Baiklah, setelah habis kerja baru aku dapat update,
dan jalan2 blog kawan2..Ye Echah sayang, cari idea punya pasal nih ha buat tag kamu..
hahaha...
Ada contest baru aku join dari Mawaddah
Kisah Hazimah...
Budak perempuan Sabah berumur 6 tahun,
Dia sedang baring sambil menonton Doraemon,
Tiba-tiba dia bingkas berlalu ke dapur..
"Mama, adik nak susu"
"Yelah, mama buatkan"
"Terima kasih Mama. Adik saaaayang mama".
Di waktu petang, Hazimah bermain di luar rumah bersama dengan kucing-kucing..
Matanya sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling.
Kelihatan kereta Jiran rumah depan yang baru sahaja balik kerja..
Pagar rumah jiran tersebut terbuka dengan sendirinya..
Hazimah yang kagum dengan pagar automatik itu berkata dengan lantangnya,
"Mama, pintu orang tu buka sendirilah. Mesti kaya"
Mamanya hanya mampu menggelengkan kepala. Hazimah pergi dapatkan ibunya."Mama, adik ni kesian lah"
"Kenapa pulak"
"Dahlah adik ni kemetot, gemuk, tak kaya pulak tuh"
"Adik belajarlah rajin-rajin, nanti beli rumah besar. Adik kan paling tinggi dalam kelas"
"Tapi dalam keluarga ni adik paling kemetot"...
Mamanya dah malas nak layan..Hazimah mengacau-ngacau kucing comel itu,
dia ingin menendang kucing itu kerana comel sangat,
Mak sedaranya, Ateh melarang dia berbuat demikian, Lalu Ateh mula membebel..
Hazimah yang tak tahan mendengar bebelan Ateh itu berkata..
"Yelah, Aku memang jahat.....Tapi manis orangnya"
Ateh tak dapat buat apa2 sebab dah gelak guling-guling..(manislah konon nih)
Suatu hari mama dan abah Hazimah keluar membeli-belah,
tanpa membawa Hazimah..Hazimah agak marah..terutama tiada orang main dengannya..
"Semua orang tak sayang aku.Tinggalkan aku sorang-sorang"
Lalu Ateh baring di sebelah Hazimah...Malas nak dengar dia jerit sorang-sorang..Tapi Hazimah masih lagi membebel..
"Aku sayang mama dan abah. Sayang sangat-sangat"
"Habis tu Ateh tak sayang?"
"Sayanglah sikit"
"Kalau sikit tak mo kawanlah"
"Yelah, sayang banyak"
Ketika dalam tidur, Hazimah turut membebel...
"Saaaaaaaaayang Kak Ros"...
Ya, Hazimah turut sayang Kak Ros
p/s:
Untuk Negara Jepun...
日本人 あなた が強い
14 Masuk GoaLLLL:
tulisan jepun tu apa?
wahh. dah msk kontest. ska malu2 sbb ta masuk..
yelah.. kat skndal mana nk join. isk
haaha...siap cakap dia paling kemetot.tp hazimah omeyy jeee!:)
syggg kak ros jugakkk;p*tiba2.heheeh
kihkihkih..
alahai...pandainya dia sebut kemetot tue...hehehe..
contest approved! nantikan keputusannya...
kak ros tu sape?
ok. aku dh lama x tgk tv.
-.-
haha..
sayangggg upin dan ipin jg..
smpai ngigau d buat nye ye..
hazimah tuh anak kamu ker rossoneri?
"saya jahat tapi saya manis orangnya..."
Kak Ros? hehe.. Semoga berjaya dgn kontes itu :)
heheh.. Crow pun nak join lah. Blh tak? blh tak? koh3...
(^____^)
macy, japanese, you are strong..
blade,w'salam..ok..
echah,mesti dia bangga org kata dia comel..
mawaddah, okey ;)
rin...errrr upin ipin, xtgk eh?
toyol,itu ler pasal...
khairul, tq...
crow,haha boleh je
knp k.ros bleh tiba2 muncul dlm mimpi si hazimah plak..?
err ak xphm =.="
kenapa tiba2 dia syg kak ros pak
upin dan ipin kan tuh?
lol
kak ros memang garang :P
hahaha..kak ros..kak ros...
Post a Comment