Monday, April 12, 2010

Bermulalah Musim

Musim apakah?
Musim Buah, YEAYYYYYY...
MySpace
(banyaklah kau punya musim buah)..
sebenarnya dah bermula musim peperiksaan,
Hari ini merupakan hari pertama aku menduduki peperiksaan bagi semester ini,
nak tahu aku jawab kertas subjek apa tadi...
DIALEKTOLOGI...

tak kenal apa itu DIALEKTOLOGI...???
atau dalam bahasa mudahnya, dialek..
hohohohooooo...
jangan ditanya aku boleh jawab atau tidak,
jawab tu memanglah jawab, entah betul ke tak, aku kurang pasti,
hahahahah,
ala subjek ni, yang aku belajar,
Kisah seorang pelatih yang bernama Edmond Edmont (nama dia memang macam ni, aku tak reka)..
MySpace
Dia ni dilatih oleh Gillieron yang ingin mengkaji dialek perancis,
Dia menyuruh si Edmond Edmont ni pergi mengedar borang soal selidik,
yang telah direka oleh Gillieron.

Maka, pergilah si Edmond Edmont ini,
menjelajah ke serata Perancis, iaitu sebanyak 639 kawasan telah dijelajahinya,
dengan hanya menggunakan....BASIKAL!...
dan dia telah menemui seramai 700 orang informan bagi menjawab soalan soal selidiknya itu,
berpandukan hasil data yang telah berjaya dikutipnya,
maka dapatlah Gillieron ini membuat atlas linguistique de la France...
begitulah kisahnya,
tapi sayang, aku tak boleh jawab macam ini dalam kertas jawapan..
sebabnya?
ini bukan penulisan kreatif ye nak jawab macam ni,
Ini DIALEKTOLOGI...
bukan membuat cerita non-fiksyen..
dan bukan benda ni je yang aku belajar ye, sebenarnya benda lain yang lebih penting..
mwahahhaa

Inilah yang terjadi apabila otak kepalaku biol,
MySpace
dek penangan menjawab kertas itu,
hanya sehelai kertas soalan tetapi memakan seribu kudrat mental yang sangat memenatkan..
wah! rasa macam nak tidur
MySpace
(dah tidur pun lepas periksa tadi, mwahahha)

3 Masuk GoaLLLL: