Sunday, January 10, 2010

kajian lapanganku

oklah, mungkin ramai yang hendak tahu..
pengalamanku menemubual Mak Nyah (istilah ini adalah formal jika dilihat berdasarkan kajian Teh Yik Koon)..

29/11,jam 2 petang,
aku dan rakanku hanya dapat menemubual sebentar,
kerana mereka ada kempen AIDS di Bukit bintang,
meski pun sekejap,
tetapi berguna...
terus-terang aku kata,
aku memang takut apatah lagi aku bukan jenis yang tenang,
tak pernah temu bual orang,
tapi disebabkan mereka ini (staf Pink triangle foundation),
sangat peramah dan baik..
agak hilang juga gugupku...
dan, aku asyik gelak je..
(ye, memang tak profesional haha)

yang bagusnya, mereka tahu tugas aku..
dan mereka tahu apa itu 'slanga'...
malah, mereka sangat berbangga
kerana mereka dari kalangan kelompok yang banyak mencipta perkataan baru,
ya, itu kenyataan...
disebabkan itu, kerjaku agak mudah...

kali kedua pergi, pada minggu yang berikutnya,
pada waktu yang sama...
yang bagusnya tentang mereka,
yang duduk bersamaku hanyalah dua tiga orang,
walaupun ada ramai di situ tetapi mereka ada kerja masing2..
dan mereka tak duduk diam..
asyik ulang-alik...
ketika mereka ulang-alik itu,
mereka sempat memberi perkataan baru kepada aku...
'dik, tahu tak num kurinam tu apa'..
'tak tahulah, apa itu'...
'itu adalah......' (korang nak tahu ke)..
ada banyak lagi, seperti kendu,kamben, bopeng..(korg nk tahu ke maksudnya)...
hohohoooo...

pernah ada seorang pensyarah bertanya padaku
'slanga ialah variasi bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan kecil masyarakat dan hanya difahami oleh mereka. penggunaan bahasa slanga ini adalah untuk membezakan kumpulan mereka daripada kumpulan yang lain. tapi kalau bahasa slanga ini dah tersebar ke kelompok yang lain, adakah dipanggil slanga'...

jawapannya...
pernah dengar tak ARGOT...
mula2 penggunaan variasi bahasa yang digunakan HANYA di dalam kumpulan mereka,
dipanggil ARGOT,
tetapi apabila bahasa ini sudah tersebar pada kumpulan yang lain, maka dipanggil SLANGA...jadi SLANGA tetap dipanggil slanga meskipun satu dunia dah tahu..
kerana dengan menggunakan perkataan2 tertentu dari golongan tertentu,
kite akan tahu, perkataan tersebut berasal dari golongan/kumpulan mana...
contohnya, semua pelajar satu malaysia ni akan tahu makna 'budak skema'..
(kalo korg xtahu, mungkin korang zaman lain haha)

ok, berbalik pada kajian lapanganku...
kawanku pernah bertanya mengenai 'adakah mereka menyesal' dan soal keagamaan mereka..
berdasarkan seorang daripada respondenku bercerita mengenai dirinya..
bagi dirinya(dan turut dipersetujui yang lain yang ada disitu)..
bagi mereka, itu adalah diri mereka...
setiap orang ada melakukan kesilapan..
cuma kesilapan yang dilakukan oleh setiap insan berlainan...
maka, kite tak ada hak untuk memberi hukuman pada mereka,
kerana semuanya bergantung pada YANG MAHA ESA...
sebab orang agama lain juga boleh masuk syurga disebabkan memberi penghormatan pada orang Islam yang berpuasa...(maaf,lupa ini kisah yang mana, tapi pernah ustazku bercerita mengenai kisah ini)
kata-kata ini merupakan kesimpulan saya, mengenai prinsip/pandangan mereka..

tapi yang PENTING sekali...
janganlah tunjuk muka jijik atau sisihkan mereka..
mereka manusia juga...
seriously, if someone asked me to do a research about Pengkid, i will do it..
and actually, that was my first thought..i did't do it, only because i did not certain whether they have slang or not, coz it's hard to find them in group...
jadi jika anda berani LAKUKANLAH KAJIAN KE ATAS MEREKA..
sangat menarik sebab mereka kurang diberi pendedahan dari segi bahasa.

oh ye kepada penerbit2 filem..
jika hendak lakukan filem mengenai Mak Nyah,
sila kaji bahasa SLANGA mereka sebelum membuat SKRIP..
sebab mereka marah kerana kebanyakan filem menggunakan bahasa mereka yang salah..
contohnya, mereka tak menggunakan 'tak kuasa Nyah'..

p/s:disebabkan terlupa nak ambil gambar bersama mereka, jadi aku letak gambar model Thailand yang juga Transsexual (Mak Nyah)

3 Masuk GoaLLLL:

KaCaNg87 said...

lorr..xde ke gmbr?kte br nk tgok nyah yg mcm muke pelakon hindustan 2..huk3

pape pon..cayalah momo..memg brani gler..waa suspek sma lu..ahaks

*teringat peristiwa tetttt...yg momo cite kt blik rehat ppbl 2..xleh nk byg cne..wakaka*

Rina Rossoneri said...

hahahahhahahahahahahaha...

tetttttttt syhhhhh kacang,
senyap2 udah...
kalo penyelia kita tau ni, xtaula cam ne...

KaCaNg87 said...

syhhHH..kte2 yg dlm blik rehat je taw psl 2 momo..ekeke

bio pch dimulut jgn pecah dipewot...wkaka