Thursday, March 31, 2011

Macam mana nak jadi artis di korea

Sebenarnya aku tak tahulah perlu ke aku buat entry nih..
Tapi, sebab aku tak ada idea...
Jadi, ini saja suka2 okey..
Kebetulan tiba2 ada keyword ini cari dalam blog aku..
(Walaupun sorang je yang cari haha)

Macam mana nak jadi artis di Korea?
hahaha, kalau untuk Non-Muslim boleh lah..

Sebenarnya boleh korang nak jadi artis kat sana..
Sebab, mereka mengalu-alukan kedatangan orang luar tapi bagi yang berbakatlah..
Macam Nickhkhun (Thailand), Sandara 2NE1 (Filipina)..

Tapi, kebiasaannya Penyanyi, kalau Pelakon susah lerr..
Jadi, aku nak cerita Pasal Penyanyi okey..

Pertamanya, 
Mestilah kena ada bakat nyanyian, kalau pandai buat lagu lagi bagus..
Dan juga kena pandai menari..sekurang-kurangnya asas

Kedua,
Setakat pandai nyanyi dan menari, tak ada jaminan..
Kamu kena ada faktor yang lain..
Contoh, pandai bercakap, pandai berlawak, yang penting keyakinan diri..

Ketiga,
Kena lawa dan kacak..
Kamu boleh diterima kalau tak kacak dan tak lawa..Tapi..
Ada kemungkinan kamu kena buat pembedahan plastik JIKA,
CEO syarikat rakaman itu tak suka dengan rupa kamu..

Keempat,
Kamu Kena dan Pasti kena menguasai bahasa Korea..
Kamu mungkin kena jalani latihan sambil belajar bahasa Korea sampai kamu fasih...
Tak faham sangat orang cakap tak apa, asalkan kamu Pandai bercakap..

Kelima,
Sekarang ni, kebanyakan syarikat rakaman buat syarat kena jalani latihan dulu..
Maksudnya kena jadi pelatih dahulu..
Tak dijamin berapa lama kena jadi pelatih dan tak dijamin juga kamu boleh jadi artis..
Semasa tempoh latihan ini, sangat susah, penat, membosankan..sebab benda yang sama setiap hari..
Malah, kamu juga dikawal pergerakan, juga kena pandai berjimat.
Disebabkan itu waktu inilah kamu kena tunjukkan semangat tak putus asa..
Sekali mereka dah nampak kamu macam hilang semangat..
Bila-bila masa saja mereka boleh halau korang..

Keenam,
Macam mana nak hantar demo tape?
Biasanya korang post, hantar kat syarikat itu.. Tapi tidak dijamin diterima..
Seeloknya pastikan demo tape itu betul2 ada di tangan mereka..
Kalau boleh, tunggulah CEO kat luar syarikat itu..
Bagi sendiri kat CEO...mwahaha beraninyaaa..

Sekarang kisah, apabila korang dah jadi Artis di Korea..

Pertama, 
Artis di Korea tak akan lari daripada variety show..
Tak kisahlah variety show apa-apa mereka akan campak korang di situ..
Tapi kebiasaannya ikut korang punya bakat...
Ada juga yang tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan variety show ini..
Walaupun kita tengok rancangan mereka sangat lawak dan seronok..Tapi sebenarnya,
tak menyeronokkan buat artis baru..
Mereka kena buat bagi penonton ingat mereka jika tidak, tiada tawaran variety show lepas itu..
Sebab itu, korang kena ada pelbagai bakat...
Contoh, ini bakat lazim di sana: Meniru cara/cakap artis lain...

Kedua,
Sebenarnya korang boleh pilih syarikat rakaman yang korang nak..
Tak semestinya jadi pelatih di syarikat itu, kamu akan jadi artis di syarikat itu..
Penting dalam memilih syarikat sebab kamu kena pastikan motif kamu nak jadi artis, sesuai dengan objektif syarikat itu.
Tak semestinya syarikat besar beri kamu kebebasan,
dan tak semestinya syarikat kecil akan layan kamu teruk.
Ini antara Syarikat industri hiburan yang terkenal jugalah.
Kebiasaannya syarikat ini melatih penyanyi dan pelakon.

