Sebenarnya aku tak tahulah perlu ke aku buat entry nih..
Tapi, sebab aku tak ada idea...Jadi, ini saja suka2 okey..
Kebetulan tiba2 ada keyword ini cari dalam blog aku..
(Walaupun sorang je yang cari haha)
Macam mana nak jadi artis di Korea?
hahaha, kalau untuk Non-Muslim boleh lah..
Sebenarnya boleh korang nak jadi artis kat sana..
Sebab, mereka mengalu-alukan kedatangan orang luar tapi bagi yang berbakatlah..
Macam Nickhkhun (Thailand), Sandara 2NE1 (Filipina)..
Tapi, kebiasaannya Penyanyi, kalau Pelakon susah lerr..
Jadi, aku nak cerita Pasal Penyanyi okey..
Pertamanya,
Mestilah kena ada bakat nyanyian, kalau pandai buat lagu lagi bagus..Dan juga kena pandai menari..sekurang-kurangnya asas
Kedua,
Setakat pandai nyanyi dan menari, tak ada jaminan..Kamu kena ada faktor yang lain..
Contoh, pandai bercakap, pandai berlawak, yang penting keyakinan diri..
Ketiga,
Kena lawa dan kacak..Kamu boleh diterima kalau tak kacak dan tak lawa..Tapi..
Ada kemungkinan kamu kena buat pembedahan plastik JIKA,
CEO syarikat rakaman itu tak suka dengan rupa kamu..
Keempat,
Kamu Kena dan Pasti kena menguasai bahasa Korea..Kamu mungkin kena jalani latihan sambil belajar bahasa Korea sampai kamu fasih...
Tak faham sangat orang cakap tak apa, asalkan kamu Pandai bercakap..
Kelima,
Sekarang ni, kebanyakan syarikat rakaman buat syarat kena jalani latihan dulu..Maksudnya kena jadi pelatih dahulu..
Tak dijamin berapa lama kena jadi pelatih dan tak dijamin juga kamu boleh jadi artis..
Semasa tempoh latihan ini, sangat susah, penat, membosankan..sebab benda yang sama setiap hari..
Malah, kamu juga dikawal pergerakan, juga kena pandai berjimat.
Disebabkan itu waktu inilah kamu kena tunjukkan semangat tak putus asa..
Sekali mereka dah nampak kamu macam hilang semangat..
Bila-bila masa saja mereka boleh halau korang..
Keenam,
Macam mana nak hantar demo tape?Biasanya korang post, hantar kat syarikat itu.. Tapi tidak dijamin diterima..
Seeloknya pastikan demo tape itu betul2 ada di tangan mereka..
Kalau boleh, tunggulah CEO kat luar syarikat itu..
Bagi sendiri kat CEO...mwahaha beraninyaaa..
Sekarang kisah, apabila korang dah jadi Artis di Korea..
Pertama,
Artis di Korea tak akan lari daripada variety show..Tak kisahlah variety show apa-apa mereka akan campak korang di situ..
Tapi kebiasaannya ikut korang punya bakat...
Ada juga yang tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan variety show ini..
Walaupun kita tengok rancangan mereka sangat lawak dan seronok..Tapi sebenarnya,
tak menyeronokkan buat artis baru..
Mereka kena buat bagi penonton ingat mereka jika tidak, tiada tawaran variety show lepas itu..
Sebab itu, korang kena ada pelbagai bakat...
Contoh, ini bakat lazim di sana: Meniru cara/cakap artis lain...
Kedua,
Sebenarnya korang boleh pilih syarikat rakaman yang korang nak..Tak semestinya jadi pelatih di syarikat itu, kamu akan jadi artis di syarikat itu..
Penting dalam memilih syarikat sebab kamu kena pastikan motif kamu nak jadi artis, sesuai dengan objektif syarikat itu.
Tak semestinya syarikat besar beri kamu kebebasan,
dan tak semestinya syarikat kecil akan layan kamu teruk.
Ini antara Syarikat industri hiburan yang terkenal jugalah.
Kebiasaannya syarikat ini melatih penyanyi dan pelakon.
