Saturday, October 30, 2010

Awasi Troli anda...

Tadi aku pergilah Carrefour ni ha,
nak belilah barang2 dapur,
sambil tengok senarai barang yang panjang meleret ke bawah..
Aku pun ambillah barang mengikut senarai yang mak aku tulis tuh..
(dengan kebisingan orang ramai, serius ramai, mungkin sebab ramai nak beraya kot)
Dynamo, Softlan, Kopi, sabun tangan (ok done, dah ambil) 
Lepas tu aku, adik aku, kakak aku berpisah kejap dengan troli nak pergi ambil barang..

Kemudian,
aku pun datang lah kembali mencari troli sambil memegang berus gigi...
kulihat muka kakakku Hangin!...

'Troli ada orang ambil'...aik habis barang kita kat mana?
'ni ha, dia letak barang2 kat sini'....amboiiiii, ada juga manusia macam ni...
'Baru je tinggalkan kejap. Haish, tunggu sini, angah nak pergi ambil troli'...

Maka, aku dan adikku, tunggulah di tempat sabun2 tuh,
bersama2 barang2ku dynamo,softlan,kopi,dan berus gigi...
oh ye, sabun tangan juga....

Macam ni lah...
Aku sebenarnya tak sangka ada manusia macam ni..
Pemalas sangat ke, apa yang malas sangatnya tuh...
Kalau angkat keluar barang orang lain dari Troli, Rajin pulak ye..
Agak2 lah kan...

penat - penat......


(Troli,mesti ko rasa berharga kan, ada jugak orang nak menculik ko nih)
credit





Nodame Cantabile The final Score-part 2

hmmm sebenarnya aku pening ni dengan my baby lappy ni..
penuh dengan segala malware, virus...tak boleh hilang pulak tuh..
adeiii, antivirus ni pulak tak kuat..
aku tak nak format..
kalau aku biarkan je, apa jadi...hahaha

Akhirnya Filem Nodame Cantabile The Final Score part 2 ni keluar juga di Dramacrazy.net,
Jika sebelum ni dah tengok Part 1 kan, sekarang bersambung ke part 2 Pula...
(boleh lihat entry sebelum ini click)

Kali ni banyak kisah Nodame pula...
Kekeliruan Nodame sama ada dia perlu untuk menjadi pemain piano yang Professional atau pun tidak,
Nak tahu ceritanya lebih lanjut bolehlah tengok sendiri...

Friday, October 29, 2010

Sape nak hadiah free dari Paris? =)

Eheeeee,
aku masuk contest nih,
dari blog nadiafarahida(click2),
hadiahnya merupakan barangan yang didatang khas dari Paris gitu...

Aku tertarik nak masuk contest ni,
sebab tiba2 aku teringat masa aku belajar bahasa Perancis,
sekejap je pun belajar, tahap 1 je..
hahahaha..tak sanggup ah...
Aku rasa down gila kot belajar bahasa nih..
Asyik ponteng kelas je keje aku..
Tapi Assigment tetap buat okeyyy...
Apa yang susah sangat sampai aku down...

  • Tulisan tak ada apa sangatlah yang perlu nak belajar pun kan. Cuma yang peningnya nak menyebutnya, aku rasa nak tercabut tekak aku nih, dengan sengaunya lagi. nak tersembur2 aku bercakap bahasa ni. 
  • Terus terang aku cakap, aku tak biasa dengan bahasa ni. aku main amik je. sebab aku rasa bahasa ni tak susah sangat(kononnya). 
  • Aku memang tak minat pun bahasa ni. lepas tu aku kelam kabut nak mencari sumber inspirasi, nak bagi telinga aku ni biasa dengar dengan bahasa Perancis.Bila listening exam tak adalah terkejut monyet.
Pengajaran yang aku dapat ialah,
Janganlah gatal2 nak amik bahasa yang anda tak biasa sebagai elektif untuk kos anda..
Nanti ada yang merana kalau pointer jatuh...
Kalau tak minat pun bahasa itu, at least telinga tu dah biasa dengan bahasa tuh..

sepanjang aku belajar bahasa Perancis ni,
ada satu web tu aku selalu belajar kat situ
belajar bahasa Perancis (click)
Lepas tuh, aku ada tengok Filem Perancis yang best...
Hellphone, Les choristes
(Dua2 ni, lakonan Jean Baptiste Maunier yang Hot tu)
lagi satu cerita Amelie, cerita ni pelik, tapi lagu sedap..

sebelum aku tersasar lebih jauh...
Aku nak kena tag untuk contest nih...
Maaflah ye daku tag kamu2 ni
Adeq fara, Zairie, Anna Boleyn
heheheheheheh

Berikut merupakan syarat2 contest ini..

1. buat entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" 
dan letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog 

2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korang 
dan link kan terus ke entry ni ye.

3. menjadi follower blog nadiafarahida.

 4. tag 3 org blogger 
lain dan pastikan dorang tahu bahawa mereka telah ditag!

