Sambung cerita Situasi menunggu bas...
(daripada entry SINI ) Bagi orang yang tak ada kereta dan tak reti bawa kereta macam aku kenalah tunggu bas kan..
Takkan lah nak pergi kerja tiap2 hari naik teksi
(kerja part time je pon)...
lebih2 lagi sekarang bahaya naik teksi sorang2...
Situasi 2
Aku tunggu sorang2 lagi di tempat tunggu bas..
Lepas tuh, ada mamat sorang ni datang..
(gigi dia tak lawa, lalalalal)..
Dia tanyalah bas sekian-sekian dah datang ke belum..
dari pukul berapa tunggu n sekian sekian sekian..
Kami pun mulalah berborak, pasal apa entah aku tak ingat..
sampailah bas ni datang,
aku pun naiklah bas tuh, aku duduk sebelah makcik sorang nih..
aku pun pasanglah lagu mp3 aku tuh sekuat2 yang mungkin,
saja nak bagi semua orang tahu aku tengah dengar lagu hahaha..
Dan, mamat tadi tuh duduk
barisan sebelah aku..
(maksudnya, aku dan dia dipisahkan dengan satu laluan)
Walaupun dia tahu aku tengah dengar lagu,
Dia tak berputus asa untuk terus berborak dengan aku..
dah mula dah, dia tanya pasal adik-beradik aku lah, sekian2 lah..
aku dah mula tunjuk muka
'Tak Minat!!'
Nasib baikla aku turun dulu daripada dia dan dia tak turun di tempat yang sama..
FUh, lega..
Padan muka, siapa suruh layan lagi...ala, dah orang tanya aku jawab ah..
Situasi 3...
Ada satu bas ni, waktu malam dia suka
skip jalan..
Maksudnya satu jam atau lebih baru dia akan lalu kat tempat aku tunggu tuh..
(sengal kan..tapi sekarang bas tu dah tak buat macam nih.. harap2lah)
Bila dah lama sangat tunggu, semua orang macam angin lah..
lepas tu ada lah Mamat sorang ni tanya aku pasal bas tuh...
dia kata selama ni dia tak naik bas, tiket bas tu pun abang dia belikan..
Jadi dia tanyalah,betul ke bas sekian sekian ni dia kena tunggu..
Aku pun jawablah YA...Lepas tu borak apa entah..
Sampailah bas ni datang..
Aku pun duduklah, tiba2 dia menyibuk duduk sebelah aku.
Aku ingatkan dia tak ada lah nak duduk sebelah aku..
Aku fikir dia orang bekerja tak layan budak2 kerja part time yang tunggu keputusan IPTA macam aku nih..
Maka, perkara memalukan berlaku...
Dalam bas tu senyap sunyi je,
mungkin semuanya penat...
tiba2 Mamat ni sibuk tanya aku..
Pasal Universiti...
(dahlah gigi tak lawa)..
AKu cakaplah aku ada pilih USM, dia pun Nak jugak, dia kata dia pernah belajar kat USM..
Mulalah dia bercerita..
kalau korang nak tahu Suara dia kuat, satu bas tu boleh dengar..
Dan, orang sekeliling aku Pandang aku Macam kesian kat aku...
Hahahhahaah, malu weiii, semua orang Pandang Okeyyyy...
yang paling best dia kata dia punya destinasi akhir sekali...
dan aku pulak hampir2 destinasi akhir...Kesian Kan...
Okeylah itu aja...
Nanti aku cerita kisah Bas dan Orang Gila pulak...
Aku peliklah, bila perempuan buat muka Tak Berminat,
kenapa lelaki terus dan terus bercakap...
Lagi satu, kalau perempuan tu jalan sorang...boleh tak jangan,
'Hai awak, jalan sorang ke,amboi masam muka'
yang paling best boleh pulak mengekor dari belakang kan..
'awak awak, nak pergi mana tuh,tunggulah'...
Kalau kamu lelaki berfikiran Rasional,
sila jangan lakukakan perkara tersebut, sebab Saya Trauma...