Showing posts with label robinho. Show all posts
Showing posts with label robinho. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Menang besar.Ac Milan 4-0 Parma

Baiklah, perlawanan ini dimulakan dengan lagu Ac Milan, sebab buat di San Siro,kan

Ingat The Crow je boleh letak lagu Manchester United??, mwahah

Impian Inter untuk melihat Ac Milan jatuh, punah...
Maklumlah sejak Inter melonjak naik dan hanya beza 4 mata sahaja,
mereka sudah bongkak...wutevar...

Milan: Abbiati; Oddo, Nesta, Thiago Silva, Antonini; Gattuso (Flamini 62), Van Bommel, Merkel; Seedorf (Robinho 58); Ibrahimovic (Pato 68), Cassano

Parma: Mirante; Gobbi, Lucarelli, Paci, Zaccardo; Valiani, Dzemaili (Galloppa 85), Candreva; Giovinco (Angelo 69); Amauri, Crespo (Bojinov 69)

Masa pertama, sudah menunjukkan pertahanan Parma yang begitu lemah..
Terutamanya Goalkeeper, akibatnya Seedorf berjaya mengambil kesempatan itu untuk menjaringkan gol,
walaupun lagi sikit je bola tu nak terkeluar,nasib baik gol wahai Seedorf,baru nak maki..
(mwahah tak suka Seedorf tapi dia main Ok hari ini)
Perlawanan ini tanpa Pirlo kerana dia cedera dan berehat selama 6 minggu..
Oleh itu, apabila Milan ambil corner atau free kick, kelihatan pertahanan Parma begitu tenang,
mereka memang tak heran sungguh...cis..
Minit ke-17, Cassano pula menjaringkan gol...
Pergh,gempak, siap main one two dengan Gattuso
(dalam perlawanan ni, memang Cassano stylo habis)
Selepas dia jaringkan gol,dia tersenyum je sampai habis,tak pernah aku tengok dia girang macam nih..
walaupun ketinggalan 2-0, Parma tetap semangat untuk jaringkan gol..
Aku suka tengok Antonio Candreva(ala2 justin timberlake) nih..
Candreva,parma no.7
Separuh masa kedua pula,
Robinho masuk menggantikan Seedorf..
(Betapa girangnya aku seedorf keluar mwahaha).
Aku rasa Cassano dan Ibrahimovic juga girang melihat RObinho..
3 minit selepas RObinho masuk, terus dia jaringkan gol!..
assist daripada Cassano,apabila Ibrahimovic tak sampai nak sepak, Robinho meluru menyepak bola tu..
dan GOL!..
Seterusnya, Gol paling gempak dan rasa heaven tengok..
Cassano, Ibrahimovic, sampai ke RObinho dan GOL!!!!!!!!
(Ibrahimovic yang lembik masa separuh pertama tuh terus cergas)
Mereka dengan gembiranya melompat2, siap buat aksi RObinho lap kasut Cassano lagi
(comel kan,eheee)
Kemudian Ibrahimovic pun dikeluarkan digantikan dengan Pato...
Ibrahimovic kelihatan sangat penat, asyik kena gasak dengan pemain Parma..
Sampaikan Cassano pun tak nak dekat dengan Ibrahimovic,siap turun bawah lagi, haha..
entah berapa kali Ibrahimovic ni jatuh, sampai pening aku tengok..

Oklah, panjang dah aku bebel...mengantuk nih..
Seedorf, Cassano, Robinho, Robinho, thanx for your goals!..
Cassano the best!
 Macam adik-beradik kan, mwahahah
style rambut sama pulak tuh, Abate dan Merkel..
tak sangka aku, Ac Milan ada dua orang street fighter..
 ok dah habis mengarut....yawn~

p/s:all pictures are not mine, too tired to do credit
p/s: harap-harap juventus menang lawan Inter.

Sunday, December 12, 2010

Ac Milan Menang vs Bologna

Ac Milan menang sederhana besar dengan Bologna..
3-0...
bagi perlawanan serie A yang baru sahaja habis sebentar tadi..
aku sempat tengok pun beberapa minit..
tapi merasalah tengok gol pak berahim Ibrahimovic..

