Friday, June 18, 2010

Oh Podolski

sedang aku kebosanan di rumah..
sambil tengok bola, World Cup...
German Vs Serbia...
Yaaaa,telah membuat darahku naik agak tinggi...

korang dah tahu kot keputusannya kan...
Ya, German kalah...
Pasukan German bermain dengan hanya 10 orang disebabkan Klose mendapat Kad kuning yang kedua..
maka dia terpaksa lah 'arrivederci' (oh, salah ini itali)...
dan pasti ramai jantung bagai nak tercabut,
apabila German mendapat tendangan Percuma...
tapi percuma itu telah pun disia-siakan...
Oleh Si Podolski itu...
memang aku rasa nak lempang2 je muka dia tu ...
aku rasa, kalau Kahn ada kat situ..memang dia menjerit depan muka si Podolski tu..
korang bayangkan, si Podolski ni banyak kali dia shot ( 7 shots untuk minit ke 80 lebih)..
tapi satu gol pun tak masuk...
yang paling aku nak lempang dia, bila dia face to face dengan goalkeeper tu, pastu boleh ke laut pulak bola dia...

tak apalah, ada harapan lagi nih

Tuesday, June 15, 2010

Italy Vs Paraguay (best tapi..)

Perlawanan yang hebat tetapi keputusan yang tidak membanggakan...
(A great match but not a great result)..
Seri 1-1 (Alcaraz dari Paraguay, De Rossi dari Itali)

1st half, Itali paling banyak menyerang...
Tapi disebabkan Pirlo injured,
dan tiada siapa yang nak ambil free kick yang lawa...
memang seksa jiwa ragalah tengok...
dengan Menara Pisa kat depan tu (Iaquinta,aku tak tahu apa tujuan letak dia nih)..
masuk minit ke 18, Gattuso dah tak tahan sabar..tunggu masa dia nak Ngaummmmmmm je..
walaupun Paraguay tak banyak menyerang..
tetapi disebabkan dia dapat free kick...
dan free kick dia pun lawa, aku siap tergamam selama beberapa saat menyaksikan bola itu dengan cantik melantun masuk ke dalam gol...
Ya, dan Buffon sekadar melihat sahaja...
Montolivo pulak tak habis2 long shot dia yang lembik tuh..
(dia memang sepak bola lembik eh, tiga kali dia shot,semuanya lembik)..

masuk 2nd half, Buffon digantikan Marchetti disebabkan dia injured ...Yaaa...
Paraguay mula tunjuk taring, dan perlawanan menjadi semakin sengit dan best...
bila Camoranesi masuk menggantikan Marchisio, lagi ok lah..
Menjadi semakin hangat apabila Itali mendapat corner kick,
(Gattuso sudah mula MeNgaummm)
corner kick diambil oleh Pepe...memang lawa..dan De Rossi yang macho itu pun dengan hebatnya menggunakan peluang itu dengan memasukkan GOLLLLLLL!!!!!!!!!
aku suka bila De Rossi main, sebab dia suka main dengan stylo..biasalah Roma...

menyirap jugalah sebab seri..
tapi dorang main bagus dan best...
paling tak tahan camera loves Gattuso..hahhahahahaha..
aku gelak guling2 bila kamera fokus kat dia...
oh ye, Santa Cruz pun main juga, tapi masa kedua...
muka dia macam Simone Inzaghi lah.....

ok lah, ciao dulu...off to Genting

Monday, June 14, 2010

The Birth of The Rich

aku tak tahulah drama yang keberapa sudah aku tengok..
selama aku duduk kat rumah nih..
Jepun ke Korea ke, layan~

terbaru aku habiskan drama The Birth of The Rich,
sebanyak 20 episode...pergh letih aku..
Pelakonnya memang aku tak kenal lah..
dan tak handsome pun...
jalan cerita boleh lah layan...
yang pasti kisah watak2 sampingan lebih menarik..
hahahah
lelaki yang jahat tu pun lagi HOT...

