Showing posts with label lee min ho. Show all posts
Showing posts with label lee min ho. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

Akhirnya habis tengok Personal Taste

Punyalah susah aku nak tengok Episod terakhir Drama nih...
Disebabkan ada masalah teknikal di website Dramacrazy.net
Jadi aku tak dapat nak tengok episod 16...
berapa hari aku menunggu...
Hari ni barulah dapat tengok ...dengan JAYANYA...
mwahahahaah....
(yelah, kalau Jepun tu fahamlah sikit2.ini Korea 'labusayo' je aku tau)

Ending cerita ni memang Best...happy eppy ending...MySpace
sangat sweet~...
MySpace
Walaupun konflik dan beberapa orang dalam drama ni sangatlah menyampah...
Tapi pada masa yang sama Heroin cerita ni yang pada mulanya Lembik..
akhirnya sudah menjadi kuat dan mulutnya makin pandai membalas...
itu memang best...dia balas balik kat minah sorang yang annoying gila nih..

Antara lain sebab drama ni best..
 
credit to Anon at dramacrazy.net
  • adegan yang romantik antara hero dan heroin ini..
  • sangat kelakar...terutama sekali awal cerita nih...
Episod yang paling tak best...episod 15....
sakit jiwa aku tengok episod tuh...
oklah...ohh Lee min ho~
MySpace

Wednesday, May 5, 2010

Apabila kebosanan Melanda

Rasa tak ada rasa...
Macam orang tak ada perasaan je..
Begitulah tahap kebosanan aku sekarang...
dan sebab itulah blog aku ni tak terusik untuk beberapa hari...
sebab bila dah bosan macam tak ada perasaan je..
tapi bila tengah ketekanan melanda, atau tengah sibuk,
memang sesempat yang mungkin aku post ....

sekarang, sudah masuk minggu ke 2 kalau aku tak silap...
bermulanya kehidupan sebagai penganggur...
Aku rasa macam tersekat di tengah jalan...
Hahaha...Rasa puas dah habis belajar, Tapi rasa penat tak habis lagi nak mula kerja...
hohohohoooooo...
dan sekarang memang aku bosan tahap cipan...

Jadi, nak tahu apa aktiviti aku?...
Memantapkan Vocabulary Jepun ...wah mwahahahha...
Dengan Tengok cerita Jepun...
Tapi kadang-kadang tengok cerita Korea jugak..
dah tahu sikit-sikit bahasa Korea...
'wei' 'a tu kajo' 'byanei' 'kamsamida'
hahahahah aku nak eja pun tak reti sebab nak menyebutnya pun boleh tercabut lidah aku..

Makanya, blog aku ni buat sementara waktu,
Pasal Drama atau anime sajalah yeeee..

Personal Taste/Personal Preference
Drama Korea...
ala, peminat cerita korea mesti tengah hangat tengok cerita ni kannn...
sebab heronya Lee Min Ho (nasib baik nama dia senang nak sebut)..
Dia ni pernah berlakon cerita Boys Over Flower...
dan dia sangat Hodoh dalam cerita tuh..
Mula2 aku malas nak tengok cerita Personal Taste nih..
sebab  aku membayangkan muka Lee Min Ho yang hodoh dalam cerita Boys Over Flower tu,
Tapi sebab jalan cerita drama ni terlalu menarik...

Jadi aku pun start to play!!!..
Kisah seorang Mamat ni yang disalah anggap oleh si Heroin ini,
iaitu, Mamat ni Gay...
dan disebabkan dia fikir mamat ni gay,
jadi dia pun tak kisah untuk bagi Mamat ni sewa bilik di rumah Heroin nih..
tapi, Mamat ni ada tujuan lain kenapa dia nak sewa bilik kat rumah Heroin nih..
padahal dia ada rumah...
Nak tahu tengok lah...

cerita ni serious aku cakap,
aku gelak memang macam orang gila..
sebab gelak pagi2 buta kan..
serius ah lawakkkkk gila...
( ada adegan Gay..hakhakahk )
Tapi, macam biasalah Drama korea kan..
kalau dah mula drama ala2 drama Melayu campur drama Sepanyol sikit..
memang menyampah tak ingat dunia...
jari aku asyik lajukan cerita je...
ye lah, konflik yang sama yang terlalu mudah untuk dijangka..
bosan okeyyyyy..
nasib baik cerita ni lawak dan sangatttt sweet...
dah boleh cair tau... sebab Lee Min Ho sangat comelllllll
Drama ni belum habis ditayangkan di Korea..
sekarang episode 10..
cerita ni ada 16 episode kesemuanya..
okeylah, cerita lain yang aku tengah tengok ni,
post seterusnya lah ye...weeeee