Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Contest Senyum Paling Ceria

Baiklah, aku kena Tag lagi..
Kali ini dengan Cik Ailebiu, disebabkan dateline esok..
Aku kena buat cepat.
tapi err...contest ini kena letak gambar..aisey..

 Untuk maklumat lanjut boleh tekan banner ini.

Gambar senyum pulak tuh..
Aku baru perasan aku hanya ada gambar melahap saja..hahah..
Gambar ini saja aku jumpa..
Gambar ini saya senyum sebab...
Oh, kawanku belanja makan. Orang belanja mestilah Gembira kan..
Saya sangat bertuah sebab kawan saya suka belanja makan...
Kalau saya tak makan, saya kena marah..
Kat rumah pun saya asyik kena paksa makan..
haiyo...

Kena tag 3 blogger ye..
Far

29th Birthday Giveaway by aNiM

Baiklah, seperti yang dijanjikan saya buat post yang ditag oleh Bunga..
Ada blogger ini namanya kak Anim (kot)..
Dia baru saja menyambut hari jadinya semalam..
Genap usianya kini berumur.......
(siapa tak tahu sila pakai kanta sekarang) 
Maka, saya nak ucapkan
Happy Belated Birthday...yang ke........

(Untuk maklumat lanjut boleh tekan banner ini)

Aku tag..

Monday, March 14, 2011

Contest Santai Cerita Kelakar Anda

Baiklah, setelah habis kerja baru aku dapat update,
dan jalan2 blog kawan2..
Ye Echah sayang, cari idea punya pasal nih ha buat tag kamu..
hahaha...

Ada contest baru aku join dari Mawaddah


Kisah Hazimah...

Budak perempuan Sabah berumur 6 tahun,
Dia sedang baring sambil menonton Doraemon,
Tiba-tiba dia bingkas berlalu ke dapur..
"Mama, adik nak susu"
"Yelah, mama buatkan"
"Terima kasih Mama. Adik saaaayang mama".

Di waktu petang, Hazimah bermain di luar rumah bersama dengan kucing-kucing..
Matanya sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling.
Kelihatan kereta Jiran rumah depan yang baru sahaja balik kerja..
Pagar rumah jiran tersebut terbuka dengan sendirinya..
Hazimah yang kagum dengan pagar automatik itu berkata dengan lantangnya,
"Mama, pintu orang tu buka sendirilah. Mesti kaya"
Mamanya hanya mampu menggelengkan kepala. Hazimah pergi dapatkan ibunya.
"Mama, adik ni kesian lah"
"Kenapa pulak"
"Dahlah adik ni kemetot, gemuk, tak kaya pulak tuh"
"Adik belajarlah rajin-rajin, nanti beli rumah besar. Adik kan paling tinggi dalam kelas"
"Tapi dalam keluarga ni adik paling kemetot"...
Mamanya dah malas nak layan..

Hazimah mengacau-ngacau kucing comel itu,
dia ingin menendang kucing itu kerana comel sangat,
Mak sedaranya, Ateh melarang dia berbuat demikian, Lalu Ateh mula membebel..
Hazimah yang tak tahan mendengar bebelan Ateh itu berkata..

"Yelah, Aku memang jahat.....Tapi manis orangnya"
Ateh tak dapat buat apa2 sebab dah gelak guling-guling..
(manislah konon nih)

Suatu hari mama dan abah Hazimah keluar membeli-belah,
tanpa membawa Hazimah..Hazimah agak marah..terutama tiada orang main dengannya..
"Semua orang tak sayang aku.Tinggalkan aku sorang-sorang"
Lalu Ateh baring di sebelah Hazimah...Malas nak dengar dia jerit sorang-sorang..
Tapi Hazimah masih lagi membebel..
"Aku sayang mama dan abah. Sayang sangat-sangat"
"Habis tu Ateh tak sayang?"
"Sayanglah sikit"
"Kalau sikit tak mo kawanlah"
"Yelah, sayang banyak"

Ketika dalam tidur, Hazimah turut membebel...
"Saaaaaaaaayang Kak Ros"...
Ya, Hazimah turut sayang Kak Ros

p/s:
 Untuk Negara Jepun...
日本人 あなた 強い

Friday, March 4, 2011

Ryoya Lucky Draw

Cik Oya tag aku..
Hehe jadi aku buatlah lucky draw dari Cik Oya ini..
Nama lucky draw ni comel, 'Ryoya'..
Ok,berhenti mengarut..

