Thursday, March 3, 2011

Dream High - habis

Di Korea, Dream High sudah habis ditayangkan.
Aku pun dah habis tengok.
ending dia?hmmm macam itu lah. haha.

Mula-mula bila tengok episod pertama, aku jadi malas nak tengok..
Mungkin sebab aku mengharap tinggi sangat..
Konon ala-ala macam Hana Yori Dango je..
Tapi disebablah Pengarah cerita ini amateur lagi..
Cinematography hancur, setting hancur..
hahaha..
Tapi yang menariknya sebab cerita ni lawak..
Bila aku baca review Cik Ailebiu,tiba2 rasa nak sambung balik..
Maka, bermula episod 3,baru nampak best...
Sebab Park Jinyoung (JYP) sangat kelakar...

Dream High ini ala-ala Glee lah..
Dorang banyak ambil lagu Korea popular jadikan lagu baru..
Sayangnya, setiap kali dorang buat persembahan (macam menari),
Tak tunjuk betul2..senang cerita angle kamera hancur..
Drama ini kan pasal menari, menyanyi...
Jadi, drama ni bagus masa menyanyi je..
Part menari, tak tunjuk betul-betul..

Ala,senang cerita macam tengok Sitcom lah..
santai,rilek,kelakar..redha je lah..
Sekurang-kurangnya bukan kisah cikgu dan budak2 sekolah macam drama jepun..
Balik2 macam GTO atau Gokusen...adeiii..
Jepun sekarang layan Anime je lah..

Part best drama Dream High,masa nyanyi lagu SNSD

Soundtrack Dream High


dan Junsu 2pm ada buat lagu dalam drama ini, Boleh dengar di SINI (dibawa terus ke Youtube)

Drama nih,aku paling suka tengok Jason&Pilsuk (wooyoung dan IU)
Cikgu Kong&Shi, Cikgu Yang (JYP)..

Kalau korang tak tahu sangat pasal lagu Korea mesti susah sikit nak rasa excited tuh..
Macam mula2 aku tengok You're Beautiful...
Masa tu memang Langsung tak layan lagu Korea..drama pun sikit2..
Bila tengok You're Beautiful aku pelik kenapa dorang pakai baju 'Sailormoon' tuh..
(rupa-rupanya SNSD hek)

Tengok Online di SINI.
Download Dream High di SINI

p/s: pictures are not mine.
p/s: Tension intenet lambat kena pergi CC,dah lah jauh.Rasa nak muntah mengadap laptop. harap-harap kerja ni diterima esok.fuhhhhhhhh hembus hembus!

9 Masuk GoaLLLL:

Raji berkata said...

ada macam highschool musical tak ni? ;D

oya said...

a'ah awal2 rasa boring jer kan..pastu semakin best...

cik aiLebiu said...

haha park jinyoung tu bapak lawak..tgk muka dia je dah tergelak..mcm x pecaya je dia ni bos besar jyp entertainment..

ending mcm x complete..samdong bleh pulak kat tmpt lain..huhu..

Rina Rossoneri said...

Raji,hmm lebih kuranglah,Glee kan based on HSM jugak kan..

Oya,kan kan..

cik lebiu,xsanggup nak letak gambar dia,nanti cam org gila gelak sorg2. haha.itulah,macam xpuas ending dia..

Fay said...

tak tengok lagi. kena mintak ihsan kawan bagi drama ni. hehehehe

Syukri Mohtar said...

best gile drama ni..suke sangat milky couple..IU & wooyoung... =]

Zik said...

nie peminat die hard korea lah nie ek??

NICK IRFAN said...

alamak! x sempat tgk la..

nora said...

wei ko tgk kat ne??
apsal aku tak tau pun??
ini tidak adil!!


ENTRY HOT : Cam Kerang Busuk