5. dan akhir sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korang kat 
kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye.

p/s: ponteng2 kelas perancis pun, tetap dapat A- mwahahahah..







Thursday, October 28, 2010

My girlfriend is a Gumiho..

Ini lagi satu drama Korea aku tengok...
baru je habis tengok online...
Bestlah juga cerita nih..
My Girlfriend is a Gumiho...

(credit to dramacrazy.net)

Kisah lelaki ni yang terpaksa jadikan seorang perempuan Cun dan comel ni sebagai Makwe dia..
Masalahnya perempuan ni bukan manusia, tapi Gumiho..
ikut mitos korea,Gumiho ni lebih kurang macam anjing jadian..?? (Fox lah)
Tapi lama kelamaan lelaki ini pun jatuh cinta sama itu perempuan...
(Biasalah tuh, cerita macam ni, sangat klise)..
Yang bestnya cerita ni Heroinnya sangat comel (Shin Min Ah)
pandai dia berlakon..
dan ada adegan2 yang sweet2 cute2,
antara heronya (Lee seunggi) dan heroinnya (Shin min ah)...


(credit to youtube rediscassie)

Aku paling suka part 'nomu nomu nomu nomu nomuuuu chua aei'

Lagu dalam cerita ni pun best...

p/s:mula2 agak slow sikit, bagi aku macam bosan lah. dah lama2 tu baru best.

Wednesday, October 27, 2010

Semoga yang hilang itu selamat.......

Kini gempar mengenai bencana alam yang menimpa Indonesia..
Gegaran gempa bumi, yang menyebabkan Tsunami,
diikuti dengan Gunung Merapi yang memuntahkan debu panas,
menyebabkan 20 orang cedera semalam...

502 orang masih lagi hilang akibat dilanda Tsunami..
Termasuklah 10 warga Australia...
Usaha masih diteruskan...

Satu dunia turut mendoakan agar keadaan di Indonesia menjadi stabil,
turut berdoa agar yang hilang itu segera dijumpai dalam keadaan selamat...

Semalam di Twitter, tag #PrayforIndonesia berada di tempat kedua teratas..

______________________________________________

Di Kedah pula,
turut dilanda ribut yang menyebabkan Enam buah rumah di Kampung Tepi Laut, kuala kedah, rosak..
Syukur Alhamdulillah, hanya kerosakkan rumah sahaja dan tidak melibatkan sebarang kecederaaan.

Tuesday, October 26, 2010

Ac Milan kekal tempat kedua

Kan aku dah cakap,
kena aku tengok perlawanan dorang nih,
Barulah dorang ada semangat nak main...
mwahahahahah..
(tak caya tengok entry ini - click)

Ac Milan 2 vs 1 Napoli

tersengguk2 jugalah aku tengok perlawanan ni..
MySpace
tapi tak sampai habis pun..
Bila dah 2-0 aku rasa dah yakin dengan Milan boleh menang..
AKu pun masuk Tidur lahh..

Pada awal permainan, tiba2 berlaku Perlanggaran antara Antonini dengan Maggio..
dan ANtonini, kulihat seperti kecederaannya parah, kerana melibatkan kepala dan leher dia..
sampaikan dorang nak angkat dia pun mengambil masa yang lama kerana perlu berhati2..
(Ohhhh, kesian my Antonini)..
Kemudia, Oddo dimasukkan bagi menggantikan ANtonini..
Aku tak tahulah mungkin pemain Milan berasa marah, secara tiba2 bersemangat..
terus menyerang gila2 punya...
lepas tu, Oddo bagi cross gila lawa beb (pak berahim, oddo, robinho)
dan Robinho berjaya menjaringkan GOL!!!!!

Kemudian Pada separuh masa kedua..
Masa ni aku dah memang mengantuk tahap cipan..
apa yang aku nampak masa tu Mamat jersi 17, 
bagi cross cun punya kat Pak Berahim..
dan Pak Berahim GOL!!!!!!! AKhirnya!!!!...
serius masa tu aku tak tahu siapa yang nombor 17 tuh..
Puas lah aku dok belek dengan mata separuh nak lelap nih..
Tengok dalam internet rupanya Massimo Oddo, the handsome guy..
MySpace
(sebenarnya aku tak perasan pun bila masa mamat ni balik Milan dah)
 (Mamat ni lah yang tolong membotakkan kepala pemain2 Italy masa WC 2006)

Kadang2 tengok perlawanan bola ni, ada juga yang lawaknya..
Pak Berahim ni boleh main curi2 gaduh dengan sorang pemain Napoli nih..
korang tau tak kalau budak2 kecik gaduh macam mana...
'ko cuit aku, aku cuit ko balik'
MySpaceMySpace
ha, amek dengan tolak kepalanya, tolak badannya..
yang kelakarnya curi2 tolak, di belakang Pengadil..
sebijik macam budak kecik..adeii..
pak berahim pak berahim..