Berikut syarat-syaratnya

Jom Join  Lucky Draw!!!!
Ada 2 rounds...

First round,
No.1 & 2, buat boleh, tak buat pun ok..

1. Post entry of this 'Ryoya Lucky Draw'
2. Tagged - Minimum = 3 persons..Maximum =Unlimited

- Nora

Yang no.3 ni wajib..
3. Give your blog URL & email address kat komen ni or email me at

dream_ryoya@yahoo.com

Due date of this round, on 8 March 2011...
Limit to 100 contestants/guests only..Campur yang komen + bagi email sekali ye..

Untuk lebih Terperinci bolehlah pergi ke Blog Oya

Tuesday, February 22, 2011

Give Away dari Magrib!

Ehe Maaf tak tertulis blog ni ha...
Maklumlah Mood terumbang-ambing memang begini...
Kali ni nak masuk Giveaway dari Magrib ini pula!
Ini Syarat-syaratnya (saya copy tak bulat2 dari blog Magrib ini ye)
  1. Pertama sekali, kena la Follow blog Magrib aristoCrad ini.. penting tuh. gua check sapa tak follow.. hehehe.. ikut keikhlasan lah..
  2. Buat 1 entry simple gila! takyah nak panjang lebar. 
  3. Entry kena ada gambar kat atas tu ea.. "magrib give away"
  4. tajuk entry? "Give Away dari Magrib!"
  5. tak payah nak letak header kat sidebar...
  6. tak payah letih letih jawab soalan.
  7. yang penting.. anda kena TAG seorang sahaja... make sure dia tahu ea.. nak tag lebih pon buleh! tak kesah dan.. lagi suka ada lah! hehe
Makanya saya Tag


Kalau rajin buat lah ye, Insya Allah ada luck boleh lah dapat hadiah daripada SIngapura..
Tarikh tutup 28 Feb ini..

p/s: Maaf masuk giveaway ni lambat ;)

Tuesday, February 1, 2011

1st GA Pearl by Moon

click Banner ini

Apa yang perlu anda buat :

1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi,,


  • sebab kenapa anda join GA ni..
  • antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...

2. Letak banner kat atas dan tajuk 1st GA Pearl by mOoN dan linkkan ke entry ini...

3. Terbuka kepada blogger lelaki dan perempuan...

4. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tau...HARUS!! tak boleh nak malas-malas...hehehe.

3 hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah...


Tarikh akhir menghantar penyertaan : 

14 February 2011 (Isnin)
Sebab kenapa sertai Giveaway ini..
sebab Fariq suruh, tiap2 hari dia promosi suruh buat hahahah.
tapi tak kisah pun buat Sebab, giveaway ini dia tak mewajibkan untuk follow blog dia...
dan juga, dia ada suruh kita jawab soalan dia, dan bukan setakat letak copy and paste sahaja..
Agak menarik soalan dia..

Antara warna peach, hitam dan putih, yang mana satukah mewakili diri anda..kenapa?
Peach..warna peach ni nak dekat2 merah jambu, nak dekat2 warna oren, nak dekat2 warna coklat cair..
apa2 pun dia tetap Peach, bila renung lama2, baru tahu dia Peach kan...
aku lebih kurang macam tu lah..hahah


Saya Tag
Aliesha Kirana
Nick Irfan
Siti Manis


p/s: semoga pelajar2 malaysia di mesir selamat. syukur sangat sedara kat sana pergi buat lawatan ke tempat lain ketika ini...

Tuesday, December 21, 2010

Contest gambar sekolah kenangan dulu-dulu

Aku nak masuk contest lagi...
hehehe sebab contest ni menarik,
jadi aku masuk lah...
Kali ni dari Blog HIkayat kisah si gadis orem
 
Contest ni lambat lagi tutupnya sehingga 11 Januari 2011..
Segala maklumat mengenai contest ni boleh lah ke Sini

Dan Ini pula Gambar sekolah aku zaman Dulu-dulu...
eheeeeeee

Mana satu aku?jangan ditanya hehe

Ini masa Tingkatan 5, Banyak kenangan masa Tingkatan 5 nih..
Tapi aku tak dapat nak imbas balik kenangan tuh hahaha
(kan aku dah cakap aku Pelupa tahap kritikal)..

