(Ini tak termasuk monorail atau komuter atau keretapi tanah melayu atau sewaktu dengannya)
Kepada wanita mengandung yang dah lebih 5 bulan,
yakni perut dah memang membesar ke depan...
Yang pergi kerja atau jalan2 naik LRT...
Kebiasaannyalah kan, kalau wanita mengandung masuk je dalam LRT,
Mesti akan ada orang bagi duduk punya..
Tak kiralah masa tu tengah ramai orang..
Tapi masalahnya bukan semua hati manusia sama..
Aku pernah tengok ada wanita mengandung masuk,
Lepas itu ada wanita yang sihat sejahtera sedang duduk,
Wanita yang sihat nih nampak wanita mengandung ni tengah berdiri..
Tapi dia boleh buat tak nampak, pastu buat2 main game handphone...
Saboooo je lah..
Yang wanita mengandung ni pulak pergi berdiri tengah2 pintu masuk...
Lain kali, sila berdiri Depan orang2 yang duduk nih..
Kadang2 mereka yang duduk ini tak nampak atau pura-pura tak nampak..
Jadi, sila bagi nampak pada orang yang duduk ini...
Janganlah berdiri jauh dari orang yang duduk...
Tapi kalau tak nak duduk, lebih baik berdiri di tempat selamat,
aku rasa kalau berdiri tengah-tengah agak kurang selamat...
Cuma, itulah kalau yang mengandung kurang 5 bulan, perut tak besar lagi..
kawan aku yang mengandung nih pernah mengadu...
dia jenis badan lemah bila mengandung,
kena pula berdiri dalam lrt,
takkan nak cakap 'hai, saya pregnant. boleh bagi duduk?'
Ramai kawan aku kat pejabat dah mengandung..
hohohoho, aku pulak jadi doktor peribadi dorang..
'hei ini tak boleh makan' 'jalan perlahan nanti tersadung'
p/s: sebenarnya ni entry dah berzaman, tapi hari nih baru nak post haha. cek penat lah, ditambah dengan selesema dan batuk yang tak hilang-hilang..aku rasa asyik nak tidur je...aku tidur awal tau...hahaha