Thursday, October 27, 2011

Shopping Online - Shawl

Yeay Shopping shopping !!! Come on, Shopaholic !

Sekarang ramai shopping online terutamanya selendang..
Mungkin sebab nak jumpa yang cantik dan berkualiti agak susah...
(Usahawan sekarang nak jimatkan kos, tanpa perlu fikir kos tempat)
Sebab tu melalui internet, lebih mudah..kan kan kan..
Rasanya memang tersangatlah banyak website online shopping...
Bezanya antara laku, famous atau tidak...
Kalau aku, aku pernah beli baju, tapi dulu-dulu lah..
sekarang tak, sebab tak jumpa yang berkenan dah..
Sekarang aku gila beli shawl....
Semuanya pengaruh dari adik aku, dan adik aku dipengaruhi dari kawannya...
Iaitu Uya..
(hahahaha)

Di mana aku selalu shopping online?
Hanyalah Di Sugarscarf ...iaitu beli selendang..
Memang aku tak pernah beli kat tempat lain...
Mungkin sebab aku selesa dengan jenis kain yang dijual..
dan malas nak bazir duit lagi hahaha..

Kenapa aku suka beli di Sugarscarf?
  • Sebab kualiti kain sangat sedap
  • Corak kain yang limited made by Sugarscarf
  • Harga berpatutan (Tak melebihi RM50 tak termasuk kos pos)
Dulu ramai yang mengadu sebab selendang dia cepat habis,
15 minit sebaik saja dikeluarkan, boleh SOLD OUT!
Memang kami selalu bertenggek depan laptop tunggu update dari dia..

Cara nak beli di Sugarscarf
  • Pergi ke laman web Sugarscarf (sila tekan)
  • Sila baca SEMUA peraturan, cara membeli, lepas membeli di situ
  • Lepas dah baca, jenguklah selendang atau tudung yang dia jual
  • Ada yang berkenan? Isilah borang di web dia tuh
  • Lepas itu tunggu reply dari dia. Ada yang mengadu tak dapat reply dari dia. Mungkin barang tu dah terang-terangan habis, tapi degil nak isi borang, jadi dia tak layan. Mungkin juga dia away (Kalau dia pergi outstation dia akan beritahu. Silalah baca betul2 sebarang update). Mungkin juga anda disenaraihitamkan oleh dia sebab selalu batalkan order.
  • Bila dah dapat reply dari dia, barulah kita tahu barang itu masih ada lagi atau tidak dan dia akan beritahu jumlah harga termasuk pos.
  • Lepas itu boleh bank-in jumlah harga yang dia beritahu.
  • Bila dah bank-in, kena tangkap gambar resit, reply bagi gambar kat dia. Kalau bank-in online, snapshot pengesahan kita bank-in bagi kat dia. Jangan lupa beritahu dia waktu, tarikh, dan jumlah duit kita bank-inIni dia akan beritahu kat dalam email.
  • Add  dia dalam facebook sekali untuk mudah dapat tahu update dari dia. Jika ada sebarang pertanyaan pun, tanya saja di wall dia itu, walaupun dia tak jawab tapi ada orang lain tolong jawabkan, customer dia semuanya peramah. Tanya kat customer dia kat situ pun tak apa.
  • Dia bakal ada kedai di Shah Alam. Jadi, nantikan! 

(Kain shawl ini sangat best, aku ada beli warna coklat, tiba2 aku tengok warna turquoise ni cantik pulak, Oh no)

Yang penting, tak kiralah nak beli apa sekalipun secara online, sila rajin-rajinlah baca peraturan, cara beli, bila sampai, barang tuh dari mana, semuanya dah tertaip kat blog tuh.
Takkanlah semuanya nak tanya benda yang dah jelas pada pemilik itu kan... 
Bila tak dilayan, marah pulak, tapi bila suruh baca, malas pulak..
Bahaya okeyy tak baca peraturan itu semua.
 
Aku nih susah sikit nak shopping online benda lain,
Tengok-tengok aku suka, 
Aku teringin nak beli kasut online sebab cantik-cantik..
Tapi aku sangat cerewet bab kasut dan seluar hahah..
Kalau kasut, aku tak boleh pakai sebarangan kasut, nanti kaki aku sakit..
Span dalam kasut tu kena lembut dan selesa..
Jadi, Vincci, Nose, Voir <<<<< Arrivederci (Selamat Tinggal)


Seluar? No Comment. Hahahhahaha

p/s: pening aku ubah template nih, aku nak letak button share fb tak boleh. Tak tahu kenapa semua tutorial dah buat..pening, dah malas nak buat

2 Masuk GoaLLLL:

cik aiLebiu said...

tau xpe skang ni trend online shop...kdg2 lg bagus dr yg kat luar nun...lagipon aku tgk brg2 yg jual kat luar tu byk yg dibeli dr on9 shop pastu jual double price..huhh..

amboih kemain rajin makeover blog..meh makeoverkan skali blog aku..bosan gila dh dgn template tu..hewhew

catherine- said...

lama x kesini

yuhuuuuuuu~

shopping online best! tp sy x konsisten blog mana yg selalu~