Showing posts with label ibrahimovic. Show all posts
Showing posts with label ibrahimovic. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Gol Pato lawa

Baiklah untuk perlawanan pagi tadi Ac Milan vs Napoli..
Ac Milan 3-0 Napoli
Gol pertama (minit 48) merupakan penalti dan diambil oleh Ibrahimovic
Gol kedua dijaringkan (minit 77)oleh Boateng,assist daripada Pato..
Gol ketiga ni lawa gila (minit 79)!!! Pato bawa bola daripada bawah,dikawal oleh dua orang pemain pertahanan, pastu rilek je dia sepak bola tuh masuk dalam gol..
Boleh tengok video Pato jaringkan gol ini


Pemain yang diturunkan:-
 
Milan: Abbiati; Abate (Oddo 81), Nesta, Thiago Silva, Jankulovski (Emanuelson 72); Gattuso, Van Bommel, Flamini; Robinho (Boateng 63); Ibrahimovic, Pato

Napoli: De Sanctis; Campagnaro, Cannavaro, Aronica; Maggio (Sosa 79), Pazienza, Gargano (Yebda 85), Dossena; Mascara (Zuniga 65), Hamsik; Cavani

Pato..fly fly fly~

Friday, February 18, 2011

Malang..

Minggu ni minggu malang aku...
Malas nak cerita kat sini..
Sebab penat...geram...semua ada...
Aku memang cepat lemah semangat, tapi sehari je lah..
Esok-esok aku elok balik...
Jangan cepat putus asa ye kawan2...
Sedih memang lah sedih...
Lagi sedih bila orang lain tak faham...
Daripada nak memahamkan orang lain...
Baik memahamkan diri sendiri dulu...

Dengan memahami diri sendiri, kadang-kadang boleh memahami orang lain dengan lebih baik..
mwahahah aku pun tak tahu nak cakap apa sebenarnya...
Yelah yelah Ac Milan kalah, tak apa ah kali ni target Serie A..
Dah lama tak menang Serie A...
Minggu ni Ac Milan vs Chievo...yooooo




Cassano dan Pak Berahim (Ibrahimovic) Buona Fortuna! 

p/s:Pictures credit to This and This

Monday, January 24, 2011

Ac Milan 2-0 Cesena

YEahhh, Milan masih lagi menduduki takhta nombor 1 Serie A..
Abbiati juga sudah kembali...
aku sangat suka! mwahahaha...
tiada bola yang bolos...

Dijaringkan oleh Ibrahimovic pada minit ke 93, 
Tapi dijaringkan sendiri oleh Cesena pada awal minit ke 45..

Harap-harap Nesta tiada ada apa2 sebab semalam dia terpaksa keluar padang awal...
Dan digantikan oleh Sokratis pada minit ke 23...
Nesta, be strong! credit to acmilan.com
 
Apa-apa pun yang penting kekalahan Inter dan Lazio menyebabkan kedudukan Roma dan Napoli,
semakin kukuh, iaitu Napoli di tempat kedua beza 4 mata dengan Ac Milan..
Dan Roma di tempat ketiga beza dua mata daripada Napoli..

aku punyalah tunggu perlawanan Ac Milan ni sebab ingatkan pukul 2,
rupa-rupanya pukul 3:40, gilo apa...terus aku tidur..
Ibrahimovic, atau ibracadabra. credit acmilan.com

Monday, January 10, 2011

Ac Milan 4-4 Udinese

Ha amek kau seri 4-4 gitu...
Lapan2 gol ni aku tak tengok..sedih kan..
ni semua sebab Anugerah Juara Lagu..haishh..
Aku nak tengok Faizal Tahir je, mak aku nak tengok semua..
hahahahaha...

barisan pemain
Milan: Amelia; Abate, Bonera, Thiago Silva, Antonini; Gattuso, Seedorf (Cassano 69), Strasser; Robinho; Pato, Ibrahimovic