Yang aku ingat Penuh dengan Bergaduh hahaha...
sangat kelakar..
Sebab bertikam lidah bukan depan2, tapi jauh2...
sorang kat hujung pintu,sorang kat tengah, sorang kat tepi tingkap..
Jadi memang bingit hangit lah kelas aku nih..
Kami juga selalu buat Cikgu menangis..
Tak tahulah kenapa cikgu tu menangis..
MySpace
kitaorang cuma tak buat kerja sekolah je..okey tipu
ada lah sikit2 ketua segala gaduh nih bagi ayat sentap..
Tapi naik tingkatan 5 kitaorang jadi baik eheeee..
(sebab ketuanya dah baik)...
CIkgu pun dah pandai handle kitaorang..
Hati cikgu ni pun dah keras dan no need to expect that we'll listen to her..
dan dia pun jadi CIkgu Rock! ehehehe layannnnn je..
 
Kat kelas aku ni..
ada Raja Ponteng dan Permaisuri Ponteng sepadan kan
Ada Britney Spears yang selalu main sms dalam kelas, ringtonenya Toxic..
Petoq 'Sebentar ya' yang suka bertanya...
3 orang kaki Games yang kuat tidur dalam kelas, sampai sekarang gila game
Nuar kuat bodek yang disayangi cikgu, dan Meor bersuara merdu..
ada Azriza si Cermin, Minah bola, Minah-minah Grunge.. 
Epit ketua kelas dan ketua segala gaduh..
tidak dibantu oleh Penolongnya yang pandai math dan segala kira2 tuh..
Oh ye, kat kelas aku ni ada kumpulan dari Indonesia Moluccas tuh..
wawawawa (ala tak ingat ke Moluccas ni kena banned dengan Malaysia sebab apa entah)

Dari sini juga bermulanya nama panggilan Badak, ayam, cicak kerang, kurap..ehhh..
(Boleh baca di entry INI)
Nama ni melekat sampai laaa sekarang, sesuka hati dorang je bagi nama..
Semuanya sebab kerja Dua orang ini
Meor suara merdu ni dan Nono fergalicious ...WANTED!
(saja bagi kabur padahal memang gambar ni kabur)

Okey, itu sajalah kot kenangan bersama kami,
masih lagi keluar dengan mereka, walaupun tak sekerap zaman dulu2..
Tapi masih berhubung...
oh ye, nama sekolah ye, Sekolah Menengah Tepi Kubur...
hahahahahaha...
Aku memang sangat bangga dapat belajar di sekolah menengah taman keramat INI

Tuesday, December 14, 2010

Photo Contest: My Best Friend Forever

 Ini aku ada join contest lagi..
Yang dianjurkan oleh Cik Siti..
Contest yang menarik ni berakhir pada 31 Disember 2010..
Untuk Mengetahui lebih lanjut boleh tekan2 sini contest cik siti
 (mula2 sekali biarlah aku kenalkan kawan2 aku seorang demi seorang okey)

Badak...
Orangnya comel...
Tapi muka garang, masam...
Tapi, bila dengan orang yang dia suka,
Dia akan berikan anda sebuah senyuman yang sangat cantik..
Giginya pun cantik, sebab tu dia suka kutuk orang gigi tak lawa
mwahahahaha..

Ayam...
Orangnya Hot...
Walaupun dia katek, kecik, tapi dia sentiasa kelihatan tinggi...
aik, macam mana tuh??
Sebab, Kasut Tumit Tinggi adalah sebahagian daripada anggota badannya..
mwahahahah...
Mulutnya sentiasa pot pet pot pet...
Nak tahu bila dia senyap?
BIla dia tengah makan....

Cicak...
Dialah paling muda tapi tinggi orangnya..
dan paling kurus...jeles i
Dia sentiasa ingat kami...
Dia sayang kami...
Dia selalu takut kami marah...
Tapi dia jarang jumpa kami...
ibarat dia duduk di Perancis, Kami duduk di Itali...
tak apalah, dia sanggup berkorban pandu malam2 demi kami...

Mula berkawan sejak Bila
Kalau dikira secara puratanya..
kami berkawan secara rasminya ketika kami Tingkatan 5...
Masing2 dah lama kenal, cuma ketika itu barulah kami rapat..
sebenarnya tak sangka kami berkawan sampai sekarang...
sebab dulu masing2 rapat dengan orang lain..
Itu lah takdir namanya..
kita tak pernah terjangka apa yang bakal terjadi...

