Showing posts with label as roma. Show all posts
Showing posts with label as roma. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Hai Montella, Arrivederci Ranieri

Vincenzo Montella ni Kekasih Gelap aku dulu...
MySpace
Nama manja dia Montel..
atau dalam bahasa Italinya L'Aeroplanino
(Ok aku tipu, maksud L'Aeroplanino - kapal terbang sebab dia suka buat gaya terbang bila score)
Dan, sejak dia keluar dari As Roma, aku tak ambil tahu pasal dia sangat.. ngeeee
Baru aku tahu dia dah bersara...woooo baru 36 dah bersara..
Terkejut aku bila tahu dia dah bersara sebab aku membayangkan dia macam baru 30..ngee

Tiba2 aku buka web Football-italia Ranieri (jurulatih Roma) letak jawatan...
Tiba2 aku buka lagi, ehhhh Montella ganti Ranieri..
MySpaceTernganga jap!

Ranieri letak jawatan selepas Roma Kalah 3-4 dengan Genoa..
Roma pada mulanya mendahului 3-0, tiba2 boleh bolos 4 Gol..
Membuatkan Ranieri rasa kecewa sangat, dan dia ambil keputusan letak jawatan..
Roma memang terkenal dengan masalah Jurulatih, entah berapa kali tukar..
permainan Roma juga selalu tak konsisten...

Ramai berfikir Montella sekadar menjaga Roma untuk sementara waktu...
Yela, muda lagi kot Montella ni, pengalaman jadi jurulatih pun baru je..
Itu pun dengan budak2 bawah 15 tahun..
Ini nak jaga bapak budak...
(erkk Totti lagila, macam mana Montella ni nak jadi jurulatih bekas Captain sendiri??)
Tapi, manalah tahu kan..hanya boleh tunggu dan tengok depan TV je ler

Friday, January 7, 2011

Hai Cassano!

Malam tadi ada perlawanan bola sepak Serie A (liga Itali),
dan aku boleh terlupa pulakkk...
Apa2 pun Ac Milan 1-0 Cagliari
wuhuuuuuuuu....

Gol yang satu itu datangnya dari Strasser 
(siapa mamat stress ni aku pun tak kenal,midfielder, umur 21)
dan yang membantu Strasser ini dalam menjaringkan gol ialah...
ANTONIO CASSANO...
wuhuuuuu...walaupun ini baru perlawanan kedua bersama Ac Milan,
dia sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan..
(perlawanan pertama ketika perlawanan persahabatan kat Dubai)
hi cassano (credit acmilan facebook)
ini ketika perlawanan di Dubai vs kelab al-ahli, nombor jersi dia 99! 
credit ac milan facebook
Allegri mengamuk (credit acmilan facebook)

Ini barisan pasukan malam tadi
Cagliari: Agazzi; Pisano, Canini, Astori, Agostini; Nainggolan, Conti, Lazzari (Biondini 48); Cossu; Nenè, Matri (Acquafresca 84)

Milan: Abbiati; Abate, Bonera, Thiago Silva, Antonini; Gattuso (Strasser 58), Seedorf, Ambrosini; Merkel (Cassano 74); Pato, Robinho

Bagi perlawanan lain pula,
Lazio seri dengan Genoa 0-0 tetapi kekal di tempat kedua dengan mata 34...
Inter pula menang besar 3-1, merupakan perlawan pertama(kot) bersama Leonardo,
namun Inter berada di tempat ke 7 dengan 26 mata..
As Roma juga menang besar 4-2, dan kini berada di tempat ke-4,
(entah bila masa roma naik aku pun tak tahu)
YAng PEnting, Ac Milan berada di tangga pertama dengan 39 Mata!
aku suka gambar ni, si Totti main2 dengan kamera. comel!! credit to footbalitalia


Thursday, December 23, 2010

Bakal Dapat Budak Baru

Besar Kemungkinan Budak ni akan datang..
Pasti Beribu2 orang akan datang menyambutnya..
Press Conference dia pun 2,000 lebih orang yang datang...

OKey, aku nak cerita bola nih..
hahahaha Sila LAri Lariiiiiii...
(aku tau My Girl readers tak suka baca bola sepak kat blog aku ni hahaha)