Udinese: Handanovic; Benatia, Zapata, asamoah, Inler, Pasquale, Barbe, Domizzi (Coda 73); Isla, Abdi

Minit ke 35 - Di Natale (udinese)Jaringkan Gol
MInit ke 45 - Pato (milan) Gol!
Minit ke 53 - Sanchez (udinese) Gol...
Minit ke 66 - Di Natale lagi sekali jaringkan Gol..
(masa ni aku tengok kejap, nak pengsan aku tengok Milan tertinggal)
Minit ke 77 - Gol sendiri dari Benatia Udinese memberikan Ac Milan 1 gol..
Minit ke 84 - Pato menyamakan kedudukan..
(aku tengok lagi sekali wahhhh tiba2 dah seri,gembira kejap)
Minit ke 89 - Denis udinese Gol...4-3 sudah..
(tiba2 aku bukak Udinese dah tambah Gol,masa tu rasa nak pengsan lagi)
Minit ke 93 - pak berahim Ibrahimovic telah menyelamatkan maruah Ac Milan
 (Tengok dalam Facebook Pak berahim jaringkan gol penamat)

Kesimpulannya, satu Gol pun aku tak dapa tengok..hampeh..tengok Highlight je ler...
Abbiati tak ada loh, tak best..

Kelab Serie A yang lain, 
Lazio,roma,Juventus yang menduduki tempat ke 3,4,5 semuanya Kalah..
Tempat kedua Napoli menang dengan Juventus 3-0..
Dan Inter juga turut tersenyum kerana menang tapi tak boleh senyum lebar sangat,
sebab tempat KeTUJUH punnn..

p/s: yang penting Faizal Tahir Best!!

Monday, December 20, 2010

Borriello balas dendam??

Okey, sekarang ni nak cerita bola!!
lari larii...mwahhaha

Disebabkan kepenatan hari sabtu tuh,
aku missed tengok perlawanan Ac Milan vs As Roma ni...
Tapi nasib baiklah aku tak tengok...
sebab Ac Milan tak menambahkan 3 mata..
Sebaliknya As Roma berjaya menambahkan 3 mata..
dengan bantuan Marco Borriello yang merupakan pemain Milan yang di loan kan ke Roma..
Disebabkan itu, peminat Ac Milan di San Siro tidak begitu gembira dengannya..
Aku tak tahulah apa akan jadi bila dia kena balik ke Milan nanti..
Inilah Marco Borriello (credit)

Perbezaan mata di antara Milan dan tempat kedua Napoli pun sudah tidak jauh..
hanya beza 3 mata sahaja...
Manakala Inter Milan pula sibuk dengan perlawanan Club World Cup..
dan Inter Berjaya mengalahkan Mazembe dengan keputusan 3-0...

Sekarang aku nak paparkan Funny Quotes, yang aku ambil dari web Football Italia..
Mereka buat lawak dengan kata2 Si Pemain bola/Jurulatih kelab/President...
*FI=football italia

Ibrahimovic: “Materazzi speaks a little too much about me, as does Moratti. You see that I am still very important for them. I instead never speak about them. You see that they are not important for me.”
FI: Zlatan Ibrahimovic thought the message was clear when he defriended them on Facebook
 (eh eh pak berahim ada FB ke mwahaha) 

Mihajlovic: “Udinese are a good team. They have players who can massacre you if you give them space.”
FI: Sinisa Mihajlovic accidentally watched 300 rather than his research DVD

Inzaghi: “Jose Mourinho calls me every three or four days to check on my condition.”
FI: Pippo Inzaghi feels like the Special One now 
  (Okey,yang ni aku tak puas hati, kenapa Mourinho ni kacau my Pippo, ohhhh sangat menyibuk)

p/s: tajuk tak boleh bla kan...
 