Monday, October 25, 2010

Rasailah debaran kencang jantungku

Semalam aku rasa macam separuh nak meletup je..
Jantung Berdegup2 kencang, satu apa pun tak boleh nak buat..
MySpace
Nak buat macam mana..
Aku ni memang sentiasa berdebar setiap kali nak pergi Temuduga...
(Tapi tak pernah berdebar2 cinta lalalalalal)MySpace

Jadi hari ni aku pun pergilah Temuduga itu...
Rupa-rupanya dia cuma nak jelaskan sahaja kerja itu macam mana..
lepas tu nanti next,baru ada Temuduga yang kedua dalam masa minggu ini juga...

TETAPI, bila dah dengar dia jelaskan pasal kerja tu..
Haish, tak boleh lah pulak..
Ada banyak masalah..
Masalah shif kerja sampai pukul 12 malam,
dan masalah transport, takkan nak naik teksi malam2 buta..
(transport boleh claim. tapi agak2lah gadis comel sweet macam aku ni nak naik teksi tengah2 malam kann)..

Nampaknya, kena cari lagi lah jawabnya..
Ganbatte!
MySpace

Sunday, October 24, 2010

Ping Blog

Sebelum ni ramai blogger2 yang ping blog di gengblogger.com..
Tetapi memandangkan laman web itu telah kena hack dengan teruknya..
sebelum ni pernah juga kena..
Tapi kali ni memang teruk..
(Agaknya hacker ni menuntut dari Rusia kot.sampaikan hacker Malaysia pun tak boleh buat apa. Dia ingat macho lah macam dalam cerita hackers, si Angelina Jolie berlakon tuh...huh)

Oleh itu, aku ternampaklah di blog Dauspozi ini...
ada tempat ping blog baru...
Jadi untuk memeriahkan bersama2 agar senang untuk kita tengok2 blogger lain..
Marilah kita ke storyanda.com (click)...
Jika untuk mengetahui cara2 hendak ping boleh lah ke blog Dauspozi ini (click)

Dengan ping blog, anda dapat mempromosikan lagi blog anda ...
Jadi bolehlah meningkat sedikit traffic blog ....
okey...
MySpace
p/s: daku sudah buat header blog. hentam sajalah. aku turut meletakkan gambar mamat comel ni. Tapi kan bila buat header,gambar ni xbergerak2 pun..wpun simpan dlm betuk Gif.
gambar ni bergerak2 sbenarnya.( click kat gambar nih)

Saturday, October 23, 2010

Hari ini hari sabtu

Jadi????...heheheh..

hari ni  keluar dengan kawan2 ku yang sekelas denganku sewaktu Tingkatan 6..
Lama tak keluar bersama2..
Dulu2 masa sekolah kami selalu keluar berempat..
Tapi disebabkan yang seorang itu perut sedang membuyut,
Jadi kami mahu bagi dia rehat..heeehe...
(tak sabar nak tunggu dia bersalin,nak bagi hadiah baby)
MySpace
Dulu2 lepas sekolah terutamanya hari Jumaat,
Tempat yang kami lepak, shopping complex yang sangat dekat dengan sekolah tuh...
Jalan kaki pun boleh..
Dulu tak ada kereta, sanggup merentas hutan kecik, untuk pergi 'berjimba'...
(kat situ banyak anjing,untuk mengelakkan anjing, ikutlah jalan ni, tapi ramai2 ler)
Aktivitinya ialah lepak McD, Karok...
MySpace
Hari ini, kami pun mengulangi aktiviti yang sama seperti zaman2 kami remaja yang hendak melangkau ke alam dewasa itu...
MySpace(mwahahah)

kawan aku tu sengal sikit...
dia selalu bagi ayat2 yang boleh buat orang gelak..
Aku tak tahulah kenapa ramai kawan2 aku macam tuh...
Nak kata gagal Bahasa Melayu, semuanya lulus dengan cemerlang..
terima je lah...

ayat untuk hari ini..
'Dek noi tu dah umur berapa?'
(padahal Dek noi tu satu kelas dengan kitaorang)
'Hari Khamis minggu depan hari apa?'
MySpace

Friday, October 22, 2010

Lagu baru Jay Park (Park Jaebeom)

Ingat lagi tak Park Jaebeom yang dulu anggota kumpulan 2pm itu?..
yang sekarang ni menjadi artis solo....

