Kan aku dah cakap,
kena aku tengok perlawanan dorang nih,
Barulah dorang ada semangat nak main...
mwahahahahah..
(tak caya tengok entry ini - click)
Ac Milan 2 vs 1 Napoli
tersengguk2 jugalah aku tengok perlawanan ni..
tapi tak sampai habis pun..
Bila dah 2-0 aku rasa dah yakin dengan Milan boleh menang..
AKu pun masuk Tidur lahh..
Pada awal permainan, tiba2 berlaku
Perlanggaran antara Antonini dengan Maggio..
dan ANtonini, kulihat seperti kecederaannya parah, kerana melibatkan kepala dan leher dia..
sampaikan dorang nak angkat dia pun mengambil masa yang lama kerana perlu berhati2..
(Ohhhh, kesian my Antonini)..
Kemudia,
Oddo dimasukkan bagi menggantikan ANtonini..
Aku tak tahulah mungkin pemain Milan berasa marah, secara tiba2 bersemangat..
terus menyerang gila2 punya...
lepas tu, Oddo bagi
cross gila lawa beb
(pak berahim, oddo, robinho)
dan
Robinho berjaya menjaringkan GOL!!!!!
Kemudian Pada separuh masa kedua..
Masa ni aku dah memang mengantuk tahap cipan..
apa yang aku nampak masa tu
Mamat jersi 17,
bagi
cross cun punya kat
Pak Berahim..
dan
Pak Berahim GOL!!!!!!! AKhirnya!!!!...
serius masa tu aku tak tahu siapa yang nombor
17 tuh..
Puas lah aku dok belek dengan mata separuh nak lelap nih..
Tengok dalam internet rupanya
Massimo Oddo,
the handsome guy..
(sebenarnya aku tak perasan pun bila masa mamat ni balik Milan dah)
(Mamat ni lah yang tolong membotakkan kepala pemain2 Italy masa WC 2006)
Kadang2 tengok perlawanan bola ni, ada juga yang lawaknya..
Pak Berahim ni boleh main curi2 gaduh dengan sorang pemain Napoli nih..
korang tau tak kalau budak2 kecik gaduh macam mana...
'ko cuit aku, aku cuit ko balik'

ha, amek dengan tolak kepalanya, tolak badannya..
yang kelakarnya curi2 tolak, di belakang Pengadil..
sebijik macam budak kecik..adeii..
pak berahim pak berahim..