Showing posts with label filippo inzaghi. Show all posts
Showing posts with label filippo inzaghi. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Borriello balas dendam??

Okey, sekarang ni nak cerita bola!!
lari larii...mwahhaha

Disebabkan kepenatan hari sabtu tuh,
aku missed tengok perlawanan Ac Milan vs As Roma ni...
Tapi nasib baiklah aku tak tengok...
sebab Ac Milan tak menambahkan 3 mata..
Sebaliknya As Roma berjaya menambahkan 3 mata..
dengan bantuan Marco Borriello yang merupakan pemain Milan yang di loan kan ke Roma..
Disebabkan itu, peminat Ac Milan di San Siro tidak begitu gembira dengannya..
Aku tak tahulah apa akan jadi bila dia kena balik ke Milan nanti..
Inilah Marco Borriello (credit)

Perbezaan mata di antara Milan dan tempat kedua Napoli pun sudah tidak jauh..
hanya beza 3 mata sahaja...
Manakala Inter Milan pula sibuk dengan perlawanan Club World Cup..
dan Inter Berjaya mengalahkan Mazembe dengan keputusan 3-0...

Sekarang aku nak paparkan Funny Quotes, yang aku ambil dari web Football Italia..
Mereka buat lawak dengan kata2 Si Pemain bola/Jurulatih kelab/President...
*FI=football italia

Ibrahimovic: “Materazzi speaks a little too much about me, as does Moratti. You see that I am still very important for them. I instead never speak about them. You see that they are not important for me.”
FI: Zlatan Ibrahimovic thought the message was clear when he defriended them on Facebook
 (eh eh pak berahim ada FB ke mwahaha) 

Mihajlovic: “Udinese are a good team. They have players who can massacre you if you give them space.”
FI: Sinisa Mihajlovic accidentally watched 300 rather than his research DVD

Inzaghi: “Jose Mourinho calls me every three or four days to check on my condition.”
FI: Pippo Inzaghi feels like the Special One now 
  (Okey,yang ni aku tak puas hati, kenapa Mourinho ni kacau my Pippo, ohhhh sangat menyibuk)

p/s: tajuk tak boleh bla kan...
 

Thursday, December 16, 2010

Rasa dah tua bila....

Walaupun kamu baru berumur 23 Tahun...
Tapi terasa tua apabila...

Kawan kamu ramai yang dah tunang.

Kawan kamu bagi kamu kad kahwin.

Kawan kamu suruh kamu jadi pengapit 
(hahahahaha)

Kawan kamu suruh bagi hadiah untuk baby dia baru lahir.

Bila mak kamu tanya 'kenapa tak ada boyfriend lagi' 
(memanglah best sebab dapat green light,tapi kalau tak ada pun, tak guna jugak)

Bila Artis yang kamu minat dah Tua. 
(Baru aku sedar My Pippo dah 37 rupanya, rasa macam 27 je umur dia. Leonardo Dicaprio pun dah 36??? aku rasa macam dia baru 21)
credit                        credit

Bila tengok Artis2 yang kacak dan Hot semuanya lahir pada tahun 90-an. ohhhhhhhhh

dan juga Bila kamu kena bawak anak buah pergi main buaian di Taman permainan...
ahaaaaaaaaaaaa, anak buah aku dah balik...
Pelik tetiba tak ada budak kecik nak duduk atas pangku nih...
dia ingat dia ringan (walaupun baru 4 tahun)

aku bosan nih...
Tiba2 teringat topik ni bila tengok ada satu rancangan tuh..
Jadi,aku karanglah benda nih...

p/s: apa2 pun semua orang akan jadi tua

Tuesday, November 30, 2010

Syok Sendiri

Siapa syok sendiri?
Aku?
Bukan...
Ini Kenyataan...

Seperti kebanyakan daripada kamu mungkin tahu,
Bahawa Pakweku (Pippo Inzaghi) sudah tercedera di kakinya,
Oleh itu dia tidak dapat bermain selama 6 bulan...
Makanya, sekarang ni mestilah dia sedang duduk di rumah bersenang-lenang..
(okey, aku tipu, mungkin dia sedang berparti)...

Tapi, aku sangatlah terharu..
sebab dia bukak aku punya blog...
walaupun tak selalu (dah injured baru nak bukak aku nye blog)..
Tak caya? laaa betullah nih...