Syarikat terbesar ialah SM Entertainment..
(Super jurnior, SNSD)
- Boleh jadi popular dalam sekelip mata tapi persaingan sengit sebab mereka ada ramai artis.(Super jurnior, SNSD)
- Kamu kena selalu masuk variety show, salah satu cara nak cepat popularkan anda..
- Sangat mementingkan kecantikkan luaran.
Kemudian ada syarikat JYP
(2pm, wonder girls)
- Syarikat tak adalah besar tapi ada cawangan di New York, sesiapa tinggal di New York boleh jadi pelatih di sana.(2pm, wonder girls)
- Sangat menitik beratkan tarian, terutamanya akrobatik. Aku rasa semua artis syarikat nih boleh buat akrobatik.
- Tak terlalu mementingkan luaran, Tapi, mereka akan berusaha cantikkan kamu. Tak semestinya dengan pembedahan plastik.
Seterusnya, syarikat YG.
(Big Bang, 2NE1)
- Syarikat ini kecil saja. Artis pun tak ramai. Syarikat ini lebih kepada muzik Hip-hop, R&B.
- Antara syarikat yang tak galakkan artisnya ke variety show, melainkan artisnya mahu.
- Sangat menjaga kebajikan artisnya..
- Mengajar buat lagu.
- Yang penting untuk jadi artis mereka kena ada semangat, tak mudah putus asa.
- Tak mementingkan paras rupa.
- Tapi sangat sukar nak masuk, suara sedap tak menjaminkan apa-apa.
Kebaikan jadi artis di Korea ini,
Mudah terkenal satu dunia,
Industri seni mereka sangat kaya.
Bagi penyanyi, mereka diberi rumah.
Keburukan jadi artis di Korea..
Ya, industri mereka kaya, tapi tak semua artis mereka kaya..
Terutama sekali penyanyi, yang berkumpulan lagi lah..
Pendapatan mereka dibahagi dua, separuh untuk syarikat, separuh untuk kumpulan..
Apabila kumpulan itu dapat duit yang separuh itu, mereka kena bahagi sesama mereka..
Ya, mereka diberi rumah tapi bukan rumah besar ye..
Kalau penyanyi berkumpulan, kadang2 kena kongsi satu bilik ramai-ramai...
Sebab itu mereka kena berusaha keras, apabila mereka terkenal,
mereka akan dapat rumah yang lebih besar..
No income from you, you suffer!
Budaya..
Orang di Malaysia, terkenal dengan sikap berlapik kan..
Kita tak adalah nak kutuk orang itu hodoh dan jadikan bahan gurauan satu dunia tengok..
Tapi bagi mereka itu perkara biasa..
Jadi, jika mereka panggil kamu 'lubang hidung besar macam bab*'', kamu tak boleh marah..
Sebab itu dah jadi lumrah...
Lagu...sangat teruk...
Kamu berbakat, suara kamu gempak indah bak Mariah Carey atau Dato' Siti Nurhaliza..
Tapi anda diberi lagu 'Gee Gee Gee baby baby baby' 'Nobody nobody but you ahaaa'
Kalau kamu tak kisah bakat kamu diperlakukan begitu, dipersilakan..
Tapi tak selama-lamanya kamu akan nyanyi lagu begini..
Tabahkan diri sedikit masa, apabila kamu dah popular, kamu boleh nyanyi lagu kamu nak..
Untuk permulaan, silalah nyanyi lagu 'baby baby baby ah ah ah'...
Kesimpulannya,
Mereka terkenal tak semestinya mereka kaya..Tempat yang jauh tak semestinya lagi bagus..
Jadi, masih mahu lagi jadi artis di sana?
p/s: Wah, aku rasa macam aku pernah jadi pelatih kat sana pulak..hahahahaahahah..
p/s: All pictures are not mine.
Peringatan,
Ini aku suka-suka buat berdasarkan pemerhatian aku..
Anda kena ingat setiap rancangan yang dibuat di TV mempamerkan kehidupan negara anda..
Jadi ini hasil analisis aku dapat...
Wah, kajian apakah aku buat ini...