Thursday, June 3, 2010

Ahadiat Akashah....

Masa zaman aku sekolah dulu...
memang Ahadiat Akashah ni, semua remaja gilakan novel dia lah..
siapa yang minat novel tak baca novel dia,
memang tak remaja lah..hahahah
(abang aku pun baca okey)

novel Ahadiat Akashah yang pertama aku baca...
Budak setan..
masa ni Budak setan ada bersiri2 sebelum dikompilasikan menjadi Lagenda Budak Setan..
aku ingat lagi woooo....
lepas tu habis semua novel dia masa tu aku baca...
dan aku dapat tahu masa tu dia agak kontroversi..
sebab penggunaan bahasa yang terlebih selamba digunakan dalam novel dia..
tapi sebab novel dia sempoi lah dia famous okeyyyy...

Yang aku suka novel dia nih..
memang terlebih lawak sampai aku gelak guling-guling ketawa macam Tarzan
MySpace...
tapi satu yang aku tak berkenan...
novel dia terlalu realiti (hahahaha bukan hindustan yang selalu happy ending)
contoh macam novel Snow White 96',
cerita ni memang best gila wooo lawak sempoi je...
tapi akhir cerita dia...alahaiii, aku siap campak okey buku tuh, ...
(tapi aku ambil balik lah, sambung balik baca)
Novel Lagenda Budak Setan lak, aku suka mula2 je...
lepas tuh, dah melarat2....
(melarat2 pun aku baca sampai Katrina gak)
ye lah pemikiran novelist pun makin lama makin matang..
jadi sedikit sebanyak mempengaruhi juga lah jalan cerita novel dia nih..
Aku rasa novel yang paling aku suka..
'Aku, Rhapsody & Biru's'...
serius novel ni buat aku terguling2 walaupun baca banyak kali..

tapi, sekarang dia dah tak buat novel remaja macam tu dah..
sekarang novel yang 'dewasa' lah..
tapi masih mengekalkan ciri2 lawak dia, tetap ada...
novel terakhir aku baca, Secangkir Kopi Panas di Pilot Cafe ...
aku lagi suka Pilot Cafe 1....yang kedua ni aku baca selak2 je..hahahah...
(sorry to say, but thats my thought)...

Apa2 pun, disebabkan dia lah masa aku sekolah rendah dulu..
merupakan inspirasi untuk aku menulis novel (dan pernah kena reject hahah)...
sekarang dah tak karang cerita dah..otak dah berkarat...
tulis blog je lerrr...

post aku kali ni sempena hari pertama Filem Lagenda Budak Setan,
ramai juga lah yang buat status kan, nak pergi tengok cerita nih...
apa2 pun moga filem ni dapat sambutan..
(tapi aku tak berkenan hero dia hahahah)



 

6 Masuk GoaLLLL:

#KookiesFactory said...

roomate aku baru je blk dari tengok filem lagenda budak setan.. die keciwa giler hahaha... die xsangka lak citer ni citer pasal percintaan.. tajuk gempak... paling keciwa sgt coz lisa surihani muncul sekejap je.. hahaha...

pawaka19 said...

pttla karya dia leh masuk wayang...hem takde lak citer ni tayang kat tempat mel

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Tidur Ditandas Dengan Ayah"

Rina Rossoneri said...

hahahah mie, laaaa ye ke..ceh buang karan je..

mel,eh mel tinggal kat ne..lambat sikit kot

FaraWani said...

jom pegi tengok movie tu?

Kuey san said...

Oh, samalah kita. Tak boleh blah dgn hero nya. :D

dulu masa sekolah bc jugak novel2 ahadiat, especially bdk setan. tp mmg tak terfikir pun nak melabur RM10 untuk tiket wyg.

:/

Anonymous said...

buku ni memang smpai skrg aku ingvat jalan cerita die . masa tu aku habes spm dpt baca buku ni kire first novel in my life hahahaha .. mmg best n sumpah sedih