Monday, April 4, 2011

Nobita and The Green Giant Legend

Siapa yang tak pernah minat Doraemon kan..
Semua suka Doraemon, sebab anime Doraemon ni ada Pengajaran di sebalik ceritanya..
Bukan sekadar imaginasi yang tinggi...
Aku sampai sekarang suka Doraemon, setiap kali keluar kat Channel 611, Aku mesti Teruja..
Mwahaha..Cuma sekarang tak beli komik je..
Adik aku dulu, Sebelum dia mencapai Usia Keayuan..
Setiap kali pergi ke Kedai VCD, aku dan kakak aku pergi cari CD Lagu,
Yang Adik aku pergi cari CD Doraemon..
Senang cerita setiap Kali masuk kedai VCD, setiap kali itulah beli CD Doraemon..
Jadi, bayangkanlah berapa banyaknya CD Doraemon...
Malangnya CD itu semua hancur dah...

Aku ingatkan apabila Adik Aku dah meningkat mencapai Usia Keayuan nih,
Semangat Doraemon dia dah hilanglah kan..
Rupa-rupanya Semangat Doraemon tak pernah luntur..Kan aku dah cakap, Sekali Doraemon dah masuk...
Pintu Suka hati pun tak dapat bantu Doraemon keluar dari badan korang...
(Aku dah mengarut kan)

Baiklah, sempena Hari ini, Iaitu hari Adik aku mencapai Usia Keayuan..(20 tahun yoooo)
Happy Birthday Adikku...
(Tak boleh letak gambar sebab adik aku cun kalah Fatin Liyana haha)
(Kalau Adik aku baca mesti dia mencarut, aippp tak baik mencarut)
(Tapi sebenarnya aku pernah je letak gambar dia, cuma korang kena cari sendiri)

Baiklah, disebabkan itu aku nak Review Filem Doraemon ini..
Sebab cerita ini dia yang ambil dari mana entah, pastu aku pun ambil dari dia..
Filem Nobita and The Green Giant Legend di keluarkan pada 2008...
Kali ini, filem ini membawa tema Cintai Tumbuh-tumbuhan..

Nobita telah selamatkan Pokok kecil ini daripada mati dek hujan di kawasan pembuangan sampah di dalam hutan. Ya, manusia buang sampah dalam hutan.
Tapi, mak dia tak kasi Tanam pokok sebab rumah mereka kecil..
Maka, dengan bantuan Doraemon, Pokok kecil itu dijadikannya boleh berjalan tapi hanya mampu sebut 'Ki' sahaja. 'Ki' bermaksud Pokok.

Nobita pun menamakan dia Kibo.
Adik aku pun kecil2 dulu suka tanam pokok. (Okey aku tipu)
Adik aku sangat mencintai Tumbuh-tumbuhan sebab tu dia tak pernah tanam sebab takut pokok tu mati..
Anggap je itu Adik aku bersama Kibo wawawawa

Kemudian, adalah satu planet Tumbuh-tumbuhan ni marah dengan orang Bumi..
Sebab orang Bumi menghancurkan tumbuh-tumbuhan..
Tapi, Bukan semua kesalahan perlu dihukum,
kadang-kala ia perlu diberi peluang untuk menebus kesalahan itu dengan membaik pulih..
Disebabkan penduduk Planet Tumbuh-tumbuhan ni tak percaya Orang Bumi nak tebus kesalahan..
Mereka pun melancarkan Perang..
Apa terjadi seterusnya? Silalah beli VCD tengok sendiri
Oh ye,kalau korang selalu tengok cerita Doraemon Yang versi Negara Atas Awan tu..
Kalau korang perasan akhir sekali masa dalam dewan pengadilan negara Awan..
Doraemon dan rosak,tiba2 ada pokok besar masuk..Itulah Kibo, dah besar..

Makhluk coklat tu boleh bawa orang lain ke tempat lain
dengan guna Asap Kentut dia..mwahaha

Kesimpulan cerita ini ialah, Happy Birthday Adik Aku kerana sudah mencapai Usia Keayuan tetapi tetap setia dengan Doraemon mwahahah..
Rate Filem ini : 5/5 (Sebab Adik Aku Hardcore fan Doraemon)

Ini lagu dalam Filem, Dinyanyikan oleh AYaka


p/s: Lupa nak bagi cerita ni kat Abang aku..ala minggu ni ko balik lagi kan...

16 Masuk GoaLLLL:

The Crow said...

Dah 20 tahun adik rina. Same la. Crow pun 20 tahun jgk. wakaka..

Crow pun pernah tgk filem doraemon tu. Doraemon mmg best! heheh..


(^__^)

M a W a D D a H said...

zmn kanak2 riang dulu suka gak tgk doraemon..hehe

Fariq Jalil said...

ceh.. cd dah hancur ke mmg taknak bagi ai pinjam.. :pang..

ha baru nak tanya tadi.. mcm ade kesinambungan dengan part negara atas awan tu kan..

cik aiLebiu said...

sekian entri doraemon..tang tang tang ot teh mo da e suki do ra e mamuuuu..buahahaha bantai lirik...

aNiS aNiSa said...

selamat hari lahir utk adik awak...
smoga sntiasa d bwh rhmat illahi =)

suka sgt tgk doremon,,skrg pn suka..comel!!geram rasa bulat2 hehe

latest entry : Kawen Sebelum atau Selepas Belajar???

Bunga said...

selamat hari lahir..

bunga pun minat doremon..ahha..

hana said...

zhu ni shengri kuaile..
doremon mmg comel...
suke sangat!!

maCy said...

Adik aku sangat mencintai Tumbuh-tumbuhan sebab tu dia tak pernah tanam sebab takut pokok tu mati..

sengal! hahaha

Imran nyambek said...

gua suke pokemon.hehe

oya said...

minat...dr kecik sampai ke bsr cite tu ade lg kn..

rainoserez said...

dulu ada sekoleksi komik doremon, pastu anai2 mkn, habisss.. :(

ermmm, aku pon pencinta tumbuh2an gak, sbb tu aku tak penah tanam pokok, kesiannn.. nanti pokok mati!

Raji and Yeen said...

woahhh kipas susah mati doremon eh adik kau..
kaun pun sme malu ngaku jer tu ;P

Happy birthday to her~
movie tu mcm pernah baca jer ;D

ftrhd said...

sizuka sizuka.. tolong jawab tagged ni jap kalau belum buat lagi..hihi :)

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Unknown said...

dulu sy minat jgk doremon skrg kakak sy je yg masih minat sy kurang minat dh minat masked rider jer.. hehe

toyolkiut said...

kelakar la entry ni..
senyum sengih je TK baca..
kirim salam kt adik ye..
TK suka jg tngok citer doraemon ni..

Aleen Aiden said...

hahah.pintu pink 2 memang menggamit memori la.skali dgn kipas yg letak atas kepala 2.haishhh!terjebak jugak.keh3