KEnapa Kami boleh berkawan rapat??
sebab kami boleh cakap apa sahaja yang terbuku di hati...
Apa sahaja yang terbeku di kepala otak...
nak menggunakan Perkataan luar daripada kamus DBP pun bolehhh...
Tak ada sentap2 punya...
Kalau sentap pun, sendiri tanggung, sendiri pujuk...
eheeeeeee...
ganas ke?ganas eh...nak buat cam ne...kami memang begini..
ada sesetengah orang merasakan nama panggilan manja antara kami ni,
agak kasar...
Tapi sekasar2 kami pun, kami tetap wanita Melayu Terakhir...hahahaha

p/s:asyik2 guna gambar yang sama,sebab laptop kena format,habis semuanya.bosan okey asyik guna gambar ni je sebenarnya..Far,apa kata send kita gambar2 kita semua dolu2 tuh..

Tuesday, December 7, 2010

Contest cerpen sesedap rasa

aku kena tag lagi...oleh adeq Fariq ini
untuk buat contest ni,
jadi aku masuk je lah..
jenuh jugak otak aku ni berputar nak cari idea..
ini contest dari Ain Zulaikha

Kisah ini Bermula begini

Pada suatu hari, Ain Zulaikha hendak keluar berjalan-jalan,
Dia cuba menahan teksi, tapi teksi tu dah macam lelong jual tilam pula..
'Mari mari mari naik, nak pergi mana, kucing pun nak berjalan2 ka'..
Terus Ain tak jadi nak naik teksi...
Dia terus berjalan, dan akhirnya naik bas sahajalah..
bas Rapid KL yang boleh sampai ke destinasi dengan Pantas..

Kawannya sudah lama menunggu,
Asyik2 memberi sms agar cepat...
Membara juga hati Ain,
BUkannya dia lambat, tapi kawannya itu terlebih cepat..
Telefonnya berbunyi lagi
Tangannya geram menekan keypad hanphonenya itu..
dan ini pula yang keluar...
oh, sms penipu rupanya....
(nasib baik tak guna nama bapak)
Bas tiba ke destinasi setelah puas badannnya terhuyung hayang mengikut rentak bas itu,
yang dipandu secara formula 1..
Kakinya pantas berjalan menuju ke restoran seperti yang sudah dijanjikan..
perut berkeroncong memikirkan makanan di restoran itu...
Matanya melilau mencari kawannya..
Tetapi matanya tertangkap pada sesuatu
oh moooo siapakah lelaki itu ...
Kawan Ain mengangkat tangan memanggil Ain..
Lalu dia pun perkenalkan rakan lelakinya itu..
'i think i just fall in love', detik hati Ain.....

Cara nak menyertainya pun jelas, 
jadi aku tag Cik Tom, Balqees 
kalau ada masa, buatlah ye


Wednesday, December 1, 2010

Give away Pecah Panggung dari Fariqscorpio



Kalau lah aku dapat Topup Rm15 ni ...
Aku akan buat panggilan ke Luar...
Luar mana? Mana lagi mestilah ke Itali, atau lebih tepat lagi di Milan..
dan Mestilah aku nak telefon my dear beloved Pippo Inzaghi kan..
Kesian dia, dia mestilah perlukan sokongan..
Kan sekarang ni dia tengah sakit..
dah lah sakit tak dapat main pulak tuh..
(main apa?Main bola sepak okeyyyyyy)
don't worry Pippo i'll be there for you..
lalalalalalaa
MySpace
Lepas tu manalah tau dia nak belikan aku tiket terbang ke Milan kannnn...
Okey, ini aku join contest Fariqscorpio boleh click di sini
tak susah pun syarat dia..
tarikh tutup 3 Disember nih..
Hadiahnya....jeng jeng jenggg sila pergi ke laman web dia Fariqscorpio boleh click di sini

Wednesday, November 17, 2010

Comel tak?..

Inilah anak buah ku dari Sabah...
Comel tak?mestilah comel kan..
MySpace
Ini masa hari dia nak bergraduasi daripada tadika..
Dia kena buat persembahan ala2 berlakon..
Jadi kenalah pakai dress princess gitu...
Dia jadi princess Aurora...

dan Mak nya pula nak masuk contest Facebook ni ha..
Jadi SILALAH VOTE anak buah aku ni ye...
okey okey okey...
MySpace
kalau boleh tiap2 hari vote ye heheheh..
sehari sekali yeee..heheheh..
Pleaseeee bahhh...


