Sunday, December 27, 2015

Dunia Kini...

Sesiapa orang dewasa pada zaman ini, pasti merindui zaman dahulu dan mengatakan dahulu lebih baik. Mengatakan orang muda zaman kini tidak akan memahami keriangan yang mereka rasai dan laluinya. Percayalah, orang muda zaman sekarang pun bahagia jua, riang juga tetapi dengan cara mereka sendiri. Percayalah juga, anda pun suka dengan zaman sekarang. Tak payah nak buat throwboack...he he he he.

Kebahagiaan kita...
Sudah menjadi lumrah, kebahagiaan kita dipamerkan..
Tidak kira di Instagram mahupun Facebook...
Jika zaman dahulu, cara untuk pamerkan kebahagiaan kita...

"Assalammualaikum Cik Kiah oiii"
"Waalaikummussalam Cik Moon. Ada apa?"
"Ini aku nak bagitahu anak aku si Sudin tu baru balik dari bandar belikan aku beg ni haaaa"
"Wahh, beg apa cik Kiah?"
"Beg Kulit BUAYA!!!"

Tiada kegilaan mahu Like, Tiada rasa semak kepala nak tahu nama jenama terkenal dunia.
Tetapi itu dulu...
Sekarang lain. Zaman dulu orang dulu. Zaman sekarang orang sekarang.

Khabar angin
Asal tak ada sijil halal kau kata tak boleh makan...
Asal ada video kata makan jeli menandakan kau sokong ajaran agama lain..kau kata tak boleh makan.
Asal ada gambar tunjuk ada tanda salib pada makanan, kau kata tak boleh makan.
Kesimpulannya boleh makan ke tak? Kau jawablah sendiri.

Kalau dulu-dulu, mestilah mesyuarat di kedai kopi. Tempat segala penyebar khabar angin.
Sekarang? Whatsapp pun boleh~

Bila dah Kahwin
*Artikel mengenai Suami patut jaga hati Isteri supaya murah rezeki*
Sambil si isteri Tag nama suami..suruh baca.
*Artikel mengenai Isteri patut jaga makan Suami untuk kasih sayang berpanjang*
Sambil si suami Tag nama isteri..suruh baca.
Persoalan aku adalah, suami isteri ni duduk jauh-jauh ke sampai nak kena tag.
Itu belum masuk lagi artikel "Jangan Curang".Habis satu dunia tahu suami kau curang.
Biasalah perkara sekarang yang jadi lumrah dunia sekarang.

Kalau dulu...
"Oiiii cik kiahhhhh", sambil Mak Cik Moon bawa geng dia di depan rumah Cik Kiah.
"Ada apa Cik Moon oii? Bawak geng nampak", sambil Cik Kiah bercekak pinggang.
"Kau tahu tak aku nampak suami kau tu bukan main berpegang tangan dengan perempuan lain"
"Suami siapa Cik Moon oi?"
"Hish kau ni kan aku dah kata, Suami Kau!"
"Kalau gitu, yang Cik Moon nak marah-marah macam Suami Cik Moon pulak ni dah kenapa?"

Begitu....tapi itulah.....dulu itu dulu, jangan dibelenggu dengan kehidupan lalu supaya kita tidak ditakuk lama...tapi jika kehidupan sekarang seperti ini? Tepuk dada tanyalah selera anda.
Tidak semestinya orang lain buat, anda pun nak buat juga.
Tidak semestinya orang lain ada buat perkara itu, semua orang buat perkara itu.
Sebab, setiap orang lain-lain. Terimalah kelainan orang lain.

Oh ye ada satu lagi,

"Eh, ini anak dara si Mila tu kan?"
"Ye Mak Cik, apa khabar?"
"Eh Mak Cik sihat saja. Makin cantik Mak Cik tengok kamu ni ha. Eh apa nama kau, Makcik lupa"
"Lia, Mak cik", jawab Lia tersipu-sipu malu.
"Lia buat apa tu?", tanya Mak Cik walaupun sudah melihat Lia sedang membaca buku.
"Baca buku Mak Cik, untuk hilangkan bosan", jawab Lia sambil tersenyum. Makcik pun membalas senyuman itu.
Keadaan jadi senyap selepas itu.
"Kamu sekarang dah kahwin ke belum", tanya mak cik untuk meneruskan perbualan yang mati itu.
"sudah makcik". Mak cik menganggukkan kepalanya. Untuk beramah-mesra lagi, Mak Cik bertanyakan lagi soalan;
"dah ada anak?"

Jika dahulu persoalan-persoalan begini dianggap sebagai perbuatan beramah-mesra untuk mengeratkan silaturrahim lebih-lebih soalan seperti "sedang buat apa itu". Ia sekadar sapaan untuk memulakan atau meneruskan perbualan..
Sekarang? Kau janganlah tanya soalan-soalan macam tu. Kalau tak, keluarlah status kat Facebook.

"Kau buat apa tu Jeman?", tanya sudin kepada Jeman yang sedang baca buku.
"Aku tengah memasak ni, Sudin".
Dah terang-terang nampak aku buat apa, mahu tanya lagi.

"Kamu dah kahwin?"
"Dah ada anak?"
Wahai muslimin dan muslimah, jika anda terjumpa rakan lama, elakkanlah bertanyakan soalan-soalan begini. Terutamanya di majlis-malis. 

Yang dulu tu, biarlah. Yang sekarang ni, hadapilah!



Monday, March 12, 2012

ALIVE!

Nope, not me.
Bukan aku.

Tapi BIGBANG!

Lagu dari album baru dorang yang aku paling suka "Blue" (silalah click)
Tapi bila dorang buat live performance, yang gempak adalah lagu Fantastic Baby...

Video klip dorang pun gempak...
 

Dorang sekarang tengah plan untuk World Tour.
Dan aku dah siap-sediakan duit untuk konsert dorang yang mahal tuh.
(Walaupun tak tahu lagi dorang datang Malaysia atau tidak)

Konsert artis Korea yang datang Malaysia ini sangatlah mahal.
Mungkin sebab tak ada penaja dan kos dorang lagi mahal dari artis US/UK yang datang ke Malaysia.
Tapi aku rasa besar kemungkinan sebab penaja..
Kalau yang handle konsert itu dari syarikat telekomunikasi (digi, maxis) atau
dari syarikat rakaman muzik (Sony Music), mesti murah sikit...
Kira murahlahlah sikit walaupun tak semurah tiket artis US/UK yang datang Malaysia..
Aku rasa konsert yang aku pergi tak pernah lebih 200..
Tapi kalau Bigbang buat konsert kat sini, gerenti boleh cecah 400 ++..
kalau murah pun 100 lebih, tapi kena duk hujunggg..
Nak tengok mamat hensem, kenalah tengok depan2 kan...hahahah..
Dan aku bukanlah hardcore fanatic artis korea dan rajin ikut contest menang tiket, okeyy..


Oh, ya...
Bigbang is now Alive..but not me?
Apa kes?
Sebab tak ada kes lah punya pasal..
Jadi sekarang tengah cari kes (cari hidup)
Tengoklah apa yang bakal terjadi...
Jeng! Jeng!
Nantikan......

p/s: Ya, tak elok membazir duit pergi tengok konsert. Daaaaa~

Sunday, January 8, 2012

Apa aku fikir apabila...

Paling membosankan bila naik keretapi untuk perjalanan jauh 
(tapi taklah jauh sangat)
Katakanlah selama setengah jam atau satu jam...
Paling best bila kena berdiri.... haha...
Kalau orang tak ramai mesti mata korang tak tahu nak hala kat mana...
Biasanya pandang tingkap atau pintu..
(Kang pandang anak dara orang/teruna kang mau kena jeling)

Bila keretapi berhenti di satu stesen je, mesti mata menghala ke pintu...
Orang ramai masuk, orang di dalam mengundur ke dalam..
Paling best bila tengok budak-budak masuk huha huha bising-bising...
Dengan baju dorang warna hitam, rambut berfesyen Super Junior,
Bila dorang bising, kita pun dengar, sebab nak tutup telinga pun tak boleh...
Kadang-kala kita senyum bila dengar perbualan budak sekolah...
Bagi yang ada penutup telinga iaitu dengar MP3, pasti buat hal sendiri, pandang tingkap...

