Sunday, January 30, 2011

EP12: Aku Seorang Blogger

Sambungan daripada EP11: Aku Seorang Blogger

Pada masa yang sama, seseorang sedang tertawa berdekah-dekah sambil memerhatikan tingkah laku mereka berdua di sebalik langsir.

Fariq keluar dari tempat persembunyiannya. Fariq berdehem. Haqim menoleh ke arah suara itu. dia membesarkan sedikit matanya akibat terkejut. Fariq menunjukkan senyuman sinisnya. Mungkin dek penangan Muay Thai daripadanya menghasilkan kegusaran di hati Haqim ketika itu.

"Dia dah jadi tunangan orang. Tak perlulah kau berada kat sini lagi". Haqim merenung tajam ke arah Fariq. Tanpa membuang masa, tanpa perlu dia mengguriskan hatinya lagi, dia mahu beredar daripada rumah Ilya Suhana dengan segera. Keayuan Ilya pada ketika itu sudah tidak mampu lagi merawat hatinya. 

"Ilya Suhana, sebelum aku keluar daripada rumah kau ni, aku cuma nak kau tahu. Aku jahat, suka usik kau, guna taktik kotor. Tapi aku bersyukur, dalam hidup aku, aku dapat jumpa Ciptaan Tuhan Yang Maha Agung, betapa cantiknnya ciptaan itu. Mata ciptaanNya buat aku nak usik kau, Mulut CiptaanNya buat aku nak jadi jahat hanya untuk kau, Jelingan kau ditambah dengan alis yang panjang ciptaanNya, buat aku nak tarik perhatian kau. Maafkan aku sebab guna taktik kotor, dan aku tahu, hanya penyesalam dalam diri kau sebab jumpa aku". Haqim segera berlalu pergi. Dia mungkin jahat bagi pandangan Ilya Suhana, tapi kata-katanya tadi itu memang ikhlas dari hatinya yang pernah berbunga bagai taman itu.

Manakala Ilya Suhana, tergamam mendengar kata-kata Haqim itu.

                                                 -------------------------------------

"Oi, berangan!", sergah Fariq. Bahu Ilya Suhana terhenjut sedikit dek sergahan Fariq itu. Tawa Fariq meletus melihat wajah Ilya Suhana. Ilya Suhana geram, tetapi dia sekadar mencebik. Kata-kata Haqim itu telah meninggalkan kesan ke atas Ilya Suhana dan mungkin sebab itu dia malas hendak melayan kerenah Fariq. Fariq yang melihat adiknya itu masam dan tidak aktif seperti kebiasaanya, mula mengeluh. Dia duduk di hadapan Ilya Suhana.

"Jangan cakap kau dah termakan dengan kata-kata manis Haqim tu. Buat rugi je kita plan pasal pertunangan kau dengan Afiq tuh". Kali ini Ilya Suhana pula mengeluh. Pertunangan dia dan Afiq hanyalah palsu. Semuanya kerana untuk menghindarkan Haqim daripada mendekati dirinya. Afiq, yang melihat kejadian di rumah pada petang tadi mengatakan dia tidak patut berbuat demikian. Afiq sendiri dapat merasakan Haqim ikhlas. Gurauan kasarnya hanyalah untuk menarik perhatian Ilya Suhana.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Dia siap pukul aku lagi". Ilya Suhana merenung wajah abangnya. Baginya, Fariq adalah segala-galanya. Malah, dia akui dia lebih menyanyangi abangnya daripada kedua ibu bapanya sendiri. Fariq sanggup berkorban nyawa untuk Ilya Suhana. 

"Fariq, kalau........", Ilya Suhana teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya. Fariq menanti.

"Kalau.........."


Jika hendak membaca daripada mula, EP1 Aku Seorang Blogger (sila Click)

Hendak mengetahu lebih lanjut mengenai sambungan cerita ini Click Sini


14 Masuk GoaLLLL:

CIK TOM said...

wah best smbgn yg ros buat ni...xsgka plk tunang olok2..hehe

Anonymous said...

fariq mcm nama ET je. hehe

Rina Rossoneri said...

cik tom, wawawa buat cite nih dalam masa 10 minit,wawawawa...harap2 xcikai...seb bek cik tom suka...

macy,hakhakahk sian fariq

Siti Noraisyah said...

bagusla.. ade bakat jadi penulis ni.. teruskan ye.. ^^

aza shafiza said...

heheee...ilya suhana suda terpikat ngn haqim plak.....

Fariq Jalil said...

wah2... i like,, watak fariq ada lagi.. ngee..

*eh kayuan tu, keayuan ke?

Rina Rossoneri said...

siti,hohoho otak dah berkarat..

aza,heheh nantikan seterusnya pulak

fariq,hakhakh aku rasa dah banyak kali aku baca leh xperasan ..adeii.. tq

Raji and Yeen said...

kalau nk kawen dgn fariz bole x?
huahua xD
xde2 cpt smbung :P

A.s.t.i.n.a said...

best nya dapat abang camtu...

cepat sambung..

Siti Safiyyah said...

laaa..tunang olok2 ke? hehe, eh apesal ilya panggil fariq gune nme jek? gunelah abg ke..hehe ;p

Anonymous said...

alamak sis... dah episod 11 da?? huhu

♥NuR SyAFiQah♥ said...

aku dah sambung cerite ni..ntah pape je cerite aku ni..hahahaha

http://pcar19.blogspot.com/2011/01/ep-13-aku-seorang-blogger.html

Cipina said...

shahdunya si haqim ni..menusuk kalbu betul..sobs

Saya tulis episod ke empat :P

Anonymous said...

x blh blah betol la Haqim ni...siap blh kena tipu lagi...hehehe,,..