Monday, March 12, 2012

ALIVE!

Nope, not me.
Bukan aku.

Tapi BIGBANG!

Lagu dari album baru dorang yang aku paling suka "Blue" (silalah click)
Tapi bila dorang buat live performance, yang gempak adalah lagu Fantastic Baby...

Video klip dorang pun gempak...
 

Dorang sekarang tengah plan untuk World Tour.
Dan aku dah siap-sediakan duit untuk konsert dorang yang mahal tuh.
(Walaupun tak tahu lagi dorang datang Malaysia atau tidak)

Konsert artis Korea yang datang Malaysia ini sangatlah mahal.
Mungkin sebab tak ada penaja dan kos dorang lagi mahal dari artis US/UK yang datang ke Malaysia.
Tapi aku rasa besar kemungkinan sebab penaja..
Kalau yang handle konsert itu dari syarikat telekomunikasi (digi, maxis) atau
dari syarikat rakaman muzik (Sony Music), mesti murah sikit...
Kira murahlahlah sikit walaupun tak semurah tiket artis US/UK yang datang Malaysia..
Aku rasa konsert yang aku pergi tak pernah lebih 200..
Tapi kalau Bigbang buat konsert kat sini, gerenti boleh cecah 400 ++..
kalau murah pun 100 lebih, tapi kena duk hujunggg..
Nak tengok mamat hensem, kenalah tengok depan2 kan...hahahah..
Dan aku bukanlah hardcore fanatic artis korea dan rajin ikut contest menang tiket, okeyy..


Oh, ya...
Bigbang is now Alive..but not me?
Apa kes?
Sebab tak ada kes lah punya pasal..
Jadi sekarang tengah cari kes (cari hidup)
Tengoklah apa yang bakal terjadi...
Jeng! Jeng!
Nantikan......

p/s: Ya, tak elok membazir duit pergi tengok konsert. Daaaaa~

Sunday, January 8, 2012

Apa aku fikir apabila...

Paling membosankan bila naik keretapi untuk perjalanan jauh 
(tapi taklah jauh sangat)
Katakanlah selama setengah jam atau satu jam...
Paling best bila kena berdiri.... haha...
Kalau orang tak ramai mesti mata korang tak tahu nak hala kat mana...
Biasanya pandang tingkap atau pintu..
(Kang pandang anak dara orang/teruna kang mau kena jeling)

Bila keretapi berhenti di satu stesen je, mesti mata menghala ke pintu...
Orang ramai masuk, orang di dalam mengundur ke dalam..
Paling best bila tengok budak-budak masuk huha huha bising-bising...
Dengan baju dorang warna hitam, rambut berfesyen Super Junior,
Bila dorang bising, kita pun dengar, sebab nak tutup telinga pun tak boleh...
Kadang-kala kita senyum bila dengar perbualan budak sekolah...
Bagi yang ada penutup telinga iaitu dengar MP3, pasti buat hal sendiri, pandang tingkap...

Kemudian keretapi berhenti lagi,...
kali ini orang Luar Negara pula masuk...
Kita pun pandang dari atas ke bawah, dan dia cuma pakai selipar...
Atau tak pakai selipar dan sangkut selipar dia kat beg gedabak dia tuh...
Kemudian, ada juga orang Luar Negara yang baunya.....Hmmmm...
Pastu suka pandang2 tengok perempuan macam tak pernah jumpa perempuan ATAU!....
Perempuan kat malaysia cantik sangat...Yup, memang cantik...
betullah kan, habis tu korang kahwin dengan orang apa??
Kalau orang Korea datang Malaysia mau meleleh tengok perempuan semua macam Suzy Miss A,
Lelaki pulak macam Nickhun 2PM...
 (Cantik kannn. Ada sesiapa kata Heliza tak cantik?? Suzy Miss A pun kalah)
(Zoey nama mamat ni, kan? Setiap kali aku tengok muka dia mesti teringat Nickhun hohoho)

Tiba-tiba pula datang orang yang memerlukan tempat duduk...
Mesti ada yang bangun memberi tempat duduk...
Comel kan kalau tengok lelaki muda bagi tempat duduk tapi malu nak bagi..
Mula2 dia pandang kiri kanan dulu,...
Pastu dia buat2 bangun tak cakap apa2 terus berdiri tempat lain..
Konon faham2 sendirilah orang bagi tempat duduk tuh...hahaha
Comel dan kelakar..
Kalau perempuan biasanya dia akan cakap 'duduklah'...
Kalau lelaki biasanya bagi isyarat je...

 Keretapi berhenti lagi...stesen yang hendak dituju belum sampai lagi..
Masuk pula pasangan kekasih yang hangat bercinta bagai dunia ni milik mereka berdua saja..
Maka, mulalah pelbagai aksi tangan berlaku...
Ketika ini semua yang ada di situ pandang sinis saja...
Ada yang mengumpat dengan rakan mereka sambil jeling2, gelak2...
Malas nak tengok...
Pandanglah ke bawah sekejap, sesipi nampak pula orang sedang tidur di kerusi itu...
Wah, ambek kau! Terngaga luas!
Baiklah, aku pandang kiri pulak,
Wah...orang tu main iPad sambil berdiri!
Gila berani dan dan dan dan....
Aku selalu membayangkan kalau iPad tu jatuh macam mana ler agaknya...

Keretapi berhenti lagi...
Wah, Mak Nyah-Mak Nyah masuk!
Semua orang dalam keretapi pandang!
Pandang dari atas sampai ke bawah...
Kalau yang tengah dengar lagu tuh mesti stop kejap..
Menyibuk nak dengar dorang cakap....
Kalau lelaki tu pandang Mak Nyah, mata tak lepas...
Apsal? Tergoda eh? lalalala~

Opps, stesen yang nak dituju dah sampai...
Oh, memang ada mamat handsome...tapi..
Pandang je lah dari jauh..nak buat apa kan?
Cuci mata je...bersyukur di atas keindahan ciptaanNya..
Wawawa...

p/s: Heliza pics are from her facebook. Zoey picture from some webs. forgot already. sorry.


p/s: why the heck my first post of 2012 is about earthquake..:sigh

Sunday, January 1, 2012

Permulaan 2012 dengan gempa bumi.

Yup, gempa bumi di Jepun.
Dengan 7.0 magnitude.
Tiada lagi laporan kecederaan diterima...
Juga tiada tanda-tanda tsunami akan melanda....

Satu khabar berita yang kurang baik didengar pada hari pertama 2012...
Masih ingat filem 2012?
Hohohohooo...
2012 film (credit)