kisah seorang lelaki miskin ni yang percaya dari kecil lagi,
yang dia tu anak orang kaya..
maknya terpisah daripada bapanya yang kaya atas sebab2 tertentu ..
jadi dia cuba nak cari bapanya yang kaya tuh...
mula2 tu agak poyolah sebab dia selalu canang kat semua orang dia anak orang kaya...
tapi kelakarlah...

drama ni kisah dia cuba cari bapa dia yang kaya tu lah..
dengan rantai dia tuh sebab bapa dia tinggalkan rantai tu tuk mak dia..
rantai tu memang satu dalam dunia lah..kononnya..
macam biasalah macam2 halangan datang masa dia cuba nak carik bapa dia..
yang pasti orang jahatnya sangat cool dan hot...
Nam Goong Min...

Drama ni kalau setakat tak ada kerja atau drama nak tengok,
boleh lah layan..
cara drama ni cuba nak timbulkan rasa ingin tahu atau nak kelirukan penonton,
memang agak tak kemas dan melarat2 lah..
Tapi sebab drama ni agak kelakar dan tak ada tense moment...
memang rilek~ je tengok drama ni, walaupun ada konflik...

oklah, enjoy~

Saturday, June 12, 2010

Si Ampal...

aku sekarang ni jadi babysitter, penjaga budak secara tidak rasminya..
hohohoooo...
jaga anak buah aku lah..
tengah aku syok tengok video mamat2 kacak..hahahahha..
(boleh click sini )
dengan tiba2nya anak buah aku jerit...
'ehhh Si ampal!!'...
aku dah pelik,
'ha, mana Ampal?apa tu ampal'...
anak buah aku pun tunjuklah..
'rambutnya jelik'...

gelak guling2 jugaklah aku...
kesian, mamat kacak di panggil 'Si Ampal'...
maaflah ye kepada peminat2 Yoochon nih..hohohoho
Ampal tu, rambut macam Abu bakar ela, bak kata kakak aku..

Thursday, June 10, 2010

Tutorial : Hjsplit

apa itu Hjsplit?
merupakan salah satu cara untuk download sesuatu file...
biasanya,berdasarkan pemerhatian aku..
banyak digunakan untuk download drama/muzik jepun atau korea...
contoh macam ini...
 nak tak nak terpaksa i download show ni ok,youtube sibuk betul dengan copyright

nampak kan?kalau tak nampak click lah bagi besar...
download dulu file 001,002 dan sehinggalah 007 ini..
diingatkan file2 yang di download ini, letak satu tempat/satu folder..

tiba2 rasa kelakar pulak aku buat tutorial nih..hahahahaha
sebenarnya pada masa yang sama untuk mengingatkan diri aku juga..
sebab hari ni aku nak download satu rancangan tu,
tapi boleh terlupa pulak...jenuh jugaklah nak ingat balik kan..

okey, ini langkah2nya...lepas dah download file kat atas tu kan,
lepas tu download file Hjsplit
di sini (click web hjsplit)
pilihlah yang mana2 file...
dan file ini biasanya masuk ke dalam Zip terlebih dahulu...

lepas tu akan keluar Hjsplit ini..
lepas click 'join' itu...akan keluar yang ini pula..
'input file' itu, click dan kena browse file yang kita sudah download tadi iaitu file 001 tadi,
sebenarnya ketujuh2 file tadi (001-007) akan digabungkan secara automatiknya menjadi satu file yang lengkap..
'output file',tak perlu usik pun..tak ada hal..
 maksud 'output file' itu ialah folder terletaknya file yang sudah digabungkan itu,
kebiasannya file yang sudah digabungkan itu akan diletak bersama2 dengan file2 yang lain tadi
(file 001 dan seterusnya)...

