Wednesday, March 31, 2010

MAKAN je keje....

wah~ tak lama lagi semester akan berakhir,
tinggal minggu ini sahaja lagi..

untuk kenangan kami bersama,
selama TIGA TAHUN,
apa lagi, agenda makan la sebagai kenangan terakhir bersama...
memang sangat best!..

 adeii buncit sudah perut makan banyak gila ayam..
(Ms Pau yang amek, aku tukang melesapkan ayam je)

rasa macam tak percaya je,
semua ni akan habis..
nanti masing-masing akan pergi ke haluan masing-masing..
masa tayang slide aktiviti kitaorg selama ni..
rasa sedih pulak..huhuhuu

apa-apa pun, walaupun kita dah berpisah lepas ni...
kalau yang nak kahwin tu, jangan lupa tag dalam facebook...
(kacang, umum kat blog , okey..mwahhaha)


tak lupa gak pada pensyarah yang selama ni banyak layan kerenah kami,
terima kasih banyak2 sebab sudi datang ke majlis kami malam tadi...
pensyarah kami memang gempak!! sentiasa bagi sokongan

(taken by liza kun~)
tak lupa gak pada Mr AJ,
yang sudi luangkan masa set up benda2 teknikal nih...
staff2 pusat pun gempak!!..
malam tu mereka mesti sibuk gila sebab ada lagi satu program lain selain kami...

ok lah... 
MySpace guyz..

p/s: all pics are not taken by me,but i put my 'mark' there, so the others are not use it wrongly..

Tulis & Menang ariffshah.com





Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my , myliriklagu.com  
& denaihati


Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog faris


aku suka menulis novel,
mungkin pengaruh daripada hobiku yang suka membaca novel,
aku mula menulis novel bermula ketika darjah enam,
kawanku Aizie merupakan orang pertama yang membaca novelku,
waktu itu, aku tidak kenal komputer, maka buku nota la menjadi mangsa,
ketika aku masuk sekolah menengah,aku pernah menghantar karyaku,
ke alaf-21, dan telah ditolak..
hahaha, masa itu aku sangat kecewa, dan langsung berhenti daripada menulis...
MySpace


aku bermula menulis blog ketika aku dipaksa oleh pensyarahku untuk membuat blog,
dan pada ketika itu aku terjumpalah satu blog ini,
SEMAKSESATSARAT......

nama blog dia pun, dah membuat aku tertarik..
lalu aku membukanya dan membacanya...
aku berasa sangat-sangat iri hati,
kerana pemilik blog ini menulis blognya seperti menulis novel,
malah, gaya penulisannya juga seperti Ahadiat Akashah,
penulis novel yang paling aku minati ketika di bangku sekolah,
karya novelnya yang pasti membuatkan aku gelak ketawa berguling bergenang air mata,
begitu jugalah yang aku rasa ketika membaca blog ini...
ibarat aku sedang membaca hasil nukilan Ahadiat Akasya...
dan aku membaca semua hasil penulisannya....


meskipun, isi penulisannya begitu ringkas,
cuma mengenai kisah hariannya atau pun kisah silamnya,
namun, gaya penulisannya yang bersahaja,
ibarat aku sedang membaca novel bersiri...

antara penulisannya yang terbaru  iaitu
'pengalaman ngeri di sogo'..
berulang kali aku baca,
tawaku pasti meletus jua...






aku merupakan antara pembaca blog yang memang tak suka baca blog panjang berjela,
tapi dalam kes ini, blog dia DIKECUALIKAN...
kalau rasa tertekan,
rasa macam nak masuk wad atau jerit macam tarzan biar monyet-monyet di sini lari,
MAKA....
bacalah blog mamat  ini, yang diberi nama Zahir Amirudin
kelakar + santai = BEST



tengok muka dia pun dah boleh buat gelak, apatah lagi isi 'kandungnya' bukan?..
(haha jangan marah aaaa, aku promosi blog ko ini)