Kemudian keretapi berhenti lagi,...
kali ini orang Luar Negara pula masuk...
Kita pun pandang dari atas ke bawah, dan dia cuma pakai selipar...
Atau tak pakai selipar dan sangkut selipar dia kat beg gedabak dia tuh...
Kemudian, ada juga orang Luar Negara yang baunya.....Hmmmm...
Pastu suka pandang2 tengok perempuan macam tak pernah jumpa perempuan ATAU!....
Perempuan kat malaysia cantik sangat...Yup, memang cantik...
betullah kan, habis tu korang kahwin dengan orang apa??
Kalau orang Korea datang Malaysia mau meleleh tengok perempuan semua macam Suzy Miss A,
Lelaki pulak macam Nickhun 2PM...
 (Cantik kannn. Ada sesiapa kata Heliza tak cantik?? Suzy Miss A pun kalah)
(Zoey nama mamat ni, kan? Setiap kali aku tengok muka dia mesti teringat Nickhun hohoho)

Tiba-tiba pula datang orang yang memerlukan tempat duduk...
Mesti ada yang bangun memberi tempat duduk...
Comel kan kalau tengok lelaki muda bagi tempat duduk tapi malu nak bagi..
Mula2 dia pandang kiri kanan dulu,...
Pastu dia buat2 bangun tak cakap apa2 terus berdiri tempat lain..
Konon faham2 sendirilah orang bagi tempat duduk tuh...hahaha
Comel dan kelakar..
Kalau perempuan biasanya dia akan cakap 'duduklah'...
Kalau lelaki biasanya bagi isyarat je...

 Keretapi berhenti lagi...stesen yang hendak dituju belum sampai lagi..
Masuk pula pasangan kekasih yang hangat bercinta bagai dunia ni milik mereka berdua saja..
Maka, mulalah pelbagai aksi tangan berlaku...
Ketika ini semua yang ada di situ pandang sinis saja...
Ada yang mengumpat dengan rakan mereka sambil jeling2, gelak2...
Malas nak tengok...
Pandanglah ke bawah sekejap, sesipi nampak pula orang sedang tidur di kerusi itu...
Wah, ambek kau! Terngaga luas!
Baiklah, aku pandang kiri pulak,
Wah...orang tu main iPad sambil berdiri!
Gila berani dan dan dan dan....
Aku selalu membayangkan kalau iPad tu jatuh macam mana ler agaknya...

Keretapi berhenti lagi...
Wah, Mak Nyah-Mak Nyah masuk!
Semua orang dalam keretapi pandang!
Pandang dari atas sampai ke bawah...
Kalau yang tengah dengar lagu tuh mesti stop kejap..
Menyibuk nak dengar dorang cakap....
Kalau lelaki tu pandang Mak Nyah, mata tak lepas...
Apsal? Tergoda eh? lalalala~

Opps, stesen yang nak dituju dah sampai...
Oh, memang ada mamat handsome...tapi..
Pandang je lah dari jauh..nak buat apa kan?
Cuci mata je...bersyukur di atas keindahan ciptaanNya..
Wawawa...

p/s: Heliza pics are from her facebook. Zoey picture from some webs. forgot already. sorry.


p/s: why the heck my first post of 2012 is about earthquake..:sigh

Sunday, January 1, 2012

Permulaan 2012 dengan gempa bumi.

Yup, gempa bumi di Jepun.
Dengan 7.0 magnitude.
Tiada lagi laporan kecederaan diterima...
Juga tiada tanda-tanda tsunami akan melanda....

Satu khabar berita yang kurang baik didengar pada hari pertama 2012...
Masih ingat filem 2012?
Hohohohooo...
2012 film (credit)

Saturday, December 31, 2011

Another end year of Nothing. Hello!

Nothing to me lorh.
Bukan kamu ler.
Korang punya citer hidup aku tak tahu lah kan...kan...
Tak ada benda pun aku nak tulis..
Aku nak letak lagu je..

Aku tengah mood dengar lagu Yui...
Kenal Yui tak?
Kalau tak kenal,...
Minat anime tak? Minat Bleach tak?
Korang minat anime korang minat Bleach, tapi...
tak kenal Yui? Sila terjun sekarang...
(terjun kolam mandi sudah...)


