Monday, February 28, 2011

Monyet di Carrefour

Amaran lembut, entry kali ini agak gedik dan mengarut...
Maklumlah, sejak akhir-akhir ni, kalau entry gedik akan dikecam hebat...
Jadi, jangan kecam daku...mwahaha

Di Carrefour..
Sedang berjalan-jalan membeli barangan dapur..
Tiba-tiba kelihatan seekor Monyet sedang duduk di atas himpunan lampin bayi...
Ku sangkakan Momo,monyetku, berjalan sampai ke Carrefour..
Oh, rupa-rupanya ini Monyet jantan..
Terfikir tatkala melihat dia ini 'oh,boleh juga kujodohkan dengan Momo ye'...
 Nampaknya Momo juga suka...
Maka, Tuan Momo pun meraikan mereka
Dua hamba Allah yang kelihatan sama tapi tidak serupa ini..
Mereka juga bukan kembar dan bukan lahir dalam uri yang sama dan bukan pada waktu yang sama..
Mereka cuma lahir dalam perut yang sama di waktu berbeza..
Mereka sekadar meraikan dua ekor Monyet yang tidak bernyawa ini sahaja..
Yang comel itu Tuan kepada Momo iaitu Rina Rossoneri
(Dua gambar teratas pastu atas atas lagi)
yang sorang lagi tuh?entah lah...hahahahaha...minah cover cun mana entah mwahaha

Tapi sayang Monyet jantan itu terpaksa ku tinggalkan...
Dan aku berlalu sambung membeli barang-barang..
Terus pergi ke kaunter untuk membayar...
Disebabkan hari Sabtu, 'Kempen Tiada Plastik', maka Kotak dijadikan Pengganti..
Peraturan Baru di Carrefour : ambil satu kotak sahaja, tak cukup, bayar duit plastik ....ceh

p/s: Harap maklum, aku tukar nama Rina Rossoneri...haha entah berapa kali aku tukar nama nih... ini yang terakhir, mungkin...

p/s: Terhibur tak? haha

Sunday, February 27, 2011

Pencarian blog paling hensem dan cantik 2011

Maaf Fariq ye, buat entry ini lambat sikit..


Berikut merupakan syarat-syaratnya (ini saya copy paste separuh bulat)
1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011
2.Letak Header Hikayat Si Luncai
3.Jadi follower blog Luncai. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan)
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)


5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar
7.Pemenang akan luncai promote blog dalam sticky post selama 1 minggu
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM

Terima Kasih..

kepala aku dah weng weng...
maaflah sejak akhir2 ini entry tidak memberangsangkan...

Dan terima kasihlah sebab kamu semua masih sudi baca blog yang sejak akhir2 ni,
cerita pasal hidup ku yang merapu ni...he he heeee...
Yang terbaru, ada blogger post pasal blog biasa aku ni...
(maklumlah cerita diri sendiri je lebih)
Terima kasih sangat2 kat Zairie..
Blog Zairie ni antara yang mula2 aku baca masa permulaan aku buat blog Dreamy nih..
Dia tak lokek ilmu, dan kalau aku ada apa2 nak tanya, aku tanya dia je..

Dia cerita apa eh pasal blog aku?
Boleh lah pergi ke SINI
Dia mungkin single lagi...hahaha
Jadi bolehlah kalau siapa2 nak isi borang...
perempuan je ye


p/s:Entry next next aku cerita merapu lagi ye..merapu tapi menyeronokkan..mwahahaha

Friday, February 25, 2011

Hari ini nak cerita apa pulak...

Aku pun tak tahu nak cerita apa ni..
haha..ini cerita rambang-rambang je nih..
Sebenarnya hari ni aku ada interview, tapi aku tak pergi..
Mak aku kata kalau setakat sementara je tak payah...
Haih...baiklah...
Pastu ada satu syarikat ni bagi task suruh terjemahkan dialog daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu..
Yang kelakarnya (pada aku) sebab dialog video Wonder Girls..
Dalam kepala aku 'Haih, memang Malaysia gila Korea lah. Sampaikan task pun bagi dialog artis Korea'..
Bila aku nak hantar balik task tuh, aku tengok nama chairman syarikat tuh..
Erk, orang Korea rupanya...okeyyyyyyyy...
harap-haraplah terjemahan aku buat itu memuaskan hati...
Huuuuuuuuuu...
Tak tahulah apa nasib aku selepas ini..