Diingatkan, langkah2 ini hanya dilakukan sekali sahaja..
maksudnya, selepas kamu letak 'input file 001' tadi,
selepas itu kamu sudah boleh tengok secara keseluruhan isi kandungan file tadi..
Jika, file yang dibuka itu separuh sahaja, maknanya ada something wrong lah tu...
contoh nama file, sangat sensitif dan jangan ditukar...
walaupun macam ini..
mula2 memang pening susah nak faham..
bila dah faham,tersangatlah senang...

p/s:ini pertama kali okey aku buat tutorial ni..segala kekurangan dan penjelasan agak memeningkan, maaf ye..apa2 hal sila tanya ye...

Di antara Dua jejaka

mwahahahahah..
yang mana satukah pilihan anda...
tettttttttttttt...

oklah, sebenarnya saja nak tunjuk satu video ni kat korang..
dua jejaka Hot nih berlawan sesama mereka...
tapi Oppss, bukan bergaduh ye..
lawan menyanyi je sambil main piano..
yang mana satu pilihan anda..
meh lah tengok...
oh, ini khas untuk sesiapa yang gilakan Korea okey..
terutama sekali yang minat DBSK dan Big Bang..

credit to Theboori at youtube..




boleh juga tengok di youtube click video piano battle Junsu vs TaeYang

okey,enjoy~

Tuesday, June 8, 2010

Inspirasi Belajar bahasa Korea

Aku tahu betapa susahnya nak belajar bahasa asing kan..
lagi2 kalau belajar tu tak ada motif..
(saja suka2 nak belajar)
lainlah kalau kena pergi kat negara tuh,memang nak tak nak kena tahulah kan..
bagi aku, yang paling memeningkan dan selalu buat aku putus asa,
pasal dia punya tatabahasa...

ni aku ada satu video ni aku jumpa kat Youtube..
dah lama pun video nih..tengok lah..


Lihatlah~,
dengan belajar bahasa Korea, kamu mungkin akan menawan hati orang Korea..
see,that guy said she's beautiful..
Gadis Melayu, okey..mwahahahha...
yang kelakarnya,lepas video ni keluar semuanya nak mengaku diri tu Malaysia..
mwahahahha...
apa lagi, belajarlah bahasa yang kamu tengah belajar nih..
manalah tau kan...hahahah..

kalau kamu hadapi masalah loading..
boleh click di youtube chitchat of beautiful ladies

p/s:don't worry,my taste only for malay guy...mwahahahah..

Monday, June 7, 2010

Contest Gambar Best by AsaDa


Okey, kali ini aku nak mencuba lah contest yang dianjurkan oleh Asada Ryutaro ini..
syarat2nya kamu boleh jenguk dengan tekan banner di atas, dan di tepi blog ini,okeyy
Tarikh tutup 1 Julai okeyy



sudah beberapa hari Dia tidak angkat telefon...
aku cuba telefon kekasih hatinya...bertanyakan jika dia ada apa2 masalah..
'tak angkat telefon?sibuk kot.dia tak ada apa2 lah'...
mendengarkan kata-katanya itu, membuatkan aku lega sedikit...
kemudian aku berborak dengan si Ayam ini...
tetapi hanya 5 minit, kerana tiba2 dia ada hal..
Entah kenapa semua orang menjauhkan diri daripada aku...
Aku agak sedih kerana aku senang tertekan jika aku duduk seorang diri...
Terutama sekali di tempat yang memang aku tak suka dan sentiasa beri tekanan..
Kerja yang banyak usah dikhabarkanlah...
Sudah lumrah hidup seorang pelajar..

Hari Kelahiranku tiba jua
seorang demi seorang yang ku sayangi memberi ucap selamat kepadaku..
betapa bahagianya hati,usah ditanyalah...
Tetapi, si Dia dan Dia dan Dia serta ramai lagi Dia tidak menghubungiku langsung...
aihhhhhhhhhh sangat pelik...
Agak sedih dan runtun hati juga....