Friday, October 29, 2010

Sape nak hadiah free dari Paris? =)

Eheeeee,
aku masuk contest nih,
dari blog nadiafarahida(click2),
hadiahnya merupakan barangan yang didatang khas dari Paris gitu...

Aku tertarik nak masuk contest ni,
sebab tiba2 aku teringat masa aku belajar bahasa Perancis,
sekejap je pun belajar, tahap 1 je..
hahahaha..tak sanggup ah...
Aku rasa down gila kot belajar bahasa nih..
Asyik ponteng kelas je keje aku..
Tapi Assigment tetap buat okeyyy...
Apa yang susah sangat sampai aku down...

  • Tulisan tak ada apa sangatlah yang perlu nak belajar pun kan. Cuma yang peningnya nak menyebutnya, aku rasa nak tercabut tekak aku nih, dengan sengaunya lagi. nak tersembur2 aku bercakap bahasa ni. 
  • Terus terang aku cakap, aku tak biasa dengan bahasa ni. aku main amik je. sebab aku rasa bahasa ni tak susah sangat(kononnya). 
  • Aku memang tak minat pun bahasa ni. lepas tu aku kelam kabut nak mencari sumber inspirasi, nak bagi telinga aku ni biasa dengar dengan bahasa Perancis.Bila listening exam tak adalah terkejut monyet.
Pengajaran yang aku dapat ialah,
Janganlah gatal2 nak amik bahasa yang anda tak biasa sebagai elektif untuk kos anda..
Nanti ada yang merana kalau pointer jatuh...
Kalau tak minat pun bahasa itu, at least telinga tu dah biasa dengan bahasa tuh..

sepanjang aku belajar bahasa Perancis ni,
ada satu web tu aku selalu belajar kat situ
belajar bahasa Perancis (click)
Lepas tuh, aku ada tengok Filem Perancis yang best...
Hellphone, Les choristes
(Dua2 ni, lakonan Jean Baptiste Maunier yang Hot tu)
lagi satu cerita Amelie, cerita ni pelik, tapi lagu sedap..

sebelum aku tersasar lebih jauh...
Aku nak kena tag untuk contest nih...
Maaflah ye daku tag kamu2 ni
Adeq fara, Zairie, Anna Boleyn
heheheheheheh

Berikut merupakan syarat2 contest ini..

1. buat entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" 
dan letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog 

2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korang 
dan link kan terus ke entry ni ye.

3. menjadi follower blog nadiafarahida.

 4. tag 3 org blogger 
lain dan pastikan dorang tahu bahawa mereka telah ditag!

5. dan akhir sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korang kat 
kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye.

p/s: ponteng2 kelas perancis pun, tetap dapat A- mwahahahah..







Monday, June 7, 2010

Contest Gambar Best by AsaDa


Okey, kali ini aku nak mencuba lah contest yang dianjurkan oleh Asada Ryutaro ini..
syarat2nya kamu boleh jenguk dengan tekan banner di atas, dan di tepi blog ini,okeyy
Tarikh tutup 1 Julai okeyy



sudah beberapa hari Dia tidak angkat telefon...
aku cuba telefon kekasih hatinya...bertanyakan jika dia ada apa2 masalah..
'tak angkat telefon?sibuk kot.dia tak ada apa2 lah'...
mendengarkan kata-katanya itu, membuatkan aku lega sedikit...
kemudian aku berborak dengan si Ayam ini...
tetapi hanya 5 minit, kerana tiba2 dia ada hal..
Entah kenapa semua orang menjauhkan diri daripada aku...
Aku agak sedih kerana aku senang tertekan jika aku duduk seorang diri...
Terutama sekali di tempat yang memang aku tak suka dan sentiasa beri tekanan..
Kerja yang banyak usah dikhabarkanlah...
Sudah lumrah hidup seorang pelajar..

Hari Kelahiranku tiba jua
seorang demi seorang yang ku sayangi memberi ucap selamat kepadaku..
betapa bahagianya hati,usah ditanyalah...
Tetapi, si Dia dan Dia dan Dia serta ramai lagi Dia tidak menghubungiku langsung...
aihhhhhhhhhh sangat pelik...
Agak sedih dan runtun hati juga....