Syarikat terbesar ialah SM Entertainment.. 
(Super jurnior, SNSD)
- Boleh jadi popular dalam sekelip mata tapi persaingan sengit sebab mereka ada ramai artis.
- Kamu kena selalu masuk variety show, salah satu cara nak cepat popularkan anda..
- Sangat mementingkan kecantikkan luaran.
Kemudian ada syarikat JYP 
(2pm, wonder girls)
- Syarikat tak adalah besar tapi ada cawangan di New York, sesiapa tinggal di New York boleh jadi pelatih di sana.
- Sangat menitik beratkan tarian, terutamanya akrobatik. Aku rasa semua artis syarikat nih boleh buat akrobatik.
- Tak terlalu mementingkan luaran, Tapi, mereka akan berusaha cantikkan kamu. Tak semestinya dengan pembedahan plastik.
Seterusnya, syarikat YG. 
(Big Bang, 2NE1)
- Syarikat ini kecil saja. Artis pun tak ramai. Syarikat ini lebih kepada muzik Hip-hop, R&B.
- Antara syarikat yang tak galakkan artisnya ke variety show, melainkan artisnya mahu.
- Sangat menjaga kebajikan artisnya..
- Mengajar buat lagu.
- Yang penting untuk jadi artis mereka kena ada semangat, tak mudah putus asa.
- Tak mementingkan paras rupa.
- Tapi sangat sukar nak masuk, suara sedap tak menjaminkan apa-apa.
Kebaikan jadi artis di Korea ini,
Mudah terkenal satu dunia,
Industri seni mereka sangat kaya.
Bagi penyanyi, mereka diberi rumah.

Keburukan jadi artis di Korea..
Ya, industri mereka kaya, tapi tak semua artis mereka kaya..
Terutama sekali penyanyi, yang berkumpulan lagi lah..
Pendapatan mereka dibahagi dua, separuh untuk syarikat, separuh untuk kumpulan..
Apabila kumpulan itu dapat duit yang separuh itu, mereka kena bahagi sesama mereka..

Ya, mereka diberi rumah tapi bukan rumah besar ye..
Kalau penyanyi berkumpulan, kadang2 kena kongsi satu bilik ramai-ramai...
Sebab itu mereka kena berusaha keras, apabila mereka terkenal,
mereka akan dapat rumah yang lebih besar..
No income from you, you suffer!

Budaya..
Orang di Malaysia, terkenal dengan sikap berlapik kan..
Kita tak adalah nak kutuk orang itu hodoh dan jadikan bahan gurauan satu dunia tengok..
Tapi bagi mereka itu perkara biasa..
Jadi, jika mereka panggil kamu 'lubang hidung besar macam bab*'', kamu tak boleh marah..
Sebab itu dah jadi lumrah...

Lagu...sangat teruk...
Kamu berbakat, suara kamu gempak indah bak Mariah Carey atau Dato' Siti Nurhaliza..
Tapi anda diberi lagu 'Gee Gee Gee baby baby baby' 'Nobody nobody but you ahaaa'
Kalau kamu tak kisah bakat kamu diperlakukan begitu, dipersilakan..
Tapi tak selama-lamanya kamu akan nyanyi lagu begini..
Tabahkan diri sedikit masa, apabila kamu dah popular, kamu boleh nyanyi lagu kamu nak..
Untuk permulaan, silalah nyanyi lagu 'baby baby baby ah ah ah'...

Kesimpulannya,
Mereka terkenal tak semestinya mereka kaya..
Tempat yang jauh tak semestinya lagi bagus..
Jadi, masih mahu lagi jadi artis di sana?

p/s: Wah, aku rasa macam aku pernah jadi pelatih kat sana pulak..hahahahaahahah..
p/s: All pictures are not mine.
Peringatan,
Ini aku suka-suka buat berdasarkan pemerhatian aku..
Anda kena ingat setiap rancangan yang dibuat di TV mempamerkan kehidupan negara anda..
Jadi ini hasil analisis aku dapat...
Wah, kajian apakah aku buat ini...

26 Masuk GoaLLLL:

The Crow said...

Sy ade soalan!! kenapa awek2 tahun 2011 semakin meminati artis dari korea? heheh..

Sy cuma kenal Park Ji Sung je. Beliau adalah artis dari kumpulan Manchaster United. koh3..


(^____^)

Rina Rossoneri said...

gagak, sebab marketing dorg bagus, kalo kita nak cite lagi panjang lebar..sy xminat park ji sung

Raji and Yeen said...

hohoh slalu tu pakej artis korea
ad rupa
pandai menyanyi dgn menari ;D

ghost said...

wallah...ko nih memang peminta tegar korean artis lar rina...

ouh ya,next,aku nak ko citer sal milan lak..boleh rina?

Rina Rossoneri said...

raji, kan..itu mcm dah jadi perkara wajib..

ghost,ala byk tgk variety show dorg je dah bleh wat kesimpulan nih..
pasal Milan?rasanya dh byk aku cite psl milan, hehe nanti lah kalo dorg mng serie A, aku wat entry khas..

cik aiLebiu said...

lagi sekali kagum! ni betul punya research ni..menyeluruh..haa sape yg rasa mau cuba sgt2 disokong..merasa gak bangga klu ada kpop artis dr malaysia...heheh..

p/s: bru tau sandara dr filipin..

