Showing posts with label LRT. Show all posts
Showing posts with label LRT. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Tips untuk wanita mengandung naik LRT

Ini aku nak cerita pasal naik keretapi atau dikhususkan lagi pada LRT putra..
(Ini tak termasuk monorail atau komuter atau keretapi tanah melayu atau sewaktu dengannya)

Kepada wanita mengandung yang dah lebih 5 bulan,
yakni perut dah memang membesar ke depan...
Yang pergi kerja atau jalan2 naik LRT...
Kebiasaannyalah kan, kalau wanita mengandung masuk je dalam LRT,
Mesti akan ada orang bagi duduk punya..
Tak kiralah masa tu tengah ramai orang..
Tapi masalahnya bukan semua hati manusia sama..
Aku pernah tengok ada wanita mengandung masuk,
Lepas itu ada wanita yang sihat sejahtera sedang duduk,
Wanita yang sihat nih nampak wanita mengandung ni tengah berdiri..
Tapi dia boleh buat tak nampak, pastu buat2 main game handphone...
Saboooo je lah..
Yang wanita mengandung ni pulak pergi berdiri tengah2 pintu masuk...

Lain kali, sila berdiri Depan orang2 yang duduk nih..
Kadang2 mereka yang duduk ini tak nampak atau pura-pura tak nampak..
Jadi, sila bagi nampak pada orang yang duduk ini...
Janganlah berdiri jauh dari orang yang duduk...
Tapi kalau tak nak duduk, lebih baik berdiri di tempat selamat,
aku rasa kalau berdiri tengah-tengah agak kurang selamat...

Cuma, itulah kalau yang mengandung kurang 5 bulan, perut tak besar lagi..
kawan aku yang mengandung nih pernah mengadu...
dia jenis badan lemah bila mengandung,
kena pula berdiri dalam lrt,
takkan nak cakap 'hai, saya pregnant. boleh bagi duduk?'

Ramai kawan aku kat pejabat dah mengandung..
hohohoho, aku pulak jadi doktor peribadi dorang..
'hei ini tak boleh makan' 'jalan perlahan nanti tersadung'


p/s: sebenarnya ni entry dah berzaman, tapi hari nih baru nak post haha. cek penat lah, ditambah dengan selesema dan batuk yang tak hilang-hilang..aku rasa asyik nak tidur je...aku tidur awal tau...hahaha

Saturday, May 1, 2010

Lelaki, Perempuan, Masuklah sama-sama...

ha, masuk mana tuh...

ohh tidak tidak tidak, jangan fikir bukan-bukan okey,
blog ini suci lagi...hohohohooooo

merujuk pada entry aku yang lepas, click
Lelaki dan perempuan mungkin dipisahkan semasa menaiki Keretapi...
Kini, terbaru, Datuk Seri Ong Tee Kiat tidak bercadang nak berbuat demikian..
sila rujuk ini. click Tiada cadangan wujudkan gerabak wanita pada sistem LRT: Tee Keat

LRT (bukan KTMB), bakal menambah 26 gerabak menjelang 2011...
berikutan pengguna ke lalulan Kelana Jaya semakin bertambah...


Rasa kelakar pun ada,
sebab keretapi yang sepatutnya menambahkan gerabak,
dan mengurangkan masa menunggu pengguna, tidak pantas berbuat demikian...
sebaliknya memikirkan hal lain pula,
sedangkan perkara2 sebegini lebih utama...
hmmmm

Friday, April 30, 2010

Ladies, Coach A please, Gentleman, Coach B please..

semenjak dilanda berita kedukaan pagi semalam.
(Lihat di sini click )
aku terasa malas nak menaip,
walaupun ada idea,
Hari ini baru ada semangat sikit..
(hahahaha macam frust sangat je)

(credit to Istocphoto)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan supaya
penumpang lelaki dan wanita yang menggunakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT)
diasingkan di dalam gerabak tren berbeza bagi mengelakkan masalah yang boleh
menyebabkan ketidakselesaan penumpang.

Cadangan itu yang dibuat Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan disokong penuh
Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dikemukakan semasa Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Douglas Uggah Embas menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena perasmian sidang Parlimen,
bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad berkata masalah gesel-menggesel antara lelaki dan perempuan sering kali
berlaku khususnya pada waktu puncak, apabila penumpang bersesak-sesak di dalam
gerabak, menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penumpang itu sendiri.

"Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka minta saya
sampaikan pada Yang Berhormat," katanya.
Chong yang meminta penjelasan daripada Douglas turut menyokong saranan Mohamad
kerana perkara itu juga merupakan satu bentuk gangguan seksual dan membabitkan
maruah khususnya kaum wanita.

(sumber dari www.malaysianbar.org)


Pasti ada yang tahu mengenai hal ini bukan?
dan mereka akan membuat soal selidik daripada orang ramai tidak lama lagi
untuk mengasingkan perempuan dan lelaki di gerabak yang berlainan..

Aku memang tak kisah, memang lagi bagus....KALAU..

  1. Keretapi itu Tiba dengan masa yang cepat. terutamanya waktu puncak.
  2. Sudah mempunyai Gerabak yang Banyak.
  3. Tidak mempunyai masalah sekiranya ada keretapi yang rosak. Iaitu mempunyai backup train.
Cuma aku terfikir lah kan,
Kalau kat Jepun, Keretapi dorang kan mantap...
Gangguan Seksual lagi teruk berlaku di dalam keretapi mereka,
tapi, kenapa mereka tak mengasingkan lelaki dan perempuan?..



sini gerabak lelaki je ye, Hey yang couple  tu, no no nooo...(credit to Google)





Tuesday, April 13, 2010

Peristiwa dalam keretapi 1



Kalau aku keluar berjalan-jalan,
biasanya aku menggunakan pengangkutan awam
(biasalah orang tak reti bawak kete atau motor, macam ni ler)
pengangkutan awam yang biasa aku gunakan ialah keretapi...
LRT Putra, Star, Monorail, Komuter, tak kira lah...

Tapi yang tak bestnya, bila waktu Puncak tuh,
pergh, ramai orang tak terkira dah macam sandwich yang disumbat salad,tomato, cheese, ham..ok dah!
Masa dulu-dulu lah, waktu tu aku Tingkatan 5 kot..
aku pergilah KLCC sebab ada date,
pastu balik dalam pukul 5 lebih...
dan masa nak tunggu LRT Putra tu pun dah macam sardin...
memang nak masuk pun tak boleh..
(dulu-dulu orang2 KLCC tak reti beratur, sekarang dah pandai sebab ada palang dan pak guard)
Kebetulan, ada lah sorang brother nih, borak-boraklah kejap dengan dia..(dia yang ajak borak)
pastu tiba-tiba dia cakap..
'awak telah menyumbang 0.01% pada kepadatan LRT nih'...
baikkk je dia perli aku, ye lah tau lah dia tu dah bekerja, baru balik kerja,
tapi LRT Putra tu bukan untuk orang yang Bekerja je ye,
Kegunaan Umum untuk SEMUA....
memang agak membara jiwa raga lah jugak masa tuh
(tapi sebab aku 'penyabar' kannn, aku 'cool'~ je)..
Selang beberapa minit, berjayalah kami berdua masuk ke dalam LRT tuh...

Hendak dijadikan cerita lah kan..
disebabkan dalam LRT tu sepenuh2 umat..
aku tak ada tiang atau tali atau penyangkut untuk aku pegang...
aku ni dah la jenis tak stabil..hahahaha..
brother tadi tu ada kat sebelah aku...
dia dapat pegang tiang, tapi aku tak...
Tiba-tiba, LRT tu dah sampai ke destinasi seterusnya dan berhenti..
faham-faham je lah LRT kalau berhenti boleh buat kita tergolek dok kalau tak pegang apa2..
MySpace
Maka, disebabkan aku tak pegang apa2...
aku pun nak terjatuhlah..
dan yang paling bestnya,
tangan kiri aku siap tarik beg mamat mana entah kat sebelah aku tuh..
pastu tangan lagi satu ni terpegang lah lengan brother  nih...
aiseyyyyyyyyyyy, dah la perli aku tadi, pastu aku nak jatuh plak..
masa tu memang malu gila tahap cipan..
sampai aku tak pandang muka brother tu langsung..
MySpace

sekarang ni sebab dah lama kan benda ni,
jadi aku dah rasa tak malu,
tu sebab aku cerita...hohohoooo...

aku tak tahu kenapa aku selalu malang dalam pengangkutan awam..
bersambung~