Nama manja dia Montel..
atau dalam bahasa Italinya L'Aeroplanino
(Ok aku tipu, maksud L'Aeroplanino - kapal terbang sebab dia suka buat gaya terbang bila score)
Dan, sejak dia keluar dari As Roma, aku tak ambil tahu pasal dia sangat.. ngeeeeBaru aku tahu dia dah bersara...woooo baru 36 dah bersara..
Terkejut aku bila tahu dia dah bersara sebab aku membayangkan dia macam baru 30..ngee
Tiba2 aku buka web Football-italia Ranieri (jurulatih Roma) letak jawatan...
Tiba2 aku buka lagi, ehhhh Montella ganti Ranieri..
Ternganga jap!Ranieri letak jawatan selepas Roma Kalah 3-4 dengan Genoa..
Roma pada mulanya mendahului 3-0, tiba2 boleh bolos 4 Gol..
Membuatkan Ranieri rasa kecewa sangat, dan dia ambil keputusan letak jawatan..
Roma memang terkenal dengan masalah Jurulatih, entah berapa kali tukar..
permainan Roma juga selalu tak konsisten...
Ramai berfikir Montella sekadar menjaga Roma untuk sementara waktu...
Yela, muda lagi kot Montella ni, pengalaman jadi jurulatih pun baru je..
Itu pun dengan budak2 bawah 15 tahun..
Ini nak jaga bapak budak...
(erkk Totti lagila, macam mana Montella ni nak jadi jurulatih bekas Captain sendiri??)
Tapi, manalah tahu kan..hanya boleh tunggu dan tengok depan TV je ler