Oh ye, untuk tiket yang aku menang itu (entry lepas SINI),
Macam mana aku boleh menang?
Dia suruh lengkapkan ayat ini
If I were a Beast given ONE chance to prove that I am worthy to be human again, I would…
aku pun jawablah..
I would dance Gee Gee Gee, then of course Korean Entertainment will attract with my dance and scout me. Because appearance is really important in Korea, of course they willing to pay for my plastic surgery, and i no need to transform into a beast again!
(lebih kuranglah ayat aku ni. aku pun tak berapa ingat struktur ayat aku macam mana. aku kan pelupa tahap kritikal)
tiba-tiba teringat pasal aku buat ayat ni bila aku baca entry Ezay Hadry ini

Kan aku dah kata, Malaysia gila korea....sebenarnya hampir satu dunia juga lah..
(sebab US pun dah gila korea)
Aku main2 je buat ayat tuh...
hehe rezeki jangan ditolak

p/s:rezeki aku nak kerja bila? aku rasa macam aku patut pergi check dengan doktor mental lepas nih...
p/s: alamak slogan akak aku suruh buat aku belum buat lagi. Ada ke suruh aku buat slogan Awan Dania yang aku tak tengok tuh. haiyoo,musim baru ni satu episode je aku tengok. Akak aku teringin nak pergi Korea. ada sesiapa baik hati nak bagi idea?

 Boom Boom Boom fly fly fly to Seoul (credit)
oh my baby Junho

Thursday, February 24, 2011

Dapat tiket percuma

aku dapat tiket percuma Filem Beastly..
Terima Kasih Nuffnang!
mwahhahahaha..aku suka..
sebab ada vanessa hudgens, jalan ceritanya pun nampak menarik...
cerita ala-ala Beauty and the Beast...
Ingatkan tak ada orang nak pergi dengan aku..
Baru nak bagi kat dua orang kawan aku nih..
(boleh ke bagi kat kawan kalau dapat tiket percuma Nuffnang?Jawapan anda sangat diperlukan)
Tapi tiba-tiba, kawan aku ni boleh pergi...
Yeayyy...boleh dating dengan dia...
ngeh ngeh ngeh...
dia perempuan.sekian.
 Vanessa Hudgens dan Alex Pettyfer (oh aku tak kenal mamat ni) credit to watermark

Wednesday, February 23, 2011

Hai Montella, Arrivederci Ranieri

Vincenzo Montella ni Kekasih Gelap aku dulu...
MySpace
Nama manja dia Montel..
atau dalam bahasa Italinya L'Aeroplanino
(Ok aku tipu, maksud L'Aeroplanino - kapal terbang sebab dia suka buat gaya terbang bila score)
Dan, sejak dia keluar dari As Roma, aku tak ambil tahu pasal dia sangat.. ngeeee
Baru aku tahu dia dah bersara...woooo baru 36 dah bersara..
Terkejut aku bila tahu dia dah bersara sebab aku membayangkan dia macam baru 30..ngee

Tiba2 aku buka web Football-italia Ranieri (jurulatih Roma) letak jawatan...
Tiba2 aku buka lagi, ehhhh Montella ganti Ranieri..
MySpaceTernganga jap!

Ranieri letak jawatan selepas Roma Kalah 3-4 dengan Genoa..
Roma pada mulanya mendahului 3-0, tiba2 boleh bolos 4 Gol..
Membuatkan Ranieri rasa kecewa sangat, dan dia ambil keputusan letak jawatan..
Roma memang terkenal dengan masalah Jurulatih, entah berapa kali tukar..
permainan Roma juga selalu tak konsisten...

Ramai berfikir Montella sekadar menjaga Roma untuk sementara waktu...
Yela, muda lagi kot Montella ni, pengalaman jadi jurulatih pun baru je..
Itu pun dengan budak2 bawah 15 tahun..
Ini nak jaga bapak budak...
(erkk Totti lagila, macam mana Montella ni nak jadi jurulatih bekas Captain sendiri??)
Tapi, manalah tahu kan..hanya boleh tunggu dan tengok depan TV je ler

Tuesday, February 22, 2011

Give Away dari Magrib!