Sunday, December 12, 2010

Ac Milan Menang vs Bologna

Ac Milan menang sederhana besar dengan Bologna..
3-0...
bagi perlawanan serie A yang baru sahaja habis sebentar tadi..
aku sempat tengok pun beberapa minit..
tapi merasalah tengok gol pak berahim Ibrahimovic..

Minit ke 8 Lagi, Putera Ac Milan Prince Boateng sudah berjaya memboloskan gawang gol Bologna...
Mestilah dengan bantuan daripada pembesar pak berahim Ibrahimovic ni..
Kemudian minit ke 34, giliran Robinho pula..
dibantu oleh putera Ac Milan Prince Boateng ini
(love this combination robinho,boateng,pak berahim)
(woo ini Boateng ka Usher,mwahaha credit )


Kemudian pada masa kedua, Maharaja Pirlo pula yang membantu pembesar pak berahim...
Berjayalah si pak berahim Ibrahimovic ni menjaringkan gol....
wuhuuuu...
Tapi gawang Ac Milan agak rapuh apabila tiba2...
Abbiati teringin nak jadi Pemain Pertahanan apabila dia mula menggelecek bola,
siap tackle pemain Bologna lagi...
Nasib baik tidak dikenakan apa2 tindakan...
Tidak lama selepas itu, Bologna diberi peluang untuk membuat sepakan penalti..
adeiiii...
Tetapi, Abbiati always the best mwahahahah..
Dia berjaya mempertahankan gawang Ac Milan itu..

p/s: kepala dipenuhi dengan benda berselirat berserabut, nak memikirkan sesuatu untuk ditulis pun payah. Oleh itu, kisah liga bola sepak itali sentiasa membantuku di saat aku kebuntuan.. mwahahahah


p/s lagi : sejak akhir2 ni rasa takut pula duduk rumah. gara2 keadaan kawasan rumah yang tidak berapa selamat. for the 1st time in my life i called my mom saying im scared living alone.. mwahahaa dulu berlagak lagi

Sunday, December 5, 2010

Ac Milan Menang, Inter bye bye

Keputusan Serie A pada minggu ni..
baru berlangsung tiga perlawanan..
Inter Milan kena belasah dengan kelab yang berkedudukan di tempat ke 2..
Inter Milan 1-3 Lazio
Perlawanan yang lain pula ialah,
ROma dan Chievo terikat 2-2...

Bagaimana dengan Ac Milan pula?
Eheee mestilah Menang...
3-0 okeyyyy..
Gol pertama berjaya dijaringkan oleh Putera Ac Milan ini iaitu Prince Boateng!!!
dengan bantuan daripada pembesar pak berahim Ibrahimovic
Kemudian pengawal Istana RObinho pula menyumbatkan bola itu...
Seterusnya aksi hero terhebat Milan pada perlawanan itu..
Iaitu Pembesar pak berahim Ibrahimovic dengan gol nya yang lawa itu..
gaya control dulu bola sebelum memberi tendangan padu...
'wah wah wah waaaahhh Putera Boateng sangat bangga dengan kamu'


(credit to youtube MsM3erky, click video)
p/s: Ac Milan still number 1

Monday, November 15, 2010

Ac Milan 1-0 Inter Milan

Yeayyyy Menang!!!!!...
sebab apa menang?
sebab Aku Tengok mwahahahahhaa...
MySpace
barulah Milanista ada semangat nak main bola...
walaupun menang dengan gol penalti

pak berahim Ibrahimovic berjaya mendapatkan penalti..
walaupun yang jatuh dulu 2 orang defender Inter.kelakar okey..
dan berjaya menjaringkan penalti dengan mantap..
sayang pak berahim
Untuk permulaan permainan ini, Ac Milan terus menyerang dan menyerang..
Materazzi dengan rambut punk itu berusaha bertahan bersama2 dengan pemain pertahanan lain..