Monday, March 29, 2010

MERAJUK

MySpace
pernah merajuk tak?
memang sangatlah menipu kalau korang kata tak pernah, kan..
  • dengan siapa korang paling suka merajuk?
  • Kenapa korang merajuk?
  • berapa lama ambil masa untuk hilang merajuk tu?
kalau bagi aku lah,
(yang single nih)
aku suka merajuk dengan mama ku dan ayah ku...
hehehehe..
biasanya kan, kita mesti merajuk dengan orang yang tersayang, bukan?
kenapa aku biasanya merajuk?
bila kena marah laaaa apa lagi..
hahahahahah...

berapa lama aku ambil masa merajuk tu?
tak sampai sehari pun, kadang2 sejam pun tak sampai ..

walaupun aku cakap kita merajuk dengan orang tersayang,
tak bermaksud orang yang kita tak pernah merajuk tu, kita tak sayang laaa...
aku sayang jugak kawan-kawan aku,
cuma rasa tak 'rock' dan 'cool' lah, kalau merajuk dengan kawan..
macam budak-budak je..
kalau dengan mak ayah kita nak merajuk tak apalah..
(sebab mereka sentiasa anggap kita budak kecil walaupun umur kita dah 23 mwahahah)
aku, kalau kawan aku merajuk, aku buat dek je..
heheheh..yelah bagi aku, dia perlukan masa untuk tenangkan perasaan,
dan fikir balik 'perlu ke nak merajuk ni'...
tapi biasanya kalau merajuk dengan kawan ni, nak perhatian daripada kawan itu lah..
aku mungkin akan tanya dia 'ok ke tak', atau pun mungkin tak tanya...
hehe aku tak tanya, maknanya aku dah masak lah dengan perangai dia macam mana...

ok lah, bila aku 'quote' balik apa yang aku tulis ni..
tiba-tiba aku baru sedar..
(aku yang tulis aku yang sedar sendiri, adeii)
biasanya kan, kita mesti merajuk dengan orang yang tersayang, bukan?
maknanya, bila 'dia' dengan kawan pejabat dia sentiasa berlagak cool dan macho,
tapi bila dengan kami, kawan-kawan sekolah dia yang tak seberapa ni,
dia SUKA merajuk...
dan apabila dia merajuk, memang sehari suntuklah dia merajuk, esok baru ok balik..
walaupun dia seorang lelaki???
MySpace
tapi benda yang pentingnya ialah,
'dia' anggap kami ini orang -orang tersayang dia lah kan...??
(kepada farah, apa pendapat anda, hahahahah)

Sunday, March 28, 2010

temuduga secara berkumpulan

aku memang TAK SUKA temuduga secara berkumpulan!...

tadi aku ada 'mocking interview'..
sepanjang tiga hari ini aku ada program tips-tips temuduga...
dan sepanjang tiga hari ni, memang dinyatakan tips temuduga secara individual sahaja...
dalam fikiran aku, memang sudah tertulis dan berniat..
tidak akan pergi ke sesi temuduga yang ada peringkat-peringkat,
yang pastinya dalam peringkat2 itu ada temuduga secara berkumpulan...
(untuk permulaan mencari kerja lah, kebiasaan temuduga jenis ini untuk syarikat yang besar, ataupun permintaan ramai, betul kan pakcik??)

temuduga secara berkumpulan,
ramai-ramai dibahagikan secara berkumpulan,
kemudian akan diberi tugasan dan mesti diselesaikan secara berkumpulan, 
dan membentangkannya...

aku memang tidak terfikir pun pada hari ini 'mocking interview' itu,
sesi aku tiba2 nak buat temuduga secara berkumpulan,
yang aku benci sangat..
aku rasa masa itu, sangat lemah semangat terutama sekali aku tak berminat dan tiada idea,
dengan topik yang diberikan oleh penemuduga....
aku rasa sangat2 geram sebab aku bersiap sedia untuk temuduga secara individu..
aku rasa macam 'baik tak payah pergi', buang masa je...
sebab aku tahu jenis interview macam itu,
aku pernah dengar kawan aku bercerita dan aku terus,
TAK BERMINAT!...

