Wednesday, March 31, 2010

Tulis & Menang ariffshah.com





Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my , myliriklagu.com  
& denaihati


Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog faris


aku suka menulis novel,
mungkin pengaruh daripada hobiku yang suka membaca novel,
aku mula menulis novel bermula ketika darjah enam,
kawanku Aizie merupakan orang pertama yang membaca novelku,
waktu itu, aku tidak kenal komputer, maka buku nota la menjadi mangsa,
ketika aku masuk sekolah menengah,aku pernah menghantar karyaku,
ke alaf-21, dan telah ditolak..
hahaha, masa itu aku sangat kecewa, dan langsung berhenti daripada menulis...
MySpace


aku bermula menulis blog ketika aku dipaksa oleh pensyarahku untuk membuat blog,
dan pada ketika itu aku terjumpalah satu blog ini,
SEMAKSESATSARAT......

nama blog dia pun, dah membuat aku tertarik..
lalu aku membukanya dan membacanya...
aku berasa sangat-sangat iri hati,
kerana pemilik blog ini menulis blognya seperti menulis novel,
malah, gaya penulisannya juga seperti Ahadiat Akashah,
penulis novel yang paling aku minati ketika di bangku sekolah,
karya novelnya yang pasti membuatkan aku gelak ketawa berguling bergenang air mata,
begitu jugalah yang aku rasa ketika membaca blog ini...
ibarat aku sedang membaca hasil nukilan Ahadiat Akasya...
dan aku membaca semua hasil penulisannya....


meskipun, isi penulisannya begitu ringkas,
cuma mengenai kisah hariannya atau pun kisah silamnya,
namun, gaya penulisannya yang bersahaja,
ibarat aku sedang membaca novel bersiri...

antara penulisannya yang terbaru  iaitu
'pengalaman ngeri di sogo'..
berulang kali aku baca,
tawaku pasti meletus jua...






aku merupakan antara pembaca blog yang memang tak suka baca blog panjang berjela,
tapi dalam kes ini, blog dia DIKECUALIKAN...
kalau rasa tertekan,
rasa macam nak masuk wad atau jerit macam tarzan biar monyet-monyet di sini lari,
MAKA....
bacalah blog mamat  ini, yang diberi nama Zahir Amirudin
kelakar + santai = BEST



tengok muka dia pun dah boleh buat gelak, apatah lagi isi 'kandungnya' bukan?..
(haha jangan marah aaaa, aku promosi blog ko ini)

9 Masuk GoaLLLL:

FaraWani said...

yeay! blog zahir memang best!

KaCaNg87 said...

nk bc gk la..tp kne setel esaimen dl..dialek2 Oo dialek..adeii

Rina Rossoneri said...

kan fara kan..

hehe kacang..yeahh settle kannn smuanyaaa

Ariff Shah said...

ok. diterima =)

fndrocka said...

kau tulis novel masa darjah 6?perghhh..keberanian tu yg aku respek

Rina Rossoneri said...

errr fndrock, lor tulis je, bukannya g hantar kat syarikat penerbitan lagi lorrr...hehehe

zahirlunatik said...

apasal pipi aku tibe2 merah pulak ni??
haha

Rina Rossoneri said...

hahahah baca pun ko..

Ariff Shah said...

voting dah start. kat sini http://orange4k.com/201004/vote-untuk-penyertaan-popular-tulis-dan-menang/