Ehe Maaf tak tertulis blog ni ha...
Maklumlah Mood terumbang-ambing memang begini...
Kali ni nak masuk Giveaway dari Magrib ini pula!
Ini Syarat-syaratnya (saya copy tak bulat2 dari blog Magrib ini ye)
  1. Pertama sekali, kena la Follow blog Magrib aristoCrad ini.. penting tuh. gua check sapa tak follow.. hehehe.. ikut keikhlasan lah..
  2. Buat 1 entry simple gila! takyah nak panjang lebar. 
  3. Entry kena ada gambar kat atas tu ea.. "magrib give away"
  4. tajuk entry? "Give Away dari Magrib!"
  5. tak payah nak letak header kat sidebar...
  6. tak payah letih letih jawab soalan.
  7. yang penting.. anda kena TAG seorang sahaja... make sure dia tahu ea.. nak tag lebih pon buleh! tak kesah dan.. lagi suka ada lah! hehe
Makanya saya Tag


Kalau rajin buat lah ye, Insya Allah ada luck boleh lah dapat hadiah daripada SIngapura..
Tarikh tutup 28 Feb ini..

p/s: Maaf masuk giveaway ni lambat ;)

Sunday, February 20, 2011

Sesat

Kaki berhenti melangkah...

Berdiri kaku sambil mata memandang ke depan...

Dahi berkerut memikirkan apa perlu dibuat...

Fikiran kosong...Kabur...semakin lama semakin gelap..

Jalan yang bercabang juga sudah tidak kelihatan...

Badan terasa letih..

Terduduk...
Aku rasa anak buah aku yang 8 tahun pun lagi pandai guna 'Paint' daripada aku..
Pergh, Hancur!
Konon2 nak cuba melukis guna 'Paint'..Penat! aku dah malas nak lukis balik!

Saturday, February 19, 2011

Tak tipu, saya sayang blog saya..

Betul, saaaaaayang sangat dengan blog nih...
Kalau tak ada idea nak update, aku tatap je blog nih..
Sambil dalam hati berdetik 'kenapalah kau comel sangat'..
memanglah blog aku tak secomel blog Ain, Cik Tom, atau secanggih blog Raji,
Tapi yang pasti blog aku comel gak lah kan!

Aku paling suka tengok header blog aku nih...
Sebab ada muka Junho..haha..senyuman dia buat aku cair~
picture not mine
Opps,kekasih lama Inzaghi aku tak lupa, tak nampak love love tu ha..
 Dah letak pun gambar daku kat situ, wahai Fitrihadi
(walaupun antara nampak tak nampak haha)

Dulu blog aku simple je, tepek template blog bunga2 je ni ha...
Pastu tiba2 aku rasa rajin, aku pun jenguk lah Tutorial Cik Tom..
Maka, Blog aku pun semakin Comel~
Walaupun sudah berbunga-bunga,
Echah, Kak Diana, Ain, malah Pemain bola sepak terkenal Gerrard! pun ingat aku lelaki..
Paling menyedihkan bila Catherine ingat aku Gay...hahkahakh
Bila aku terlebih rajin, aku pun letaklah Blogger Chat Room ni..

aku jarang chat situ, kalau aku rajin je..
Mula2 nak campak je shoutbox tu sebab asyik iklan je kat situ..
Tapi tiba2 teringat kat my lovely Raino (hahah), jadi aku pun letaklah balik...

Dulu juga,aku ada letak Facebook badge, Tapi disebabkan ramai orang pelik2 je sibuk nak add..
maka, aku buang terus...kalau korang nak add facebook aku, silalah minta, jangan segan2..
dan disebabkan facebook sudah berwajah baru ini tidak mengekalkan privasi seperti dulu..
Maka, semua benda aku private (tapi rasanya tak semua private, facebook memang pelik)..
Fariq juga pelik bila facebook aku tak ada dinding, hahaha maaflah ye..
Tapi kan, aku tak tahulah kenapa, Blogger yang add aku kat facebook..
Sama ada jarang update blog, atau terus blog dorang tak terusik..
(hmm facebook saya bukan badi ye, tak ada badi2 nih haha)
Pakcik pun dah jarang jarang update
(bila update je pasal makanan, haishhh)


setelah berabad lamanya guna template ni,baru aku perasan boleh letak gadget kat footer blog nih..

Mula-mula aku buat blog ni, aku suka baca blog Coretan Perantau, Kenwooi, Semaksesatsarat
Blog dorang ni aku peruntukkan masa khas nak baca
(sebab entry panjang hahah)
Blog Cikgu Dahlia aku banyak belajar pasal Nuffnang..
Zairie pulak aku banyak tanya pasal teknikal..
Nick Irfan pulak, dia memang rajin komen..