(sekarang rasa tempat ni macam penjara, nak keluar nak keluar tak suka!)

rasa geram yang amat sangat sehingga aku tak boleh buat kerja,
dan aku nak pergi 'lepas geram' dulu...
ciao...

Thursday, March 25, 2010

Kenangan Bersama CADBURY


Kegilaan terhadap Cadbury ini, mungkin bermula dengan TIMEOUT...
kakakku ketika dia bekerja part-time di kedai VCD,
dia sering membawa pulang ke rumah, TIMEOUT...
kerana kedai VCD tu ada promosi percuma TIMEOUT..
(Best gila, tiap2 hari bawak balik penuh satu beg plastik)

Chocettes Dairy Milk, akan ku cari 'dia' tatkala aku tension...
kenapa mesti si Chocettes ini yang aku pilih...
sebab dia bulat-bulat dan boleh masuk dalam mulut laju-laju...
(hahahaah)
dan makan Chocettes ini ketika dia lembik..
Chocettes Black Forest, aku akan carik dia ni ketika aku bosan,
kenapa ketika aku bosan??..
sebab dalam Chocettes Black Forest ini ada dua rasa,
yang bulat itu jelly chery, yang lonjong itu biskutnya,
(kebiasaannya lah, tapi jangan marah aku kalau ada lonjong itu jelly)
jadi, bila bosan-bosan, aku boleh carik mana satu yang dalamnya jelly tu,
sebab aku suka yang jelly, yang biskut aku kasi orang lain makan..
(mwahahahaha)
bila dah lama tak makan coklat, sebulan ke dua minggu ke,
kerinduan ku terhadap Cadbury pasti akan membuak-buak,
jadi, untuk memuaskan hati, Dairy Milk Orange menjadi pilihan...
isi dalam orange tu yang memang tak menahan,
jangan makan ketika coklat ni beku,
tapi janganlah lembik sangat sampai boleh buat krim...
dan rasailah ke'oren' an itu...

setiap kali balik kampung, 
mesti singgah kat stesen minyak,
kedai kat stesen minyak ni memang tak sah kalau tak singgah,
apa lagi, belilah cadbury Caramello ini...
sedap caramel di dalamnya...
(sebenarnya ada Caramello yang roll itu, tapi tak jumpa pulak gambarnya...)
walaupun dia kecik, tapi berbaloi...ahax

Cadbury pure Dairy MIlk ini hanya akan dibeli ketika hendak buat cookies je..
iaitu ketika di bulan puasa..
(mestilah kakak aku yang buat )
dan semestinya ada banyak lebih..
untuk mengelakkan pembaziran, maka akulah yang menghabiskannya..
mwahahahha...
coklat ini aku makan ketika dia beku, sebab aku tak suka sangat..

bila tengok Drinking Chocolate ni, aku teringat adik aku..
nak tahu sebab apa??..
dia beriya-iya kata air cadbury ni sedap,
aku pun beli dan cubalah..
dan untuk pengetahuan umum, aku benci milo..
dan Drinking Chocolate ini, memang rasa milo..
kesimpulannya, aku tak habis, jadi aku bagi kat adik aku,
maka dia pun gembira...
(sangat hampeh)
nampak Bytes, teringat anak buah aku..
anak buah aku suka betul dengan Bytes,
walaupun aku tak suka Bytes,
aku memang tak suka Bytes..
ok, cukuplah bila aku kata aku tak suka

nampak gula-gula cadbury Eclair, 
tiba-tiba aku terasa gigiku sakit..
hahahaha..
walaupun di dalamnya ada caramel,
tapi mesti aku terasa gigi aku sakit walaupun aku belum makan lagi
tak tahulah kenapa,
bila birthday party budak-budak,
mesti ada orang bagi hadiah ni...
dan, aku sangat suka, sebab aku boleh join sekali..
wawawaahahahah

p/s:aku rasa macam masuk pertandingan cadbury pulak buat post nih..