Keesokkan harinya pula,
aku mahu pulang ke rumah...sangat tidak sabar meninggalkan Ulu Kediaman Monyet itu...
kakakku berjanji untuk mengambilku pulang..
setelah puas aku menunggunya dia tidak jua tiba...
sedangkan perutku berkeroncong mendendangkan lagu Siti Nurhaliza,
sehinggalah ke lagu Linkin Park...
aku sudah mulai berang kerana tak tahan dengan kelaparan itu..
tiba2 kakakku menefonku mengatakan dia sudah sampai...
aku pun turun ke bawah dengan ala-ala baju tidurnya sambil mengangkut beg2 ku..
Mata aku melilau mencari kakakku, Tetapi dia Tiada..ehhhhhhhhhhhh...
dan apa yang mataku lihat ialah Kekasih hati rakanku...ehhhhhhh dia buat apa disini..
sambil lelaki itu memberi isyarat kepadaku untuk melihat di hadapanku...

'oh rupa2nya, rakan2ku yang tidak memberi ucapan selamat harijadiku itu berada di hadapanku. Mereka dengan muka poyonya mengucapkan selamat hari jadi kepadaku'....

sangat terima kasih kerana telah mengenakan aku.....terasa disayangi...

oh, dan gambar di atas ialah selepas itu kami pergi melantak,
dan meletakkan 'bling bling comel' di handphone kami..

p/s:hahah memang ayat di atas sangat geli dan poyo..apa2 pun Dendam terbalas jua iaitu di entry ini..
'baling telur'(sila click)

Tuesday, April 27, 2010

Contest Baca London : Menang London

heheee, ini merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Coretan Perantau..
Dia ni Peminat Setia Arsenal dan sokong Inter tapi bukan peminat Inter,
hahkahka...jadi sesiapa yang Peminat setia Arsenal, Masuklah Pertandingan ni..
(Ini aku yang cakap hakhak)
saja2 aku nak masuk ni, nak memeriahkan ....



pertandingan ni kamu cuma perlu pilih satu entry daripada blog dia,
yang kamu paling suka, dan ceritakanlah kenapa kamu suka entry itu..
Aku dapat tahu Pertandingan ini pun secara terus dari blog Coretan Perantau ini...
Okey, habis dah membebel-bebel ni..

Dalam Blog dia, aku paling suka entry...
Jalan-Jalan Mencari Stadium Bola di London...(dipersilakan click)

kenapa aku suka?
sebab memang Impian aku nak pergi ke stadium bola Giuseppe Meazza (Ac Milan lah kan)..
Jadi bila aku tengok orang lain dapat pergi ke stadium bola sepak kelab yang mereka minat..
aku pun tumpang lah gembira, macam aku dah pergi ke Stadium Giuseppe Meazza tu..
walaupun pada hakikatnya mereka pergi ke Stadium bola sepak lain..
(aku kan kuat berangan)..

Coretan Perantau ini, dapat pergi bukan satu stadium sahaja okey,
Tapi EMPAT okeyy, dan mestilah salah satunya Emirates Stadium (Arseng lah eh Arsenal maksud aku)..
Stadium yang lain seperti Stamford Bridge (Chelsea), Craven Cottage (Fulham), St James Park (Newcastle)
Gambar yang aku suka tengok gambar di bawah ni...
Bersungguh-sungguh lah mereka ni nak buat huruf-huruf ARSENAL itu....

Yang paling membuat aku teruja kan..
Kalau kamu nak tahu lah kan, aku kan minat Ancelotti...
Dia dapat Jumpa Ancelottiiiiiiiiiiii.....










Punya Gambar...
Macho kan Ancelotti....

Bukan setakat tuh,
dia dapat jumpa pemain bola sepak kelab itu tau...
kelab apakah? pemain yang manakah? pergilah jenguk...
Boleh jadi teruja hingga melompat-lompat, sebab betapa ahhhhhhhh
MySpace
kacaknya pemain itu..

Yang Lebih membuatkan aku memang suka entry ni,
sebabnya....

DIa TIDAK pergi ke stadium Old Trafford, mwahahahahahhahaha...