Dia sudah ada lagu baru...
(sebenarnya dah lama keluar, tapi sebab malas nak update blog macam ni lah)
Ada dua lagu single, iaitu Speechless dan Bestie..
dan boleh dibeli di itunes hanya RM3 lebih je...
atau pun beli di laman webnya www.jaypark.com

Disebabkan dia sekarang bermula dari bawah...
jadi belilah yang original...
MySpace
kalau tak nak dia ni muflis....

credit to www.jaypark.com


sebenarnya aku tak minat muzik ala2 R&B nih..heheh
Tapi disebabkan ada seorang gadis comel dari Filipina ni nyanyi lagu Speechless..
Terus aku suka lagu Speechless nih..
Sorry Jay, she's the one that makes me love this song...
lalalalala..

credit to youtube sabywabbeh

Jom nyanyi lagu Speechless ni sama2
I know it's hard to imagine this
to end up without the kiss
from the one that you have loved for so long

I know it's hard to imagine this
can't live up to havin' kids
knowing that the thought is long gone

I've come to the conclusion
that we are both losin'
what we've come so far to build

And there is no confusion
no gimmick, no illusion
to how sad it makes me feel

Chorus:
I'm speechless
Can't believe it's over now
Why did we take this route
happily never after

I'm speechless
Feelin' far from sober now
I'm gonna be hung over now
'cause nothin' else matters

Should I drink my tears away
There's nothin' left to say
But let's just hope for a better tomorrow

No plan to make a stay
No not another day
Inaudible drownin' in sorrow

I'm speechless  4x
I can't believe I'm still standing
I can't believe cloud nine's landing
Lost grip of love when I thought we had this
Friends or not, we're damaged

We learn to walk and to talk and laugh and cry
Why is it so hard to learn to say goodbye?

I could've sworn I was stronger
I wish I could've had longer

It's time to wake up from the dreams
and make up for the things
I set aside when we were together
but everyone and everything
didn't wanna wait on me
can't expect a sudden change in the weather

Chorus:
Please help me

Nobody can hear me baby
I cannot breathe
I know God may just take me but
I cannot leave

I'm in this way too deep
to swim myself ashore
I need your help

Chorus:
I'm speechless...

Fanmeeting artis korea kelam kabut..

Jika sebelum ini kita pernah mendengar Konsert dibatalkan..
terutama Artis dari Hollywood
(Ala kes RIhanna dulu tu)
Sampaikan Malaysia serik,jadi memutuskan untuk mengumumkan konsert saat akhir...
Bulan ni punya konsert, bulan ni juga baru nak bagitahu....
Kemudian, kisah artis Bollywood yang cerewet..
Tapi sekurang2nya mereka tetap menjalankan konsert..

Kes yang ini paling best...
Beberapa hari yang lepas,
JYJ (Jaejoong,Yoochun,Junsu) tiba di Malaysia untuk mengadakan fanmeeting...
Bermula dari sinilah segalanya bermula dengan haruknya..
Aku takkan cerita dengan lebih terperinci,
sebab bukan aku pergi pun..
boleh baca di blog orang lain untuk lebih terperinci..

Semuanya disebabkan Pihak Pengurusan artis korea JYJ ini (Cjest)...
Pada mulanya Pihak Pengurusan Korea ini bersetuju untuk mengadakan sesi bergambar dan autograf,
selepas habis fanmeeting, sesi ini khas untuk pemegang tiket VIP yang berharga RM800/1000..
Tetapi tiba2 tak mahu pulak...
MySpace
Pihak Pengurusan Malaysia, Redstar, berusaha keras memujuk untuk tidak membatalkan sesi tersebut..
Akhirnya, Pihak Pengurusan Korea ini bersetuju untuk mengadakan sesi bergambar sahaja..
Selain daripada Sesuka Hati dia membatalkan apa yang dipersetujui,
Mereka turut tidak mematuhi cakap Pengurusan Redstar ini..
senang cerita, Kedua-dua pihak ini asyik bergaduh sahaja..
(turut dilihat oleh peminat2)...
Sesi Bergambar yang dijanjikan itu, turut kelam kabut....
kerana Pihak Pengurusan Korea ini hendak balik cepat..
(Alasannya JYJ ada jadual lain)..
MySpace

Jadi, yang menerima nama buruk adalah Redstar,pihak pengurusan Malaysia..
oh ye, bukan pihak pengurusan Malaysia sahaja yang pening kepala dengan pengurusan artis korea ini..
Tetapi Pihak pengurusan Singapore juga..

Terbaru, Syarikat JYJ ini, iaitu SME, memutuskan untuk menukar Pihak pengurusan Redstar bagi konsert Super Junior tahun hadapan...
seolah-olah semua ini adalah salah Redstar..
Sedangkan semuanya bermula dengan permintaan bukan2 daripada Pihak Pengurusan artis korea ini..

Sekarang barulah aku tahu..
kenapa sesetengah artis korea susah hendak maju di negara luar...
Ini baru Artis Korea je..bukannya artis Hollywood pun, tapi Pihak Pengurusan tu treat macam artis dia dah gempak besar sangat, boleh mintak bukan2...
MySpace
Mesti ada di antara kamu yang cakap..
'senang cerita tak payah bawa artis luar buat konsert kat Malaysia'...
Ye, boleh lah menjadi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk berusaha keras agar menjadi kaya,
dan boleh tengok konsert kat luar negara..mwahaha..
(Macam Brunei hehehe,mereka mana ada ambil konsert artis luar,semuanya pergi luar negara je)

p/s:kalau hendak tahu lebih lanjut,silalah menjenguk Facebook Redstar Presents

Thursday, October 21, 2010

Budak ni baru je 14 tahun

Dah pandai main gitar...
memang dah popular pun budak nih..
siap buat konsert kat Jepun, US lagi...