Keesokkan harinya pula,
aku mahu pulang ke rumah...sangat tidak sabar meninggalkan Ulu Kediaman Monyet itu...
kakakku berjanji untuk mengambilku pulang..
setelah puas aku menunggunya dia tidak jua tiba...
sedangkan perutku berkeroncong mendendangkan lagu Siti Nurhaliza,
sehinggalah ke lagu Linkin Park...
aku sudah mulai berang kerana tak tahan dengan kelaparan itu..
tiba2 kakakku menefonku mengatakan dia sudah sampai...
aku pun turun ke bawah dengan ala-ala baju tidurnya sambil mengangkut beg2 ku..
Mata aku melilau mencari kakakku, Tetapi dia Tiada..ehhhhhhhhhhhh...
dan apa yang mataku lihat ialah Kekasih hati rakanku...ehhhhhhh dia buat apa disini..
sambil lelaki itu memberi isyarat kepadaku untuk melihat di hadapanku...

'oh rupa2nya, rakan2ku yang tidak memberi ucapan selamat harijadiku itu berada di hadapanku. Mereka dengan muka poyonya mengucapkan selamat hari jadi kepadaku'....

sangat terima kasih kerana telah mengenakan aku.....terasa disayangi...

oh, dan gambar di atas ialah selepas itu kami pergi melantak,
dan meletakkan 'bling bling comel' di handphone kami..

p/s:hahah memang ayat di atas sangat geli dan poyo..apa2 pun Dendam terbalas jua iaitu di entry ini..
'baling telur'(sila click)

Sunday, June 6, 2010

Oh Edward Cullen ku

Memang ramai kan minat tengok cerita Vampire yang tengah hot nih..
twilight saga ni kan..
dan ramai yang tergila2kan Robert Pattinson itu...
(walaupun aku tak faham kenapa.ok dia memang bukan taste aku)

Mungkin sebab aku dah baca novel dulu..
sebab tu aku tak berminat nak tengok Filem cerita nih..
Yang pasti sebab utamanya ialah Edward Cullen nya bukan seperti imaginasi aku..
mwahahahhahaha...
kalau Jacob boleh tahan lagi lah..
cuma sebab dia lagi rendah dari Edward pulak dalam filem tu...
dan yang aku paling tak puas hati,
apsal Werewolf  lagi Hot daripada Vampire...

Dalam Imaginasi aku tuh..
aku tak naklah Edward Cullen tu serabai...
kalah werewolf...
Dia seseorang yang kelihatan misteri..
Tapi Hot dan menyebabkan semua orang nak dekat dengan dia..
tapi tak boleh, sebab semua orang tak faham dengan sifat dia yang misteri tuh..
(wah. hahaha)

aku nak suara dia macam Milo Ventimiglio (ala yang cerita Heroes tuu)
pergh, macho okey, pada masa yang sama rasa seram je..
 
ini aku ambil dari Youtube. dengarlah suara Milo Ventimiglia yang macho itu.

rupanya pula mestilah kena kacak dan HOT kannn..
dan juga muka yang ala2 ego berlagak gitu...
hahahahahah..
wahhh, tiba2 mamat cun Jaejoong pulak muncul...
ye lah, Edward Cullen kan 'so beautiful'...hahahahah

tapi yang pasti Filem cerita vampire ni takkan lah nak guna dorang ni kan..
sorang tu pendek, sorang tu korea...
Kira okey pun, mamat ni je lah..Lucas Till
(ala cerita Hannah Montana the movie tu,atau video clip 'u belong with me')

ok, habis dah segmen Berangan...hahahahah..
apa2 pun siapa yang minat Filem ni,
Eclipse akan muncul di pawagam pada 30 Jun 2010 tetapi di US lah..
hohohooooo...

p/s: yang pasti ending yang betul2 ending(breaking dawn)best lah..tapi kalau korang baca buku dia lagi best...

