Monday, March 29, 2010

MERAJUK

MySpace
pernah merajuk tak?
memang sangatlah menipu kalau korang kata tak pernah, kan..
  • dengan siapa korang paling suka merajuk?
  • Kenapa korang merajuk?
  • berapa lama ambil masa untuk hilang merajuk tu?
kalau bagi aku lah,
(yang single nih)
aku suka merajuk dengan mama ku dan ayah ku...
hehehehe..
biasanya kan, kita mesti merajuk dengan orang yang tersayang, bukan?
kenapa aku biasanya merajuk?
bila kena marah laaaa apa lagi..
hahahahahah...

berapa lama aku ambil masa merajuk tu?
tak sampai sehari pun, kadang2 sejam pun tak sampai ..

walaupun aku cakap kita merajuk dengan orang tersayang,
tak bermaksud orang yang kita tak pernah merajuk tu, kita tak sayang laaa...
aku sayang jugak kawan-kawan aku,
cuma rasa tak 'rock' dan 'cool' lah, kalau merajuk dengan kawan..
macam budak-budak je..
kalau dengan mak ayah kita nak merajuk tak apalah..
(sebab mereka sentiasa anggap kita budak kecil walaupun umur kita dah 23 mwahahah)
aku, kalau kawan aku merajuk, aku buat dek je..
heheheh..yelah bagi aku, dia perlukan masa untuk tenangkan perasaan,
dan fikir balik 'perlu ke nak merajuk ni'...
tapi biasanya kalau merajuk dengan kawan ni, nak perhatian daripada kawan itu lah..
aku mungkin akan tanya dia 'ok ke tak', atau pun mungkin tak tanya...
hehe aku tak tanya, maknanya aku dah masak lah dengan perangai dia macam mana...

ok lah, bila aku 'quote' balik apa yang aku tulis ni..
tiba-tiba aku baru sedar..
(aku yang tulis aku yang sedar sendiri, adeii)
biasanya kan, kita mesti merajuk dengan orang yang tersayang, bukan?
maknanya, bila 'dia' dengan kawan pejabat dia sentiasa berlagak cool dan macho,
tapi bila dengan kami, kawan-kawan sekolah dia yang tak seberapa ni,
dia SUKA merajuk...
dan apabila dia merajuk, memang sehari suntuklah dia merajuk, esok baru ok balik..
walaupun dia seorang lelaki???
MySpace
tapi benda yang pentingnya ialah,
'dia' anggap kami ini orang -orang tersayang dia lah kan...??
(kepada farah, apa pendapat anda, hahahahah)

16 Masuk GoaLLLL:

cik EPAL said...

merajuk tanda sayang :D

rossoneri said...

ahahah..itulah baru tiba2 terpikir

chek ezza inchik man said...

maksud ko abg SD ke? (Super Demanding/Sgt Demand)

hahahaha

rossoneri said...

heh, siapa lagi kot

Fafa Rafa said...

dah agak dah!!!! hahaha~

entahla.. risau jugak kot2 fara ada buat dia kecik hati ke.. tapi tahu takde.. :P

maybe la kita ni orang-orang tersayang pada dia. lagipun kita kan dah kenal lama, sebab tu dia nak manja2 kot. haha..

*apa fara merapu ni? :P

ParkAir said...

aku x penah merajuk. terasa hati ada la. (lain ke 2 tu?)

rossoneri said...

hahah fara yo lahhh..

parkair, sama saja..okey..hahahah

Fafa Rafa said...

haha..

boleh fara post benda ni kat fb tak? :P

rossoneri said...

erk, xyah la fara...hahahahah...
nanti kene belasah dgn dia, bkn fara yang kene...

.khai. @ drcomot said...

mara tanda syg(:

Mr Rulez said...

dr jauh ag tpnggil tuk komen..hehe
slalu mjok ngn ms tedy..dia suka bandingkan pewot i ngn pewot dia..haha

rossoneri said...

hehehe ye khai...

Mr RUlez...hahahahaha sian kamu.. hahahaha...

Sanusi Din said...

pakcik jantan sejati..,
tp majuk jugak lebih kurang 2 minit sekali majuk..huhu

F U N F A B U L O S I T Y said...

merajuk adalah pelengkap kehidupan-bole ke comment camtuu?haha

KaCaNg87 said...

kte pon(yg single nih) majok ngn mak ayah je..hehe

rossoneri said...

hehe pakcik, sejati mana pun akan majuk gak, kann

dex,berfalsafah pulak hahah

haha kacang, yeahhhhhhh