Aku ingat dunia blog ni biasa je,tapi tak sangkalah macam dalam dunia Chatting juga(YM,Mirc etc)..
tiba2 rasa kelakar
(bezanya chatting sekarang banyak orang gila seks)
Bila dah lama2 blogging, oh dah macam Dunia Artis pulak...siap ada stalker lagi(saya tak ada)
wahhhhhhhhhh..complicated juga...walaupun sekadar alam maya..
Dalam alam maya pun hipokrit tetap hipokrit, batu api tetap batu api, narcissism pun begitu..

yang lama baca blog aku macam Raino, dia perasanlah aku berhenti jap update blog..
Tapi bila aku kembali aktif, semua blog yang aku rajin jenguk dah hilang, adeiii dorang ni terkena musim moody aku sekali kah?
Nasib baik Fatin kembali dengan blog dia, Raino macam biasa suka hati dia nak update ke tak..haha
bila nak kembali aktif nih, aku pun jenguklah balik entry2 lama, nampaklah komen Macy..
Wah, Macy dah maju ke depan...
(tapi sekarang Macy pulak yang penat, dia pula berhibernasi)

Dalam baca2 blog orang nih, kadang2 pelbagai personaliti kita boleh nampak...
Ada satu blog ni, aku memang suka baca blog dia, taste dia sama dengan taste aku..
aku ikut blog dia daripada aku awal2 blogging lagi..
kehidupan dia pun lebih kurang macam aku je, jadi aku faham lah juga apa yang dia rasa..
kadang2 tu rasa macam baca diari sendiri..hahaha..agak menakutkan di situ..hahaha
bolehlah jenguk ke blog cik Ailebiu nih..i love u too ohhhhh tetiba..

Dan, selamat datang lah kepada kamu dan kamu yang baru nak berjinak2 dengan blog ini..
Walaupun entry2 dalam blog ini tak tahulah bawa manfaat ke tak,
harap2  bunga, Aliesha Kirana, The Crow Empire, Astina, kak kalamhati, Oya, bella, tun teja
dan yang lain2,pembaca senyap2 juga (abang aku lah tu),
Semoga Enjoy baca blog ni


p/s: penat woooo tekan link, copy paste nih, yang tak terletak link nya di sini, di masa yang lain lah ye.. jangan kecik hati, tak baik untuk kesihatan hati...ngeeeeeeeee...kenapa word yang ada link itu kejap warna kelabu kejap bukan warna kelabu??ohhh aku pening,aku tekan warna lain dia tetap nak kelabu..aku tak suka lah kelabu!

p/s: Tak tahu lah apa mimpi buat entry jiwang nih..tiba2 rasa rindu kat blog terlebih pula...ohhhh.. mungkin sebab baca Echah pun buat entry  jiwang ni gak..haha.

p/s: Maaflah panjang ngeeee

Friday, February 18, 2011

Malang..

Minggu ni minggu malang aku...
Malas nak cerita kat sini..
Sebab penat...geram...semua ada...
Aku memang cepat lemah semangat, tapi sehari je lah..
Esok-esok aku elok balik...
Jangan cepat putus asa ye kawan2...
Sedih memang lah sedih...
Lagi sedih bila orang lain tak faham...
Daripada nak memahamkan orang lain...
Baik memahamkan diri sendiri dulu...

Dengan memahami diri sendiri, kadang-kadang boleh memahami orang lain dengan lebih baik..
mwahahah aku pun tak tahu nak cakap apa sebenarnya...
Yelah yelah Ac Milan kalah, tak apa ah kali ni target Serie A..
Dah lama tak menang Serie A...
Minggu ni Ac Milan vs Chievo...yooooo




Cassano dan Pak Berahim (Ibrahimovic) Buona Fortuna! 

p/s:Pictures credit to This and This

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul...

Dulu masa kecik2, aku sekolah agama...
Setiap kali nak dekat Maulidur Rasul, mesti ada buat persembahan..
Persembahan Nasyid, paling aku suka..sebab leh masuk lewat kelas..mwahahha..

(selalunya 'junjungan mulia' ni lah famous)
Pastu siap ada kuiz lagi, boleh dapat hadiah, buku cerita..