Lihat lahhhhhh...tu ha, dari Itali Tengok blog aku nih..
Siapa lagi dari Itali yang nak tengok blog aku ni melainkan Inzaghi sorang je..
lalalalalaaaaaaa

Motif sebenarnya aku nak bagitahu,
Kedudukan Ac Milan dalam Serie A tak tergugat dek Lazio kerana mereka pun seri..
Lazio 1-1 catania..
Juventus pun seri 1-1 FIorentina..
Walaupun Inter Milan menang besar 5-2, tapi masih berada di kedudukan ke-5,
beza 7 Mata..
Agak2 Ac Milan boleh menang Serie A tak?..hehehe..
bye bye Inter..

Aku dengar si Mourinho tu kena belasah dengan Barcelona..
padan muka, padan padan padan mukaaaaaaaaa, mourinho padan muka padannnn

Yelah, Xavi my hero ada...siap jaringkan gol lagi..
Real Madrid kena banyak gila Kad Kuning ( lebih kurang 7)..
Tu lah, ko Mourinho nak sangat player ko dapat kad merah..
ha amek ko, si Ramos dapat kad merah..
 
Next ac milan match, Brescia!...

Saturday, November 13, 2010

Review Ac Milan vs Inter Milan

Fuh, perlawanan untuk hari Esok..(bagi waktu Eropah)
MySpace
aku jarang buat review perlawanan bola nih..
biasanya selepas perlawanan, baru aku ulas..
sebabnya, sebab aku kurang yakin dorang akan menang..
hahahahahha...
terkejut gak lah bila Mr Fariq suruh review pasal perlawanan bola nih..
biasanya orang lain suruh buat pasal drama korea ke, bahasa jepun ke..

Okey,
  • Perlawanan terakhir dengan Inter Milan ialah ketika Serie A musim lepas. dan Ac Milan kalah 2-0
  • Kini Ac Milan berada di tangga pertama, Inter pula di tangga ke-4 dengan beza 3 mata. Perlawanan ini amat penting untuk menjaga kedudukan Ac Milan supaya kukuh berada di atas kerana jarak dengan Lazio hanyalah 1 mata.
  • Pato, Inzaghi, Oddo mengalami kecederaan dan tidak akan turun untuk Ac Milan. Pirlo pun berkemungkinan tidak turun.
  • Muntari, mcdonald Motta, D.Suazo, Maicon, W.samuel juga turut tercedera dan tidak bermain untuk Inter.
  • Berkemungkinan besar Ac Milan akan menggunakan serangan daripada Pak Berahim Ibrahimovic, Ronaldinho, Seedorf.
  • Inter pula Mungkin akan menurunkan Pandev, Sneijder, Eto, Milito untuk menyerang. (habislah macam ni campur dengan stankovic lagi. Cesar dah ada balik.)
pak berahim Ibrahimovic siap berlagak lagi tak takut dengan peminat Inter...(click baca)
(yelah, dulu kan dia pemain Inter)
Aku tau dia cuak gak tuh, silap2 kena baling mercun/botol kang...
 MySpace
okey, ini sahaja review untuk perlawanan Ac Milan vs Inter Milan ini..
Aku buat seringkas yang mungkin..
FORZA ROSSONERI

p/s: Ac Milan vs Inter Milan 15/11/2010 pukul 330 di channel 816

Friday, November 12, 2010

Walaupun Kau....

Walaupun kau duduk berjauhan denganku..
Walaupun kau sentiasa dikelilingi dengan Ratu Cantik..
Walaupun kau bersarapan Spageti, aku bersarapan nasi lemak..
Walaupun kau tua 14 tahun dariku..
Namun.....

I always loving you..and now it's been 8 years.....

Kerana kau, aku tahu Ukraine dan Romania tu negara Eropah...
Kerana kau, aku beli buku 'Mari belajar bahasa Itali'...
dan sekarang kau sudah menjaringkan 70 Gol...

Adakah kaki kau akan berhenti menyumbatkan gol begitu sahaja?..

Okey, penat pulak aku nak pikir ayat jiwang2..
haha...lalalallalaaaa....
MySpace
My baby Pippo Inzaghi mengalami kecederaan yang teruk pada kakinya..
Menyebabkan dia terpaksa berehat selama 6 Bulan..
Dalam bahasa Kasarnya 'Season ni hanya boleh tengok bola je lah'...
Sama ada dia akan bermain semula atau pun tak.....tak tahulah..
Doktor menyatakan dia boleh bermain semula selepas 6 bulan tu..
Tapi umur dia kan dah nak masuk 38...