Kene TAG daaaa

baiklah, cek telah pun ditag oleh cek nadzrah...
jadi cek jawab la tag ini
(tiba2 nak berlatih cakap dialek utara..mwahahaha)
1-siapakah diri anda di rumah?
sangat manja mwahahah. suka gelak tak ingat dunia, bila semua adik-beradik ada kat rumah lagi lah, bingit dan hangat rumah tu. akan bercakap non-stop bila balik rumah setiap minggu.

2- siapakah diri anda di samping rakan?
seorang yang sweet dan pendiam. hahahahah. sangat cool~ (bak kata adeq fara). akan bercakap non-stop bila ada mood. akan malas bercakap bila mood malas datang. tapi still suka gelak dan senyum (saya kan sweet hahaha). bila marah, akan senyap sampailah marah tu hilang.

3-5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai
 benda???
  • handphone baru sony ericsson
  • apa2 novel Inggeris yang best
  • baju
  • duit (benda gak neh)
  • purse
  • eh dah2 cukup lima pon


4-siapakah nama pasangan anda
wahhhh soalan. ok kita layan je lah ye soalan ni. 
nama pasangan saya ialah saya panggil dia Pippo
(siap letak gambar lagi neh haha)


5- ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda
tiba-tiba rasa cam sedih pulak aku kene jawab soalan begini hahahaha.
  • pemain bola sepak
  • kelab ac milan
  • kacak
  • romantik
  • hot

6-bila tarikh anda couple
soalan ini lagi tak boley bla. hahahaha kamu semua layan je lah ye.
tarikh couple = 2002 masa form 3

7-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
bila dia injured

8-lagu tema cinta anda
ya ampunn.. ok lah..
sei solo tu = laura pausini

9-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
jangan jadi playboy dah

10- tag 10 rakan yg lain
hahaha aku nak tag orang pun takut nih...hahahah
macam biasalah yang jadi mangsa aku..
  • adeq fara
  • kacang
hahahah, korang layan je lah tag ni ye. aku nak tag orang lain takut lak


Tuesday, March 23, 2010

Apa Saya nak Buat kalau DiBeri RM100



aku join contest lelaki ini..
kalau nak tahu lebih lanjut, clicklah gambar duit tu ha..


aku suka berjoli...hahahah
nak lepas stress, aku seorang yang cepat stress..
tapi aku tahu macam mana nak lepaskan stress...
sebab itu aku masih waras sampai sekarang...
MySpace

kalau aku ada rm100 itu,
perkara pertama aku buat ialah pergi ke KLCC...
bersama dengan rakan-rakanku
melangkah masuk ke Kinokuniya,
dan beli buku yang berharga rm34.90


kemudian, kami pastinya akan pergi melantak,
di food court je kot...
lepas itu berlegar2 di food court memikirkan nak makan apa...
last2 makan McD je yang pasti...
hahkahkahka..im loving it~
sekitar rm10 melangkah pergi..

seterusnya, kami akan pergi menonton Alice..
dah lama aku mengidam nak pergi tengok..
rm12 terbang sudah...

selesai menonton dan bergelak sakan,
sudah tiba masanya untuk kami melepaskan suara kami yang lunak ini...
mwahahahha...
pergi ke WangsaWalk, menghabiskan baki duit yang ada
dengan BERKAROKE....MySpace
yeahhhhhhh...
kepada rakan-rakanku, bukan niat tak nak belanja,
hakhakahk, tapi tunggu aku kerja, baru aku belanja..hkahaka okies..
MySpace

Monday, March 22, 2010

Yeay, Dapat AWARD...