Bila tiba hari Maulidur Rasul,
mesti ada berarak satu taman perumahan nih..
Aku dengan rajinnya pergi...
Berarak dan berselawat dengan semangatnya sambil jalan pimpin tangan..
ngeh ngeh dengan kawan perempuan okeyyy..
Bila dah habis berarak, destinasi terakhir mestilah sekolah..
dapatlah makanan percuma, makan dengan kawan2...
ngeeeee...

Sekarang ni buat apa?
Duduk rumah makan masakan mak yang special..
mak, hari ni masak apa...ngeeeeeeeee
hohohoho

p/s: Rama-rama dalam perut dah hilang, tapi malam kang dan esok mesti datang balik...adeiii

p/s:macam mana nak hadapi interview Psiko?Mau terkejut aku kang tiba2 kena marah ke..

Monday, February 14, 2011

Lagu Geli

Ha, korang buat apa huh..
Sudah-sudahlah tu, esok Maulidur Rasul..

Lagi, entry geli..hahaha..boleh rujuk entry geli yang lain di SINI
Ini semua gara-gara Fariq, yang telah perkenalkan lagu ni beberapa hari yang lalu..
Dah lah tak pernah dengar lagu nih..
Pastu kegelian yang amatnya sampai meremang bulu roma daripada hujung jari ke hujung rambut..
(oh over)

Sebelum tuh, nama betul aku syarina (ejaan bukan nama sebenar)..
Aku perempuan..hahah..
Tak tahu kenapa bloggers ramai ingat blog ini adalah milik lelaki..
Kenapa ek?
Blog aku ni dah berbunga-bunga, siap warna pink lagi..
Adakah kamu terkeliru dengan gambar profile mamat L dalam cerita Death Note ini?
Tak percaya aku perempuan?
Nantilah aku tunjuk...(kalau aku rajin)
Oh lupa, Lagu Geli itu ialah lagu ini

Tajuk lagu ini Syarina, dinyanyikan oleh Spin.
Grrr setiap kali dia sebut nama aku, Geli.....Geli.....Geli....Geli....

p/s: that picture not mine..
p/s: daripada semalam ada rama-rama dalam perut.ohhh cuak cuak cuak...fuhhhhhhh..harap2 hari ini berjalan lancar. amin...

Sunday, February 13, 2011

Menang besar.Ac Milan 4-0 Parma

Baiklah, perlawanan ini dimulakan dengan lagu Ac Milan, sebab buat di San Siro,kan

Ingat The Crow je boleh letak lagu Manchester United??, mwahah

Impian Inter untuk melihat Ac Milan jatuh, punah...
Maklumlah sejak Inter melonjak naik dan hanya beza 4 mata sahaja,
mereka sudah bongkak...wutevar...

Milan: Abbiati; Oddo, Nesta, Thiago Silva, Antonini; Gattuso (Flamini 62), Van Bommel, Merkel; Seedorf (Robinho 58); Ibrahimovic (Pato 68), Cassano

Parma: Mirante; Gobbi, Lucarelli, Paci, Zaccardo; Valiani, Dzemaili (Galloppa 85), Candreva; Giovinco (Angelo 69); Amauri, Crespo (Bojinov 69)

Masa pertama, sudah menunjukkan pertahanan Parma yang begitu lemah..
Terutamanya Goalkeeper, akibatnya Seedorf berjaya mengambil kesempatan itu untuk menjaringkan gol,
walaupun lagi sikit je bola tu nak terkeluar,nasib baik gol wahai Seedorf,baru nak maki..
(mwahah tak suka Seedorf tapi dia main Ok hari ini)
Perlawanan ini tanpa Pirlo kerana dia cedera dan berehat selama 6 minggu..
Oleh itu, apabila Milan ambil corner atau free kick, kelihatan pertahanan Parma begitu tenang,
mereka memang tak heran sungguh...cis..
Minit ke-17, Cassano pula menjaringkan gol...
Pergh,gempak, siap main one two dengan Gattuso
(dalam perlawanan ni, memang Cassano stylo habis)
Selepas dia jaringkan gol,dia tersenyum je sampai habis,tak pernah aku tengok dia girang macam nih..
walaupun ketinggalan 2-0, Parma tetap semangat untuk jaringkan gol..
Aku suka tengok Antonio Candreva(ala2 justin timberlake) nih..
Candreva,parma no.7
Separuh masa kedua pula,
Robinho masuk menggantikan Seedorf..
(Betapa girangnya aku seedorf keluar mwahaha).
Aku rasa Cassano dan Ibrahimovic juga girang melihat RObinho..
3 minit selepas RObinho masuk, terus dia jaringkan gol!..
assist daripada Cassano,apabila Ibrahimovic tak sampai nak sepak, Robinho meluru menyepak bola tu..
dan GOL!..
Seterusnya, Gol paling gempak dan rasa heaven tengok..
Cassano, Ibrahimovic, sampai ke RObinho dan GOL!!!!!!!!
(Ibrahimovic yang lembik masa separuh pertama tuh terus cergas)
Mereka dengan gembiranya melompat2, siap buat aksi RObinho lap kasut Cassano lagi
(comel kan,eheee)
Kemudian Ibrahimovic pun dikeluarkan digantikan dengan Pato...
Ibrahimovic kelihatan sangat penat, asyik kena gasak dengan pemain Parma..
Sampaikan Cassano pun tak nak dekat dengan Ibrahimovic,siap turun bawah lagi, haha..
entah berapa kali Ibrahimovic ni jatuh, sampai pening aku tengok..