ni lah budaknya...
nama dia Sungha Jung...
ye, dia berasal dari Korea..

cover lagu Im Yours-Jason Mraz


Bagi sesiapa yang minat dengan K-pop..
minat dengan artis2 Korea kan.
(sekarang kan Malaysia tengah gila dengan Korea)
Sungha Jung ini pun ada buat cover lagu Haru Haru daripada Big Bang



p/s:boleh melayari laman webnya www.sunghajung.com

Wednesday, October 20, 2010

Merong Mahawangsa (The Malay Chronicle-bloodlines)

Selepas Magika, filem yang aku nantikan kini Merong Mahawangsa..
atau pun judul dalam bahasa Inggerisnya The Malay Chronicle-bloodlines ...
Mungkin bakal ditayangkan hujung Tahun ini...
tak sabar nak tengok, sebab tengok trailer filem ini sangat mengancam..
ala2  filem 300 okey...

seingat aku lah, dan memang aku tak ingat pun nama Merong Mahawangsa nih..
(yang aku ingat Raja Bersiong,ini cicit dia)...
Merong Mahawangsa ni merupakan pembesar Rom,
dan dalam pelayarannya ke negara China, dia telah diserang...
kemudian dia membuka negeri Langkasuka..
tetapi dia menyerahkan Langkasuka kepada anaknya, Raja Merong Mahapudisat.
dan Merong Mahawangsa ini pulang semula ke Rom..
Anaknya itu telah menukarkan Langkasuka kepada Kedah...
(oh ye,ini bukan sinopsis filem ye,ini sejarah/mitos merong mahawangsa)

haaa kisah itulah...
(ingat tak, aku tak ingat, nak buat macam mana cikgu ajar aku tidur)

Kos perbelanjaan untuk Filem ini hanyalah 8 JUta...
jikalau hendak dibandingkan dengan kos filem Hollywood kannn...
walaupun begitu, filem ini sangatlah gempak...
silalah tengok trailer nya...
Negara luar pun dah menempah nak tayang kat negara mereka okeyyy...
(aku mengharapkan promosi besar-besaran dan lebih lagi dari media tempatan, tapi nampak promosi biasa je, wawancaralah yusri ni ha, ala2 Galaxy wawancara Harry Potter,bukan setakat surat khabar, majalah semua patut wawancara yusri ni ke pelakonnya ke, takkan filem ni dah tayang kat panggung baru nak heboh2, tak vogue sungguh. Ini KRU je yang promosi sungguh2)

Barisan pelakonnya, yang aku kenallah..
Stephen Rahman-Hughes (mamat teater PGL tuh)
Dato' Rahim Razali
Jehan Miskin (serius aku cakap, dia smart okey dalam filem ni,walaupun aku tak minat dia)
Umi Aida


 tiba2 kulihat Yusri nampak cool dan macho dalam gambar ini mwahaha..
(all pictures from kru studios)


p/s:sumber maklumatku utusan online, hikayat merong mahawangsa

Mereka kalah sebab aku tak tengok..

agaknya dorang ni lemah semangat...
sebab aku tak tengok..
 MySpace
bukan apa..aku memang dah set dalam otak nih..
pukul 240 bangun..
Tapi nak buat macam mana dah terlajak tidur..
konon2 nak baring2...
alih2 tertidur betul2 dengan nyenyaknya...
MySpace
Dalam pada aku sedang tidur itu...
Tiang gol Ac Milan telah diceroboh oleh Real Madrid..
DUA gol pulak tuh...
MySpace
(dijaringkan oleh Ronaldo dan Ozil)
Aku tahu Thiago SIlva cedera sebab chievo lah nih..
tapi tak tahulah pula Abbiati ni boleh pulak ikut sekali cedera,
entah bila masa dia cedera..
Maka jawabnya dia digantikan oleh si AMelia ini (dia lelaki okey)..
susahlah jawabnya tak ada Abbiati...

Allegri nih asyik tukar2 pemain je...
dia masih lagi dalam experiment mood....
tak ada pemain handal pun susah...
terlebih pemain handal sampai tak tahu mana satu nak pilih, punnn susah...
MySpace

sekarang ni Ac Milan berada di tempat kedua dalam kumpulan G Champions League

Monday, October 18, 2010

Magika

Sebenarnya dah lama aku tengok filem nih..
tapi asyik lupa nak taip kan...
sebab sibuk dengan 'benda' lain...

Aku memang nak tengok cerita Magika ni sebab Edry KRU yang buat..
hehehe...
Tapi aku memang tak minat dengan Mawi dan Diana Danielle..
tapi bila memikirkan cerita tu ada banyak lagi watak lain..
aku pun pergi sajalah tengok...