Okeylah, Banyak lagi entry yang lain yang dapat menambahkan pengetahuan...
tentang kehidupan di UK itu...
sekian
MySpace

Wednesday, April 21, 2010

My version of grooming tips

Tajuk kali ini, serius aku memang bukan jenis suka melawa...
adeiiii...
Grooming kali ini adalah aku punya version, okey..

sekiranya anda ada sesuatu majlis yang anda ingin pergi,
malam sebelum itu,
terutama sekali sekiranya wajah anda ditumbuhi jerawat yang tak comel itu..
letakkan di muka anda Yougurt (tak kisah yougurt apa2 pun),
selama setengah jam...
Kemudian bilas...

keesokkan harinya, wajah anda pasti akan terasa lembut seperti kulit bayi..
Sebelum meletakkan foundation atau sebarang make up di muka anda,
pastikan anda meletakkan Krim muka terlebih dahulu,
agar sapuan bedak itu nanti nampak serata...
seterusnya, teruskanlah dengan meletakkan foundation, bedak asas dan make up...
jangan tebal-tebal sangat ye, nanti hilang kecantikkan semulajadi anda...

Lepas dah make up, dah pakai baju cantik-cantik..
letakkan deoderant Adidas, 
yang pastinya akan kekal lama dan badan anda akan segar daripada...
segala bau badan yang tidak menyenangkan..
Hari anda pasti akan terasa lebih menyakinkan dengan deoderant adidas!

Oh ye, Untuk lebih menceriakan hari anda...Tontonlah bersama Project Alpha season 2...
Di sini, akan dipaparkan episode 1-3.... Enjoy!







Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached....

No Strings Attached....
atau dalam bahasa Melayunya, tidak mengharapkan balasan..
ada ke dalam dunia ini?
ada...
cuma kita perlu buka mata, hati, baju, seluas-luasnya...

kalau dalam persahabatan,
hari ini kawan tu belanja, esok lusa giliran kita pula belanja,
Tapi kalau hari ini kita sedih, dan dia sanggup mendengar luahan hati kita,
bersungguh-sungguh ingin membantu kita,
mencari jalan penyelesaian,
(sanggup bergaduh bertumbuk demi kita)
ada dia minta balasan??..
Tidak...

Bila aku tengok kucing aku, Si Keding,
Dia betul-betul jaga anak dia,
setiap kali ada kucing jantan datang je,
Si Keding akan datang dekat padanya,
menghampirinya,
menghidunya,
kemudian dua tangannya akan mencakar mukanya!!
mwahahahaha...
Tapi nanti, bila anak dia dah besar,
dah jumpa kucing jantan,
atau terjumpa Tuan baru (siapalah tuh),
dia dah tak ingat mak dia nanti...
mak dia pun duduk tak kisah,
(macam lagi suka aku rasa, sebab boleh bermanja dengan aku lebih-lebih)

Memang susah hendak cari orang yang tidak mengharapkan balasan,
terutama dalam perhubungan lelaki dan perempuan,
Kalau kamu suka pada seseorang,
tentu kamu mengharapkan balasan cinta daripada si Gadis itu, bukan??
kalau tak, mesti kamu kecewa..
Tapi ada juga Cinta, yang tidak mengharapkan balasan,
asalkan Si Dia bahagia.
ada juga di antara mereka, yang hendak 'berkahwin' itu,
meminta barang hantaran pelik-pelik,
pelik macam mana tu??
Kasut bola, Jersi Bola, PS2,
hey Faizal Tahir punya barang hantaran kasut bola, ye..
(sempat lagi)
kenapa tak bagi je USB Modem P1 wimax nih

Dengan adanya P1 Wimax ini, maka bolehlah berhubung selalu dengan orang tercintaku itu!..
Siapakah??
Si keding?
oh bukan, mestilah dengan adikku yang sengal dan rakanku yang gila itu juga...
walaupun mereka selalu mengharapkan aku belanja,
(hahaha)
Tapi mereka tidak pernah mengharapkan balasan tatkala aku memerlukan mereka ketika aku dalam kesedihan....
MySpacemereka

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, April 6, 2010

My Favourite Sport

aku sangat suka tajuk ni..
mhwahahahah...

siapa yang baca blog aku sentiasa ni,
mesti tahu aku suka sukan apa kan...
MESTILAH......
BOLA SEPAK!!!
baru ROCK!!!
(tiba2 je)

memang suatu kenangan yang sangat manis,
bila kelab kita minat menang, terutama Champions League bukan..
berlawan dengan pelbagai kelab dari seluruh Eropah...
Sudah DUA kali aku menyaksikan mereka memenangi piala ini..
Tapi, aku bukanlah sokong kelab semata-mata bila mereka menang dan bagus je..
mesti ada masa-masa, mereka akan jatuh...

