan novel Ramlee Awang Murshid..
(tak kenal??ohhh maknanya kamu bukan peminat novel)...
Aku suka baca novel dia,terasa dekat di hati...eheeeeeeeeee
novel dia mesti kisah antara dunia khayalan dan realiti..
yang kadang2 susah untuk dibezakan oleh sesetengah manusia..
akibat kecelaruan otak, atau tekanan yang dialami...
bila dah masuk dunia khayalan susah nak keluar...
hanya dengan kasih sayang, kaki mereka boleh berpijak kembali ke dunia nyata...
oh hooooooooooo...
atau dalam bahasa mudahnya, Cerita Orang gila..

Sebenarnya aku lagi suka baca novel yang kelakar2...
Tapi, hanya Ahadiat Akashah je yang mampu buat aku gelak guling2...
Aku tak minat baca novel cinta2 jiwang2, sebab aku daripada kecik..
HIdup aku dengan novel..dan aku dah baca bermacam jenis novel..
sejak aku sekolah rendah...
Malangnya sampai ke besar, semua novel cinta2 adalah klise...
sebab tu aku suka baca novel Ramlee Awang Murshid..
lain daripada lain..
memanglah dari segi penulisan dia agak straight forward tak ada puitis2..
tapi apa aku kisah, janji aku suka..
Kalau nak mengharapkan kisah romantik dalam penulisan beliau nih..
Jangan haraplah..novel 'Satu Janji' je yang berkisarkan romantik..
itu pun tak berapa...haha...

credit karangkraf
Rayyan Fantasi,
Novel terbaru daripada Ramlee Awang Murshid..
The Lord of The ring + Twilight + Narnia + Harry Potter...
hohohohohohoooo..itu lah perasaan aku bila baca novel nih..
Aku suka! kakak aku kata dia pening..lol...
Kisahnya, Ibrahim lari daripada negaranya iaitu suatu dunia fantasi yang sukar digambarkan manusia..
Dia berlari bersama anak kecilnya Aiddin,
Mereka berdua tinggal bersama Supinah dan ayahnya yang membantu mereka termasuk dari segi agama..
Akhirnya Ibrahim berkahwin dengan Supinah..
Aiddin sudah dewasa dan belajar di UKM..
(yang ni aku rasa kelakar, sebab dia belajar sama tempat dengan aku, hostel yang sama, siap komen 'makanan kat situ sekadar mengalas perut je' sebab makanan memang tak sedap!hahaha, nasib baik dia tak cerita pasal beruk sekali)
Aiddin tak tahu dia bukan manusia dan ada kuasa...
Jadi bermacam peristiwalah yang jadi...
untuk cerita lanjut sila beli novel ini.....wawawa...

Aku suka masa dia pergi berperang dengan bapak dia..
Pergh, memang terbayang dalam kepala aku The Lord Of the ring..
aku membayangkan Aiddin ni macam Legolas..sebab dia memanah wawawa...

p/s: Nama blog aku ni pengaruh daripada baca novel Ramlee Awang Murshid.hehehe..


13 Masuk GoaLLLL:

Aliesha Kirana said...

wah! mcm seronok je novel beliau..harus ku cari nnti..hehehe~

Fariq Jalil said...

fuh macam tajuk lagu crossfire lak,
wey awat lama menyepi je ni??
rindu lak rasanya,, ngee

Unknown said...

kita pun suka giler baca novel RAM..
tp paling suka novel trilogi dan cinta sufi...suka sgt...

Rina Rossoneri said...

aliesha,besttttttt..

fariq,lol,sibuk main game hahaha

sweet dream,oooo kita suka cite2 org gila, macam mandatori,rahsia perindu

Unknown said...

perghhh...ramlee awg mrshid mmg best!dari cerita ADAM,ade satu lagi cite dia tp lupa tajuk,bagaikan puteri.semua..mmg semua best-best.cuma skrg echah dah jarang baca novel.HEHE.ahadiat pn mmg suka giler gakkk..dari zmn tgktan 1 lagi.legenda budak setan tuh dah berkali-kali khatam!dua-dua penulis hebattt ohhh...suka2.:)

toyolkiut said...

RAM.. slalu dngn citer mistik2 misteri kn..
TK klau baca pyah nk tido la..
mata ni duk tbayang je ntah apa2..
TK kurang baca novel..
belek2 majalah je..

Unknown said...

buat filem cte ni msti best

Unknown said...

Wah.peminat RAM rupanya.Minat RAM.Mula baca karya RAM sejak dari Tombiruo lagi

Hanisah Safian said...

RAM?? beliau lagenda! zaman kecik2 lagi dah kenal die. :)

yzahm said...

novel ni best x? tak sabar nak baca..

CIK TOM said...

cik tom suka novel ramlee awang murshid...esok cik tom nak pi popular cr novel ni la jgk sbb borink giler kursus kt sini...huk2...

TunTeja said...

perghhhh..memang serious kaki novel ni!!!!! ;)

ohhh.ingatkan dreamy tu cte korea tau.hahaha

noa said...

aku tak penah tepk pun nk baca novel dia, sbb aku ingat novel dia cerita hantu so aku takut so aku tak baca arrr