Friday, October 22, 2010

Fanmeeting artis korea kelam kabut..

Jika sebelum ini kita pernah mendengar Konsert dibatalkan..
terutama Artis dari Hollywood
(Ala kes RIhanna dulu tu)
Sampaikan Malaysia serik,jadi memutuskan untuk mengumumkan konsert saat akhir...
Bulan ni punya konsert, bulan ni juga baru nak bagitahu....
Kemudian, kisah artis Bollywood yang cerewet..
Tapi sekurang2nya mereka tetap menjalankan konsert..

Kes yang ini paling best...
Beberapa hari yang lepas,
JYJ (Jaejoong,Yoochun,Junsu) tiba di Malaysia untuk mengadakan fanmeeting...
Bermula dari sinilah segalanya bermula dengan haruknya..
Aku takkan cerita dengan lebih terperinci,
sebab bukan aku pergi pun..
boleh baca di blog orang lain untuk lebih terperinci..

Semuanya disebabkan Pihak Pengurusan artis korea JYJ ini (Cjest)...
Pada mulanya Pihak Pengurusan Korea ini bersetuju untuk mengadakan sesi bergambar dan autograf,
selepas habis fanmeeting, sesi ini khas untuk pemegang tiket VIP yang berharga RM800/1000..
Tetapi tiba2 tak mahu pulak...
MySpace
Pihak Pengurusan Malaysia, Redstar, berusaha keras memujuk untuk tidak membatalkan sesi tersebut..
Akhirnya, Pihak Pengurusan Korea ini bersetuju untuk mengadakan sesi bergambar sahaja..
Selain daripada Sesuka Hati dia membatalkan apa yang dipersetujui,
Mereka turut tidak mematuhi cakap Pengurusan Redstar ini..
senang cerita, Kedua-dua pihak ini asyik bergaduh sahaja..
(turut dilihat oleh peminat2)...
Sesi Bergambar yang dijanjikan itu, turut kelam kabut....
kerana Pihak Pengurusan Korea ini hendak balik cepat..
(Alasannya JYJ ada jadual lain)..
MySpace

Jadi, yang menerima nama buruk adalah Redstar,pihak pengurusan Malaysia..
oh ye, bukan pihak pengurusan Malaysia sahaja yang pening kepala dengan pengurusan artis korea ini..
Tetapi Pihak pengurusan Singapore juga..

Terbaru, Syarikat JYJ ini, iaitu SME, memutuskan untuk menukar Pihak pengurusan Redstar bagi konsert Super Junior tahun hadapan...
seolah-olah semua ini adalah salah Redstar..
Sedangkan semuanya bermula dengan permintaan bukan2 daripada Pihak Pengurusan artis korea ini..

Sekarang barulah aku tahu..
kenapa sesetengah artis korea susah hendak maju di negara luar...
Ini baru Artis Korea je..bukannya artis Hollywood pun, tapi Pihak Pengurusan tu treat macam artis dia dah gempak besar sangat, boleh mintak bukan2...
MySpace
Mesti ada di antara kamu yang cakap..
'senang cerita tak payah bawa artis luar buat konsert kat Malaysia'...
Ye, boleh lah menjadi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk berusaha keras agar menjadi kaya,
dan boleh tengok konsert kat luar negara..mwahaha..
(Macam Brunei hehehe,mereka mana ada ambil konsert artis luar,semuanya pergi luar negara je)

p/s:kalau hendak tahu lebih lanjut,silalah menjenguk Facebook Redstar Presents

6 Masuk GoaLLLL:

darkbatman said...

biase la.. maybe dorg pk dorg dh bwk artis femes so leh demand mcm2..hee

NICK IRFAN said...

malaysia kena contohi brunei sbb kdg2 ambik artis luar asyik xjd jer...

rossoneri said...

darkbatman...haiyo,tu belum femes satu dunia lagi..

nick,tulah,masalahnya org kat malaysia xsemua kaya macam kat brunei..heheh..

Anna Boleyn said...

banyak cekadak plak ek dia nya management? artis nya camne plak?

p/s :hari ni anna boleyn happy sangat sebab :

2266 pageviews with 1145 unique visitors for Hana Love Nest!

rossoneri said...

anna, artisnya okey je..layan fans semua okey..management dorang je hampeh..

Fitrihadi.com said...

susu punya lembu, sapi dapat nama..tak patut kan redstar tu dipersaahkan..adoiii