Permainan kali ini agak agresif sampaikan Ac Milan mendapat 5 kad kuning..
mamat street fighter Abate mendapat 2 kad kuning,
menyebabkan dia say arrivederci giuseppe meazza (ini stadium okey)...
Mood Seedorf bermain dengan menghantar bola tidak tepat, shot ke laut sudah datang..
tak boleh nak buat apa kalau dia dah main macam tuh..
hanya berdoa dia keluar cepat..
dan Boateng pula masuk menggantikan Seedorf..
Darah aku memang seriau setiap kali Sneijder datang menyerang..
nasib baik ada Abbiati..
MySpace
Untuk masa kedua ini, Inter banyak menyerang..
tapi, Abbiati adaaaa...
MySpace
perlawanan ini tamat dengan masa tambahan 4 minit..lama okey..
Nesta pun dah terguling tak larat..
Pemain AcMilan yang lain semua bagi sokongan kat dia suruh bertahan..
siap peluk cium lagi...erkkkkkkkk
MySpace
Gattuso kat tepi dah jadi cheerleader suruh bertahan..
Yang penting
ROSSONERI MENANG!!!

Ac Milan masih mengekalkan kedudukan di tempat pertama..
Diikuti dengan Lazio..
(Lazio turut menang melawan Napoli. Kedua2 perlawanan ini juga menentukan siapa di tempat 2 dan 3)
Manakala Juventus kini di tempat keempat sama mata dengan Inter.

Saturday, November 13, 2010

Review Ac Milan vs Inter Milan

Fuh, perlawanan untuk hari Esok..(bagi waktu Eropah)
MySpace
aku jarang buat review perlawanan bola nih..
biasanya selepas perlawanan, baru aku ulas..
sebabnya, sebab aku kurang yakin dorang akan menang..
hahahahahha...
terkejut gak lah bila Mr Fariq suruh review pasal perlawanan bola nih..
biasanya orang lain suruh buat pasal drama korea ke, bahasa jepun ke..

Okey,
  • Perlawanan terakhir dengan Inter Milan ialah ketika Serie A musim lepas. dan Ac Milan kalah 2-0
  • Kini Ac Milan berada di tangga pertama, Inter pula di tangga ke-4 dengan beza 3 mata. Perlawanan ini amat penting untuk menjaga kedudukan Ac Milan supaya kukuh berada di atas kerana jarak dengan Lazio hanyalah 1 mata.
  • Pato, Inzaghi, Oddo mengalami kecederaan dan tidak akan turun untuk Ac Milan. Pirlo pun berkemungkinan tidak turun.
  • Muntari, mcdonald Motta, D.Suazo, Maicon, W.samuel juga turut tercedera dan tidak bermain untuk Inter.
  • Berkemungkinan besar Ac Milan akan menggunakan serangan daripada Pak Berahim Ibrahimovic, Ronaldinho, Seedorf.
  • Inter pula Mungkin akan menurunkan Pandev, Sneijder, Eto, Milito untuk menyerang. (habislah macam ni campur dengan stankovic lagi. Cesar dah ada balik.)
pak berahim Ibrahimovic siap berlagak lagi tak takut dengan peminat Inter...(click baca)
(yelah, dulu kan dia pemain Inter)
Aku tau dia cuak gak tuh, silap2 kena baling mercun/botol kang...
 MySpace
okey, ini sahaja review untuk perlawanan Ac Milan vs Inter Milan ini..
Aku buat seringkas yang mungkin..
FORZA ROSSONERI

p/s: Ac Milan vs Inter Milan 15/11/2010 pukul 330 di channel 816

Tuesday, October 26, 2010

Ac Milan kekal tempat kedua

Kan aku dah cakap,
kena aku tengok perlawanan dorang nih,
Barulah dorang ada semangat nak main...
mwahahahahah..
(tak caya tengok entry ini - click)

Ac Milan 2 vs 1 Napoli

tersengguk2 jugalah aku tengok perlawanan ni..
MySpace
tapi tak sampai habis pun..
Bila dah 2-0 aku rasa dah yakin dengan Milan boleh menang..
AKu pun masuk Tidur lahh..

