Showing posts with label world cup 2010. Show all posts
Showing posts with label world cup 2010. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Lama aku 'berkabung'.....

hahahahaha tajuk tak boleh bla kan...
Aku ni ada satu 'penyakit'....
iaitu tahap 'kemalasan' apabila sudah mencapai ke paras Maksimum..
Benda yang menjadi rutin pun aku boleh abaikan...
Ditambah lagi dengan jangkaan yang meleset,
Lagilah bertambah lemah semangat...
sebab apa jangkaan meleset dan lemah semangat?
Mestilah sebab piala dunia kan...hahahahah..
aku hanya sokong satu pasukan je..
tapi aku memang dah boleh agak tak akan boleh menang,
cuma terkejut sebab awal2 dah kena balik naik flight...hahahahah...
tapi agak gembiralah sekurang2nya tak bolos 4 gol...tetttttttttttttttttt...

sekarang ni aku sokong semua pasukan...macam tu lagi aman..
'ada orang' cakap, kalau Paraguay boleh sampai ke peringkat akhir...
Arrivederci Argentina/Brazil...
sekarang ni Perlawanan sedang berehat..
orang lain pun boleh tidur dengan aman...

saja letak gambar mamat hensem...Santa Claus...eh bukan, Roque Santa Cruz namanya..walaupun dia ni tak adalah sumbangkan apa2 sangat....hahahahah...credit

Friday, June 18, 2010

Oh Podolski

sedang aku kebosanan di rumah..
sambil tengok bola, World Cup...
German Vs Serbia...
Yaaaa,telah membuat darahku naik agak tinggi...

korang dah tahu kot keputusannya kan...
Ya, German kalah...
Pasukan German bermain dengan hanya 10 orang disebabkan Klose mendapat Kad kuning yang kedua..
maka dia terpaksa lah 'arrivederci' (oh, salah ini itali)...
dan pasti ramai jantung bagai nak tercabut,
apabila German mendapat tendangan Percuma...
tapi percuma itu telah pun disia-siakan...
Oleh Si Podolski itu...
memang aku rasa nak lempang2 je muka dia tu ...
aku rasa, kalau Kahn ada kat situ..memang dia menjerit depan muka si Podolski tu..
korang bayangkan, si Podolski ni banyak kali dia shot ( 7 shots untuk minit ke 80 lebih)..
tapi satu gol pun tak masuk...
yang paling aku nak lempang dia, bila dia face to face dengan goalkeeper tu, pastu boleh ke laut pulak bola dia...

tak apalah, ada harapan lagi nih

Tuesday, June 15, 2010

Italy Vs Paraguay (best tapi..)

Perlawanan yang hebat tetapi keputusan yang tidak membanggakan...
(A great match but not a great result)..
Seri 1-1 (Alcaraz dari Paraguay, De Rossi dari Itali)

1st half, Itali paling banyak menyerang...
Tapi disebabkan Pirlo injured,
dan tiada siapa yang nak ambil free kick yang lawa...
memang seksa jiwa ragalah tengok...
dengan Menara Pisa kat depan tu (Iaquinta,aku tak tahu apa tujuan letak dia nih)..
masuk minit ke 18, Gattuso dah tak tahan sabar..tunggu masa dia nak Ngaummmmmmm je..
walaupun Paraguay tak banyak menyerang..
tetapi disebabkan dia dapat free kick...
dan free kick dia pun lawa, aku siap tergamam selama beberapa saat menyaksikan bola itu dengan cantik melantun masuk ke dalam gol...
Ya, dan Buffon sekadar melihat sahaja...
Montolivo pulak tak habis2 long shot dia yang lembik tuh..
(dia memang sepak bola lembik eh, tiga kali dia shot,semuanya lembik)..

masuk 2nd half, Buffon digantikan Marchetti disebabkan dia injured ...Yaaa...
Paraguay mula tunjuk taring, dan perlawanan menjadi semakin sengit dan best...
bila Camoranesi masuk menggantikan Marchisio, lagi ok lah..
Menjadi semakin hangat apabila Itali mendapat corner kick,
(Gattuso sudah mula MeNgaummm)
corner kick diambil oleh Pepe...memang lawa..dan De Rossi yang macho itu pun dengan hebatnya menggunakan peluang itu dengan memasukkan GOLLLLLLL!!!!!!!!!
aku suka bila De Rossi main, sebab dia suka main dengan stylo..biasalah Roma...

menyirap jugalah sebab seri..
tapi dorang main bagus dan best...
paling tak tahan camera loves Gattuso..hahhahahahaha..
aku gelak guling2 bila kamera fokus kat dia...
oh ye, Santa Cruz pun main juga, tapi masa kedua...
muka dia macam Simone Inzaghi lah.....

ok lah, ciao dulu...off to Genting

Friday, June 4, 2010

Italy Kalah

 seperti mana ramai yang tahu..
perlawanan persahabatan antara Mexico dan Italy,
Italy kalah 1-2 (biasalah tuh),
dijaringkan oleh Vela dan Medina dari Mexico,
dan italy pula dijaringkan oleh Bonucci
(bonucci?bukan gucci.tak kenal?aku lagi tak kenal,kelab Bari.tak pernah dengar?aku pun tak tahu kelab ni wujud)

untuk Perlawanan Piala Dunia yang akan datang ini,
Lippi telah pun menyenaraikan 23 pemainnya,
dan penyenaraian pemain2 ini telah mendapat kritikan hebat...
tapi aku rasa Lippi pun tak kisah kena kritik sebab team lain pun teruk gak...
Jadi, aku pun tak tahu apa dia fikir, pemain dari kelab Bari dan Genoa turut ada dalam senarai...
Ya, Bari......
MySpace

  • GIANLUIGI BUFFON,
  • FEDERICO MARCHETTI,
  •  MORGAN DE SANCTIS,  
  • SALVATORE BOCCHETTI,  
  • LEONARDO BONUCCI,  
  • FABIO CANNAVARO,  
  • GIORGIO CHIELLINI,  
  • DOMENICO CRISCITO,  
  • CHRISTIAN MAGGIO,  
  • GIANLUCA ZAMBROTTA, 
  • MAURO CAMORANESI,  
  • DANIELE DE ROSSI,  
  • GENNARO GATTUSO,  
  • CLAUDIO MARCHISIO,
  •  RICCARDO MONTOLIVO, 
  • ANGELO PALOMBO,
  • SIMONE PEPE,
  • ANDREA PIRLO,
  • ANTONIO DI NATALE,
  • ALBERTO GILARDINO  
  • VINCENZO IAQUINTA     

p/s: Cannavaro tak nak pula buat cukur rambut ramai2 kali ni...huhuhu 
dan, kalau ada sesiapa yang bersemangat nak letak wallpaper Pemain Italy ni, 
letaklah....credit to football-italia.net