i baru menang award...
mwahahahahhaha...
hey at least INI namanya AWARD tau..
walaupun bukan Golden Globe atau MTV award dan sewaktu dengannya..
Thanx to Zairie DInzly dan Salina kerana sudi memberikan Award ini
kepada diriku yang tidak seberapa ini..
cewah..mwahahahah..
berikut merupakan syarat2 yang harus kupatuhi...
hohohohohoooo...
  1. Thank & link the person that gave you award. 
  2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic. 
  3. Contact the bloggers and let them know they've won the award.
  4. State 7 things about yourself
berikut merupakan bloggers yang menang award ini daripada diriku ini...
  • kacang
  • adeq fara
  • maaflah dua orang je aku mampu bagi...heeeeeeeee sebab yang lain semua dah dapat award
hmmmm 7 things about me? ye loh, why 7 only..mwahhahahaha

 saya suka COKLAT
 saya suka AC MILAN
(peace yo peace, walaupun gambar ini tidak bercirikan ac milan mwahahah)

saya suka tengok drama JEPUN

saya suka dengar MUZIK ... 
 saya seorang Malas...
hahahaha mengaku terang-terangan okeyyyy...hahahahaha
  
saya menyampah dengan orang yang BERLAGAK..
jangan haraplah aku nak rapat dengan orang macam ni.. bye bye laaaaaa..berlagak ilmu ke berlagak harta ke berlagak konon hot ke...ditambah2 dengan orang yang sarcastic...huh lagi lahhhh..(emo jap)


saya suka KAROKE
hahahaha, siapa2 yang nak karoke dengan aku, meh2 ...hahahaha...4 jam pun i sanggup.. hahahaha

OK DONE!....
hahaha apa2 pun thanx again to Zairie DInzly and Salina

Sunday, March 21, 2010

walaupun kamu dah nak kahwin.....

Dia bakal bertunang lagi beberapa hari sahaja....
Dia juga bakal melangsungkan perkahwinannya tahun depan,
mengikut seperti yang dirancang oleh ibu bapa masing-masing...
tapi...
Dia selalu cakap...
'aku belum kahwin lagi, dah kene pinggir dengan kawan2'..
walaupun dia pada ketika itu sedang bekerja atau pun duduk jauh dari kami,
dan memang tiada sebab untuk dia berkata demikian..
bila aku jarang keluar dengan dia je..
mesti ayat yang sama keluar..
'ni aku belum kawin lagi'...

Dia masih muda dan jika perancangan ini diizinkanNya,
Dia merupakan kawan pertama kami yang kahwin dahulu...
UmuR 24 tahun, umur yang sesuai untuk berkahwin..
Tapi dia risau betul jika bila dia dah kahwin,
kami tidak mahu keluar dengannya...

aku susah mahu keluar dengan kamu, kerana aku sibuk belajar..
nanti bila aku tak belajar betul2 kamu marah pula...
bukan niat mahu mengabaikan kamu...
cuma diriku ini kadang2 hanyut dengan dunia ku sendiri
(dunia seorang pelajar lerr)

video ini khas untuk kamu ye
(ingat dengan boyfriend je ke boleh romantik2 nih)
saya tengah testing video,
jadi bagi feedback ye, boleh tengok tak video nih,
tapi untuk mereka yang internet nye laju lah ye...

My DREAM Guy

dah kata nama blog aku neh, berangan...
jadi aku nak berangan sat...

MY DREAM GUY...
cewah!

apabila saya marah dia pada benda yang tidak logik..
'kenapa kamu cabut bunga hidup ni, kamu sungguh kejam'...
dia tidak marah walaupun saya berkata demikian...
tapi.....dia terus pergi ke taman...
dan tanam bunga itu kembali...
sambil tersenyum, dia menghadiahkan ku 'pelangi'..

bila pertama kali dia ingin mengajak keluar 'dating'...
dengan selamba je dia cakap terus dengan saya,
tanpa perlu nak tulis-tulis surat atau suruh kawan,
walaupun dia kelihatan agak blur2 dan budus kerana mengelilingi meja dahulu,
baru dia cakap 'pada hari ahad pukul 1 tunggu di tempat ni'..
dan terus berlalu pergi tanpa menunggu jawapan dari saya..