Minit ke 8 Lagi, Putera Ac Milan Prince Boateng sudah berjaya memboloskan gawang gol Bologna...
Mestilah dengan bantuan daripada pembesar pak berahim Ibrahimovic ni..
Kemudian minit ke 34, giliran Robinho pula..
dibantu oleh putera Ac Milan Prince Boateng ini
(love this combination robinho,boateng,pak berahim)
(woo ini Boateng ka Usher,mwahaha credit )


Kemudian pada masa kedua, Maharaja Pirlo pula yang membantu pembesar pak berahim...
Berjayalah si pak berahim Ibrahimovic ni menjaringkan gol....
wuhuuuu...
Tapi gawang Ac Milan agak rapuh apabila tiba2...
Abbiati teringin nak jadi Pemain Pertahanan apabila dia mula menggelecek bola,
siap tackle pemain Bologna lagi...
Nasib baik tidak dikenakan apa2 tindakan...
Tidak lama selepas itu, Bologna diberi peluang untuk membuat sepakan penalti..
adeiiii...
Tetapi, Abbiati always the best mwahahahah..
Dia berjaya mempertahankan gawang Ac Milan itu..

p/s: kepala dipenuhi dengan benda berselirat berserabut, nak memikirkan sesuatu untuk ditulis pun payah. Oleh itu, kisah liga bola sepak itali sentiasa membantuku di saat aku kebuntuan.. mwahahahah


p/s lagi : sejak akhir2 ni rasa takut pula duduk rumah. gara2 keadaan kawasan rumah yang tidak berapa selamat. for the 1st time in my life i called my mom saying im scared living alone.. mwahahaa dulu berlagak lagi

Sunday, December 5, 2010

Ac Milan Menang, Inter bye bye

Keputusan Serie A pada minggu ni..
baru berlangsung tiga perlawanan..
Inter Milan kena belasah dengan kelab yang berkedudukan di tempat ke 2..
Inter Milan 1-3 Lazio
Perlawanan yang lain pula ialah,
ROma dan Chievo terikat 2-2...

Bagaimana dengan Ac Milan pula?
Eheee mestilah Menang...
3-0 okeyyyy..
Gol pertama berjaya dijaringkan oleh Putera Ac Milan ini iaitu Prince Boateng!!!
dengan bantuan daripada pembesar pak berahim Ibrahimovic
Kemudian pengawal Istana RObinho pula menyumbatkan bola itu...
Seterusnya aksi hero terhebat Milan pada perlawanan itu..
Iaitu Pembesar pak berahim Ibrahimovic dengan gol nya yang lawa itu..
gaya control dulu bola sebelum memberi tendangan padu...
'wah wah wah waaaahhh Putera Boateng sangat bangga dengan kamu'


(credit to youtube MsM3erky, click video)
p/s: Ac Milan still number 1

Sunday, November 28, 2010

Ac Milan 1-1 Sampdoria

Sekarang dah pukul 3:19 pagi..
perlawanan Ac Milan vs Sampdoria pun tak ada disiarkan secara live di Astro..
Nak tengok kat Internet melalu laman web yang diberikan oleh Zairie pun tak boleh..
(click menonton bola secara langsung)
sebab, kelajuan internet yang tidak memberangsangkan..
Jadi, hanya boleh tengok berita di internet je lah..

Agak hangin sebab seri...
kerana memberi peluang untuk pasukan lain memotong mata..
Setakat ini Ac Milan masih berada di Tangga PERTAMA dalam Serie A...
(gap between 2nd place, lazio, 4 points)

Robinho Berjaya menjaringkan gol pada minit ke 43...
tetapi masuk separuh masa kedua...
Pazzini (Sampdoria) berjaya melepaskan bom ke dalam tiang gol Ac Milan..
Menyebabkan keputusan menjadi seri...
Seri sehinggalah ke akhir perlawanan..

Askar2 yang diturunkan oleh kedua2 pasukan :......

Sampdoria: Curci; Volta, Lucchini, Gastaldello, Ziegler; Mannini (Accardi 86), Palombo, Tissone; Guberti (Koman 65); Pazzini, Marilungo (Pozzi 66)

Milan: Abbiati; Abate, Nesta, Thiago Silva, Bonera; Gattuso, Ambrosini, Boateng (Flamini 90); Seedorf (Ronaldinho 90); Ibrahimovic, Robinho

Allegri memang suka tukar2 pemain untuk bahagian serangan...
kenapa mesti seedorf...

p/s: pagi2 buta ni pun ada jugak yang tak tidur lagi..mentang2 esok ahad..

Tuesday, October 26, 2010

Ac Milan kekal tempat kedua

Kan aku dah cakap,
kena aku tengok perlawanan dorang nih,
Barulah dorang ada semangat nak main...
mwahahahahah..
(tak caya tengok entry ini - click)

Ac Milan 2 vs 1 Napoli

tersengguk2 jugalah aku tengok perlawanan ni..
MySpace
tapi tak sampai habis pun..
Bila dah 2-0 aku rasa dah yakin dengan Milan boleh menang..
AKu pun masuk Tidur lahh..

Pada awal permainan, tiba2 berlaku Perlanggaran antara Antonini dengan Maggio..
dan ANtonini, kulihat seperti kecederaannya parah, kerana melibatkan kepala dan leher dia..
sampaikan dorang nak angkat dia pun mengambil masa yang lama kerana perlu berhati2..
(Ohhhh, kesian my Antonini)..
Kemudia, Oddo dimasukkan bagi menggantikan ANtonini..
Aku tak tahulah mungkin pemain Milan berasa marah, secara tiba2 bersemangat..
terus menyerang gila2 punya...
lepas tu, Oddo bagi cross gila lawa beb (pak berahim, oddo, robinho)
dan Robinho berjaya menjaringkan GOL!!!!!

