Wednesday, October 20, 2010

Merong Mahawangsa (The Malay Chronicle-bloodlines)

Selepas Magika, filem yang aku nantikan kini Merong Mahawangsa..
atau pun judul dalam bahasa Inggerisnya The Malay Chronicle-bloodlines ...
Mungkin bakal ditayangkan hujung Tahun ini...
tak sabar nak tengok, sebab tengok trailer filem ini sangat mengancam..
ala2  filem 300 okey...

seingat aku lah, dan memang aku tak ingat pun nama Merong Mahawangsa nih..
(yang aku ingat Raja Bersiong,ini cicit dia)...
Merong Mahawangsa ni merupakan pembesar Rom,
dan dalam pelayarannya ke negara China, dia telah diserang...
kemudian dia membuka negeri Langkasuka..
tetapi dia menyerahkan Langkasuka kepada anaknya, Raja Merong Mahapudisat.
dan Merong Mahawangsa ini pulang semula ke Rom..
Anaknya itu telah menukarkan Langkasuka kepada Kedah...
(oh ye,ini bukan sinopsis filem ye,ini sejarah/mitos merong mahawangsa)

haaa kisah itulah...
(ingat tak, aku tak ingat, nak buat macam mana cikgu ajar aku tidur)

Kos perbelanjaan untuk Filem ini hanyalah 8 JUta...
jikalau hendak dibandingkan dengan kos filem Hollywood kannn...
walaupun begitu, filem ini sangatlah gempak...
silalah tengok trailer nya...
Negara luar pun dah menempah nak tayang kat negara mereka okeyyy...
(aku mengharapkan promosi besar-besaran dan lebih lagi dari media tempatan, tapi nampak promosi biasa je, wawancaralah yusri ni ha, ala2 Galaxy wawancara Harry Potter,bukan setakat surat khabar, majalah semua patut wawancara yusri ni ke pelakonnya ke, takkan filem ni dah tayang kat panggung baru nak heboh2, tak vogue sungguh. Ini KRU je yang promosi sungguh2)

Barisan pelakonnya, yang aku kenallah..
Stephen Rahman-Hughes (mamat teater PGL tuh)
Dato' Rahim Razali
Jehan Miskin (serius aku cakap, dia smart okey dalam filem ni,walaupun aku tak minat dia)
Umi Aida


 tiba2 kulihat Yusri nampak cool dan macho dalam gambar ini mwahaha..
(all pictures from kru studios)


p/s:sumber maklumatku utusan online, hikayat merong mahawangsa

10 Masuk GoaLLLL:

najib said...

peh,trailer pon dah best sgt.mesti tgk ni

maCy said...

best ke. tadi tgk the other man. ok la. but not so okay.

nway, ur comment at m entry, its not as wht u thnk:)

rossoneri said...

najib,tulah xsabar nak tgk..

macy,nak tau best ke x,kena tunggu loh..nmpk mcm gempak...

oh, okey,sorry

Anna Boleyn said...

dah tengok trailer dia. memang gempak. terbak lah kru!

rossoneri said...

anna..heheh kru mmg terbaek!

IntanBerlian said...

best ke magika ek. aku teringin nak tengok sebab pelakon nya hebat2 belaka.

rossoneri said...

intan,best..cuma tutup sbelah mata part diana n mawi je..haha

NICK IRFAN said...

wajib kena tgk ni cte ni...

Fara Wani said...

nak tengok jugak.. jom tengok sama-sama? hehe.

rossoneri said...

nick,tgk jgn xtgk...

far,meh dtg kl..lalala