BUdak baru yang bakal tiba di San Siro ini ialah ANtonio Cassano..kenal kann...
alaa Dulu pernah main kat Real Madrid kejap tuu..
Dia nih famous asalnya masa dia main kat As Roma...
aku pun tertawan tengok cara dia main,
especially bila De Rossi hantar ke Totti, Totti gelecek menyerang bagi cross ke Cassano,
Cassano berlari passing ke Montella dan Gol!!
TAPI itu zaman berabad dah berlalu pun...
Dia ni ada Attitude problem..sangat kritikal..
sebab dia bergaduh dengan orang Besar Besarr punya...
eheeee seperti Jurulatih Roma, paling teruk gaduh Besarr dengan Capello..
dan yang paling kelakar, gaduh2 pun dengan Capello nih,
Cassano masuk Real Madrid, Capello pun jadi jurulatih Madrid...
pastu siap cakap 'kami gaduh2 macam anak beranak', tak boleh blaaaaa...
credit                                    credit
Jadi, sekarang ni dia kat Sampdoria loan daripada Real Madrid..
Panas baran dia ni (ala2 Rooney), semakin berkurangan..
Mungkin sebab dah matang, sudah ada cinta di hati..
Walaupun tak handsome panas baran pulak tuh,
pastu pakai earring dengan punggung tonggek dah macam Gay aku tengok...(opps laser mulut mengutuk)
Tapi ohhhh Dia Bukan Gay dan Dia Okey...
Dia dah kahwin pun sekarang..aku baru tau, ada gak orang nak..Hot pulak tuh
Dan sekarang ini Ronaldinho mahu keluar dari Ac Milan..
Jadi, Cassano kira menggantikan Ronaldinho lah...
Yang paling best dalam Kontrak dengan Ac Milan siap ada syarat nih..
'Code of Ethics'...
kalau dia tak berdisiplin dan cuba cari gaduh, memang akan tamat terus kontrak dia..
hohohoooooo....
Nasib baiklah kau main Gempak, perangai teruk pun ramai nak ambil dia..
'ai aii captain'
Cepat2lah masuk Milan..
Tak sabar nak tahu dia dapat jersi nombor berapa...
Berani lah dia kalau cuba nak carik gaduh dengan ini
Dia Bukak Silat terus okeyy (gennaro gattuso)credit

ps/: Inilah rupanya kalau perempuan minat bola, bukan setakat corak permainan dia amek tau, dengan gosip2 sekali dia amek tau..mwahahahah..lelaki tau ke bini Kaka' siapa. Tak kan... cuma tahu bini Beckham je kan.

p/s: letak gambar banyak2 khas untuk tatapan My Girl Readers, tapi dia tak handsome, sorry ye hahahaha

Monday, December 20, 2010

Borriello balas dendam??

Okey, sekarang ni nak cerita bola!!
lari larii...mwahhaha

Disebabkan kepenatan hari sabtu tuh,
aku missed tengok perlawanan Ac Milan vs As Roma ni...
Tapi nasib baiklah aku tak tengok...
sebab Ac Milan tak menambahkan 3 mata..
Sebaliknya As Roma berjaya menambahkan 3 mata..
dengan bantuan Marco Borriello yang merupakan pemain Milan yang di loan kan ke Roma..
Disebabkan itu, peminat Ac Milan di San Siro tidak begitu gembira dengannya..
Aku tak tahulah apa akan jadi bila dia kena balik ke Milan nanti..
Inilah Marco Borriello (credit)

Perbezaan mata di antara Milan dan tempat kedua Napoli pun sudah tidak jauh..
hanya beza 3 mata sahaja...
Manakala Inter Milan pula sibuk dengan perlawanan Club World Cup..
dan Inter Berjaya mengalahkan Mazembe dengan keputusan 3-0...

Sekarang aku nak paparkan Funny Quotes, yang aku ambil dari web Football Italia..
Mereka buat lawak dengan kata2 Si Pemain bola/Jurulatih kelab/President...
*FI=football italia

Ibrahimovic: “Materazzi speaks a little too much about me, as does Moratti. You see that I am still very important for them. I instead never speak about them. You see that they are not important for me.”
FI: Zlatan Ibrahimovic thought the message was clear when he defriended them on Facebook
 (eh eh pak berahim ada FB ke mwahaha) 

Mihajlovic: “Udinese are a good team. They have players who can massacre you if you give them space.”
FI: Sinisa Mihajlovic accidentally watched 300 rather than his research DVD

Inzaghi: “Jose Mourinho calls me every three or four days to check on my condition.”
FI: Pippo Inzaghi feels like the Special One now 
  (Okey,yang ni aku tak puas hati, kenapa Mourinho ni kacau my Pippo, ohhhh sangat menyibuk)

p/s: tajuk tak boleh bla kan...
 

Monday, April 26, 2010

Pagi-pagi lagi dah jadi macam ni...

Sesiapa yang mengikuti perkembangan bola sepak liga Italy, Serie A,
pasti akan tahu ranking sekarang sudah berubah..

haish, pagi2 lagi aku buka blog, tiba2 nampak message di Cbox ni,
dari Coretan Perantau menyatakan Roma Kalah...
aku terus mengeluarkan kata-kata yang tidak terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka..
Maka, bermulalah penciptaan kata-kata yang baru dari mulut aku..
Yakni, kata-kata yang tidak suci...
oh tidakkkk~....

Setelah Empayar Roma mengalami kekalahan yang mengorbankan 2 bom masuk ke kawasannya,
dan Tentera rom hanya mampu mengebom SATU biji sahaja...
Maka, Inter dan juga si Mouren itu dengan bangganya menaiki Takhta nombor satu...
Tatkala itulah aku terus berdoa dan berharap...
'Oh Barca, tolonglah menang di Tempat kau sendiri kalau kau tak nak kena baling telur dengan peminat korang. Messi, tolonglah jaringkan 4 gol terus'...