Pada awal permainan, tiba2 berlaku Perlanggaran antara Antonini dengan Maggio..
dan ANtonini, kulihat seperti kecederaannya parah, kerana melibatkan kepala dan leher dia..
sampaikan dorang nak angkat dia pun mengambil masa yang lama kerana perlu berhati2..
(Ohhhh, kesian my Antonini)..
Kemudia, Oddo dimasukkan bagi menggantikan ANtonini..
Aku tak tahulah mungkin pemain Milan berasa marah, secara tiba2 bersemangat..
terus menyerang gila2 punya...
lepas tu, Oddo bagi cross gila lawa beb (pak berahim, oddo, robinho)
dan Robinho berjaya menjaringkan GOL!!!!!

Kemudian Pada separuh masa kedua..
Masa ni aku dah memang mengantuk tahap cipan..
apa yang aku nampak masa tu Mamat jersi 17, 
bagi cross cun punya kat Pak Berahim..
dan Pak Berahim GOL!!!!!!! AKhirnya!!!!...
serius masa tu aku tak tahu siapa yang nombor 17 tuh..
Puas lah aku dok belek dengan mata separuh nak lelap nih..
Tengok dalam internet rupanya Massimo Oddo, the handsome guy..
MySpace
(sebenarnya aku tak perasan pun bila masa mamat ni balik Milan dah)
 (Mamat ni lah yang tolong membotakkan kepala pemain2 Italy masa WC 2006)

Kadang2 tengok perlawanan bola ni, ada juga yang lawaknya..
Pak Berahim ni boleh main curi2 gaduh dengan sorang pemain Napoli nih..
korang tau tak kalau budak2 kecik gaduh macam mana...
'ko cuit aku, aku cuit ko balik'
MySpaceMySpace
ha, amek dengan tolak kepalanya, tolak badannya..
yang kelakarnya curi2 tolak, di belakang Pengadil..
sebijik macam budak kecik..adeii..
pak berahim pak berahim..

Sunday, October 17, 2010

Ac Milan 3-1 Chievo (7 & 70 scored)


Pagi tadi pada pukul 12 tengah malam di Malaysia..
telah berlangsung perlawanan serie A antara Ac Milan melawan Chievo..
barisan pemainnya seperti berikut...

Ac Milan: Abbiati; Zambrotta, Nesta, Thiago Silva, Antonini; Gattuso, Pirlo, Seedorf; Ronaldinho; Pato, Ibrahimovic.

CHIEVO: Sorrentino; Frey, Andreolli, Cesar, Mantovani; Bentivoglio, Rigoni, Constant; Bogliacino; Pellissier, Granoche.


aku sempat tengok selepas gol pertama dari Pato...
(terlepas gol Pato yang pertama)..
Tapi nasib baik dapat tengok gol kedua Pato...
Gol ketiga pula dijaringkan dengan cantiknya oleh Robinho..
dia dengan penuh yakin berdepan dengan penjaga gol, berpusing sedikit, kemudian GOL!!..
dia kan berkeyakinan tinggi dan agak berlagak sedikit...hahaha
(nasib baik kau dah jadi Milanista)
Pak Berahim (Ibrahimovic) agak kurang bernasib baik dalam menjaringkan gol...
Tapi dia tetap the best..tak apa Pak Berahim, perlawanan seterusnya you're going to own them!
Abbiati pulak sentiasa Gempak!
Dia dengan tenangnya mempertahankan Tiang gol itu, menepis segala bola2 yang menghala laju...
(cuma terbolos satu pula)...

Tapi, haish pemain Chievo ni saja je tau asyik2 tendang kaki Thiago Silva...
korang ingat korang cederakan dia Milan tak ada pemain pertahanan lain lah
(Hey bonera ada tau)..

apa2 pun, perlawanan ini BEST!
MySpace

p/s: aku baru tahu, Pato dah kahwin rupanya....sedih sedih..
 MySpace