Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

'muat ke kereta naik feri'

 
tatkala matahari mulai naik,
kami semua sudah berada di stesen KTM Butterworth,
masing2 bagaikan puteri yang menunggu pengawal penunggang kuda datang mengambil,
(TAK BLEY BLA AYAT HAHAHAH)
kami tiba di Menkuang Titi (MT) sekitar 9 pagi,
kira2 20 minit daripada stesen,
awal2 lagi kami sudah diaturkan untuk pergi ke dewan,
apa yang ada dalam dewan tu?
dalam hati masing nak tidur, hehehehhe MySpace
inilah yang ada~



masing2 jakun tengok alat2 muzik tradisional nih


habis jahanam dorang kerjakan, ni minah perasan pandai main

orang2 kampung MT semuanya baik2 belaka,
melayan kami seperti puteri-puteri yang ditinggalkan untuk pergi mengembara
demi mencari ilmu,
wawawawa 

'pakcik, kami teringin makan char kuet teow'
'malam ni kite pi'
'makcik, kami nak makan ais kacang'
'mari, makcik belanja'
'pakcik, kami teringin nak makan sate'
'malam ni pakcik bawak'
'kami nak makan laksa, pakcik'
'esok kite pi'

semua kehendak kami diturutkan..
best tak best tak best tak...MySpace
wawawawawawa

pada hari kami semua pergi enjoy SATE,
kami semua sibuk bercerita nak pergi pulau (penang)

Ms Pau: kami tak pernah naik feri. (dia sorg je)
kak? : oo ye ke, naiklah nanti
Ling ling: tapi kite kene tunggu kereta2 naik dulu ke, ek..
Ms Pau: ehhhh, muat ke kereta tu naik feri???
MySpace
setelah kenyang makan sate,
kami pun pergi melihat orang kampung berlatih bermain alat muzik,
sambil menjalankan tugas kami,



minah ni siap nyanyi lagi..
'penawar rinduuu pada muuu seorang~'
picthing smua lari terjun dalam laut MySpace

hari terakhir sudah tiba,
kami semua berangkat ke pulau,
untuk berjalan2...
ciao, adios, sayonara MT





Penang and Langkawi Insight Pocket Guide (Insight Pocket Guides)

Wednesday, February 10, 2010

Apabila Kami MEREMPUH Penang

masing-masing tidak pernah menaiki KTM untuk satu perjalanan yang lama,
kami memang tidak dapat membayangkannya,
apa yang pasti, makanan mesti kene ada..
sebelum menaiki KTM,
pastinya McDonald menjadi pilihan!
im loving it~


kini,
di dalam KTM...
jam 12, kami masih lagi memekak..
Ms Pau sudah tidur,
Dua minah kecoh di depanku ini masih lagi bertekak..
masuk jam 3 pagi...
kami cuba tidur..TAPI
waaaaaaaaaaa sakitnya badan!!!!!!!!!MySpace
tak pernah seumur hidup aku, tidur dalam kesakitan macam tu..
perghhhhhhh gila la wei..
dalam hati masing2 berdoa
'cepatla sampaiii weiiiiiiiii'..

sesungguhnya doa kami tidak termakbul,
kerna KTM itu sampai lambat 15 minit...

tiba di KTM Butterworth,
masing2 begitu teruja dan jakun...

(contoh minah jakun)
ada keretapi olok2 depan stesen KTM tuuuuu..
dan berposing2 lah kami selama setengah jam di situ
hahahahah

(wani!!!lu jgn pi jauh2 aaaa, nanti i rantai u!)


kami diambil oleh Tuan Rumah homestay Mengkuang Titi(MT),
mereka sangat baik...
kalau kami naik teksi tak tahulah kene berapa,
sebab MT agak jauh sedikit...

seterusnya....
nantikan sambungannya...
(sebenarnya aku tak tahulah cam ne nak cite sbb banyak sgt)

Monday, January 25, 2010

nak pergi BUTTERWORTH...TOLONG!!MySpace

susah betul jadi pelajar tahun akhir ni,MySpace
selama ni tak pernah2 nak pergi tempat field work,
tiba pulak sem terakhir ni ada field work,
dan kumpulan ku diARAH mengutip data di seberang perai,
kumpulanku memutuskan untuk pergi ke butterworth
bersama-sama dengan dua kumpulan yang lain
(tiba2 ayat jadi skema)

namun begitu (dah macam tesis),
kami semua agak risau dek kurang pengetahuan mengenai kg tersebut,
al-maklumlah tiada siapa antara kami yang ada saudara di sana,
sudahlah begitu,
kumpulan kami masing2 ada dua orang sahaja,
jadi kami kene pergi ke kampung berbeza yang agak jauh jaraknya,
kononnya boleh temankan kawan kutip data,
huh, mana ada masanya ...

jadi, jika siapa2 yang ada maklumat
mengenai kg belah dua, kg setol dan kg mengkuang titi,
silalah tinggalkan komen2 anda ye,
agak2 jika pelajar pergi ke sana,
adakah kami ini akan dilayan atau dibuat dek je..
kami mahu pergi pada 5hb feb ini

aku ni nak buat kajian pasal bahasa..
nanti aku dok rakam je lah orang2 yang berumur bercakap ni,
tapi, aku nak ambil data mengenai kata tanya sahaja..
'apa, siapa, di mana, bagaimana, bila, kenapa'..
dalam dialek kampung di butterworth itu...

bayangkan lah, kalau wartawan dok tanya2 org,
ini kite mengharapkan orang tu tanya kita..
aku siap cakap kat kawan ku ,
'silap2 kite kene berlakon pulak nak dapatkan data'...

buat2 pengsan ke, nanti mesti nenek tu tanya
'lor aiii awat ang lagu ni pengsan2 nih'
..
dah dapat satu kata tanya...

nasib baik ayahku mengamuk kejap je,
maklumlah anaknya kan comel sangat,MySpace
jadi risaulah dok merayau kg orang..
nak buat macam mana, inilah pelajar namanya,
berdoa je lah tak ada apa2 wahai ayahku (tiba2 syahdu)..