aku akan dengar Mp3..(layan rock2, jiwang2, syahdu2 sorang2)..
Kalau ada tempat duduk kosong, aku pun duduk lah kan..
Sambil menikmati pemandangan hijau di luar tingkap...
(sebab tak ramai orang boleh lah tengok pemandangan)
Kadang2 tu mata aku ni akan tengok orang sekeliling macam mana..

ada yang tidur, ada yang borak2 dengan kawan, ada yang baca buku...
Kat depan aku ni, ada dua orang minah duduk sebelah menyebelah,
sedang berborak2...
tapi tiba2, posisi kedudukan minah dua orang ni berubah..
minah A ni siap angkat kaki sikit, badannya mengadap kawan nih..
sambil menyorok2kan muka dia...kawan dia minah B ni pun sama..
siap buat ekspresi muka yang sukar untuk dijelaskan...
(apa kebendalah dorang dok borak sampai begitu sekali terujanya tuh)...
Selepas beberapa ketika,
ada seorang wanita ni, duduk di hadapanku juga
menghulurkan tisu kepada seorang lelaki yang duduk selang satu kerusi dari tempat aku..
aku pun memandang lelaki tu..pelik lah kan, kenapa?lelaki tu menangis ke..
Kemudian keretapi pun berhenti di stesen Serdang...
Lelaki itu pun bangun...
dan menjinjit sebungkus plastik..
yang berisi Muntahnya yang berwarna Oren..................
...................................................................................