Saturday, June 5, 2010

Video Jejaka Hot

opps...tajuk tak boleh bla...
erk ini entry cepat ye..
jadi post video je..
hahahahha...
suka sangat dengar lagu ni...
kisah lelaki ni mendoakan kebahagian gadis yang dia puja...
sebab gadis itu mahu berkahwin...
(ada sesiapa pernah alaminya??tetttttttttt)

Friday, June 4, 2010

Baling Telur

Hari khamis hari tuh (2/6),
aku dan beberapa kawan aku buat rancangan nak kenakan birthday girl sorang nih..
kitaorang rancang nak kenakan di rumah baru dia...
kami berpakatlah dengan Tunang dia sekali...
mula2 aku ingat susah nak kenakan minah ni..
(yelah, dia kan pakar kenakan orang)...
Tapi jadi juga rancangan kitaorang tuh..
mwahahahahhahaha...

bertepek telur kena kat muka dia...
diiringi dengan renjisan-renjisan tepung....
sungguh meriah baju kurungnya yang hitam itu bertukar menjadi putih..
rambutnya yang hitam mengurai itu turut dihiasi dengan pewarna rambut yang berwarna putih,
yang tidak terdapat di mana2 kedai..
mwahahahahahaha...

Italy Kalah

 seperti mana ramai yang tahu..
perlawanan persahabatan antara Mexico dan Italy,
Italy kalah 1-2 (biasalah tuh),
dijaringkan oleh Vela dan Medina dari Mexico,
dan italy pula dijaringkan oleh Bonucci
(bonucci?bukan gucci.tak kenal?aku lagi tak kenal,kelab Bari.tak pernah dengar?aku pun tak tahu kelab ni wujud)

untuk Perlawanan Piala Dunia yang akan datang ini,
Lippi telah pun menyenaraikan 23 pemainnya,
dan penyenaraian pemain2 ini telah mendapat kritikan hebat...
tapi aku rasa Lippi pun tak kisah kena kritik sebab team lain pun teruk gak...
Jadi, aku pun tak tahu apa dia fikir, pemain dari kelab Bari dan Genoa turut ada dalam senarai...
Ya, Bari......
MySpace

  • GIANLUIGI BUFFON,
  • FEDERICO MARCHETTI,
  •  MORGAN DE SANCTIS,  
  • SALVATORE BOCCHETTI,  
  • LEONARDO BONUCCI,  
  • FABIO CANNAVARO,  
  • GIORGIO CHIELLINI,  
  • DOMENICO CRISCITO,  
  • CHRISTIAN MAGGIO,  
  • GIANLUCA ZAMBROTTA, 
  • MAURO CAMORANESI,  
  • DANIELE DE ROSSI,  
  • GENNARO GATTUSO,  
  • CLAUDIO MARCHISIO,
  •  RICCARDO MONTOLIVO, 
  • ANGELO PALOMBO,
  • SIMONE PEPE,
  • ANDREA PIRLO,
  • ANTONIO DI NATALE,
  • ALBERTO GILARDINO  
  • VINCENZO IAQUINTA     

p/s: Cannavaro tak nak pula buat cukur rambut ramai2 kali ni...huhuhu 
dan, kalau ada sesiapa yang bersemangat nak letak wallpaper Pemain Italy ni, 
letaklah....credit to football-italia.net
 

Thursday, June 3, 2010

Ahadiat Akashah....

Masa zaman aku sekolah dulu...
memang Ahadiat Akashah ni, semua remaja gilakan novel dia lah..
siapa yang minat novel tak baca novel dia,
memang tak remaja lah..hahahah
(abang aku pun baca okey)

novel Ahadiat Akashah yang pertama aku baca...
Budak setan..
masa ni Budak setan ada bersiri2 sebelum dikompilasikan menjadi Lagenda Budak Setan..
aku ingat lagi woooo....
lepas tu habis semua novel dia masa tu aku baca...
dan aku dapat tahu masa tu dia agak kontroversi..
sebab penggunaan bahasa yang terlebih selamba digunakan dalam novel dia..
tapi sebab novel dia sempoi lah dia famous okeyyyy...