Kalau tengok sekarang,
Leonardo ambil alih sejak Carlo Ancelotti pergi,
agak susah dia nak kekalkan prestasi AcMilan,
Dia baru lagi, sebelum ni dia cuma manager kelab bawah 21 je,
Paling dia kene jaga, jangan sampai tak masuk Champions League..
dia kene kekalkan Top 4...
AKU YAKIN, LEONARDO BOLEH!...

kenapa aku gila dan ketagih dengan bola sepak ni?????...
sebab aku suka gaya dorang main...
VIDEO(minit mula2 sekali)

gol macam ini lah, yang selalu buat aku jerit...
'ok run run run run runnnnnnnnnnnnnnn GOALLL!!!!!!!!!!!!!!!!!'...

lepas tu mak aku turun, tengok aku...
hahhahaha....

lepas tu, apa yang menarik??

cara mereka bergembira bila dapat sumbat sebijik gol...
VIDEO

aku gelak berguling-guling penuh kesukaan kalah budak kecik..
bila aku tengok video ni...
mereka suka berpeluk2 bila dah sumbat gol..
mesti mereka tak berapa busuk sebab guna ini

aku bukan setakat tengok kelab AcMilan je...
semua kelab Serie A aku sokong...
aku bukan macam peminat yang hanya sokong kelab dia je, tapi kelab dalam liga itu tak sokong..
bila dalam Champions League, aku akan sokong semua kelab Serie A...
walaupun bila dalam liga, aku menyampah dengan kelab tu..
(Inter la mana lagi mwahahah)..

sebab itu, bila World Cup best,
sebab dapat tengok semua pemain Italy bermain dalam satu pasukan..
hehehehee...

Biarpun Ac MIilan dilanda zaman kegelapan,
aku tetap menanti zaman Renaissance mereka...
weeeeee
MySpace

brought to you by Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Wednesday, March 31, 2010

Tulis & Menang ariffshah.com





Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my , myliriklagu.com  
& denaihati


Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog faris


aku suka menulis novel,
mungkin pengaruh daripada hobiku yang suka membaca novel,
aku mula menulis novel bermula ketika darjah enam,
kawanku Aizie merupakan orang pertama yang membaca novelku,
waktu itu, aku tidak kenal komputer, maka buku nota la menjadi mangsa,
ketika aku masuk sekolah menengah,aku pernah menghantar karyaku,
ke alaf-21, dan telah ditolak..
hahaha, masa itu aku sangat kecewa, dan langsung berhenti daripada menulis...
MySpace


aku bermula menulis blog ketika aku dipaksa oleh pensyarahku untuk membuat blog,
dan pada ketika itu aku terjumpalah satu blog ini,
SEMAKSESATSARAT......

nama blog dia pun, dah membuat aku tertarik..
lalu aku membukanya dan membacanya...
aku berasa sangat-sangat iri hati,
kerana pemilik blog ini menulis blognya seperti menulis novel,
malah, gaya penulisannya juga seperti Ahadiat Akashah,
penulis novel yang paling aku minati ketika di bangku sekolah,
karya novelnya yang pasti membuatkan aku gelak ketawa berguling bergenang air mata,
begitu jugalah yang aku rasa ketika membaca blog ini...
ibarat aku sedang membaca hasil nukilan Ahadiat Akasya...
dan aku membaca semua hasil penulisannya....


meskipun, isi penulisannya begitu ringkas,
cuma mengenai kisah hariannya atau pun kisah silamnya,
namun, gaya penulisannya yang bersahaja,
ibarat aku sedang membaca novel bersiri...

antara penulisannya yang terbaru  iaitu
'pengalaman ngeri di sogo'..
berulang kali aku baca,
tawaku pasti meletus jua...






aku merupakan antara pembaca blog yang memang tak suka baca blog panjang berjela,
tapi dalam kes ini, blog dia DIKECUALIKAN...
kalau rasa tertekan,
rasa macam nak masuk wad atau jerit macam tarzan biar monyet-monyet di sini lari,
MAKA....
bacalah blog mamat  ini, yang diberi nama Zahir Amirudin
kelakar + santai = BEST



tengok muka dia pun dah boleh buat gelak, apatah lagi isi 'kandungnya' bukan?..
(haha jangan marah aaaa, aku promosi blog ko ini)