Thursday, May 19, 2011

Tips untuk wanita mengandung naik LRT

Ini aku nak cerita pasal naik keretapi atau dikhususkan lagi pada LRT putra..
(Ini tak termasuk monorail atau komuter atau keretapi tanah melayu atau sewaktu dengannya)

Kepada wanita mengandung yang dah lebih 5 bulan,
yakni perut dah memang membesar ke depan...
Yang pergi kerja atau jalan2 naik LRT...
Kebiasaannyalah kan, kalau wanita mengandung masuk je dalam LRT,
Mesti akan ada orang bagi duduk punya..
Tak kiralah masa tu tengah ramai orang..
Tapi masalahnya bukan semua hati manusia sama..
Aku pernah tengok ada wanita mengandung masuk,
Lepas itu ada wanita yang sihat sejahtera sedang duduk,
Wanita yang sihat nih nampak wanita mengandung ni tengah berdiri..
Tapi dia boleh buat tak nampak, pastu buat2 main game handphone...
Saboooo je lah..
Yang wanita mengandung ni pulak pergi berdiri tengah2 pintu masuk...

Lain kali, sila berdiri Depan orang2 yang duduk nih..
Kadang2 mereka yang duduk ini tak nampak atau pura-pura tak nampak..
Jadi, sila bagi nampak pada orang yang duduk ini...
Janganlah berdiri jauh dari orang yang duduk...
Tapi kalau tak nak duduk, lebih baik berdiri di tempat selamat,
aku rasa kalau berdiri tengah-tengah agak kurang selamat...

Cuma, itulah kalau yang mengandung kurang 5 bulan, perut tak besar lagi..
kawan aku yang mengandung nih pernah mengadu...
dia jenis badan lemah bila mengandung,
kena pula berdiri dalam lrt,
takkan nak cakap 'hai, saya pregnant. boleh bagi duduk?'

Ramai kawan aku kat pejabat dah mengandung..
hohohoho, aku pulak jadi doktor peribadi dorang..
'hei ini tak boleh makan' 'jalan perlahan nanti tersadung'


p/s: sebenarnya ni entry dah berzaman, tapi hari nih baru nak post haha. cek penat lah, ditambah dengan selesema dan batuk yang tak hilang-hilang..aku rasa asyik nak tidur je...aku tidur awal tau...hahaha

8 Masuk GoaLLLL:

De Mois said...

Salam perkenalan..pernah tengok kat lrt, orang tua yang bagi tempat duduk untuk perempuan mengandung.

Jumpa dalam twitter..senang2 follow la ye..


Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

sugar2 kapas strawberry said...

one fine day org tu akn rasa bila dia dah pregnant then naik lrt then takde org bg ddk.masa tu la dia akn igt.mcm ni la org tu dulu rasa.

catherine- said...

ehh...aku suka tgk pompuan peknen.
comel jer...

=="

Anonymous said...

mmg kesian kalau tgk pmpuan pregnt naik bas.tp sllunya xsmpt kita bgn dh ade budak laki yg bgn.baguslah ade jgk yg reti bahasa.hehhe.Lrt xdek kat sini.jadi xde pglmn lagi naik lrt.huhu

ecah penah jgk pelawa ade sorang makcik tuh.sbb tgk dia berdiri.tp dia xnak.pergh.rock je makcik tuh.kite yg muda pun klau boleh xmau berdiri time naik bas.eheheheh.

ecah mashuri

kiwi said...

adoi..ade gk orang x kasi duduk

Bunga said...

bunga suka tengok anita mengandung..hhee..kena prihatin lau tengok perempuan mengandung tau..

Unknown said...

blogwalking

Anna Boleyn said...

wish u get well soon.. :)