Oklah, panjang dah aku bebel...mengantuk nih..
Seedorf, Cassano, Robinho, Robinho, thanx for your goals!..
Cassano the best!
 Macam adik-beradik kan, mwahahah
style rambut sama pulak tuh, Abate dan Merkel..
tak sangka aku, Ac Milan ada dua orang street fighter..
 ok dah habis mengarut....yawn~

p/s:all pictures are not mine, too tired to do credit
p/s: harap-harap juventus menang lawan Inter.

Saturday, February 12, 2011

Sayang...

Ibuku sedang menonton drama...
Aku pun ikut sekali menonton..
kusangkakan drama nampak menarik..
Abang ketak-ketak berlakon, Norman Hakim..
Abang ketak-ketak siap pakai baju tak ada lengan..
Nampak ketak-ketak...
MySpace
Tiba-tiba Norman Hakim berkata..

'Sayang, sayang dah sampai? Sayang naik apa tadi?'

Meremang bulu roma aku satu badan, kalah nampak hantu...
AKu menjerit kegelian..
Geli ....Geli....Geli....Geli......Geli...
Lalu aku masuk bilik mengadap laptop...
Mak aku dah gelak...

p/s: baik tengok cite Glee....

Friday, February 11, 2011

Panic! at the Disco - The Ballad of Mona Lisa

Dulu zaman sekolah aku gila dengan Panic!at the disco nih..
Pertamanya sebab aku suka muzik dorang...
Tapi bukan lirik dorang,hohoho..
Untuk album pertama dorang A Fever you can't Sweat Out,
aku memang suka semua lagu dalam album tuh..


Tapi, bila masuk album ke-2, Pretty Odd...
dorang ni macam hilang identiti diri pulak..
Tak salah nak cuba masuk genre yang lain,
tapi kalau dah macam hilang identiti diri,jadi lainlah pulak..
Lagu dalam album kedua ni dah macam The Beatles pulak...
Ohhhh aku sangat tak suka lagu dalam Pretty Odd nih..
Salah satu masalah lainnnya, ada pergolakan di antara ahli2 kumpulan ini..
Maka, keluarlah dua ahli kumpulan ini iaitu Ryan, dan John..ohhh sedih..
Lepas tu Brendon dan Spencer kuar soundtrack untuk Jenniffer's Body, 'New Perspective'..

Dan Sekarang mereka masih Berdua,
Keluar single terbaru untuk album yang akan datang, Vices & Virtues...
iaitu lagu The Ballad of Mona Lisa..
Aku suka lagu ni,sebab macam lagu2 dalam album pertama...
dan seperti biasa, aku tak pernah faham lirik dorang hahaha
Lirik dorang tak boleh nak relate dengan kehidupan kita..
sebab lirik dorang story telling..


The Ballad of Mona Lisa
She paints her fingers with a close precision
He starts to notice empty bottles of gin
And takes a moment to assess the sin she’s paid for...
A lonely speaker in a conversation
Her words are swimming through his ears again
There’s nothing wrong with just taste of what you paid for
Say what you mean tell me im right and let the sun rain down on me give me a sign
I wanna believe
Whoa Mona Lisa, you’re guaranteed to run this town Whoa Mona Lisa I’d pay to see you frown
He sense something call it desperation another dollar another day and if she has the proper words to say she’d tell but she’d have nothing left to sell him...
Say what you mean tell me I’m right and let the sun rain down on me give me a sign I wanna believe
Whoa Mona Lisa, you’re guaranteed to run this town Whoa Mona Lisa I’d pay to see you frown
Oh Mona Lisa
Say what you mean tell me I’m right and let the sun rain down on me give me a sign
I wanna believe
Whoa Mona Lisa, you’re guaranteed to run this town Whoa Mona Lisa I’d pay to see you frown
Say what you mean tell me I’m right and let the sun rain down on me give me a sign
I wanna believe
There’s nothing wrong with just a taste of what you paid for....