Kemudian Pada separuh masa kedua..
Masa ni aku dah memang mengantuk tahap cipan..
apa yang aku nampak masa tu Mamat jersi 17, 
bagi cross cun punya kat Pak Berahim..
dan Pak Berahim GOL!!!!!!! AKhirnya!!!!...
serius masa tu aku tak tahu siapa yang nombor 17 tuh..
Puas lah aku dok belek dengan mata separuh nak lelap nih..
Tengok dalam internet rupanya Massimo Oddo, the handsome guy..
MySpace
(sebenarnya aku tak perasan pun bila masa mamat ni balik Milan dah)
 (Mamat ni lah yang tolong membotakkan kepala pemain2 Italy masa WC 2006)

Kadang2 tengok perlawanan bola ni, ada juga yang lawaknya..
Pak Berahim ni boleh main curi2 gaduh dengan sorang pemain Napoli nih..
korang tau tak kalau budak2 kecik gaduh macam mana...
'ko cuit aku, aku cuit ko balik'
MySpaceMySpace
ha, amek dengan tolak kepalanya, tolak badannya..
yang kelakarnya curi2 tolak, di belakang Pengadil..
sebijik macam budak kecik..adeii..
pak berahim pak berahim..

Sunday, October 17, 2010

Ac Milan 3-1 Chievo (7 & 70 scored)


Pagi tadi pada pukul 12 tengah malam di Malaysia..
telah berlangsung perlawanan serie A antara Ac Milan melawan Chievo..
barisan pemainnya seperti berikut...

Ac Milan: Abbiati; Zambrotta, Nesta, Thiago Silva, Antonini; Gattuso, Pirlo, Seedorf; Ronaldinho; Pato, Ibrahimovic.

CHIEVO: Sorrentino; Frey, Andreolli, Cesar, Mantovani; Bentivoglio, Rigoni, Constant; Bogliacino; Pellissier, Granoche.


aku sempat tengok selepas gol pertama dari Pato...
(terlepas gol Pato yang pertama)..
Tapi nasib baik dapat tengok gol kedua Pato...
Gol ketiga pula dijaringkan dengan cantiknya oleh Robinho..
dia dengan penuh yakin berdepan dengan penjaga gol, berpusing sedikit, kemudian GOL!!..
dia kan berkeyakinan tinggi dan agak berlagak sedikit...hahaha
(nasib baik kau dah jadi Milanista)
Pak Berahim (Ibrahimovic) agak kurang bernasib baik dalam menjaringkan gol...
Tapi dia tetap the best..tak apa Pak Berahim, perlawanan seterusnya you're going to own them!
Abbiati pulak sentiasa Gempak!
Dia dengan tenangnya mempertahankan Tiang gol itu, menepis segala bola2 yang menghala laju...
(cuma terbolos satu pula)...

Tapi, haish pemain Chievo ni saja je tau asyik2 tendang kaki Thiago Silva...
korang ingat korang cederakan dia Milan tak ada pemain pertahanan lain lah
(Hey bonera ada tau)..

apa2 pun, perlawanan ini BEST!
MySpace

p/s: aku baru tahu, Pato dah kahwin rupanya....sedih sedih..
 MySpace

Thursday, October 14, 2010

Datang kembali....

Wohoooo...
Inilah akibatnya apabila jari malas menaip,
Otak malas berputar,
Idea malas dicari,
Tadaaaaaaa.....berhabuk, bersawang semua ada kat blog ni...

Apa yang terjadi kat aku sepanjang tak menulis blog ini??
1- Aku dah Konvo....dah pakai jubah, topi beratur ambil sijil...semua dah....
(naib canselor aku siap tanya kerawang baju buat sendiri ke tak)
(carilah aku di mana)

2- Raya siap dah habis lagi....kali ni aku balik kampung lama...bosan...boleh lah...siap layan anak buah aku muntah lagi...
(cantik kan kan. ni masa raya kedua. muncul satu bulan sabit di atasnya satu bintang. macam bendera Islam bak kata abangku)

3- hmmmm lagi apa ah.....Robinho, Pak Berahim masuk Ac Milan....Ada kene mengena dengan aku ke?
Ada...sebab aku suka Ac Milan...

4- Lagi...apa Lagi.....ENtahlah, aku pun tak ingat sebenarnya...itulah, Pensyarah aku cakap, kena menulis tiap2 hari....kalau tak mana nak datangnya sejarah yang bertulis...

ada 'entry' lagi....nanti aku 'pancul' kan...