Balqees Amanda said...

pehh..terbaik la..detail punya penerangan..bukan best pon jd artis korea..mcm terikat saja..

Unknown said...

jd artis kat malaysia pun rasanya sy x lepas... hehe

aLieF si Muncung ManiS said...

okay..alief nak jadi artis korea la..hehe..boleh dpt byk awek..hehehe

Park Air said...

agaknya sebab rutin yang ketat ni la makin ramai artis korea bunuh diriii

EmanTheHalia said...

amboih sarat dengan info nak jadi artis korea! mesti kuat kpop. eh orang malaysia yang jadi artis korean tu name die ape? dari a start die.

Rina Rossoneri said...

Eman,err kita minat biasa saja,cuma kita byk tgk variety show dorang
.oh ada eh org malaysia jadi artis sana?? haaha maaf ler xtau..

azi nur said...

wah info memang berguna..kesimpulannye toksahla cin azi nak jadi penyanyi sore pon burk..hehe eh3 tapi ade anak malaysia jadi popular kat jepun..jepunla bukan korea..hehe aizudin namenye kalau x silap..kiro baggo la kuarge depa...

aNiS aNiSa said...

rina boley ja jadi artis korea tu =)

xnak try ke...he

entry baru : Kisah Secawan Kopi~

Zik said...

aku kena si rain tuh jer.. huhu

noa said...

waaaaaaa (sembil nganga mulut)
berapa lama dah ko tak tido buat kajian ni nih??
erk busyuk nye bau sampai sini
ko tak mandi ek

ENTRY HOT : Nak Merajuk

M a W a D D a H said...

hebat lah analisis rina...

adah pun selalu gak layan citer korea...feveret tuh..hehe

.drakula. said...

mak ai....ghangala...

ghost said...

have a nice day Rina...

anamizu said...

wahhhh bagus nih..
awek2 yg fanatic korean tuh baik bace info nih..hehe

Bunga said...

susah gak jadi artis korea ni..tpi tetap minat citer korea..haa

Adibah said...

Eh, nak pinjam entry boleh ? hehe

Eone said...

Tak semestinye artis korea pandai menyanyi dan menari... Artis kite di malaysia pun boleh... Tengok kumpulan VVIP tu ok je menari macam korea..

Unknown said...

WAJIB BACA:

klau..KLAU sy nk jdi artis KPOP sy pilih YG ENT. sbb artis dya bgos2 sbb tula susah dpt (mcm MRSM..hehe) lgu pon best2 sbb dyorg dilatih supaya pndai reka lgu..sebgai contoh:GD dlm msa 1 nimggu sja dya dh dpt reka lgu 'Mapsosa' dlm 'Infinite Challenge' bkn tu ja dhla dya sbok sgt2 wktu tu..tpi, lgu tu best sgt..ok..pstu leader dyorg pon byk charisma sebagai cnth: GD ltih Kwanghee ZE:A smpai suara dya mrdu..(Sebenarnya suara Kwanghee x mrdu mna pon lgu yg pling lma dya nyanyi pon 7saat je)Suara Kwanghee skarg ni Power disebbkn GD..Ok..yg pling pnting YG x ksah pras rupa..mmg kebanyakkn artis YG x buat plastic surgery kecuali ad sbb mcm Park Bom...tpi sy tgk hensem2 cntik2 je pon artis2 YG walau tnpa plastic surgery..sy rsa lgi elok dri mka KPOP lain yg fake tuu..sy pon x minat lgsg wajah fake..jdi kesimpulannya artis2 YG brulah artis KPOP yg sebenar...Ini cumalah pndapat sy...jgn mrh sapa2 yg terasa...:);)

Unknown said...

Artis di Korea , dulu2 die org byk guna lip synce jee
Tapi sejak die org buat undang - undang "no more lip synce" , ramai yg sahut cabaran tapi ade jugak yang x berani nk sahut , so saye igt dye org ni acah2 buat undang - undang tu sbb nk cover jee
Tapi lepas saya dengar depan mata barulah saya percaya suara dye org tu bukan lip synce , perggg mmg sedap gilee suara ....terpegun tgk .. Dah laa kantoi saye ushaa sorang mamat gp dye tuu malu bebenor , dh laa lepas dye perasan tu , dye g senyum plkk pastu wt muka pelik hahahah
Mamat Korea mmg tinggi2 badan pun bleyh tahan sado , ha-ha klau dye org Muslim ramai laa cewek2 melayu nk kawin ngn dye org
Btw saya suka sgt entry ni
Saya baru jumpa laa entry ni hahah

Unknown said...

Sya rsa dorg pkai jgk lar lip synce lgi..sbb artis kpop sna x brbakat dlm mnynyi sngt..rmai knetizen sna x akui artis dorg brbakat..ermm