Thursday, February 10, 2011

Bagus menegur..tapi

Setelah membeli gula-gula mentos depan surau,
segera masuk dalam surau..
ambil tempat di depan...

Kedengaran suara gadis-gadis yang sudah selesai solat, bercakap dalam dua kumpulan kecil..
Perbualan mereka boleh didengari...
Boleh juga mengurangkan fokus menunaikan solat...
Tapi disebabkan sudah biasa dengan persekitaran sebegitu, jadi fokus tidak terganggu..
Selesai solat, melipat telekung..
Tiba-tiba, kedengaran suara wanita dengan Lantangnya berkata:-

'Maaf ye, kita ni dalam surau, kalau hendak berborak, sila berborak di luar ye, dan blablabla'..

Tergamam kejap..
nasib baik sudah selesai solat..
kalau tak mesti bahu terhenjut dek terkejut..

satu demi satu, mereka yang berborak2 itu keluar...

keluar juga mengikuti mereka, sambil makan mentos...
 credit 
mentos bila lembik sangat sedap dimakan

Wednesday, February 9, 2011

Pergi dan Pergi

i turn my head to the east, i dont see nobody by my side,
i turn my head to the west, still nobody inside..
(so which way should i turn)
so i turn my head to the north, swallow that pill that they call pride
(is this the best way?)
The old me is dead and gone,
The new me will be alright..
(i hope so)

that part of me left yesterday,
the heart of me is strong today,
no regrets im blessed to say, the old me dead and gone away.
(is something i wish to say,i want to say)

i've been travelling on this road too long,
just trying my way back home,
but the old me's dead and gone
(the problem is one,where is the new me)
-------------------------------------------------------------------

Lari takkan menyelesaikan masalah..
Tak ada jalan singkat tanpa halangan...
Tak perlulah nak jadi suci dengan tak mahu jadi beban orang lain
sebab Jalan singkat tak meringankan beban orang lain..
Tak perlu anggap semua orang benci kamu macamlah kamu boleh baca fikiran orang lain..
kamu hilang diri kamu?
Sila cari sendiri, bukan dengan 'menghilangkan' diri...
Rasa sunyi?
Sila buat 'bising'
Semua orang tak faham, tak nak faham diri nih..??
Tak perlu nak buat orang lain faham, ada faedah ke?Sila buat faedah untuk diri sendiri..

credit to web in google hohoho

p/s: random...random...random...random....

p/s: Mana pergi Macy? tiba2 blog dia tak ada pun..

p/s: oh lupa pulak, Nanti korang salah faham.. Perkara di atas berkaitan dengan INI dan INI

Di Saat Kebuntuan

Nama dia Momo..
singkatan daripada perkataan 'Monyet'..
Kepala dia lagi besar daripada badan dia..
Jadi dia tak boleh berjalan...

Dia jealous bila tengok monyet2 lain boleh berjalan, melompat atas atap..
Dia akan duduk atas meja, berdepan dengan tingkap..
Bila monyet2 lain tengok mestilah terkejut...
dan tak berani nak ketuk tingkap bilik itu..

Pipi dia gebu, siap ada tatu rama-rama lagi..
perut dia sedap untuk dijadikan bantal...
Masa duduk kat hostel, bantal semua tolak tepi,
perut dialah yang jadi mangsa..

Sekarang ni tengah fikir..
Kalau letak Si momo ni dalam mesin basuh..
agak-agak apa jadi dengan dia...lunyai tak??

p/s: rasa makin lama makin gila...

Sunday, February 6, 2011

Anime - Skip Beat

aku dah bosan tengok drama,
aku tengok Anime pulak..
Aku bukannya tahu sangat anime apa yang latest yang best...
Jadi aku pergilah jenguk Animecrazy.net..
baca plot Skip Beat ni macam bestlah pulak...
cerita ni dah lama, Tahun 2008
ada 25 episode kesemuanya..