 bila saya sedih dan menangis...
dia datang di sisi...
menenangkan ku...


kemudian, dia cakap...
'tidak kira sama ada kamu alien atau apa pun, saya tetap sukakan kamu'..



dia pandai masak...
saya duduk dapur, tengok je dia masak, dia potong cili,
bila dia tanya 'habis kamu buat apa'..
'duduk sini tunggu kamu suap saya'..


bila ada orang cakap saya hodoh depan dia...
dia akan belasah orang itu...
walaupun saya tak suka kamu panas baran..
tapi kamu tetap sweet~


bila saya tanya dia...
' apa impian kamu '...dia jawab..
'kamu. impian saya'


dia juga sanggup jahitkan anak patung,
demi saya...



bila saya merajuk,
saya tak nak cakap dengan dia,
saya pergi hilangkan diri,
tapi dia cari saya...
nyanyi lagu suruh saya jangan hilangkan diri...
'kenapa mesti kamu pergi ke tempat yang saya tak boleh nampak kamu'...


bila saya nak tidur dia nyanyikan lagu untuk saya..
'lelapkan matamu, biarkan mimpi membawamu, ke mana kau mahu'
Selamat Malam - Faizal Tahir.mp3

bila saya bangun pula, dia telefon saya,
mahu suruh saya bangun..
dia nyanyikan lagu untuk saya...


bila dia nak 'propose'saya..
dia 'propose' saya depan 'satu dunia'



okey, habis dah berangan...
mwaahahahah...
walaupun kamu tidak sekacak 

tapi yang penting, HATI KAMU..

(all pictures are not mine, its all stated at the watermark & any other webs)

Saturday, March 20, 2010

Budak-budak zaman sekarang


Tidak perlu diajar cara nak bergaya..
Dengan sendirinya kita pula yang disuruh jadi photographer dia...

Tarian HOT >> Justin Timberlake & Beyonce

Ini betul-betul HOT...
Tarian yang tidak pernah anda saksikan daripada Justin TImberlake
(tak tahulah kalau dah ada yang tengok kan)


(credit to worldofjustin.com/2009/02/16/wow/)
adakah se'HOT' dalam gambar ini??? OH Tidak! Lebih HOT...

Marilah kita sama-sama saksikannya...
 CLICK HERE  VIDEO

Friday, March 19, 2010

Pembentangan kerja => ketar lutut

ini kisahku sebagai pelajar la kan,
setiap kali ada pembentangan je,
mesti takut, berdebar-debar, kaki pun lemah, lutut terketar-ketar..MySpace
hahahaha...
kenapa boleh jadi macam ini??

  1. sebab dah lama tak bercakap depan orang ramai
  2. sebab kita tak faham benda yang kita nak bentangkan
  3. sebab kita tak bersedia
disebabkan dah lama tak berdepan dengan orang ramai,
terutama sekali bila kita sorang-sorang kene bercakap,
memang berdebarnya kalah debaran cinta punya lah...
tapi bila dah mula bercakap kat depan tu,
hilang lah sikit2...
TAPI,
memang tak dapat nak tolong lah kalau benda yang kita nak bentangkan ni,
tak faham dan memang tak bersedia langsung..
dah tak faham, macam mana nak bersedia kan..
jadi untuk ini...
kita redha sahajalah kemungkinan2 yang bakal berlaku seperti

  1. kene makiMySpace
  2. kene perli
  3. disuruh cepat bercakap sebab pensyarah dah bosan
  4. disuruh jangan bercakapMySpace
tapi kan,
bila kita dah berdebar tak ingat dunia,
tiba-tiba pensyarah tu rilek je, tak cakap apa2 pun..
dia cuma cakap
'ok, next'...
aku rasa kan..
macam....
SIA-SIA AKU KETAQ LUTUT!..