Friday, July 31, 2009

Pencemaran Bahasa....???

Istilah pencemaran bahasa seringkali diungkapkan untuk menunjukkan bahasa Melayu ini dicemari dengan perkataan-perkataan asing atau disebut sebagai bahasa rojak. Selain daripada bahasa rojak ini, terdapat juga slanga yang dikatakan sebagai 'pencemaran' pada bahasa Melayu kita.

Benarkah di dalam bahasa Melayu wujudnya pencemaran bahasa ini?

Pada pendapat penulis, tiada istilah 'pencemaran bahasa' di dalam bahasa Melayu ini. Jika dilihat pada sudut slanga yang dikatakan sebagai 'pencemaran bahasa' ini, slanga ini sama sahaja seperti dialek. Maksud di sini sama seperti dialek,adalah kedua-dua ini merupakan variasi kepada satu bahasa iaitu bahasa Melayu. Variasi bahasa ini merupakan sesuatu yang bagus untuk peluasan dan peningkatan kosa kata bagi sesuatu bahasa itu.

Sememangnya ada yang mengatakan bahawa slanga merupakan 'kosa kata buangan' seperti yang tercatat dalam artikel Teo Kok Seong (2006). Namun begitu, maksud 'kosa kata buangan' di sini ialah perkataan atau frasa yang tidak digunakan untuk bahasa formal. Adakah semua kata-kata yang tidak digunakan untuk bahasa formal merupakan suatu pencemaran bahasa?

Di dalam bahasa Inggeris, dahulunya perkataan movies,merupakan slanga,tetapi telah dinaiktarafkan menjadi bahasa baku. Slanga merupakan satu variasi bahasa yang menunjukkan kreativiti sesebuah kelompok masyarakat itu. Sama ada slanga ini akan kekal atau pun tidak, bergantung pada kelompok masyarakat itu sendiri. Di samping itu juga, penggunaan slanga ini kadang-kala akan merebak penggunaannya ke suatu kelompok yang lebih besar, malahan tidak mustahil satu negara menggunakannya. oleh sebab itulah, penciptaan slanga ini boleh memberi faedah kepada bahasa iaitu memperluaskan dan menambahkan kosa kata sesuatu bahasa. Selain itu, slanga ini juga boleh memberi ruang untuk dilakukan penyelidikan. Sama ada dari segi linguistik atau sosiologinya.

Manakala bahasa rojak pula, negara kita merupakan negara yang penduduknya adalah bilingualisme atau multilingualisme. Oleh itu, kita tidak akan dapat lari daripada penggunaan bahasa rojak ini. Namun, tidak semestinya pencampuran kod ini menimbulkan masalah kepada penutur natif bahasa Melayu. Hal ini kerana, jika perkara ini merupakan suatu 'pencemaran', maka pastinya dalam sesebuah negara itu akan mengharamkan pembelajaran bahasa asing.

Analoginya begini, sesebuah kilang itu tidak dapat mengelak dari sisa toksik yang berlaku. Apa yang mereka perlu lakukan adalah mengawalnya daripada merebak ke sungai. Hal ini sama jugalah dengan variasi bahasa ini. Tidak kira sama ada slanga, bahasa rojak mahu pun dialek. Kita perlu memastikan penutur sesuatu bahasa itu tahu membezakan penggunaan bahasa formal dengan tidak formal mengikut situasi. Pendokumentasian juga patut dilakukan. Hal ini kerana, jika sesuatu perkataan itu hendak dimasukkan ke dalam bahasa baku, maka memudahkan sesuatu proses bagi mengelakkan berlakunya kemasukkan perkataan yang tidak elok.

Jika dialek berlaku kerana faktor perbezaan geografi,manakala slanga pula berlaku kerana perbezaan kelompok masyarakat, dan bahasa rojak pula berlaku kerana perbezaan latar belakang seseorang. sekian, terima kasih

rujukan
Dewan Bahasa, disember 2006

2 Masuk GoaLLLL:

Cik Tom said...

wah 1st n3 pasal isu pencemaran bahasa..hebat la...cik tom mai jenguk sini sbb tgk xde update n3 baru..huhu..

rossoneri said...

lol,sebab lecturer suruh cik tommmm.. eheeee skrg baru ada idea nak taip apa..