Filem muzikal ni, kalau yang tak berapa minat cerita muzikal, mungkin akan rasa bosan..
Lagunya tak payahlah layan sangat...
Cuma ada sesetengah lagu tu best layan..
Lagu masa KRU muncul, dengan M.Nasir muncul.
Bagi aku watak yang lain semua gempak
(kecuali mawi dan diana, lallalaa sebab aku tak minat)
aku paling suka watak Ziana zain, Ning baizura..

Kalau nak dengar lagu Filem Magika ini boleh layari ke KRU Studios (click here)
lagu yang aku suka 'Naga tasik Chini' dan 'Kita bersaudara'

Sunday, October 17, 2010

Ac Milan 3-1 Chievo (7 & 70 scored)


Pagi tadi pada pukul 12 tengah malam di Malaysia..
telah berlangsung perlawanan serie A antara Ac Milan melawan Chievo..
barisan pemainnya seperti berikut...

Ac Milan: Abbiati; Zambrotta, Nesta, Thiago Silva, Antonini; Gattuso, Pirlo, Seedorf; Ronaldinho; Pato, Ibrahimovic.

CHIEVO: Sorrentino; Frey, Andreolli, Cesar, Mantovani; Bentivoglio, Rigoni, Constant; Bogliacino; Pellissier, Granoche.


aku sempat tengok selepas gol pertama dari Pato...
(terlepas gol Pato yang pertama)..
Tapi nasib baik dapat tengok gol kedua Pato...
Gol ketiga pula dijaringkan dengan cantiknya oleh Robinho..
dia dengan penuh yakin berdepan dengan penjaga gol, berpusing sedikit, kemudian GOL!!..
dia kan berkeyakinan tinggi dan agak berlagak sedikit...hahaha
(nasib baik kau dah jadi Milanista)
Pak Berahim (Ibrahimovic) agak kurang bernasib baik dalam menjaringkan gol...
Tapi dia tetap the best..tak apa Pak Berahim, perlawanan seterusnya you're going to own them!
Abbiati pulak sentiasa Gempak!
Dia dengan tenangnya mempertahankan Tiang gol itu, menepis segala bola2 yang menghala laju...
(cuma terbolos satu pula)...

Tapi, haish pemain Chievo ni saja je tau asyik2 tendang kaki Thiago Silva...
korang ingat korang cederakan dia Milan tak ada pemain pertahanan lain lah
(Hey bonera ada tau)..

apa2 pun, perlawanan ini BEST!
MySpace

p/s: aku baru tahu, Pato dah kahwin rupanya....sedih sedih..
 MySpace

Saturday, October 16, 2010

Jangan pandang belakang congkak 2

aku dah agak post yang aku tulis sebelum ini pasti ada je yang negatif..
aku malas nak layan...
satu je lah nak cakap,
tak payahlah nak bangga diri sangat konon diri tu sempurna...kannnn..
orang yang riak pun, tak ke mana juga...
siap bagi 'bom' kat laptop aku...terima kasihlah sangat...
MySpace


OKEY, berbalik kepada tajuk... 
Setelah dipaksa oleh rakan-rakanku ini,
aku pun tengok sajalah cerita Jangan Pandang Belakang congkak 2 nih
(nak taip tajuk pun jenuh)
MySpace
Lagipun bukan aku yang bayar...kannnn...
MySpace

Nak sangat suruh aku tengok...
dahlah tu dapat tempat duduk 2 dari hadapan...
bayangkan aku duduk macam mana..
tempat duduk depan pulak tak ada orang...
huh memang kaki masing2 dah selamba letak melunjur...

Oklah cerita nih...
lawak lah jugak...ala2 pendekar bujang lapok
aku suka tengok baju Nora Danish pakai..
sangat lawa..

pergilah tengok cerita nih...
(mwahaha review yang tidak memberangsangkan hohoho)

Friday, October 15, 2010

Lagi liputan konsert...

hehehehe....
Ini liputan terakhir lah...
saja nak letak Video tak seberapa kat sini...

(lihatlah cahaya lampunya memang glamer)

Dan, pemain Gitar Adam Lambert (TommyJoe) sangatlah gembira buat persembahan di Malaysia nih..
Memanglah dia gembira kan,
bila part Adam kenalkan band dia..
Penonton bersorak kuat gila bila Adam perkenalkan pemain gitar yang hot blonde itu..
hohohoho...

ok lah ni aje untuk liputan konsert ni..
Aku sekadar mendengar muzik, minat vokal dia...
Lagu dia pun tiada lirik yang ke arah bukan2....
lirik dia gedik2 sahaja...
Apa yang penting kita ada akal,
boleh fikir mana yang baik mana yang buruk...
Sebelum membuat sebarang tuduhan selidik dahulu,
fikirkan apakah motif sesuatu tindakan itu dibuat agar tidak nampak sia2..
kita manusia semua sama sahaja..
jangan memprovokasi sebarangan seolah2 kita ini sempurna..
sekian..