Yang aku suka novel dia nih..
memang terlebih lawak sampai aku gelak guling-guling ketawa macam Tarzan
MySpace...
tapi satu yang aku tak berkenan...
novel dia terlalu realiti (hahahaha bukan hindustan yang selalu happy ending)
contoh macam novel Snow White 96',
cerita ni memang best gila wooo lawak sempoi je...
tapi akhir cerita dia...alahaiii, aku siap campak okey buku tuh, ...
(tapi aku ambil balik lah, sambung balik baca)
Novel Lagenda Budak Setan lak, aku suka mula2 je...
lepas tuh, dah melarat2....
(melarat2 pun aku baca sampai Katrina gak)
ye lah pemikiran novelist pun makin lama makin matang..
jadi sedikit sebanyak mempengaruhi juga lah jalan cerita novel dia nih..
Aku rasa novel yang paling aku suka..
'Aku, Rhapsody & Biru's'...
serius novel ni buat aku terguling2 walaupun baca banyak kali..

tapi, sekarang dia dah tak buat novel remaja macam tu dah..
sekarang novel yang 'dewasa' lah..
tapi masih mengekalkan ciri2 lawak dia, tetap ada...
novel terakhir aku baca, Secangkir Kopi Panas di Pilot Cafe ...
aku lagi suka Pilot Cafe 1....yang kedua ni aku baca selak2 je..hahahah...
(sorry to say, but thats my thought)...

Apa2 pun, disebabkan dia lah masa aku sekolah rendah dulu..
merupakan inspirasi untuk aku menulis novel (dan pernah kena reject hahah)...
sekarang dah tak karang cerita dah..otak dah berkarat...
tulis blog je lerrr...

post aku kali ni sempena hari pertama Filem Lagenda Budak Setan,
ramai juga lah yang buat status kan, nak pergi tengok cerita nih...
apa2 pun moga filem ni dapat sambutan..
(tapi aku tak berkenan hero dia hahahah)



 

Wednesday, June 2, 2010

Enjoy Video~

disebabkan aku nak cepat hari nih...
maka entry aku pun jadi cepat..
apa2 pun enjoy video nih...
tengok You're beautiful?
kenal 'Jeremy', atau nama betulnya Lee Hong Ki...
tengoklah video nih...band dia, FT Island
lagu comel..



haha sorrylah entry cepat je nih..

Tuesday, June 1, 2010

Aksi Gay

hahahaha, tajuk memang tak boleh bla lah kan...
aku dah memang bosan tahap cipan nih...
banyak benda aku nak post sebenarnya,
tapi semua tu macam benda2 yang serius,
dan aku tak ada mood nak karang benda2 yang serius yang memerlukan pemikiran yang mendalam..
hahahahah..
apa2 pun kepada budak2 yang pemikiran suci tu jangan tengok yeee...
(lebih penting jangan ikut yeeee, ajuk2 pun jangan yeee)

dah, korang jangan fikir bukan2 ye...
tengok je lah video nih...
video yang membuatkan aku geli geleman tahap ulat cacing kerawit semua ada...
pada masa yang sama membuatkan aku menjerit2 macam orang gila di tengah malam..


aku tak cakap pun aksi gay yang dibuat oleh Gay kannn...
hahaha ini lakonan semata2..
kalau nak tengok drama penuh, cari je kat youtube...
'dangerous love'...
kepada peminat DBSK, mesti korang dah tau kan...
aku bukanlah peminat korea, drama korea, atau muzik korea..
biasa2 je..tengok je apa yang best dan HOT...hahahahah...
walaupun sejak akhir2 ni aku asyik post pasal korea (dah tak ada benda nak post dah ni)

seterusnya ialah video nih..
tengok minit ke 06:44

tengok minit ke 04:47

disebabkan adegan inilah membuatkan aku tergila2kan cerita nih..
hahahahaha...

oklah, post ini hanya untuk saja2..
walaupun sekarang ni banyak 'kejadian' yang berlaku..
di dalam negara mahu pun luar negara...
apa2 pun mental mesti kena stabil...