Showing posts with label dorama jepun. Show all posts
Showing posts with label dorama jepun. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Kaseifu No Mita

~Kaseifu no mita des~

Hehe, ini drama Jepun baru yang the best among the best...
Ini memang cerita asli punya, bukan dari anime atau novel...
Korang patut tengoklah cerita nih..
Aku bagi rating 5/5...


Plot 

Kisah sebuah keluarga yang baru saja kematian isteri/ibu...
Disebabkan rumah mereka tak terurus, si Ayah ini upah orang gaji...
Orang gaji ini bernama Mita, sangatlah pelik...
Dia macam robot,...
Minta apa saja diperlukan, dia akan hulur..
Suruh apa saja diperlukan, dia akan buat...(termasuk membunuh)
Dia hanya cakap bila diperlukan saja...
Jadi, siapakah dia sebenarnya?

Yang menariknya drama ini,
Kamu tak akan dapat teka episod seterusnya..
Pengarah drama ini pun tak kasi preview episod seterusnya...
Memang penuh dengan kejutan dan tak terjangka...
Drama ini kisah pasal masalah keluarga lah..
Tapi sangat unik....

Yang paling best Nanako Matsushima (Aku sangat suka dia),...
Dia berlakon memang gempaklah wei....
Walaupun dia berlakon muka tak ada perasaan...
Cuba korang tengok mata dia,
Mata dia sedih bila situasi sedih,
Mata dia marah bila situasi tegang...
Dia sangat pandai bermain dengan mata untuk tunjuk ekspresi...

Drama nih pelakon tak ramai..
Tapi semua gempak...
Dibarisi oleh Nanako Matsushima, Aiba Saki,


Kutsuna Shiroi
Nakagawa Taishi

Aku dengar drama nih dapat sambutan Hangat kat Jepun...
They deserved it!
 
Sekarang baru episod 9,
Kamu boleh tengok di dramacrazy.net.
Enjoy!!

Sunday, April 4, 2010

Yamato Nadeshiko Shici Henge (habis dah)

aku tau mesti dah ramai tengok cerita yamato nadeshiko shichi henge sampai habis..
ye lah, aku tak ada masa nak tengok episod akhir..
dah habes semua kelas ni,baru lah aku boleh tengok...
SERIUS, ENDING BEST!....
(sensei aku pun tengok tau, siap borak2 pasal cerita ni dalam oral hahaha)

kisah minah selubung dan ahli-ahli dalam rumah sewa yang lain..
boleh tengok entry aku sebelum ni... click

kenapa aku kata yamato nadeshiko shichi henge BEST???
sebelum ni aku memang tak suka sangat kame...
sebab bagi aku dia ni tak hensem dan tak ada gaya macho pon...
jadi memang agak geli bila dalam drama tu, semua budak pompuan 'kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa'.
(jeritan gadis Jepun, macam ni lah)
Tapi, dalam cerita ni, style dia lain..
gaya dia macho, dia berlakon pun best...
SEBELUM

SELEPAS

Jika sebelum ni aku cakap, cerita macam ni tak ada babak romantik..
tapi ada...DAN BEST!..kelakar2 romantik hahahha
ada satu babak akhir, babak cemas dan sedih ...
boleh pulak keluar background music soundtrack cerita ni yang catchy2 seram tuh..
click lagu ni
tapi sebab Kame (kamenishi kazuya) ni berlakon best, memang babak tu menjadi gila...
kiranya persepsi berbeza lah, tak semestinya babak cemas kene ada soundtrack cemas dan dum dum berdebar..

episode akhir ni memang best gila...
' if u want to kill her, kill me instead'..
'if u want to sell her, sell me instead'..
kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
lagi satu masa dia cakap kat Sunako Chan (heroin)..
'eventhough u hate yourseld, but i love u'
apa-apa pun siapa belum tengok tu, cepatlah pergi tengok YAMATO NADESHIKO SHICHI HENGE

p/s: (all pictures are not mine)

Saturday, March 13, 2010

Nodame cantabile Movie, ada siapa2 dah tengok??

mongoose!! (credit to Crunchyroll.com)

Pernah tengok drama Nodame Cantabile????
heeeeee, mukyaaaaaaaaa...MySpace
best sangat cerita ni kan,
memang lawak habes,
aku tengok berpuluh kali kot,
walaupun aku memang tak ada pengetahuan dalam bidang muzik,
tapi kalau kita suka muzik,
kita tetap akan faham sikit2..

aku memang tahu ada drama ni ada Dua Movie,
satu kisah Chiaki senpai, satu lagi kisah Nodame,
tapi aku tak tahu pulak tahun lepas Movie 1 dah keluar..
uhuuuu aku masih lagi mencarik cd/tengok online,
tapi cek tak jumpa, cam no
(kalau ada siapa2 yang tahu habak eh)

yang ini, Movie 1 kisah Chiaki senpai...


yang ini Movie 2 kisah Nodame, yang akan keluar bulan 4 tahun ini (di Jepun la),
Movie 2 ini rasa lagi best sebab,
kisah MySpaceMySpace


dulu, Hana Yori Dango the Movie keluar kat Malaysia,
tapi kenapa Nodame Cantabile tak ada, Aiseyyy

Thursday, February 18, 2010

yamato nadeshiko shichi henge (fuh panjangnyaa)

aku suka tengok drama jepun,
tapi aku tak pernah post pasal drama jepun,
pelik kan pelik kan pelik kan, aku pun pelik...MySpace

aku memang gila tengok cite Jepun,
mungkin sebab aku suka tengok cerita lawak,
kebanyakan drama Jepun ni diambil daripada manga atau anime,
jadi, mereka suka buat cerita lawak bodoh..
hahaha...serious wei, lawak walaupun budus..

aku baru je habis tengok cerita Ohitorisama..
kisah mamat comel dan cikgu yang dah berumur tapi hot..
 
 comel kan comel kan kan kan kan...MySpace
cerita ni best gila..ending pun syok, cute + lawak = best...
lepas habis cerita ni aku dah lama tak tengok cerita..busy...ceh
dah lama tak bukak website dramacrazy.net
tiba-tiba aku nampaklah satu drama ni..
YAMATO NADESHIKO SHICHI HENGE..
(amek ko,korang ingat aku hafal tajuk neh?aku copy paste je neh)

apa yang best?..lelaki hot + lawak bodoh + cerita pelik = best..
tapi kalau cerita2 macam ni tak payahlah mengharapkan adegan romatis..
wawawawa...


siapa2 yang selalu layan drama Jepun neh,
mesti kenal Kame (gokusen 2), Tegoshi yuya (my boss my hero), 
uchi (erk, dia lbh famous pada ex NEWS), dan lagi sorang aku tak kenal wawawa
dorang berempat ni kene ubah anak buah pemilik rumah ni,
kepada seorang perempuan jepun yang sopan santun,
sebab minah ni pelik...
suka gelap+cerita seram+darah+hantu+tak keluar rumah+bf dia skeleton yang korg slalu tgk kat makmal
(pernah tgk anime Ouran High School,macam Nekozawa senpai tuuu)
tapi lokasi rumah dalam cerita ni, macam dalam cerita Atashinchi No Danshi..
(smua cerita dah keluar neh)

Dorama (drama) ni, masih lagi ditayangkan kat Jepun,
belum habis lagi,
jadi, kalau nak ikut setiap minggu,
pergilah menonton secara online di www.dramacrazy.net
(wah promote!)

p/s:all pics credit to crunchyroll.com and dramacrazy.net

The Wallflower: The Complete Collection, Part One