Saya di Konsert Adam Lambert

 (nak buat cam ne, gambar xberapa nak lawa.tunggu lah aku beli kamera dulu)

mwahahahahah, setelah sekian lama menanti...
Akhirnya daku dan kakakku tiba jua di konsert Adam Lambert itu...
Terasa dub dap dub dap (ecece padahal pandang dia dari jauh je)...
nak buat cam ne, berdiri di bahagian RockZone je lah...
asalkan pergi...kannnnn...

Tapi yang tak menahannya, kami agak menyumpahlah dengan Digi..
ada ke patut dia ambil ruang depan RockZone nih, punyalah banyak..
padahal mereka itu sikit sahaja okey...
Kami apalagi lah kan...bekerjasama untuk menolak palang ke depan..
Lalalalala....
 menunggu Adam Lambert sangatlah lama...
sampaikan pakcik2 RELA tuh, bosan agaknya, mereka kacau kami....
dengan menolak palang2 itu ke belakang....(tapi kami ke depankan balik)...
pukul 9 barulah Adam Lambert muncul dengan bajunya yang berbulu2 itu..

Serius aku cakap, Dia buat persembahan sangat best, bertenaga, vokal mantap, susunan muzik sangat gempak, pantulan lampu sangat Glambert....
Ada satu lagu tu aku tak suka, 'Broken Open'...
tapi bila dia  nyanyi live sangat lah sedap...lagu tak sedap boleh jadi sedap....
semua orang masa tu muka khuyuk dengar dia nyanyi, masing2 diam je..
(salah satu sebab tak tahu lirik sebenarnya, sebab lagu tak sedap kan, wat pe hafal)

Persembahan dia yang aku paling suka If I Had You...
Masa ni semua orang jadi 'gila' sebentar....sebab muzik dia best...
dan ada ke patut dia boleh tanya kitaorang tahu tak lirik lagu nih...
dia tak tahu ke, minah kat belakang aku ni, hafal semua lagu dia okeyy...
lepas tu dia boleh buat terkejut pulak bila kitaorang kata kitaorang tahu...
siap nyanyi lagu tuh lagi..


Uploaded with ImageShack.us ...'Mad World' versi rancak

lagu lain yang aku suka 'Sleepwalker' dan 'Whataya want from me'...

p/s:thanks to Tarzan kerana bagi pinjam kamera...

I'll be Back - 2pm

2PM baru je memperkenalkan single terbaru mereka beberapa hari yang lalu...
iaitu 'I'll be back'...dalam bahasa korea nya, aku pun tak tahu..eheee...
dan semalam dorang baru je buat persembahan secara live di Mnet...
dan ohhhhhhhh Junho rambutnyaaaaaa...aku tidak suka...


lagu ni aku agak suka lah..
terutama sekali bila Junsu nyanyi mula2...suara sangat sedap!

Ini Music Video yang sebenarnya, ku ambil dari youtube 2PM

ini lirik yang ku ambil daripada youtube Wendybaconator....

I'LL BE BACK
Neon dasi nareul chajeul geoya
Keuddae dasi naega ol geoya
Keu nugudo neoreul
Naboda sarang hal sun eobtgie
Gabjagi ireom eoddeokhae
Nan eoddeohke haran marya nega dodaeche
Eoddeohke irae nan nega nal
Yeongweonhi saranghalgeoran mal mideottdan marya
Yaksokhaettjanha
Yeongweonhi byeonhaji maljago urineun
Bunmyeong maejeojin jjakirago
Bunmyeongji matdago
Nega geureohke yaejihaettjanha
*I'LL BE BACK
Neon dasi nareul chajeul geoya
Keuddae dasi naega ol geoya
Keu nugudo neoreul
Naboda sarang hal sun eobtgie
YOU'LL BE BACK
Neoneun dasi dora ol geoya
Keuraeseo neol bonaeneun geoya
Naneun ara nega
Na obsin motsandan geoseul*
I'LL BE BACK
Neon nan urin
Heeojil su ga eobseo
Nega
Chakgakeul hana bwa igeon nuguna
Hanbeonjjeum gyeokkneun gobiil bbuniya jeongsincharyeo
Dasi saenggakhae
Amuri
Mareul hae jweobwado imi neon
Mareul dudji anha
Meariro doraojanha
*
LISTEN BABY GIRL
Keurae doraseojulke
Meotjige namjadabke
Nohajulke
Keurigo neol gwichanhke
Haji anhke mareobsi jeo dwieseo
Jukeun deusi seo seo
Barabolke neoneun moreuge keunyang meolliseo
Aju manhi ddeoreojyeoseo
Naui jonjaereul nega wanjeonhi ijeobeorige UH
BUT YOU BETTER KNOW THAT
I'M NOT GIVING YOU AWAY
WILL I EVER STOP WAITING
NO WAY
IT'LL BE THE SAME IN MY WORLD
I'M YOUR BOY
YOU'RE MY GIRL
Jamkkan keudael bonaejiman
Nan nega dasi doraul georan
Geol ara keureoni geokjeong mara nega sseureojil ddae
I'LL BE BACK
*
I'LL BE BACK