Kyoko, sanggup datang ke Tokyo semata-mata ikut boyfriend dia, Sho...
Sho jadi artis, dan Kyoko yang tanggung semua perbelanjaan rumah, makan..
Bila Sho makin terkenal, dia lupakan Kyoko dan jarang balik rumah..
Kyoko tercuri dengar Sho mengumpat pasal dia, kata dia ni sekadar pembantu rumah je...
Dan Kyoko sangatlah hangin, dia cakap kat Sho yang dia akan balas dendam..
Macam mana dia nak balas dendam?
Dengan jadi artis yang lebih terkenal daripada Sho..

Anime ni menariklah jugak, walaupun tak adalah lawak sesangat2...tapi lawaklah jugak..
aku suka anime macam ni, shojo + school, tapi no Eechi okey!..
eechi ni yang tak senonoh2 yang melampau2 itu..
Tapi kalau anime yang tak banyak sangat, dia tak akan categorize as eechi..
akibatnya aku tertengok anime yang agak erkkkkkk..ternganga aku jap terkejut..
hahahah, H2O: footprints in the sun tajuk anime yang erkk erkk itu...
aku ingatkan sucilah anime tuh...
Tapi Skip Beat ini suci, dont worry...
Anime apa yang suci2 macam nih???...hahaha..
macam Kimi Ni Todoke (click) ke...

Friday, February 4, 2011

Bosan

kenapa bosan?..
Jangan tanya, malas nak cerita..
lalalalaaa..
Sekarang korang layan lagu apa?
Aku dah tak tahu nak layan lagu apa...
Biasanya aku akan beralih dengar lagu dari pelbagai bahasa..
Aku dah bosan dengar lagu korea, lagu Mat saleh tak ada yang menarik..
Aku dah naik menyampah dengar lagu dalam Lappy aku nih...
dalam winamp aku nih, jepun, korea, itali, perancis, hindustan semua ada..

Jadi, sudi-sudikanlah kamu berkongsi lagu apa yang kamu dengar..
Terbaru aku download lagu lama nih..(click pada tajuk/penyanyi lagu itu)
Mandy Moore - Only hope
Glen hansard and Market Irglova- Falling Slowly
Nell - Time Spent Walking through Memories

Sedih kan lagu2 nih..in pathetic gloomy miserable mood mwahahaha

bila bosan tengok gambar2/video anak2 buah aku. posing bukan main. aku tak tahulah kalau gambar ni dia edit sendiri. baru 9 tahun nih. adeiiii

p/s: aku tahu korang mesti nak letak lagu Maher Zain kan. hahah. abang aku dok ulang lagu dia 24 jam, tengah dok basuh pinggan memang lagu tu je lah aku dengar. orang tua2 kata tak elok anak dara nyanyi kat dapur. salahkan abang aku....

Tuesday, February 1, 2011

1st GA Pearl by Moon

click Banner ini

Apa yang perlu anda buat :

1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi,,


  • sebab kenapa anda join GA ni..
  • antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...

2. Letak banner kat atas dan tajuk 1st GA Pearl by mOoN dan linkkan ke entry ini...

3. Terbuka kepada blogger lelaki dan perempuan...

4. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tau...HARUS!! tak boleh nak malas-malas...hehehe.

3 hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah...


Tarikh akhir menghantar penyertaan : 

14 February 2011 (Isnin)
Sebab kenapa sertai Giveaway ini..
sebab Fariq suruh, tiap2 hari dia promosi suruh buat hahahah.
tapi tak kisah pun buat Sebab, giveaway ini dia tak mewajibkan untuk follow blog dia...
dan juga, dia ada suruh kita jawab soalan dia, dan bukan setakat letak copy and paste sahaja..
Agak menarik soalan dia..

Antara warna peach, hitam dan putih, yang mana satukah mewakili diri anda..kenapa?
Peach..warna peach ni nak dekat2 merah jambu, nak dekat2 warna oren, nak dekat2 warna coklat cair..
apa2 pun dia tetap Peach, bila renung lama2, baru tahu dia Peach kan...
aku lebih kurang macam tu lah..hahah


Saya Tag
Aliesha Kirana
Nick Irfan
Siti Manis


p/s: semoga pelajar2 malaysia di mesir selamat. syukur sangat sedara kat sana pergi buat lawatan ke tempat lain ketika ini...