Aku kagum dengan Yui ini...
Dia ni kira artis underground lah..tapi sangat famous..
Aku rasa dia nilah penyanyi Jepun paling humble, paling Sopan..
Yup, sangat sopan. 
Aku rasa kalau penyanyi Melayu seksi berduet dengan Yui, mesti dia malu balik..
Silap2 penyanyi Melayu yang seksi tu terus taubat...
Sebab suratkhabar satu Malaysia akan bandingkan dan kutuk Si seksi itu..
lol. ok aku mengarut sudah...

Hello 2012... Hello~ Hello~ 

p/s: sebenarnya aku rasa 2011 nih, tahun malang aku...aku rasa aku ni bawa tuah kat orang lain tapi malang kat diri sendiri..kalau korang nak tuah meh korang berdiri sebelah aku...tak yah buat apa2...hohoho...
Dont take serious, bebeh....

Wednesday, December 28, 2011

What's up - Daesung

Baiklah, drama lagi.
Kali ini drama Korea pulak.
What's up, Y'all.
Okey, tajuknya cuma.. What's up.

Korang pernah tengok Dream High, Heartstring atau drama yang sedang ditayangkan,
The Musical ?
Sila campak dalam tong semua cerita itu, Tak berbaloi..
Kalau yang belum tengok, tak usah tengok...
Kalau nak tengok pelakon je boleh, dipersilakan...
Dorang memang comel...
Kalau drama genre Muzikal, aku lebih suka kalau drama tuh betul2 fokus pada Muzikal..
Bukan pasal hal keluarga yang pelik2 putar-belit tuh sampai hilang Muzikalnya..
Dream High Okey, cuma cinematography amatlah berkualiti rendah...
The Musical dah gempak, cuma Sinetron dah masuk dalam drama tuh..

Drama What's up nih boleh dikatakan meliputi kelemahan drama2 yang lepas..
Tak perlu aku nak cakap pasal Plot drama ini...
Sebab...Sama Saja!
Anak-anak muda yang mengalami pelbagai kesusahan untuk capai impian mereka blablablabla

Yang aku suka drama nih, Secara jujurnya sebab ada Daesung..haha
Aku suka Suara dia je Okey (credit)

Tapi aku rasa macam nak sepak je sesiapa yang buat market drama nih..
Sebab konon2 macam Daesung nih Hero, tapi 2nd Hero pun bukan..
Watak Pembantu ada lah!
Nak buat macam mana, nak promosi...bagus2 marketing...
Tapi Drama nih memang fokus pada Muzikal...
Orang2 dalam kolej muzikal nih pun memang pelik2...
(Orang seni kan pelik2)
Jadi, tengok sajalah kalau korang suka..tak tau macam mana nak explain dah..
Sebab sama je..hahaha....
Aku harap tak ada ciri-ciri drama sepanyol atau Indonesia masuk dalam nih..
Biasanya kan kalau drama Korea mesti ada ciri2 Sinetron!
Perbezaannya cuma drama Korea tak ada bomoh2 je!
Kalau masuk bomoh2 meh sekali join drama Melayu + Sinetron...

Barisan pelakonnya adalah Daesung, Lim Ju Hwan, Lim Ju Eun, Oh Man-seok, Jang Hee Jin, Kim Ji won
Tukang menyibuk ialah Kwon Young Don, Kwon Young Deuk.
Lim Ju Hwan (Credit)


Lim Ju Eun ( credit )

Kwon Twins (credit)

Untuk lagu-lagu dalam drama ini pula..
Memang best!


 Lunatic by Daesung.

 
You And I cover from the students. Original song by Park Bom.

This is the original song for u guys. 
 

Rating untuk cerita ini memang tak boleh nak bagi...
Sebab belum habis lagi...Setakat ini baru episod 6, aku suka..
Tapi lepas ini tak tahu lah kan...

p/s: Malam nih ada cerita 3 Idiots!

Monday, December 26, 2011

I Am The Best (2NE1) Dance cover - Kid version

Hohohohoho...
Aku dengan anak buah aku memang tak ada keje..
Saja main2 dengan dia sebelum dia balik ke Sabah.
Sekarang ni mereka dah ada di Sabah pun..

Bersama dengan Santa Kurus baru lepas diet. Xmas dah habis.

Memang buruk lantak haha

 Baiklah, ini video nya...Awal2 tu ada watermark menyibuk, kejap je...
Sila FullScreen untuk pemandangan lebih baik...hohoho