English:
I'll be back, you're going to look for me again. I'll come back then
Because there is no one who can love you as much as I do
What do I do if you're like this all of a sudden, what the hell am I supposed to do
How can you be like this, I believed you when you said you would love me forever
You promised me, we would never change, we were definitely meant to be
We were definitely meant for each other. That's what you said
*I'll be back, you're going to look for me again. I'll come back then
Because there is no one who can love you as much as I do
You'll be back, you're going to come back to me, that's why I'm letting you go
I know it, you can't live without me*
I'll be back
You, me, we can't say goodbye, you must be confused
This is something that everyone goes through once, get your head straight
Think again, no matter what I say, you already
Don't listen to my words, it comes back as an echo
*
Listen baby girl
Fine, I will turn away for you, I will coolly let you go like a man
And I won't bother you, silently from behind you
I will stand silent as the grave, looking at you from afar without you knowing
From very far away, so that you will completely forget my existence UH--
But you better know that I'm not giving you away
Will I ever stop waiting no way
It'll be the same in my world I'm your boy You're my Girl
I'm letting you go for a bit, but you will come back again
I know, so don't worry, when you collapse I'll be back.
*
I'll be back

Kim Junsu, Ok Taecyon, Nichkhun, Jang Wooyoung, Lee Junho, Hwang chansung, 2pm hwaiting!
(ala2 fan Korea menjerit)

Thursday, October 14, 2010

Adam Lambert 14/10/2010

Hari ini Konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil....
Eheeee, cek tahulah ramai tak suka Adam di Malaysia...
sebab mamat gay kann...
Tapi aku bukan suka dia sebab dia gay..
ada ke orang yang minat penyanyi tu sebab dia gay...
kalau dia gay sekali pun tak semestinya dia kena minat penyanyi gay okey...

Apa yang penting aku suka gila SUARA dia..
sangat sedap bila dia buat persembahan secara live...
tak macam sesetengah artis memang membazir duit tiket je nyanyi live hancur...
DAN, lagu dia pun tak ada lah lirik macam Lady Gaga atau Katy Pery okey...
lirik dia semua gedik2 je..tak ada yang tak senonoh...



Tiba2 emo sekejap...aku menaip ni pukul 1 pagi kot...
terlebih excited sampai tak boleh tidur...
lalalalala mesti menyirap je kalau kawan/adik aku baca...
mwahahahahha...

Sony Music Malaysia, memang best aku cakap...
dorang anjurkan banyak gila contest untuk jumpa dengan Adam, untuk dapat tiket vip...
best kan..bukan satu contest...tapi banyak..dan semua aku tak join...hahah
duit tak ada nak beli DVD Tour Adam (kena beli dvd ni baru leh masuk)...dah habis kat tiket...
Tapi untuk hari ini pun ada contest lagi (best kan)...
datang antara pukul 5.30-6.00,
Pakai 'glemer-glemer' 'bling2' ke,
pastu ambil gambar depan pintu stadium tu (orang tu tangkapkan gambar rasanya)..
nanti dia akan pilih 5 orang untuk jumpa Adam...weeeee
Tapi tak mengharap tinggi pun, sebab cek tak Hot...
(sweet je)...

Sudah Ubah 'rumah blog'

nanti kalau aku tak bagitau aku dah tukar Layout..
nanti korang dah tak kenal pulak blog nih..
jadi ni, aku kecoh2kan lah ni..
walaupun xseberapa pon perubahannya...

kenapa aku tukarlah corak2 belakang ni?
sebab nak dapat inspirasi menaip lorrrr..

Ok tak ok tak layout nih..

Cuma Header Blog ni je, hancur...
hahaha aku malas lah nak reka bentuk Header Blog nih...

Datang kembali....

Wohoooo...
Inilah akibatnya apabila jari malas menaip,
Otak malas berputar,
Idea malas dicari,
Tadaaaaaaa.....berhabuk, bersawang semua ada kat blog ni...

Apa yang terjadi kat aku sepanjang tak menulis blog ini??
1- Aku dah Konvo....dah pakai jubah, topi beratur ambil sijil...semua dah....
(naib canselor aku siap tanya kerawang baju buat sendiri ke tak)
(carilah aku di mana)

2- Raya siap dah habis lagi....kali ni aku balik kampung lama...bosan...boleh lah...siap layan anak buah aku muntah lagi...
(cantik kan kan. ni masa raya kedua. muncul satu bulan sabit di atasnya satu bintang. macam bendera Islam bak kata abangku)

3- hmmmm lagi apa ah.....Robinho, Pak Berahim masuk Ac Milan....Ada kene mengena dengan aku ke?
Ada...sebab aku suka Ac Milan...

4- Lagi...apa Lagi.....ENtahlah, aku pun tak ingat sebenarnya...itulah, Pensyarah aku cakap, kena menulis tiap2 hari....kalau tak mana nak datangnya sejarah yang bertulis...

ada 'entry' lagi....nanti aku 'pancul' kan...