Showing posts with label superpippo. Show all posts
Showing posts with label superpippo. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Tua-tua pun gempak tau

Tulah jangan asyik cakap 'dia dah tua, pergi bersara lah'...
Ha, sekali dia turun padang, amek sekali dua bijik GOL okeyyy..

Ala, ini mesti cerita Bola lagi...
hahahahah maaflah, aku betul2 tak ada mood ni sebab laptop aku kat 'kedai' lagi..
Jadi, tengah ada semangat bola nih, cepat2 aku taip...

Malam Tadi perlawanan Real Madrid vs Ac Milan
(tengok tak?aku TERtidur lagi hahah)

Keputusannya ialah seri 2-2..
nasib baik aku tak tengok sebab gerenti mulut aku akan mencarut2 pasal si Mourinho itu..
aku baca review perlawanan ni pun dah sakit hati..huhuhu..
Tak apalah, Yang penting aku suka sebab SUPERPIPPO masuk masa kedua je (tukar dengan ronaldinho),
terus dia berjaya jaringkan DUA gol!!!! thats why i love u pippo mwahahahah

oklah, Ac Milan masih lagi tempat kedua bawah Real Madrid bagi kumpulan G

Sunday, April 4, 2010

SUPERPIPPO

Dia kata, dia tidak akan berkahwin ....Kenapa???
.............bacalah sampai habis dulu.................
sekarang umur dia dah 36
(9hb 8 ni, nak masuk besday dia, jadila 37)
Dia sama zodiak dengan aku, Leo
dia suka lagu 'sei solo tu  daripada nek & laura pausini'

Dia ada seorang adik lelaki,
namanya Simone...
Simone pun main bola macam Dia juga,
Simone pernah main di Lazio,
juga posisi yang sama seperti abangnya..
Simone ada seorang anak lelaki, Tomasso...
Dia sangat sayangkan anak buahnya, Tomasso.
Dia juga ada seorang kawan baik...
nama panggilan kawannya, Bobo...
ataupun nama penuhnya Christian Vieri...

Ramai suka kutuk Dia
'Dia tu king of offside, kalau formation xmas tree lagi lah banyak offside'
'ah, dia tu sampai kat kotak penalti je nak jatuh, sikit2 jatuh'
'Dia tu, suka main sorang2 je tak nak turun bawah'

 biarpun telinga ku dan hatiku panas membara,
tapi aku tetap sabarkan diri..
sebab aku tahu kenapa aku suka Dia..
aku suka Dia di atas padang...
Dia langsung tak takut dengan penjaga gol..
Video
kalau kaka' berlari dari bawah laju giler, tapi bila berdepan dengan penjaga gol, dia tak boleh..
sebab itulah bergunanya Dia ini...
Kaka' gerenti hantar bola kepada Dia..
aku suka bila pemain lain hantar bola dari bawah, dan hantar pada Dia,
dan Dia akan lari dan terus masukkan GOL...
Video (minit 1:22)
Lepas itu dia akan berlari dengan ganasnya mulut ternganga kerana terlalu gembira...

Biarpun apa orang kata,
Dia tetap Top Scorer European Competitions, 68 gol..
Dia juga Top 6 dengan menjaringkan sebanyak 25 gol sepanjang bersama pasukan kebangsaan ITALY,
Dia berkongsi kedudukan dengan Adolfo Baloncieri dan Alessandro Altobelli,
Dia juga selalu menjaringkan gol di saat2 genting,
paling aku ingat ketika menentang Ajax yang melayakkan Ac Milan menang Champ league 2002/03,

Aku tetap suka kat Dia,
walaupun dia Playboy dan suka Party..


dan Walaupun suara dia tidak sedap..

apa-apa pun, aku sangat terharu...
sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin sebab nak tunggu aku habis belajar...
mwahahahhaha...
Fatin, ko ingat ko sorang boleh perasan...hahahah
MySpace