Showing posts with label vampire knight. Show all posts
Showing posts with label vampire knight. Show all posts

Monday, May 24, 2010

Mimpi pelik

Kadang-kadang kita bermimpi sebab risaukan sesuatu...
contohnya bila peperiksaan bermula memang tiap2 hari aku mimpi pelik2...
tak pasal2 pensyarah aku masuk dalam mimpi aku..
tu belum lagi keputusan peperiksaan aku dah dapat walaupun peperiksaannya pun belum mula...

Tapi, aku pelik kalau aku mimpi benda yang aku tak terfikir pun pada hari tu..
atau pun memang tak pernah terfikir lah...
kadang2 orang yang kita dah berzaman tak jumpa,
tiba2 muncul dalam mimpi....

itu belum lagi kalau mimpi tu siap bersambung...
hmmmmmm tapi kebanyakan mimpi aku selalu lupa bila dah bangun...
meh sini aku senaraikan mimpi pelik yang aku pernah mimpi...

  • aku mimpi aku pregnant! ini memang tak boleh bla lah kan. banyak kali okey aku mimpi walaupun tak berturut2. dan dalam mimpi tu mesti aku akan pegang je perut aku. masa mula2 mimpi perut aku dah besar pastu takut nak berjalan (takut meletop haha),baru2 ni mimpi, perut tu kecil lagi. Tapi kan, aku tak pernah tahu siapa bapak budak dalam perut tuh.hahahah. oh ye, im still single, available and never married and still pure. lol
  • lepas tu aku pernah mimpi aku bunuh orang. aku bunuh orang yang aku tak kenal, tak ingat sangat mimpi tuh.tapi yang aku paling ingat aku bunuh adik aku sendiri. hohohohohoooooo.
  • selain membunuh orang, aku pernah mimpi aku bunuh diri sendiri. woooo ini memang ngeri sebab memang real mimpi nih. aku siap boleh rasa mata aku perlahan2 tutup pastu pandangan makin kabur, dan aku tak rasa sakit apa2 pun, tapi aku rasa diri aku makin lama makin jauh...woooooo..
  • Yang ini best. aku mimpi hantu, tapi memang real ah. aku mimpi kat bilik hostel aku. yang aku ingat aku nampak bayang2 hitam pastu memang takut gila ah. pastu aku pun terjaga. hari dah siang. aku pun bersiap2 lah. sedang aku bersiap2 tiba2 aku ternampak dua bijik lebam kat kaki aku. dan memang aku tak langgar apa2 pun. bila aku tekan lebam tu, lebam tu tak sakit pun. lebam Ungu gitu. hohohoooo. lepas tu beberapa hari kemudian, aku pergi Pulau Pinang dengan budak2 kos aku, kitaorang buat kerja lapangan. kitaorang naik Keretapi. Dalam keretapi tu aku tidur dengan berselubung muka aku (maklumlah lampu tak tutup dalam keretapi tu). walaupun kejap je aku tidur aku boleh mimpi hantu lagi. dan bila dah sampai kat rumah tumpangan Mengkuang Titi, tiba2 aku nampak lebam bertambah lagi satu. hohohohoooo 
 (tak payah tunggu vampire datang pun hahaha)

Bukan selalu lah aku mimpi teruk2 ni.
biasanya aku mimpi, aku boleh kawal lagi..
macam dalam mimpi tu, kalau aku mimpi hantu..
aku boleh siap cakap kat diri sendiri lagi..
'ala ini mimpi je, sudah, bangun, bangun!!!' pap aku bangun...
tapi kalau mimpi terlebih pelik macam dalam senarai tu memang real  lah..

mungkin otak aku tak berapa betul masa tuh..
ahahhaahahha tu yang mimpi pelik2...

(all pictures are not mine, and can't state the source coz its already saved in my document)

Friday, April 2, 2010

Lagu >>> Versi Instrumental

kadang2 bila dah bosan dengar lagu..
aku hanya dengar versi instrumental sahaja...
hanya iringan muzik...
(click pada nama2 di bawah)

MUSE - Time is Running Out 
(ini memang best, versi quartet)

 MICHAEL JACKSON - You're Not Alone
(best juga, sebab Naoto yang main violin ni)

EVENESCENCE - My Immortal
(kalau nak tidur, boleh la dengar versi quartet ni)

PANIC AT THE DISCO - build god, then we'll talk
PANIC AT THE DISCO - i write sins, not tragedies
(lagu panic dalam album pertama, bila buat quartet version semuanya sedap)

kemudian, bagi lagu Jepun pula...

PLANETARIUM - Ai Otsuka
(kegemaranku sepanjang zaman, hohohooo)

EXILE - Futatsu no Kuchibiru
(siapa yang tengok Tokyo Dogs tu, tahu lah lagu ni. best mamat jepun ni main piano)

Bagi Soundtrack dalam drama/anime pula...

cerita Perancis AMELIE - La Valse D'Amelie
( kalau korang tengok cerita rona roni macaroni, ha ini lah soundtrack nya, mula2 dengar, ingatkan Hp aku la yang berbunyi, rupanya datang dari TV daaaa, aku suka gila dengar soundtrack cerita Amelie nih, walaupun cerita tu amat pelik dan aku sampai sekarang tak faham haha)


cerita Italy The Cave Of the Golden ROse
(ala, takkan tak ingat kot cerita Fantaghiro dengan Romualdo tu. cerita ni memang sangat femes. siapa yang tak tengok memang rugi ler sebab heronya HANDSOME giler! )


cerita anime Jepun Vampire Knight - zero soundtrack

(dalam anime ni, setiap watak ada soundtrack masing2, aku suka dengar muzik ni, tapi bukan waktu malam lah..hahahah)

oh ye, ada lagu Linkin Park versi Quartet lagi tau...
hahah cuma korang kene membayangkan lagu ni bukan lagu rock, bila dengar muzik ni..
sebab...memang pelik gak lah..
yang sedap sikit bagi telinga aku - NUMB 
tapi lagu In The End,dan FAINT agak pelik dan kelakar...hohooo
 
ok lah, itu aje. aku ni semua jenis muzik aku dengar, asalkan sedap (tapi bukan dangdut)