Pippo, no matter what your decision is...
i accept it...
but it will be more exhilarating if u just marry me...
i'm finished my school already...
lalallalalalaaaaa....
MySpace
kat laman web Ac Milan ada suruh tulis kata2 semangat apa2 je lah untuk Inzaghi..
Aku nak suruh dia masuk meminang lah, boleh?...
MySpace

Thursday, November 4, 2010

Tua-tua pun gempak tau

Tulah jangan asyik cakap 'dia dah tua, pergi bersara lah'...
Ha, sekali dia turun padang, amek sekali dua bijik GOL okeyyy..

Ala, ini mesti cerita Bola lagi...
hahahahah maaflah, aku betul2 tak ada mood ni sebab laptop aku kat 'kedai' lagi..
Jadi, tengah ada semangat bola nih, cepat2 aku taip...

Malam Tadi perlawanan Real Madrid vs Ac Milan
(tengok tak?aku TERtidur lagi hahah)

Keputusannya ialah seri 2-2..
nasib baik aku tak tengok sebab gerenti mulut aku akan mencarut2 pasal si Mourinho itu..
aku baca review perlawanan ni pun dah sakit hati..huhuhu..
Tak apalah, Yang penting aku suka sebab SUPERPIPPO masuk masa kedua je (tukar dengan ronaldinho),
terus dia berjaya jaringkan DUA gol!!!! thats why i love u pippo mwahahahah

oklah, Ac Milan masih lagi tempat kedua bawah Real Madrid bagi kumpulan G

Sunday, April 4, 2010

SUPERPIPPO

Dia kata, dia tidak akan berkahwin ....Kenapa???
.............bacalah sampai habis dulu.................
sekarang umur dia dah 36
(9hb 8 ni, nak masuk besday dia, jadila 37)
Dia sama zodiak dengan aku, Leo
dia suka lagu 'sei solo tu  daripada nek & laura pausini'

Dia ada seorang adik lelaki,
namanya Simone...
Simone pun main bola macam Dia juga,
Simone pernah main di Lazio,
juga posisi yang sama seperti abangnya..
Simone ada seorang anak lelaki, Tomasso...
Dia sangat sayangkan anak buahnya, Tomasso.
Dia juga ada seorang kawan baik...
nama panggilan kawannya, Bobo...
ataupun nama penuhnya Christian Vieri...

Ramai suka kutuk Dia
'Dia tu king of offside, kalau formation xmas tree lagi lah banyak offside'
'ah, dia tu sampai kat kotak penalti je nak jatuh, sikit2 jatuh'
'Dia tu, suka main sorang2 je tak nak turun bawah'

 biarpun telinga ku dan hatiku panas membara,
tapi aku tetap sabarkan diri..
sebab aku tahu kenapa aku suka Dia..
aku suka Dia di atas padang...
Dia langsung tak takut dengan penjaga gol..
Video
kalau kaka' berlari dari bawah laju giler, tapi bila berdepan dengan penjaga gol, dia tak boleh..
sebab itulah bergunanya Dia ini...
Kaka' gerenti hantar bola kepada Dia..
aku suka bila pemain lain hantar bola dari bawah, dan hantar pada Dia,
dan Dia akan lari dan terus masukkan GOL...
Video (minit 1:22)
Lepas itu dia akan berlari dengan ganasnya mulut ternganga kerana terlalu gembira...

Biarpun apa orang kata,
Dia tetap Top Scorer European Competitions, 68 gol..
Dia juga Top 6 dengan menjaringkan sebanyak 25 gol sepanjang bersama pasukan kebangsaan ITALY,
Dia berkongsi kedudukan dengan Adolfo Baloncieri dan Alessandro Altobelli,
Dia juga selalu menjaringkan gol di saat2 genting,
paling aku ingat ketika menentang Ajax yang melayakkan Ac Milan menang Champ league 2002/03,

Aku tetap suka kat Dia,
walaupun dia Playboy dan suka Party..


dan Walaupun suara dia tidak sedap..

apa-apa pun, aku sangat terharu...
sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin sebab nak tunggu aku habis belajar...
mwahahahhaha...
Fatin, ko ingat ko sorang boleh perasan...hahahah
MySpace